Alhamdulillah Hajah Dato Siti (tak tau Siti suka tak dipanggil Hajah) , kalau mahu kekal bertudung. Beliau adalah idola ramai remaja moga remaja kat luar sana tu yang memakai seluar belakang yang nampak spender pink pun akan terikut juga. Di harap Dato Siti akan meneruskan bertudung walaupun tidak ada penaja.
Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember.
Penyanyi nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.
“Insya-Allah buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.
Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita.
Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.
“Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .
Begitupun Siti tidak menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.
“Rasanya inilah penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.
Baginya, dia perlu mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan.
Kata Siti lagi, suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan menyokongnya.
Bercerita lanjut mengenai ibadat dilakukan, kata Siti, dia benar-benar bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji.
“Saya bersyukur kerana impian dan doa saya dimak- bulkan. Sudah lama saya menyimpan impian dan akhirnya terlaksana.
“Pemergian saya menunaikan ibadat haji lebih manis kerana ditemani ibu tersayang, suami dan abang saya, Ayie,”katanya.
KUALA LUMPUR: Selepas pulang menunaikan ibadat haji, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 28, buat pertama kali tampil dengan imej bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi Chef Wan di Restoran Tarbush, Starhill, Bukit Bintang di sini, malam tadi.
Siti berangkat ke Makkah pada 13 Disember untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan selamat pulang ke tanah air pada 27 Disember.
Penyanyi nombor satu negara yang hadir ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa, ketika ditemui memberitahu, penampilan itu akan dikekalkan.
“Insya-Allah buat masa se- karang inilah penampilan saya dan tudung ini direka khas Datuk Bernard Chandran.
Saya ada beberapa lagi koleksi tudung sama. Rasanya ia sangat sesuai,” katanya ketika ditemui pemberita.
Siti juga menegaskan, dia akan menutup kepala apabila menyertai Anugerah Juara Lagu Ke-22 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
“Setakat ini, saya belum pasti bagaimana corak tudungnya tetapi apa yang pasti, saya akan menutup kepala.
“Walaupun lagu Destinasi Cinta agak rancak, ia bukan satu masalah kerana cara berpakaian saya sekarang boleh disesuaikan dengan corak persembahan,” katanya .
Begitupun Siti tidak menafikan penampilannya itu akan menimbulkan cakap-cakap belakang di kalangan masyarakat, namun dia mengambil pendirian ‘tidak ambil pusing’ berikutan apa yang dilakukannya ikhlas dan lahir daripada hati.
“Rasanya inilah penampilan sebaik-baiknya. Untuk bertudung litup, Insya-Allah dengan izinNya mungkin saya mengenakannya pada masa depan,” katanya.
Baginya, dia perlu mengambil langkah baik itu secara perlahan-lahan.
Kata Siti lagi, suaminya senang apabila melihat dia bergaya sedemikian dan menyokongnya.
Bercerita lanjut mengenai ibadat dilakukan, kata Siti, dia benar-benar bersyukur kerana tidak banyak halangan dilalui sepanjang menunaikan haji.
“Saya bersyukur kerana impian dan doa saya dimak- bulkan. Sudah lama saya menyimpan impian dan akhirnya terlaksana.
“Pemergian saya menunaikan ibadat haji lebih manis kerana ditemani ibu tersayang, suami dan abang saya, Ayie,”katanya.
Antara gambar Siti di Jeddah ada di post terdahulu:
http://isuhangat.blogspot.com/2008/01/siti-jeddah.html
14 comments:
serupa x payah pakai tudung klu nampak jambul & leher
wahai siti Nurhaliza tahulah kamu bahawa tudung bukan Fesyen ... ianya Syariat.... serupa sia sia g Haji....
baik pakai tudung saji.
tudung saji? hehehe...
kita doa je la semoga siti dan muslimat lain yg tak bertudung tu insaf sblm ajal tiba, bhw tudung satu kewajipan...WAJIB!
Dan yg bertudung terus bertudung.Ameeeeen...
siti ni gilo ke apa~
Cukuplah tu....
TAK PERLU HEBOH-HEBOH
WEBMASTER BENDA SITI PAKAI TUDUNG TAK LAH SEHANGAT MANA....
SIAPA SITI NI..... PARI-PARI KE DEWI-DEWI
KALAU DIA BENAR-BENAR WANITA ISLAM DAH PASTI KENA PAKAI TUDUNG... APA NAK HERAN.....
memang benar apa yg dibincangkan di sini... saya nie pun bukannya sesempurna mana pun... cuma kalau dapat tu, yelah mmg tak smua manusia ini sesempurna Rasulullah SAW tetapi diharapkan siti akan menjadi lebih peka tentang pemakaian seorang Muslimah agar dapat menjadi contoh yg baik pada kaum Muslimah yg lainnya.
Alhamdullillah Siti dah bertudung. Yang penting niat, bukan kerana awak dah hajah atau suami awak senang dengan penampilan terkini. Kalau bertudung semata-mata kerana hendak menjaga hati peminat itu tak ikhlas namanya. Corrections, bukan menutup kepala tetapi rambut, sbb aurat.Kalau rambut masih nampak itu bukan bertudung namanya, tetapi hanya fesyen, percayalah. Sekian.
Alah apa nak heran..saper tak kenal siti...cakap tak serupa bikin.nampak cam baik..tapi ....Tuhan saja yang tahu saper dia.Dia tu kan pelakun terbaik...Hipokrit.Perbuatan yang baik jangan nak buat main-main..sekejap nak pakai..lepas tu kata nak perlahan-lahan pulak nak pakai...pas tu kata nak pakai tudung litup tahun depan pulak.Dah pi haji tu pakai jelah..Kang Tuhan tunjukkan "Kun fa yakun" kang...takut mengeras je rambut tu...langsung jadi botak..masa tu baru nak berlitup....
anonymous ni mcm tak puas hati jek dengan siti kan? u ni tak baik tau ckp mcm tuh... cakap lah elok2x.. puteri pun bukanya minat sangat dengan siti tapi puteri tak suka dgn orang yang hanya pandai cakap mcm u... u nak nasihat orang tapi u lihat lah budi bahasa u pun u tak jaga kan? u kutuk2x orang buat apa? pahala u semua siti yang dapat... u apa dapat? DOSA jek tau.... TQ....
heheh baik sungguh hati putri ni...sungguh mulus...budi bahasa pun sungguh bagus.dia ni sure x pernah kutuk org.Dia yg tahu org yg kutuk CT tu masuk neraka..kalau dedah aurat tu masuk syurga ke.?Si putri ni mesti sedara CT ni Sesiapa yg beri komen positif ruangan ni hati2 jgn komen lebih2 kang masuk neraka pulak...kalau nk beri komen puji je lah apa yg CT tu lakukan sure masuk syura cam putri ni..adios
ala, tudung ke tak tudung ke sama je..tetap masuk neraka..suara kan aurat..dh la nk bertudung buat ler cara nk bertudung betul2..hangin tul ler..ni ajaran sesat mana lak siti ikut nih..bagi ako semua artist islam kat malaysia yang bertudung tu hangat2 taik ayam je..
tapi ako tak heran sgt si siti kawen dgn datuk K, sbb datuk K dulu kt UUM masa jadi kerani bank gatai nk mampos..sesuai ler sgt dgn si siti..gatai gak nak laki org
alangkah baik nya jika siti MAHU kekal bertudung seperti wanita Islam yg benar2 menghayati Islam dan cara pemakaian seperti yg telah si syariatkan dalam Islam... cintailah agama suci ini wahai idola Malaysia...kesian Dato' K, mcm x pandai didik isteri kalu cmtu pakainya...
Post a Comment