adsense

26 April, 2007

Isu Hangat: Bukit Bintang Toilet Review



Hi, remember the earlier email on the above when it is being opened. Now, read the review. Have a good laugh!!!
Regards

As part of an initiative to make the city more favourable towards tourists, a series of state-of-the-art automated public toilets were recently introduced at several tourist hot spots around KL city.

These new public toilets came to light not without some controversy. Some people like them, some people think those money can be better spent somewhere else. At RM400,000 a pop, these toilets are even more expensive than the houses most of us live in.

But hey, it's not like the authorities care anyway. The toilets have been built already and if you don't like them, you can go (shit) sit somewhere else.

Our country's top officials are obviously proud of these toilets. On the toilets' opening ceremony, even our Deputy Prime Minister came along in his sleek black limo to officiate the opening.

When it comes to opening ceremonies, people always like to perform a symbolic action to mark its opening. Some people cut ribbons, others plant trees or hit gongs.

You gotta wonder, what symbolic action our Deputy Prime Minister did to make the opening of these toilets official? Did he urinate to officiate?

These toilets cost 20 cents to use. In other words, they need at least 2 million people to piss in each of these toilets just to breakeven financially.

There's a coin slot by door for you to put the money in. These are pretty similar to those soft drink vending machines. Except with vending machines, you put in the coin in and stuff comes out of it - for you.

With these toilets, you put the coin in and stuff comes out of you.

The inside of the public toilets look mighty impressive. Unlike the public toilets we are used to, these ones are extremely clean. They are so clean, they make our hawker food stalls look dirty.

Only in Malaysia can you find places you shit cleaner than the places you eat.

I mean, there's even an aircond inside the toilet! Finally, someone has acknowledged that chucking a shit is actually pretty tough work.

The most amusing of all, must be the warning signboard inside the RM400,000 toilet.

There's this symbol that says "No Diving Allowed."

Then there's the standard "No Eating and Drinking Allowed"

I don't know about you, but I'm not sure about the kinda food they serve in public toilets. Chocolate cakes, anyone?
But one thing that caught my attention though, was this warning.

Heh.
The last thing you wanna happen when you're happily taking a dump, is for the door to automatically open and have the busy crowd at Bukit Bintang catch an eyeful of you.
Doing this.

Isu Hangat: Kisah Yin Lagi



Kasih dan sayang orang miskin lebih berharga dari wang ringgit . keikhlasan
orang tidak berpelajaran lebih memancar dihatinya dari keikhlasan orang
yang mencari nama dipentas dunia yang penuh dengan tipu daya dan muslihat.
Keikhlasan yang dibuat buat.

Allah telah menetapkan sesuatu perjalanan hamba hambaNya , dan bagitu
jugaklah perjalanan anak kecil yang diberi nama timangan Yin. Tak usah
kita bercerita tentang Yin kerana telah mendapat liputan meluas. Cuba
kita
bayangkan jika benar Yin tidak ditarik oleh Noor Shida ketika kanak kanak
itu cuba melintas jalan, dan dimarahi pemandu kereta itu. Jika benar apa
yang dikatakan , sesungguhnya dia telah menerima “hadiah” permulaan
apabila menolong Yin. Dan cuba bayangkan andainya Yin dilanggar kereta,
dan ibu dan ayahnya sibuk mencarinya didalam bangunan. Boleh berjumpakah
kanak kanak itu sehingga hari ini. Kanak kanak yang tidak punya apa apa
identiti.

Bagaimana perasan ibu dan ayahnya, andainya diberitahu bahawa anaknya
telah dilanggar kereta dan telah cacat tubuh badannya. Tentu hancur luluh
perasaan mereka kan . Apalah adanya pada kulit yang sedikit mengelupas
itu. Kulit yang kita belai sepenuhnya adakalanya mengelupas juga . Tuhan
sekadar ingin menduga ayah dan ibu Yin. Diberinya ketakutkan untuk
meningkat keimanan dan kesabaran dalam menangani sesuatu perkara. Saya
telah pernah melaluinya, bila anak mengelupas kulitnya akibat berkasut
sewaktu motivasi camp sehingga mengelupas seluruh tapak kakinya. Ia
mengambil masa 2 tahun untuk pulih sedia kala. Alhamdulillah berkat
kesabaran.

Amboiii…sedapnya mulut ibu Yin meluahkan perasaan geramnya pada orang
yang
“menyimpan” anaknya tatkala bertemu kembali dengan Yin. Amboiii
sedapnya
mulut ayah Yin menceritakan saat kegembiraannya ketika bertemu dengan
Yin.
Amboii… sedapnya mulut nenek Yin bercerita….sungguh sedap mendengar
cerita
cerita mereka. Lupa mereka akan kebesaran Tuhan yang mengizinkan kembali
pertemuan itu.

Lupakah mereka, bahawa beberapa Nabi sebelum ini telah diduga dengan
pelbagai penyakit, bukan sedikit mengidapnya tapi bertahun tahun lamanya.
Ah… mudahnya berkata ..” Kita bukan Nabi, tapi tahukah kita… kita
ini
pengikut nabi terakhir yang punya akhlak mulia, yang baru saja kita
menyambut kelahirannya dengan pelbagai acara dan aktiviti untuk
mengembalikan kegemilangan pekerti mulia.

Dari hari pertama , Yin dikembalikan, hati ini bagitu terusik
mengenangkan
nasib anak anak Noor Shida , apabila ia “dipisahkan” dari
keluarganya. Dan
“hadiah” kedua buatnya bermula . terasa agak sukar baginya untuk
memenangi
hadiah lumayan yang ditawarkan selepas ini. Naluri seorang ibu, walau
bagaimana dan betapa derita sekalipun, kasihsayang ibu tidak harus
diputuskan/dipisahk an. Tidak bolehkah kita memaafkannya, dan memberi
perlindungan sewajarnya. Jika telah tertulis haknya dengan memiliki
sejumlah wang dengan cara bagitu, berikanlah wang ganjaran kepadanya.
Mungkin dengan wang itu dia dapat membaik pulih rumahnya yang usang. Dan
mungkin “BERSAMAmu” boleh membuat liputan memberi sedikit ruang
untuk
membuktikan kedaifan mereka. Perbuatan mengemis tidak boleh dimaafkan,
tetapi perbuatan memulangkan kembali anak itu boleh dimaafkan. Dimana
letaknya hati kita yang lembut penuh dengan kasihsayang dan maaf memaafi.
Dan hati bagitu luruh apabila membaca kenyataan penderma sebanyak RM5000
yang telah berjanji untuk memberi kepada yang memulangkan Yin sanggup
memberi wang kepada keluarga Yin untuk membuat kenduri kesyukuran
andainya
sipemulang itu dipenjarakan. Walau apa terjadi sekali pun, hakikatnya,
hak yang telah dijanjikan harus ditunaikan walau dalam keadaan apa pun.
Hak tetap hak, walaupun untuk siapapun. Kasihanilah anak anak Noor Shida.

Teringat pada satu kisah di zaman Rasullulah saw , apabila seorang
dermawam memberi derma pada seorang pencuri, kemudian kali keduanya
kepada
seorang kaya, dan pabila ditanya akan perbuatanya, dia menjawab itu
adalah
urusan Tuhan untuk memberi peringatan kepada dipenerima melaluinya.
tidakkah ada hikmahnya disebalik perbuatan itu. Kenapa kita tidak mampu
melaksanakan secubit amanah itu. Alangkah sedihnya umat akhir zaman ,
yang
hanya sibuk dengan publisiti dan kemewahan dunia.

Adehhh….. masih terkenang tapak kaki anak yang mengelupas , dan
“kehilangan” anak sekejap diambil orang. Anak dibawa ke dewan besar
untuk
peraduan melukis dengan bas sekolah. Agaknya cikgunya terlupa nak g tau,
lepas peraduan kena balik sendiri, maka si anak tak memberitahu supaya
menjemput selepas pertandingan. Tunggu punya tunggu tak balik balik, bila
kedewan besar, telah sunyi sepi tak ada orang. Aduh….dimana nak cari
anak
tu... harus ke bersabar atau menunggu saja. Dalam kesabaran menunggu,
anak
itu balik selepas maghrib dengan diiringi keluarga baru . Mujur ada orang
yang bawa balik, diberi makan dan minun, siap tukar baju lagi, kemudian
dihantar pulang. Waktu setengah hari itu bagaikan setahun lamanya.
Apapun,
semoga Allah membalas jasa couple tu. Rupanya Allah memberi ruang
siratulrahim sesama insan didalam kejadian yang sebentar cuma.

Aku ini cuma seorang hamba Allah yang selalu lalai dan leka dalam menurut
perintahNya, namun aku sesekali tidak akan bersetuju andainya ada orang
yang cuba mengainaya orang lain hanya kerana kesalahan kecil. Dimana
letaknya hati kita yang mahu kelihatan bersih dan suci selalu.

Ampunilah dosaku Ya Allah kerana meluahkan perasaan ketidakpuasan hati
didalam situasi ini.



* * * * * *

Aku tak bulih nak tipu bahawa aku sedikit mengalirkan air mata bila
baca statement berikut dalam Utusan Malaysia hari ini :

------------ -----

UTUSAN: Anak-anak kamu sukakan Yusof?

Noor Shida: Kelima-lima anak saya sukakan Yusof terutama yang bongsu
tadi. Pagi ini, apabila bangun tidur, Shahida tanya ke mana Yusof
pergi.

UTUSAN: Apa kamu jawab?

Noor Shida: Saya cakap ibu bapanya telah datang ambil.

UTUSAN: Apa permainan Yusof sepanjang di sini?

Noor Shida: Setiap hari, Yusof akan main pasir dan besi-besi buruk
yang dibawa pulang oleh suami saya.

UTUSAN: Kamu rindukan Yusof?

Noor Shida: Rindu. Sebab saya dah anggap dia macam anak saya sendiri.

------------ ----

Berita sorang budak hilang ni dah jadi isu nasional minggu lepas.
daripada mat2 rempit, sampai la ke menteri2 dan pegawai2 atasan polis
masing2 berganding bahu mencari dia pagi petang siang malam. habih
kedai2 kopi dan tiang2 talipon ditampal dengan muka budak ni. tak
kurang juga dermawan dan hartawan yang berganding bahu berlumba2 nak
bagi duit kepada sapa2 yang berjaya pulangkan yin, nama budak yang
hilang ni tadi, ke pangkuan mak ayahnya yang merinduinya.

first time aku dengaq berita ni, kepala hotak aku dah sedikit celaru
dengan pertanyaan demi pertanyaan tentang perilaku mak ayahnya.
dikatakan anaknya hilang kat sogo. untuk mereka yang tinggal dan
menetap di kuala nerang atau hutan kampung dan tak pernah tengok pekan
yang lebih besaq daripada pokok sena ataupun langgaq, ingin aku
gambarkan bahawa sogo adalah sebuah pusat membeli belah yang terletak
di tengah2 kotaraya kl yang mana kalau hari minggu - terutamanya kalau
ada sales - kawasan tu kelihatan seperti sedang dikerumuni oleh
manusia2 yang berpusu2 melarikan diri dari medan peperangan!

sogo. aku sendiri pun boleh hilang arah kalau tak kena gaya .

jadi, bila yin dilaporkan hilang di sogo, hati aku tesentap. apa punya
jenih mak ayah yang boleh dok beshoping sampai lupa anak dia dok tang
mana? budak tu bukannya hilang sekejap. dah keluaq dari sogo, dah nak
lintas jalan! aku tatau bila pasangan ni sedaq anak dia hilang.
mungkin dalam perjalan balik ke ipoh kot. atau masa dah sampai rumah
dan dok punggah barang belian kemudian baru sedaq yang depa terlupa
beli kasut baru kat yin, dan pada masa tu la depa baru terpikir ".. eh,
mana yin?".

aku tatau time bila depa perasan. tapi aku rasa kurang selesa dengan
situasi macam ni.

walaubagaimanapun aku tak tolak bahawa benda ni boleh berlaku pada
sesiapa sahaja yang teramat cuai. tetapi nasib ayah yin ni baik,
kerana kecuaiannya berlaku ketika Malaysia sedang dilanda demam
pilihanraya umum. jika tidak, mungkin mereka boleh melupakan terus
masalah terlupa beli kasut baru kat yin tu tadi, kerana sepertimana
masalah orang2 hilang yang lainnya, sudah pasti masalah mereka juga
akan dijadikan kes2 terpencil dalam fail siasatan kerajaan.

aku mengikuti berita ayah yin ni dengan penuh minat. dan perkara yang
aku tak boleh lupakan ialah bila dia berjanji depan rakyat malaysia
bahawa dia akan memaafkan dan tidak akan mengambil apa2 tindakan
kepada mereka yang memulangkan anaknya. dalam pada masa yang sama, dia
juga mengumumkan bahawa terdapat individu2 yang berjanji untuk
memberikan ganjaran duit kepada sesiapa yang memulangkan anaknya.

akhirnya yin diserahkan semula oleh pasangan myanmar . pasangan yang
tinggal di tempat yang boleh dikategorikan sebagai stor simpanan
barang itu tadi kini sedang mengikuti proses untuk dibicarakan
berkaitan sendiket mengemis. atau lebih tepat lagi, mereka ini disyaki
memaksa yin untuk mengemas, dan mempunyai mala fide dengan menyimpan
yin.

sebelum tulisan ni diteruskan, aku nak bagi clear bahawa aku menentang
segala bentuk perancangan terancang kumpulan peminta sedekah tak kira
had umur dalam usaha mengaut keuntungan yang cepat. full stop.

setelah yin berada dipangkuan ayah yin, dan suluhan lampu kamera
menerangi muka2 mak menteri dan jugak pegawai2 keselamatan atasan,
nada ayah yin mula bertukar. daripada memaafkan kepada prejudis dan
seterusnya membuka laporan untuk membenarkan siasatan terhadap
keluarga myanmar tadi.

laporan demi laporan ke atas keluarga myanmar tadi lebih berbaur
prejudis. salah satu soalan menarik yang ditanyakan kepada keluarga
ini tadi ialah kenapa mereka tidak melaporkan kepada polis, dan -
memetik dari laporan um - mereka menjawab - dan aku quote directly -
"Saya hendak hantar Yusof ke balai polis, tetapi tidak tahu caranya
bagaimana".

bagi aku itu adalah satu statement yang sangat jujur datang daripada
warga asing. kenapa aku kata statement jujur? sebab kita sendiri pun
tak tau kat mana balai polis yang berdekatan dengan rumah kita! kalau
pun kita tau, sapa2 yang pernah pi buat report kat balai polis mesti
tak pernah terlepas daripada pengalaman "disoal seperti orang salah"!
rumah kena rompak? "kenapa encik tak kunci elok2? kenapa encik tak
bukak lampu? kenapa encik tak beritahu jiran? kenapa encik nak
menyusahkan saya tengah2 malam ni menulis report untuk encik sedangkan
gaji saya tak penah naik?"

habis bab polis, ayah yin pulak dalam akhbar yang sama hari ni dok
belek kaki anak dia. kudis katanya. syak yang kemungkinan anak dia dah
start dijadikan pengemis. mintak siasat supaya tak jadi benda yang
sama pada orang lain.

soalan aku : mana dia kemaafaan dari hang sewaktu hang tengah susah
dulu? mandia sifat kemanusiaan yang ada pada diri hang ketika hang
menyesal dengan kealpaan dan kecuaian hang semasa beshopping di sogo
sampai hilang anak dulu? manadia janji hang sebagai orang Islam!

myanmar ni tadi ambik, bela, bagi makan dengan apa yang dia mampu.
mereka tak mampu bersekolah, tak dihiraukan oleh sesiapa. dicampak
dari bumi myanmar ke tanah melayu, merempat tanpa diberi pembelaan
sewajarnya - tetapi masih berhati perut untuk menjaga, memandikan,
memberikan makan sedang mereka sendiri tak mampu untuk menyediakan
kemudahan ke atas diri dan keluarga mereka. dan apa yang ayah yin
harapkan lagi pada keluarga seperti ini? menatang anak mereka dengan
mandian dan wangi2an dan menjamu makanan berkhasiat untuk yin
sedangkan mereka sendiri tidak tahu nasib mereka di esok hari? apakah
ayah yin mengharapkan mereka ini akan memakaikan yin dengan pakaian2
berjenama dari sogo dan menyediakan permainan2 malah dari toys r us
sepanjang yin di bawah penjagaan mereka?

MEREKA ADALAH PENGEMIS! dan pengemis ini - yang saban hari hidupnya
dihina, diludah, dihalau, dilayan seperti kucing kurap - sanggup
berkongsi rezeki yang tidak pernah cukup untuk mereka, demi untuk
memastikan yin terus hidup, terjaga dan terpelihara. di mana hati
perut hang, ayah yin, sehingga sanggup prejudis sebegitu rupa?

bukankah sekarang menjadi tanggungjawab hang membalas budi mereka
menjaga yin dengan memastikan mereka pula mendapat pembelaan
sewajarnya? sekurang2nya memastikan, kalau pun tidak keseluruhan
komuniti myanmar yang ada di situ, paling tidak keluarga pengemis ini
sahaja diberikan tempat di jabatan kebajikan masyarakat untuk mengubah
nasib mereka. ataupun membantu menyekolahkan anak2 mereka nanti. atau
paling tidak membetulkan stor usang yang menjadi tempat mereka
berteduh.

mereka menjaga, memberi makan, dan membelai yin dengan seadanya, dan
ini ucapan terima kasih hang terhadap mereka? memersampahkan mereka
yang telah sedia disampahkan oleh masyarakat? menambah kehinaan mereka
yang telah sedia dihina oleh masyarakat seperti hang?

ayah yin. hari ni hang gembira sebab telah berjumpa dengan anak hang
yang hilang. kembalilah dia semula dalam keluarga yang begitu merindui
dan menyayanginya. peluklah dia, dan belailah dia seadanya. jagalah
dia dan jadikan ini iktibar supaya hang tak hilangkannya sekali lagi
nanti.

bergembiralah dengan benda yang hang telah berjumpa. walaupun secara
tak sedarnya hang lansung tak peduli dengan satu perkara lagi yang
hang sengaja hilangkan.

hang telah hilang maruah dan harga diri ke atas janji seorang saudara
kepada saudaranya yang lain. mungkin inilah kesannya jika terlalu
banyak dilimpahi lampu kamera dan ucapan tahniah tangan2 lembut pak2
menteri yang hidup mereka tidak pernah merawat kudis di kaki anak yang
terpaksa membantu ibu dan ayahnya mencari rezeki demi untuk meneruskan
hidup di kemudian hari.

inilah realiti...

matkeri

25 April, 2007

Foto Hangat: Fiesta Media Idola 2007










Foto Hangat: Misc Pics Of The Day




















Santapan Jiwa: Akibat menyakiti hati ibu


sekadar renungan bersama...
Akibat menyakiti hati ibu
Jenazah terbiar lama

SETIAP kali ke selatan tanah air, saya sukar melupakan suatu
peristiwa yang berlaku semasa saya berkhidmat di sana kira-kira 20 tahun lalu.
Saya masih ingat, bulan Mac 1980, kira-kira pukul 10.30 malam, saya
mendapat panggilan telefon mengatakan ada kematian di kawasan
perumahan berhampiran tempat kediaman saya.
Memandangkan malam sudah hampir larut, saya menangguhkan niat
menziarah Allahyarham. Saya mengambil keputusan menunggu sehingga esok pagi.
Saya tidak begitu mengenali Allahyarham. Apa yang diberitahu beliau
seorang wanita yang masih muda dan belum berumahtangga. Bagaimanapun saya
memang kenal baik dengan ibunya. Orangnya baik dan lemah lembut, senang
dibawa berbincang malah tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.
Keesokannya, kira-kira pukul 8.00 pagi saya pun bergegas ke rumah
Allahyarham. Niat hati hanya untuk berziarah saja kerana kebetulan
waktu itu saya sedang hamil. Lagipun di situ terdapat seorang pengurus
jenazah yang memang saya kenali.
Sebaik tiba di sana orang ramai telah memenuhi ruang tamu. Segala
persiapan telah di-buat. Kain kapan, kemenyan, kapur barus dan sebagainya siap
sedia di sisi jenazah.
Saya lihat semua tetamu sedang khusyuk membaca surah Yasin. Hati saya
tertanya-tanya di mana pengurus jenazah? Dia tidak kelihatan,
sedangkan rumahnya hanya selang beberapa pintu dari rumah Allahyarham.
Masa terus berlalu, pengurus jenazah yang bernama Mak Siti itu tidak
muncul-muncul. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.
Hati mula tertanya-tanya, siapa akan menguruskan jenazah ini?
Kesian...
Sudah lebih 12 jam jenazah terbiar. Saya menghampiri ibu Allahyarham.
"Mak cik, mana Mak Siti? Hari dah tinggi. Dia tak sampai lagi?" saya
bertanya.
"Entahlah ustazah, mak cik telefon dia tadi. Katanya dia datang lewat
sikit, ada hal mustahak," kata ibu Allahyarham separuh kesal.
"Jenazah tak elok dibiarkan lama-lama. Saya bukan tak nak tolong tapi
mak cik tengoklah keadaan saya ni..." kata saya kepadanya sambil menunjuk
ke arah perut.
"Tak apa ustazah, makcik faham. Mak cik akan cuba minta tolong orang
kampung sebelah," jawab ibu Allahyarham lagi.
Salah seorang waris keluarga itu terus ke kampung sebelah, meminta
pertolongan. Lebih kurang setengah jam kemudian dia muncul kembali.
"Macam mana? Ada tak orangnya?" tanya ibu Allahyarham.
"Tak ada. Dia ke Kuala Lumpur semalam... ke rumah anaknya," kata
lelaki itu.
"Macam mana ni ustazah?" katanya kepada saya dengan wajah sedih.
Lantas dia memeluk saya sambil menahan sedu.
"Bersabar mak cik. Semua yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya.
Kita tunggulah Mak Siti, kalau tak ada juga baru kita cari ikhtiar lain,"
kata saya cuba mententeramkannya.
Kami mengambil keputusan menunggu saja kedatangan Mak Siti. Hari
semakin petang. Jarum jam terus berputar daripada pukul 1.00 ke pukul 2.00
dan akhirnya mencecah 3.00. Seorang demi seorang yang berada di ruang tamu meninggalkan rumah Allahyarham. Semakin lama semakin ramai yang meminta diri untuk
pulang.Melihat keadaan yang semakin lengang, ibu Allahyarham kelihatan serba
tak kena. Tentulah dia sedih memikirkan tiada siapa untuk menguruskan
jenazah anak kesayangannya.
"Macam mana ni ustazah, jam dah hampir 4.00 petang. Bayang Mak Siti
pun tak nampak," rintih ibu Allahyarham sambil air matanya berlinangan.
"Kesian saya tengok mak cik. Tak ada siapa yang nak uruskan. Macam
nilah mak cik... saya bukanlah nak ambil tahu hal keluarga mak cik, tapi
ada tak apa-apa kelakuan Allahyarham yang mengecilkan hati mak cik?" tanya
saya spontan. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana saya dapat
mengeluarkan perkataan demikian pada waktu itu.
"Kenapa ustazah tanya macam ni?" katanya agak terperanjat.
"Tak ada apa-apa. Cuma... kalau ada perilaku Allahyarham semasa
hayatnya membuat mak cik kecil hati, maafkan ajalah dia. Mungkin Itu akan
dapat meringankan bebannya," kata saya bersungguh-sungguh.
Mendengar kata-kata itu, ibu Allahyarham terus menangis teresak-esak
lantas memeluk saya. Saya tergamam seketika. Mulut saya terkunci.
"Memang mak cik merasa kecil hati dengannya. Dia tu suka melawan,
sepatah yang mak cik cakap, sepuluh dia balas. Puas adik-beradik nasihatkan
dia.Tapi dia tetap macam tu.
"Lagipun dia ni degil, tak pernah langsung mendengar nasihat mak cik.
Apa yang mak cik cakap semuanya dibangkang," katanya dengan linangan air
mata.
Menurut ibu Allahyarham lagi, walaupun demikian anaknya amat bersopan
santun dan mesra dengan orang lain. Tidak pernah dia meninggikan
suara jika berbual dengan sahabat atau saudara-mara.
"Dengan mak cik saja dia begitu.. Itu yang mak cik kecil hati.
Kadangkala mak cik terfikir di mana silap mak cik," tambahnya dalam esak tangis.
Malah kata ibu Allahyarham, anaknya seorang yang taat kepada suruhan
Allah.
Segala amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat tidak pernah
ditinggalkan.
"Sampai sekarang mak cik kecil hati dengan dia. Sebab ni ke, tak ada
orang nak sempurnakan jenazahnya, ustazah?" tanya ibu Allahyarham sambil
mengesat mata.
"Yang sudah tu sudahlah. Sekarang mak cik maafkanlah segala kesalahan
dan kesilapan itu. Insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan
jenazahnya akan disempurnakan dengan cepat," kata saya lagi. Sebaik saja saya
berkata demikian, ibu Allahyarham terus mengangkat tangan berdoa sambil
berkata,"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku ampunkan segala kesalahan, kesilapan dan
dosa anakku ini. Lapangkanlah anakku dari segala seksaan." Dia kemudian
terus membuka kain penutup jenazah. Ditenung wajah anaknya agak lama.
Lebih kurang lima minit kemudian, tiba-tiba terdengar suara Mak Siti
memberi salam di muka pintu.
''Maaflahhhh, terlambat. Saya ke pekan, ada hal sikit tadi. Tak
sangka pula susah benar dapat teksi, tak macam selalu," kata Mak Siti sambil
bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada. Saya pandang wajah ibu Allahyarham.
Jauh di sudut hati, saya berbisik: "Alangkah besarnya keagunganMu, ya Allah.
Enam belas jam jenazah terbiar tetapi selepas dosanya diampunkan ibu,
mudah saja Allah lorongkan kebaikan."
Memandangkan semua sudah tersedia, Mak Siti terus memulakan tugasnya.
Saya juga turut membantu serba sedikit. Tidak sampai satu jam,
segala-galanya daripada mandi, kapan dan sembahyang jenazah siap disempurnakan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan
berhampiran selepas azan Asar pada hari itu juga.

Info Hangat: Bantal dan Anda



1)Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni.Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus danjiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsusemata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orangramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapaicita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Sian betul mereka nih... pegi kedai belilah satu...bknnya mahal sgt pon...

Santapan Jiwa: Rezeki jadi luas kalau.....



Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: " Kalau kau
rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup,
harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah."
Dia menyambung "Kalau kau sudah senang
setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut.
Nescaya
Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet
ada rm2 saya sedekahkan rm1.
Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan
sedikit. Kalau ada rakan susah
nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar
alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah.
Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada
masa
akan datang.
Itu juga amalan kawan saya.

Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta.
Dalam masa yang sama kena saman polis.
Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar
beberapa ribu. Saya pesan kat dia,
mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan
kat dia.
Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak
mudah
dan rezeki dia nampak luas.

Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus.
Kadang, bak kata mak saya,
rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan
puas. Gaji seperti biasa,
tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang
dari sumber yang kita sendiri tak sangka.

"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
pahalanya itu untuk kamu sendiri.
Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari
keredaan
Allah (ikhlas).
Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan
diberi
pahalanya dengan cukup,
sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya." (Surah al-Baqarah, ayat
272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw.,
"Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi bersabda, "Engkau
bersedekah dalam keadaan
senang (shahih) dan berkeinginan (harish)."

Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah
bersabda,
"Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan
hisab
(perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."

saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
memperingatkan
sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang
bertaqwa.... ......

Info Hangat: Beauty of Maths!


Beauty of Maths!

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And finally, take a look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321



Foto Hangat: Big Big trucks





Isu Hangat: NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA .........



Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian .....

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai

makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk

mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga

turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang

dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk

menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam

periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut

keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan

bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan

renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka

beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk

membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja

dalam ilmu perubatan ini.

Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum

berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya

selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja

Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.

Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki

beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya

berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta

air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak

lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang

digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan

Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut

saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang

bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke

atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin

kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak

lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada

bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak

yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh

dengan ............ ......... ...



































































































































.......


Nasi Lemak



Heh...Heh... Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer ........Pergi buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ?????



*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ..... "Haram betul! bukan main srius aku baca cerita ni,

hampeh!!"

Sengal Gusi: Typical Hindi Filmy Story

Blog Widget by LinkWithin