Isu Hangat: Ikan-ikan fresh Di Jalan Telawi
Ikan-ikan Fresh di Jalan Telawi........ Sebagai pengenalan, Pelepak Jalan Telawi adalah geng-geng intelek pseudo yang biasanya suka lepak di Bangsar. Mereka ini lah golongan yang perasan mereka ini liberated, open-minded, modern, dan sebagainya. Beginilah contoh spesimen orang Melayu Jalan Telawi berfikir:-
“Kita orang melayu teleh diArabkan, bukan di Islamkan sebenarnya. Orang Arab memang kerkena dangan bermacam-macam. Sekarang melayu telah terikut-ikut dan ter-terArabnya. Ada kemungkinan kita orang telah silap fahami agama. Tersilap taksir mungkinnya. Bagi saya, janganlah nampak sangat alim orang nya tapi hati nafsu marak seperti gunung nak meletup dan fikiran macam syaitan.
Satu contoh yg sangat baik betul-betul berlaku di Indonesia:-
Satu kumpulan National Geography pergi ke satu kampung dalaman di Indonesia dimana orang asli situ tidak berpakaian. Sampai sana dan jumpa orang aslinya yang anehnya semua orang hanya pandang kawan NG dari Arab. Tau mengapa? Sebenarnya kebanyakan ahli NG biasa tengok perempuan dan yang bogel termasuk pegawai dari Indonesia. Tapi ahli dari Arab tak biasa tengok perempuan dan bogel pulak. Jadi adik ahli Arab naik menuju ke langit. Seluar yang ketat pun tak dapat melindungi dia. Ini sebenarnya memberitahu kita kalau kita orang selalu memilih untuk mengelakkan sesuatu dan tak berani face on matters, kita silap. Orang asli di Indonesia biasa dah bogel sejak dulu sampai hari ini. Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor. Tapi bagi orang asing yang tak pernah tengok perempuan, lain pulak cerita.
Satu contoh yg berlaku di Kuala Terengganu:–
Seorang guru cina telah ditugaskan untuk mengajar di Terengganu. Guru cina tu dah biasa pakai skirt pendek di kota. Dia telah dinasihatkan oleh guru-guru cina tempatan supaya pakai skirt yang panjang sebab murid-murid tempatan tak biasa. So guru cina baru pun memilih skirt yang panjang sikit sampai ke lutut dan pergi mengajar pada keesokan pagi. Kamu semua tau tak apa berlaku? Kebanyakan murid lelaki hanya tengok skirt dekat lutut guru tu dan ada yang turun kepala untuk tengok apa kah dalam skirt tu. Apa berlaku? sama-sama fikir….”
(Pelepak Tetap Jalan Telawi)
Manusia ini memang suka akan generalisation jika ia memenuhi kepentingan kita. Sebab itu kita suka sangat akan teori pseudo dan berita-berita angin yang belum pasti akan kebenaranya. Ramai juga muslim masa kini yang memilih arus pemikiran dan cara hidup barat yang mengindulge nafsu masing-masing mengatasi cara Islam yang mengajak kita bermujahadah melawan nafsu. Usahlah kita bersembunyi di sebalik topeng-topeng lojik akal bagi menglegitimate kehendak nafsu rakus kita. Sudah tentu berbuat baik itu lebih susah daripada berbuat jahat.
Nafsu tertakluk kepada semua orang tanpa mengira bangsa, warna kulit, atau agama. Orang NG ke, orang arab ke, orang asli ke, sama sahaja kerana ia in the genetics. Cuma beza antara setiap individu dalam bab ini ialah kemampuan mengawal nafsu itu. Dekat sini (penulis berkelana di Canada - negara asal orang-orang NG), cikgu pakai skirt juga seperti cikgu cina di Kuala Terengganu itu, tetapi murid-murid memang tak jakun sebab girlfriend dierang pon pakai skirt macam tu juga dan dierang selalu pon buat benda haram dangan girlfriend dierang. Tambahan pula hardcore pornography ditayangkan di saluran televisyen perdana di waktu primetime secara terang-terangan, jadi siapa la yang berminat nak jakun-jakun bila cikgu dierang pakai skirt pendek mana pon. Tetapi ini tidak membuatkan mereka lebih mulia, apatah lagi untuk memilih jalan ini sebagai jalan penyelesaian.
Tiada asas kepada teori selalu terdedah kepada aurat dan benda-benda haram lain akan condition manusia kepada lebih open-minded dan kurang ‘jakun’. Ingin saya petik satu analogi yang dinukilkan oleh Ustaz Zaharuddin bagi memudahkan penjelasan tentang isu ini:-
“Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal..”
”Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya”
“Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh’ yang digoyang-goyangkan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga”
“Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar”[1]
Kalau seekor kucing itu sudah kenyang, 24 jam dapat makan ikan ‘fresh’ dari tuanya, bila dia diacah-acah dengan seekor ikan ‘fresh’ di hadapan matanya sudah tentulah dia pejam mata buat don’t know sahaja. Tetapi memberi kucing makan 24 jam ikan ‘fresh‘ bukan satu cara penyelesaian kerana ikan-ikan ‘fresh’ haram itu semua berdosa besar kalau makan. Orang-orang NG yang Pelepak Jalan Telawi anggap mulia sangat tu dah tiap-tiap hari bergelumang dengan dosa itu, orang arab itu pula baru ingin mencuba pertama kali. Sama sahaja mereka ni sebenarnya.
Tak perlu la kita berpura-pura di sini bahawa nafsu lelaki ini boleh dihapuskan dngan menyuruh atau membenarkan wanita bogel tiap-tiap hari di khalayak ramai seperti orang-orang asli itu ataupun seperti wanita-wanita barat yang memakai pakaian serupa macam tidak pakai langsung. Ia sama sepeti kita mengatakan: “Bagi penagih-penagih dadah tu dadah tiap-tiap hari dan masalah ketagihan akan dapat diselesaikan - we are facing the matter like this. Kalau masukkan dia dalam pusat serenti dan ajar dia supaya kawal ketagihannya nanti dia keluar pusat serenti dia ambik dadah balik juga kan? Jadi baik bagi dia dadah tanpa henti, senang cerita, selesai masalah.”
Analoginya, boleh la kita selesaikan masalah ketagihan dadah dengan memberi si ketagih, dadah secara non-stop a.k.a. pendedahan aurat meleluasa. Cumanya kita terima bahawa dadah itu tak bagus kerana kita tahu si ketagih itu akan mati jika kita berbuat demikian. Oleh itu, memberi dadah non-stop sebagai cara penyelesaian memang out of the question la. Persoalannya, adakah kita terima bahawa seks bebas dan awrat wanita bukan mahram itu tak bagus juga? Benda-benda ni tak mati dan tiada kesan mudarat segara kalau ‘digunakan’ tiap-tiap hari pon (tak seperti dadah), jadi mungkin ramai yang keliru akan mudaratnya benda-benda ini. Hanya mereka yang benar-benar mengimani akan hari akhirat dan panasnya azab api neraka baru boleh nampak magnitud kesalahan benda ini semacam atau lebih teruk dari ketagihan dadah. Itu pon Allah sudah membantu kita dengan adanya kemudaratan sejak di muka bumi ini lagi dalam bentuk penyakit AIDS dan penyakit-penyaikit seksual lain.
Usahlah kita menipu diri sendiri dengan mengatakan kita boleh mewujudkan society yang penuh dengan wanita ‘terbogel’ di kawasan awam tanpa perlu adanya pergaulan seks bebas seperti di negara-negara barat. Kiranya mengambil jalan tengah begitu: Zina haram tetapi pendedahan awrat dan zina mata halal, malahan dikatakan pendedahan awrat dan zina mata ini boleh membanteras zina! Mana-mana manusia berfikiran waras tahu bahawa ini idea gila yang dipelopori oleh orang-orang yang cuba menggunakan akal untuk menglegitimate nafsu rakus mereka. Jikalau anda menginginkan kehidupan tanpa agama - boleh buat seks bebas tiap-tiap hari, boleh tengok kecantikan wanita in all its splendour tiap-tiap hari, dan sebagainya - maka memang tak perlu kita terapkan iman dalam dada. Kalau benar kita rasa tak salah menghidang ikan-ikan ‘fresh’ ini, silalah ikut cadangan cara penyelesaian saudara Pelepak Jalan Telawi tu.
Betul ke claim orang yang terbiasa dengan pendedahan awrat ini “Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor”? Bagaimana pula dengan pandangan pihak yang hendak dijadikan The Meat Market?
“Sometimes I watch a guy walk past a girl and he’ll turn back and look at her legs or her chest and I just think, I would hate that to happen to me. It doesn’t appeal to me. It’s not flattering, I can’t understand how that can make a woman happy. To me, it’s nicer when a Muslim brother passes by me and looks down. To me, that is more respectful than someone whistling at my legs,” sister Rabia (beliau tinggal di London). [From My Sisters’ Lips, m/s 125]
Sudah tentu ada wanita yang berbangga apabila mendedah sana-sini dan lelaki yang matanya sentiasa liar mencari daging percuma, tetapi bukanlah spesies ini yang diakatakan “Dalam hati mereka sangat mulia dan tak ada fikiran kotor.”
Sekarang ini memang ramai muslim yg akhlak runtuh dan iman entah kemana, jadi bila diacah ikan ‘fresh’ di depan mata mereka terus menerpanya. Tak perlu la nak bagi 1001 contoh orang yang macam alim tetapi mereka ni sebenarnya korup untuk membuktikan teori pseudo Pelepak Jalan Telawi yang jelas-jelas hanya merupakan teori yang direka kerana otak sudah ditakluk nafsu. Penyelesaiannya tetap mengajar orang ramai agama dan tanamkan sifat taqwa. Memang la jalan ini lagi susah daripada jalan yang Pelepak Jalan Telawi cadangkan. What is wrong is still wrong, you don’t change it into something right just because it is an easy way out or just because it suites your whims.
Akhir sekali, inilah etika pergaulan dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan menurut Islam:-
1.Menundukkan pandangan:ALLAH memerintahkan kaum lelaki untukmenundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepadakaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dankatakanlah kepada wanita yangberiman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
2.Menutup Aurat;ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepadaisteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi MahaPenyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata:Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelakidengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis RiwayatBukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis RiwayatAhmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan(Percakapan):Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada paraisteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat.(Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya sajaakan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Tidak perlu la kita mengikut Tafsir Jalan Telawi dalam hal ini…
No comments:
Post a Comment