Wallahualam..
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak
tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah
wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan
menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini
juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya
pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja.
Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi
jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi
pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai
yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman
sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang
berusaha untuk menakluk hatinya. Konon
wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang
tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat
dengannya dan
boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini
biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta.
Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara
berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab,
wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan
senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang
apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak
mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh,
tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita
seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
perpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah
dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya,
dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil
mudah ini, banyak persoalan yang
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya
sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan
peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari
wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah
dilakukannya.
Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak
ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah
terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita
seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,
kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment