adsense

Showing posts with label skandal politik. Show all posts
Showing posts with label skandal politik. Show all posts

04 November, 2008

Anak VIP enjoy sakan

pinjaman koperasi,blacklist pun boleh!



Anak sapa la yer..? Malas nak cakap..lu orang fikir la sendrik!

Beginilah akibatnya kalau dah mewah, agama tolak tepi. Enjoy sakan nampak? Arak dah macam air mineral jer . Untung ya jadi anak VIP, dapat awek cun melecun.

Siapa mamat ni? Dia adalah seorang anak VIP yang bertaraf Menteri!! Harap mamat yang biasa senang ni bertaubatlah. Trend politik di Malaysia, bapa ahli politik, anak pun ahli politik yang sekaligus dapat sokongan mudah. Esok nanti nak join politik pasti gambar ni jadi isu hangat!


Klik HOT PICTURES untuk gambar-gambar lain.

31 October, 2008

Gambar Khairi dengan botol arak





Blogger Hussin Lempoyang kasi panas semula dunia blogger , selepas di"senyap"kan dengan penangkapan RPK.

Gambar Khairi Jamaludin yang tersiar di blog beliau KJ di sebuah kelab yang popular di kalangan selebriti Malaysia telah menjadi isu hangat tetapi di nafikan oleh penyokong Khari - tektik jahat sudah bermula kononnya telah diedit tetapi dijawab semula oleh penulis blog di Mentengkolokkan botol. Siap ada terselit gambar blogger budiey sekali.




Sumber : The antics of hussin lempoyang

Mungkin untuk ambil gambar je bukan minum huhu...mungkin gambar telah diedit mungkin juga gambar ori.

Entah la, susah nak cerita pasal politik ni , banyak tersirat dari yang tersurat . Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita rakyat biasa ni cukap masa pangkah mana yang kita nak follow! Tu jer..

08 October, 2008

Dr Mohd Asri Zainul Abidin akui mangsa 'permainan politik'






 Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:

"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”

Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".

"Daripada hari pertama (bertugas), ada orang terkejut dengan pandangan saya. Sepanjang tempoh itu, saya telah bertemu dengan pelbagai orang daripada pelbagai peringkat.

"Saya puas hati, saya telah melakukan sesuatu," katanya.

Mengulas "permainan politik" itu, Dr Mohd Asri berkata, istana sebagai institusi yang mengawal hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu tidak mengetahuinya.


Sumber:tranungkite

22 August, 2008

Kisah Imam Masjid Wilayah- Saksi Sumpah Laknat Saiful







Tak tahu kebenaran cerita ini, dapat dari email. Sama-sama kita siasat;
-Admin




RAMLANG PORIGI nihlah yang dikatakan IMAM MASJID WILAYAH tuh..... tapi, bila dicheck dalam laman web MASJID WILAYAH, dia bukan IMAM pun..... apa2pun, kita tengok, sekejap aje, dibongkar.
KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi
"Jawatan Sebenarnya Ramlang bin Porigi Pembantu Hal Ehwal Islam Talian Terus :03 62018780 ext :158 Senarai Imam yang sebenar dari masjid wilayah 1 . Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh Imam Besar Talian Terus :03 – 62018780 ext :137

Ramlang Porigi - Ahli Pemuda UMNO No Keahlian 03405843Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam

RAMLANG PORIGI, PENGUNDI BERDAFTAR DI PERMATANG PAUH???? SECARA KEBETULAN KE??? Kad Pengenalan : 790726-12-5443 Nama : Ramlang bin Porigi Tarikh Lahir : 26 Jul 1979 Jantina : Lelaki Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20 Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti DUN : 044 / 12 / - Penanti Parlimen : 044 - Permatang Pauh Negeri : Pulau Pinang
Mari kita cuba semak no KP (790726125443) di
atau klik di sini SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI PERMATANG PAUH
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al- Hujurat ( 49 ):6 ).

04 July, 2008

Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun



Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Jul 02, 08 | 12:44:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.

ImageDalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya.

Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau.

Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu.

ImageTurut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998.

Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya.

"Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton.

ImageDalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya.

Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan.

Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini.

01 July, 2008

Budak Uniten bercerita pasal Saiful Bukhari




Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Baca kisah selanjutnya di http://ainisazreen.wordpress.com






Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

30 June, 2008

Gambar Saiful Bukhari



KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.

Mengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.







Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Kes liwat Anwar Ibrahim

Adakah gelombang reformasi kedua akan berlaku di Malaysia setelah satu laporan Polis dibuat oleh seseorang yang dirahsiakan di Balai Polis Jalan Travers melaporkan Dato Seri Anwar Ibrahim telah meliwat beliau.

Pak Lah dalam kenyataan medianya mengatakan "ini bukan kerja BN" dan mengalu-alukan PDRM untuk menyiasat laporan Polis tersebut, manakala Presiden PKR, Wan Azizah pula mengatakan ini adalah konspirasi politik yang kotor untuk menjatuhkan karier politik suaminya yang semakin berprestij selepas keluar dari penjara.

Dari segi logiknya DSAI sememangnya seorang "master mind" yang mengharu birukan iklim politik di Malaysia selepas beliau keluar dari penjara bermula dengan PRU12 lagi. Dari laman web-laman web pembangkang mengatakan ini adalah satu kerja pemesongan berita dari isu akuan bersumpah Raja Petra Kamaruddin mengenai kehadiran Rosma semasa tragedi letupan bom C4 kepada Athantuya.

Dari tranungkite terdapat satu artikel yang memetik kenyataan PKR yang akan mengadakan perhimpunan aman:


a
Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti 'Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar' di Parlimen esok (30 Jun).

Himpunan itu akan diadakan pada jam 1.00 petang sewaktu dewan berhenti sebentar untuk waktu rehat, kata satu kenyataan KeADILan hari ini.

Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, katanya.

Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari._




Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , ,

26 February, 2008

Gossip panas pilihanraya Johor.



Tak taulah ni gossip pilihanraya atau skandal pilihanraya. Dengo kabo (slang org Johor)nyer dah bernikah? Tul ker? gerek sih! (style org Singapore). MB Johor dengan Dato' Halimah Sadique ada ehem-ehem ker????Kalau betul, tahniah Dato'!

Tahun ni Dato'Halimah Sadique akan bertanding di Parlimen di kawasan Tenggara. Dato' Ghani Osman yang dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen pun, dikatakan tidak mendapat restu Sultan Johor.So, duk Dun lagi la.. Pak Lah turun ke Istana Bukit Serene JB mengadap Sultan Johor sehari selepas pembubaran Parlimen dikatakan ingin mendapat restu untuk menukar MB Johor.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

.......mana butang baju abang Pah!

06 January, 2008

Chua Soi Lek in Top 10 World VIP Losers






Dr Chua Soi Lek cetuskan 'satu pencarian' dalam MCA…



Lain macam bunyinya

Lain macam bunyi kenyataan terbaru bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang sebelum ini tidak mahu ambil tahu motif atau siapa yang merakam adegan seks beliau apabila kenyataanya mula berbau politik.

Ini boleh diandaikan berdasarkan kenyataan beliau iaitu "Apabila saya menemui anggota parti semasa saya membuat lawatan, banyak spekulasi bahawa saya ada agenda dan saya bercita-cita tinggi ...saya fikir itulah kesilapan terbesar saya.”

Selain itu kenyataannya "Kesilapan besar saya sejak datang ke Kuala Lumpur ialah untuk melaksanakan tugas saya sebagai Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA," turut boleh ditafsir sebagai konspirasi politik tidak boleh ditolak menjadi penyebab sehingga munculnya rakaman adegan seks beliau.

Menurut Dr Chua, apabila beliau berpindah ke peringkat persekutuan, beliau mahu melawat dan melihat semua hospital di negara untuk mengetahui keadaan sebenar dan di mana-mana beliau pergi sudah tentu akan bertemu dengan ramai anggota parti.

"Jadi ramai orang berprasangka buruk mengenai pergerakan saya, kenapa orang ini bekerja keras jumpa anggota...jadi beliau mestilah ada agenda politik. Dia mestilah bercita-cita tinggi. Ini bertambah buruk disebabkan akhbar. Akhbar sentiasa melaporkan bahawa Dr Chua ialah pencabar terhadap timbalan presiden, terhadap presiden. Akhbar membantu membunuh karier politik saya, secara jujur...jadi kebenaran ialah mata pena itu lebih tajam daripada pedang," kata beliau.

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Dr Chua Soi Lek, seorang doktor perubatan, berkata beliau tidak berapa senang dengan "sikap sesetengah pemimpin dalam politik" tetapi ini tidak penting lagi kerana ia telah menjadi sejarah.

Dalam satu sidang media di luar jadual di Kementerian Kesihatan, Putrajaya, hari Khamis, Dr. Chua berkata, lawatan beliau untuk memeriksa kemudahan kesihatan di seluruh negara dan menemui anggota akar umbi parti memberikan spekulasi bahawa beliau ada agenda politik, dan menjadi sasaran orang ramai untuk menjatuhkan karier politiknya.

"Sebagai Menteri Kesihatan dan naib presiden MCA, saya terpaksa pergi ke seluruh negara untuk mengetahui kemudahan perubatan dan membolehkan anggota MCA mengenali saya kerana saya adalah muka baru dalam politik peringkat nasional,” katanya.

Mengenai tugasnya sebagai Menteri Kesihatan, beliau yang tidak mahu menceritakan pencapaiannya semasa ditanya dalam sidang media semalam (hari Rabu) kali menyatakan bangga telah melakukan lawatan yang banyak ke hospital dan kemudahan kesihatan kerajaan.

"Saya merasa bangga telah melawat lebih 100 hospital dan lebih 50 kemudahan kesihatan semasa saya menjawat jawatan menteri selama tiga setengah tahun," katanya.


Terdapat 131 hospital kerajaan di negara ini.

Dr Chua berkata, beliau terkejut apabila melawat sesetengah hospital, beliau terperanjat apabila diberitahu bahawa tidak ada ahli politik pernah melawat hospital berkenaan walaupun telah beroperasi sejak lebih 30 tahun.

"Saya ingatkan mereka bergurau atau beramah sopan santun tetapi bila saya lihat hospital tersebut ia adalah benar...tidak ada siapa yang pernah melawat hospital itu.

"Satu contoh ialah banyak kemudahan kesihatan seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sentul, Wangsa Maju...tidak ada ahli politik pernah melawat tempat kesihatan ini walaupun telah mula beroperasi dalam 60-an,” ujar beliau.

Ditanya jika beliau tahu musuh politiknya, Dr Chua menjawab dengan cepat dan tajam: "Orang yang berprasangka buruk dengan saya ialah orang yang akan mendapat kejayaan daripada berprasangka buruk dengan saya.

"Ini Chua Soi Lek. Saya tidak akan berubah. Orang kata saya angkuh tetapi saya tidak fikir saya angkuh. Saya hanya beritahu anda perkara sebenarnya," kata beliau.

Dengan memberikan nasihat kepada bakal Menteri Kesihatan, kata beliau: "Jika anda naik terlalu cepat, anda mungkin terdedah kepada spekulasi...ini adalah realiti dalam politik."

"Saya setuju apabila sesetengah orang mengatakan ini ialah Menteri Neraka, bukan kerana kerja di kementerian itu tetapi disebabkan sistem politik, tetapi jika anda bekerja keras, orang ingat anda bercita-cita tinggi dalam politik atau anda ada agenda politik," kata beliau.

Dr Chua berkata beliau memahami realiti politik di negara bahawa apabila "anda bukan lagi seorang pemimpin politik, orang mungkin lupakan anda atau menjauhi anda."

"Kadang-kadang orang mungkin tidak mengenali anda lagi....saya telah lihat dengan mata saya sendiri bekas menteri yang menghadiri satu majlis tidak ada tempat duduk," kata bekas anggota Parlimen Labis itu.

Ditanya jika beliau akan berehat selepas episod pahit ini, Dr Chua berkata beliau akan bercuti rehat kerana ini bukanlah "yang menyayatkan."

"Adalah salah jika anda mengatakan apabila anda sangat terkilan anda hendaklah pergi bercuti. Itu salah...ia adalah preskripsi salah kerana apabila seseorang yang sangat terkilan dan pergi bercuti, beliau ada banyak masa untuk memikirkan dan membuat spekulasi dan yang akan meremukkan lagi perasaan ... bagi saya, saya tidaklah sangat terkilan.

"Saya telah mendedahkan mengenai kehidupan peribadi saya kepada semua 26 juta rakyat Malaysia. Apa yang disedihkan. Saya telah meletakkan jawatan daripada semua jawatan kerajaan dan jawatan parti, apa lagi mereka mahu.

"Mereka tidak mungkin mengambil nyawa saya kerana perjuangan politik Malaysia bukanlah sesuatu pertempuran untuk hidup atau mati seperti di Pakistan," kata beliau.

Ditanya jika beliau akan melawat seluruh negara untuk menemui anggota akar umbi MCA, Dr Chua berkata beliau tidak akan berbuat demikian melainkan jika dijemput untuk sesuatu majlis.

"Mereka (pemimpin akar umbi) mestilah memahami jika saya melawat sekarang saya akan gunakan wang sendiri. Saya terpaksa memanggil dan menempah (penerbangan dan bilik hotel).

"Saya bukan tahu tempah tiket, bilik hotel...itulah kebenaran kerana saya telah menikmati kemudahan kerajaan ini sejak 18 tahun lepas.

Sejak saya menjadi EXCO Johor sehingga sekarang...tetapi OK. Saya akan melakukannya sedikit demi sedikit. Itu sebahagian daripada kehidupan dan kini saya akan bergerak ke peringkat seterusnya. Lagipun, masih ada kehidupan selepas politik.

"Jika ada jemputan, saya akan pergi itu pun jika ada orang yang masih mengingati saya," katanya.

Dr Chua berkata beliau ke Kementerian Kesihatan hari ini untuk mengemas barang-barang peribadinya kerana Menteri Kesihatan baru mungkin akan menggunakan pejabat itu mulai Isnin ini

Beliau juga mengulangi bahawa pengedaran DVD seks bukan disebabkan persaingan perniagaan kerana beliau tidak pernah terbabit dalam perniagaan.

"Ia tidak ada kaitan dengan perniagaan kerana saya tidak terlibat dalam perniagaan...ia tidak ada kaitan dengan wang kerana tidak ada siapa yang meminta wang daripada saya...jadi yang lain biarlah orang memikirkannya.

"Siapa musuh saya, saya sebenarnya tidak tahu. Tetapi saya seorang ahli politik dan ahli politik ada musuh dan penyokong, ini tidak ada siapa yang boleh menafikan.

"Tetapi seperti yang pernah saya katakan, saya tidak akan meneruskan ini (merakam dan mengedar DVD) kerana ia tidak ada kesudahan. Saya tidak tahu siapa yang buat.

"Polis juga menghadapi kesukaran kerana ia dibuat kira-kira lapan bulan lepas...jika anda lihat pita itu, tarikh ada juga.

"Polis telah meminta beliau memberikan kenyataan mengenai perkara itu apabila saya ada masa," tambah Dr Chua.- 3/1/2008

Sumber

02 January, 2008

‘Sayalah orangnya’ -- Pengakuan Menteri Kesihatan mengenai isu DVD seks libatkan ahli politik




PENGAKUAN... Chua Soi Lek menjelaskan mengenai pembabitannya dalam skandal seks dengan seorang wanita pada sidang akhbar di Labis, Johor, semalam.


LABIS 1 Jan. – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka hari ini bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

Soi Lek yang membacakan teks kenyataan pada sidang akhbar di pejabat MCA Labis di sini petang ini menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.

‘‘Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.

“Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya,” katanya.

Sidang akhbar pada pukul 4.30 petang itu penuh sesak dengan kehadiran wartawan serta para penyokong Soi Lek.

Menteri Kesihatan berusia 61 tahun itu tampil membuat pengakuan tersebut bagi menjelaskan kontroversi DVD pemimpin politik Johor yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda di sebuah hotel.

DVD hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu diedarkan secara percuma di Muar dan Batu Pahat oleh orang yang tidak dikenali dan pertama kali dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina pada Ahad lalu.

Turut hadir bersama 200 penyokong Soi Lek pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi MCA Labis, Tan Kok Hong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok dan ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha yang juga Pengerusi BN Labis.

Menurut Soi Lek, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk memohon maaf atas kontroversi itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ketiga-tiga pemimpin itu bagaimanapun menegaskan tetap akan menjalankan tugas sebagai menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan pemimpin MCA seperti biasa.

Bernama melaporkan Chua, yang akan menyambut ulang tahun ke-61 esok, diiringi isteri beliau, Datin Seri Wong Sek Hin ketika beliau menemui Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya semalam untuk menerangkan mengenai DVD tersebut.

Pada pertemuan itu, Soi Lek mengakui bahawa beliaulah orang dalam DVD itu yang dirakam dua tahun lepas.

Berikutan pertemuan itu, diputuskan bahawa Menteri Kesihatan berkenaan hendaklah menjelaskan perkara tersebut secara terbuka.

Ketika menjawab pertanyaan pemberita, Soi Lek menerima tepukan gemuruh daripada penyokongnya apabila beliau berkata: ‘‘Menteri berkhidmat atas kepercayaan yang diberi oleh Perdana Menteri.”

Beliau yang kelihatan tenang menjawab pelbagai soalan daripada wartawan, turut menafikan beliau sendiri bertanggungjawab merakam dan menghasilkan DVD tersebut.

Menurutnya, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting, namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau turut merayu media supaya memberikan beliau dan keluarganya sedikit ruang ketika menghadapi saat-saat getir tersebut.

Soi Lek berkata, beliau mengetahui mengenai rakaman itu pada Ahad lalu apabila seorang rakan memberikan salinannya.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk membuat laporan polis, Soi Lek berkata: “Saya akan memikirkan perkara itu dengan serius.”

Beliau turut memohon maaf kepada rakan seperjuangan, penyokongnya dan rakyat Malaysia.

‘‘Saya juga berterima kasih kepada mereka yang prihatin dan mengambil berat dengan membuat panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Selepas sidang akhbar itu, beberapa pengikutnya turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan simpati kepadanya.

Sementara itu, Kok Hong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Johor berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada Soi Lek sebagai Ahli Parlimen Labis untuk mewakili kawasan Parlimen itu pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kejujuran Soi Lek mengakui kesilapannya patut menjadi contoh kepada orang lain kerana belum ada pemimpin yang mengambil sikap berani dan sejujur beliau.

Blog Widget by LinkWithin