Posted on Monday, May 21 @ 17:17:27 MYT by greenboc
Oleh pemudawilayah
"
Kenaikan gaji kakitangan awam kumpulan 1 (Gred 1-16) sebanyak 35% dan kumpulan II (Gred 17-40) sebanyak 25% dan Kumpulan Pengurusan profesional (Gred 41 hingga 54) kekal 15% yang diumumkan oleh Perdana Menteri pagi tadi begitu meransang semangat kakitangan awam khusus dalam kategori kumpulan sokongan.
Namun jumlah ini sebenarnya hanyalah cukup-cukup makan bagi mereka memandangkan para peniaga kini dilihat cenderung untuk menaikkan harga barangan.
Kenaikan gaji yang diumumkan dalam Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di PICC itu dilihat agak mengecewakan kerana cadangan CUEPACS agar Kerajaan melaksanakan Dasar Gaji Minimum sebanyak RM 1,000 turut tidak dipedulikan.
Secara keseluruhan, jumlah yang kenaikan diumumkan oleh Pak Lah ini kurang 5% dari tuntutan asal CUEPACS.
Kenaikkan elaun cola sebanyak 100% pula dilihat seperti satu diskriminasi bagi pekerja dari Semenanjung ke Borneo dan Borneo ke Semenanjung yang mana mereka tidak menerima apa-apa tambahan atau kenaikan dalam elaun khidmat diluar Wilayah.
Tindakan ini dilihat bertentangan dengan dasar Kerajaan yang melaungkan slogan Tradisi Membela Rakyat. Seharusnya kumpulan ini turut dinaikkan elaun mereka kerana kos untuk mereka menziarahi Wilayah asal adalah lebih tinggi berbanding kakitangan tempatan. Kerajaan hanya memperuntukan tiket tambang percuma bagi setiap 2 tahun bagi mereka.
Selain itu, mereka turut menghadapi masalah yang sama dengan kakitangan lain yang bertugas dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor, dan Georgetown iaitu masalah kenaikan harga barangan kegunaan harian, minyak dan tol.
Ekoran dari pengumuman ini bermula esok, kemungkinan pesta kenaikan harga bagi barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula dan peralatan rumah akan bertambah rancak. Selain itu mungkin harga barangan tekstil turut naik bersama bil elektrik, air, telefon, tol dan minyak. Sama ada Kenaikan ini akan berlaku dalam tempoh terdekat ini, ianya terpulang pada pengeluar.
Kerajaan harus bertindak lebih awal bagi memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menyembunyikan barang keperluan bagi mendesak kenaikan harga.
Jika ini berlaku Kerajaan akan menyebabkan rakyat terhimpit dan tidak dapat meningkatkan tabungan walaupun gaji mereka dinaikan.
Yang paling teruk adalah kakitangan swasta yang masih lagi belum menerima apa-apa kenaikan khususnya dalam kategori buruh tidak mahir dan separuh mahir. Kesan Kenaikan gaji ini akan dirasai oleh kakitangan Awam sahaja tetapi jika berlaku kenaikan harga barangan kesannya akan dirasai oleh semua rakyat.
Berdasarkan teori ekonomi, pertambahan perbelanjaan oleh pengguna akan meningkatkan gelombang pasaran dan ini akan menyebabkan graf ekonomi meningkat. Walaubagaimana pun, keadaan ekonomi negara yang di war-warkan sebagai stabil ini sebenarnya tidak begitu kerana tabungan rakyat semakin berkurangan.
Walaupun gaji meningkat tetapi apabila para peniaga menaikan harga barang, kuasa beli rakyat akan berkurangan dan mereka perlu mengunakan duit yang banyak untuk membeli barangan yang sedikit. Indeks harga pengguna mungkin naik sedikit tetapi akan jatuh teruk selepas 2 atau 3 bulan kemudian kerana kenaikkan ini jarang ada penurunan sedangan kenaikan gaji ini hanya berlaku 10-15 tahun lagi.
Kesimpulannya, kenaikan gaji kakitangan ini haruslah dilihat sebagai satu cabaran pada Kerajaan untuk memastikan agar para peniaga tidak mengambil kesempatan. Pada situasi kebiasaannya Kerajaan gagal untuk mengawal mereka. Kalau pun ada perundingan kenaikan tetap akan berlaku sama ada 0.1%, 1% atau lebih.
Jadi terpulanglah pada rakyat untuk melihat dan mentafsir pasaran semasa dan bangkit membuat bantahan awam kiranya ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan hidup rakyat
-Herman Samsudeen
Sumber
-Herman Samsudeen
Sumber
No comments:
Post a Comment