adsense

26 April, 2007

Isu Hangat: Kepulangan Dato' Sharifah Mazlina


SEPANG 25 April – Penjelajah kutub, Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang selamat tiba di tanah air hari ini, menyifatkan kejayaan beliau menamatkan misi penuh mencabar di Kutub Utara sebagai ‘hadiah’ sempena sambutan kemerdekaan negara ke-50 tahun, Ogos ini.

Beliau menitiskan air mata di hadapan kira-kira 500 hadirin yang menunggu kepulangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, kejayaan itu mustahil dicapai tanpa sokongan dan dorongan oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin negara.

Menurutnya, walaupun terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran, namun berkat doa dan semangat yang diberikan oleh rakyat Malaysia, beliau bertekad untuk menamatkan misi tersebut lebih awal.

“Terima kasih kepada semua pihak. Kejayaan ini untuk semua, untuk Malaysia,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada orang ramai yang menunggu kepulangan beliau seawal pukul 6 pagi di KLIA di sini, hari ini.

Sharifah Mazlina berjaya menamatkan misinya itu lima hari lebih awal berbanding jadual asal selama dua minggu.

Kejayaan itu menjadikan beliau wanita Asia pertama berjaya merentasi Kutub Utara dan Selatan. Ia sekali gus dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records.

Ekspedisi tersebut bermula dari sebuah kem di kawasan ais hanyut pantai Artik di pangkalan Borneo bermula 9 April lalu.

Beliau terpaksa menempuh keadaan sukar di kawasan paling sedikit diterokai manusia dan merentasi benua Artik ke kawasan ‘hujung dunia’ dalam tempoh kira-kira sebulan.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Sharifah Mazlina berkata, kejayaan tersebut merupakan kejayaan negara kerana ia diperoleh hasil sokongan rakyat dari segi material dan moral di pelbagai peringkat.

Malah, beliau melahirkan rasa syukur kerana dasar negara yang memberi banyak ruang kepada golongan wanita hingga membolehkan ‘misi mustahil’ tersebut dapat dilaksanakan dengan jaya.

“Kalau saya bukan dari Malaysia, mungkin tidak ada peluang. Ini kerana, sistem negara kita banyak memberi peluang kepada wanita (untuk berperanan),” jelasnya.

Mengenai ekspedisi tersebut, Sharifah Mazlina yang berpuas hati dengan kejayaan itu menjelaskan, ia bakal memberi dorongan dan banyak manfaat kepada rakyat negara ini terutama hasil daripada beberapa kajian yang dijalankan semasa berada di Kutub Utara.

Antaranya, kajian mengenai faktor pemakanan dan pengambilan sejenis vitamin berkaitan vaskular yang boleh digunakan untuk membantu para atlet dan ramai pesakit khususnya golongan wanita.

Ditanya mengenai rancangannya selepas ini, wanita yang disifatkan sebagai ‘wirawati’ negara itu memberitahu, selepas ini beliau ingin berehat dan berkongsi pengalaman menjelajah Kutub Utara dengan seramai mungkin rakyat Malaysia.

Ini termasuk kemungkinan menerbitkan buku mengenai suka-duka ekspedisi menjelajah kutub itu untuk bacaan umum.

“Saya ada terlalu banyak cerita untuk dikongsi,” katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaannya melatih generasi muda menjelajah Kutub Utara dan Antartika, seterusnya berkhidmat untuk negara.

Isu Hangat: Sacred texts at the British Library




An exhibition of early Jewish, Christian, and Muslim sacred texts opens at the British Library, London. Friday 27 April.

The Haggadah contains the story of the Exodus of the Jews from Egypt, led by Moses, and their liberation from slavery under the Pharaoh.
It is used at Passover and was the favourite Hebrew text for illustration.
This heavily gilded copy was produced in Christian Spain in about 1320.

Holkham Bible Picture Book
In the Middle Ages picture books illustrating the stories of the Bible were made as teaching aids for the nobility.
This Bible was made for a Dominican Friar, probably in London, during the first half of the 14th Century.


Sultan Baybars' Koran
One of the finest of all Koran manuscripts, written in gold in seven folio volumes.
It took three years to produce (1304–06) in Cairo for the Mamluk Sultan Baybars II.

Judeo-Persian manuscript
This illustration shows priests blowing ram horns and encircling Jericho.
It is a poetical reworking of the stories in the book of Joshua, Ruth and Samuel.
It was produced in Iran in the 17th Century.


Silos Apocalypse
This shows the seven-headed dragon being attacked with spears by St Michael and his angels.
Produced at Silos in the late 11th and early 12th Century, when part of Spain was under Moorish rule.

Koran from Spain (Andalucia)
An elaborately decorated Koran, from the 13th Century.
Not many Korans produced in Moorish Spain survived the Christian reconquest in 1492.

Sanaa Pentateuch
This is a Hebrew Pentateuch (the first five books of the Old Testament) copied at Sanaa in the Yemen in 1469.
It shows the strong influence of Islamic art in its decoration.


Ethiopian Octateuch
Dating from the late 17th Century, this illustration shows the Annunciation of Zacharias. It shows the Temple in Jerusalem as if it were a circular, Ethiopian church.
Inside, both the angel and Zacharias hold staves with crosses. An Octateuch is a collection of the first eight books of the Old Testament.

Koran from China
This Koran from China shows some unusual features in its decoration deriving from local artistic motifs.
This 17th-Century manuscript shows what appears to be a Chinese lantern framing the text.

.

Foto Hangat: White Animals











Sengal Gusi: Sketsa Politik


Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, dimana suami dan isteri bekerja.

Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah di kendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia.

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?".

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis, Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?

Kelipok-kelipok mata si anak kejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay.

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'membelasah' si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?.

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu.

Lantas si ibu mencelah, "jadi apa dia politik tu?".

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab. "sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat di abaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik".

Kali ini mata si ayah dan si ibu pulak yang kelipok-kelipok pejam celik.

Isu Hangat: Saintis temui 'bumi' baru



Planet terletak luar lingkaran Sistem Suria, didakwa boleh didiami

WASHINGTON: Pakar astronomi Eropah buat pertama kalinya berjaya menemui sebuah planet baru di luar lingkaran Sistem Suria yang didakwa boleh didiami kerana ciri suhunya menyamai bumi.

Penemuannya yang turut dikenali Gliese 581 c, disifatkan saintis sebagai amat bermakna dalam usaha mencari bukti wujudnya kehidupan lain di angkasa lepas.

“Ia penting bagi mencari kemungkinan wujudnya hidupan lain di angkasa lepas,” kata pakar astronomi Universiti Geneva, Michael Mayor.

Beliau adalah antara 11 saintis Eropah yang menemui planet itu.

“Penemuannya amat bermakna tetapi masih ada banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.”

Planet itu dengan saiz bentuk sesuai, juga dikatakan berkemungkinan mempunyai air.

Penemuan planet baru itu juga membuka jalan kajian ke atas planet yang mengelilingi bintang malap. Sebanyak 80 peratus bintang berhampiran bumi adalah jenis ‘Red Dwarf.’

Planet baru itu tidak dipastikan sama ada permukaannya berbatu atau diliputi ketulan ais dan air. Jika ia berbatu seperti bumi, ukur lilitnya adalah satu setengah kali lebih besar berbanding bumi.

“Jika ia diliputi ais, sudah pasti saiznya lebih besar,” kata Mayor.

Berdasarkan teori yang ada, Planet Gliese 581 c itu masih misteri.

Masih banyak yang belum diketahui mengenai planet baru itu, termasuk kemungkinan ia boleh didiami sebaik butiran terperinci diperoleh.

Maklumat sedemikian penting berdasarkan syarat ditetapkan ke atas planet boleh didiami seperti dakwaan ke atas planet Marikh yang menyamai suhu bumi dan menjadi petanda kewujudan air. – AP

Isu Hangat: Yang di-Pertuan Agong ke-13 ditabal hari ini


KUMPULAN Nobat Diraja Terengganu bersiap sedia sempena
pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
dan Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
di Istana Negara hari ini. Tiupan nafiri dan paluan
nobat lagu ‘Raja Berangkat’ akan mengiringi
keberangkatan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong
ke Balairong Seri. Istiadat pertabalan itu akan dihadiri
Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri,
menteri Kabinet, Menteri Besar dan ketua menteri,
kerabat diraja Seri Paduka, wakil negara
asing serta tetamu kehormat dari
dalam dan luar negara.

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasminya akan memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 hari ini pada upacara pertabalan yang meneruskan tradisi beraja di negara ini.

Tradisi beraja dan upacara pertabalan yang mungkin hanya dapat disaksikan sekali dalam tempoh lima tahun itu, diadakan di Balairong Seri, Istana Negara jam 10 pagi ini dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Mengikut atur cara pentadbiran Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri, tiupan nafiri dan paluan nobat lagu ‘Raja Berangkat’ oleh Kumpulan Nobat Diraja Terengganu akan mengiringi keberangkatan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke Balairong Seri.

Istiadat itu akan dihadiri Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, menteri Kabinet, menteri Besar dan ketua menteri, kerabat diraja Seri Paduka, wakil negara asing serta tetamu kehormat dari dalam dan luar negara.

Atur cara istiadat akan bermula dengan barisan diraja masuk ke Balairong Seri, didahului Datuk Paduka Maharaja Lela Yang Mulia Tengku Farouk Tengku Jalil berserta panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama.

Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak yang menjadi sebahagian alat kebesaran diraja yang menjadi lambang kebesaran Kerajaan Malaysia.

Mereka akan diiringi juruiring Seri Paduka dan panglima yang membawa alat kebesaran diraja.

Tuanku Mizan, 45, akan berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu muskat bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dengan bertengkolok ‘Dendam Tak Sudah’.

Seri Paduka akan memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengahnya, berserta tali bengkung daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga.

Di pinggang Seri Paduka pula akan tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.

Tuanku Nur Zahirah, 33, pula akan memakai perhiasan Raja Permaisuri Agong iaitu Gendik Diraja, pakaian ulu (kepala) dan Kalung Diraja, kedua-duanya diperbuat daripada emas putih bertatah berlian.

Seri Paduka berdua akan bersemayam di singgahsana yang diukir dengan motif menggabungkan ciri-ciri awan larat dari Semenanjung serta Sabah dan Sarawak bagi melahirkan identiti kebangsaan yang unggul, sepanjang upacara pertabalan itu.

Datuk Penghulu Istiadat Datuk Wan Safiain Wan Hasan yang juga Datuk Pengelola Bijaya Diraja akan

membawa masuk naskhah Al-Quran manakala Keris Kerajaan, surat perisytiharan dan watikah ikrar dibawa pegawai Istana Negara yang diketuai oleh Datuk Paduka Maharaja Lela dengan iringan paluan nobat lagu ‘Menjunjung Duli’.

Naskhah al-Quran, lambang kemuliaan Islam agama rasmi negara, akan disembahkan kepada Seri Paduka oleh Datuk Paduka Maharaja Lela.

Seri Paduka akan mengucup dan meletakkannya di atas rehal di meja sebelah kiri baginda, diikuti pembacaan surat perisytiharan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditulis jawi di atas kulit kambing.

Datuk Paduka Maharaja Lela akan menyembahkan Keris Kerajaan atau Keris Panjang Diraja, iaitu alat kebesaran negara yang utama, tanda kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka.

Seri Paduka kemudian akan menghunus, mengucup dan menyarungkan kembali keris itu sebelum meletakkannya di meja sebelah kiri baginda di hadapan naskhah al-Quran. Ini akan diikuti dengan titah Seri Paduka melafazkan ikrar sebagai pemerintah utama negara.

Sebaik saja selesai warkah ikrar dibaca, nafiri akan ditiup dan lagu nobat ‘Raja Bertabal’ dimainkan, dan diikuti dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela yang diikuti oleh hadirin.

Tembakan meriam 21 das dan lagu ‘Negaraku’ yang dimainkan oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia menyusul selepas itu.

Abdullah akan menyembah ucapan tahniah dan ikrar taat setia kerajaan serta rakyat Malaysia dan diikuti dengan Tuanku Mizan menyampaikan titah Diraja.

Selepas itu Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Rahman Mohd akan membaca doa selamat. Sebelum selesai majlis istiadat pertabalan, Datuk Paduka Maharaja Lela akan menerima balik naskhah al-Quran daripada Seri Paduka dan mengisytiharkan istiadat itu sudah disempurnakan, diikuti keberangkatan Seri Paduka berdua meninggalkan Balairong Seri.

Tiupan nafiri dan paluan nobat lagu ‘Raja Berangkat’ akan mengiringi keberangkatan Seri Paduka berdua yang didahului Datuk Paduka Maharaja Lela dan diikuti Datuk Penghulu Istiadat membawa naskhah al-Quran, panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama serta alat-alat kebesaran Diraja.

Tuanku Mizan dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 oleh Raja-Raja Melayu pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-208 di Istana Negara pada 3 November 2006 bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang tamat tempoh lima tahun baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 pada 12 Disember 2006.


Foto Hangat: Hand-written Al-Quran




This Quran is hand-written by Emperor Aurangzeb (RA) nearly 400 years ago. It is 13.5 kg in weight, 39.5 CM long and 20 CM wide. It has Golden and silver colored graving. Every page has a different perfumery smell and to avoid fire accidents the pages are fire proofed.
Police captured the person, M.G. Sukumar (from Kerala), who was trying to sell it for 5 Crore Rupees.

Indian continent Kerala Police has arrested Mr. M.G. Sukumar (44) resident of Trichur, who is going to sell this Quran for 5 crores Indian Rupees (IRS.5,00,00,000) equal to 50 million $. And it has been sent to Hyderabad for verification of script.

This Holy Qura'n written by Mughal Emperor AURANGZEB in his own hand writing before 400 hundred years ago (During 1636-44 & 1653-58).

- It's weight measured as 13 KG.

- Size: Length 39.5I cm. and width 20 cm.

- The text was graving with Gold & Silver

- This Qura'n papers are made by fireproof material.

- It's every page giving different type of perfume smell


Santapan Jiwa: Surah Al-Rahman



Surah Al-Rahman

1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah,
2. Yang telah mengajarkan al-Qur'an
3. Dia menciptakan manusia,
4. Mengajarnya pandai berbicara.
5. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.
6. Dan tubuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.
7. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).
8. Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.
9. Dan tegakkanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.
10. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya),
11. Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang.
12. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
13. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
14. Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,
15. Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.
16. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
17. Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.
18. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
19. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,
20. antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
21. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
22. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.
23. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
24. Dan kepunyaan-Nyalah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.
25. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dutakan?
26. Semua yang ada di bumi itu akan binasa.
27. Dan tetap kekal wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
28. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
29. Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
30. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
31. Kami akan memperhatikan sepenuhnya kepadamu hai manusia dan jin.
32. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
33. Hai jema'ah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan'.
34. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
35. Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya) .
36. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
37. maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.
38. maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
39. Pada waktu itu manusia dan jin tidak ditanya tentang dosanya.
40. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
41. Orang-orang yang berdosa dikenali dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka.
42. maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
43. Inilah neraka Jhannam yang didustakan oleh orang-orang berdosa.
44. Mereka berkelilingi di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya.
45. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
46. Dan bagi orang yang takut saat menghadap Tuhannya ada dua syurga.
47. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
48. kedua syurga itu mempunyai pohon pohonan dan buah-buahan.
49. maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
50. Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir.
51. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
52. Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan- pasangan.
53. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
54. Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berteleku di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan dalamnya dari sutera tebal yang bersulam, dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
55. maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
56. Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata) , yang tidak pernah disentuh mereka oleh manusia dan jin.
57. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
58. Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
59. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
60. Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula).
61. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
62. Dan selain dari dua syurga itu ada dua syuga lagi.
63. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
64. kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.
65. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
66. Di dalam kedua syurga itu ada dua mata air yang memancar.
67. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
68. Di dalam keduanya ada (macam-macam) buah-buahan dan kurma serta delima.
69. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
70. Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
71. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
72. Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
73. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
74. Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
75. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
76. Mereka berteleku pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani yang indah.
77. Maka nikmat syurga kamu yang manakah yang kamu dustakan?
78. Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia.

Isu Hangat: Kenapa kita mesti TUKAR dari MAXIS ke CELCOM?


Mari tukar ke celcom..


-1-
Maxis dimiliki oleh Ananda Krishan yang bertopengkan
Tun Hanif Omar sebagai Pengerusi Binariang.
-2-
Pemilik Maxis, Ananda Krishnan, dikatakan menyumbang 10% keuntungan tahunan syarikat kepada Persatuan Hindu Sangam Malaysia(PHSM). PHSM adalah antara penggerak utama Inter Faith Commission(IFC).
-3-
Pemilikan syarikat Maxis mungkin proksi dengan nama Ananda Krishnan.
Kita tidak tahu siapakah nama-nama yang diproksikan oleh beliau. Mungkin nama-nama yg diproksikan itu salah seorangnya yang melakukan sumbangan tersebut.
Sumbangan-sumbangan seperti ini adalah biasa bagi syarikat-syarikat besar. Adalah tidak hairan jika Ananda Krishnan mahukan sumbangan itu kepada sesuatu yang berkaitan dengan beliau.
Apa ajaibnya dia hendak menyumbang kepada persatuan-persatuan ISLAM atau konglomerat muslim?
-4-
Celcom sekarang telah mendapat CEO baru iaitu Dato' Shazali.
Saya tidak kenal beliau dengan rapat tetapi saya rasa sejak die menjadi CEO,
Celcom telah mengorak langkah untuk mendapat higher subsriber base
dengan marketing yang aggresif. Oleh itu marilah kita beri sokongan.
Lagipun, atleast die ni orang MELAYU & ISLAM..
rather than bagi sokongan pada orang KAFIR!!
-5-
Dibawah Maxis, terdapat ASTRO, syarikat televisyen berbayar utama negara.
Dan salah satu program di ASTRO adalah Akademi Fantasia,
yang telah banyak melakukan kerosakan minda terhadap anak-anak orang Islam.
AKADEMI FANTASIA?!?!?
Huh, saya tanpa ragu-ragu menyatakan ini adalah agen perosak minda
umat Islam lebih-lebih lagi melayu.
Berapa banyak masa orang melayu dihabiskan berborak mengenai Mawi, Vince, Zahid dll?
Ya, memang benar AF di bawah ASTRO dan dibawah MAXIS.
Itu sahaja alasan untuk memboikot? Siapa yang mendominasi jumlah sms yang dihantar? Tidakkah terfikir, dengan kurangnya sms yang dihantar untuk AF maka kurang juga jumlah
10% yang hendak disumbangkan itu?
-6-
kita semua kan dah tau..
maxis selalu taja program camner? HibURaN kannn...
kalo imbas balik masa tsunami ari tu..cara menderma melalui sms.. tak de satu iklan pun dari maxis..
kalo dari sykt telekomunikasi, yang ada juz dari Telekom, Celcom dan DG..
-7-
Teknologi yang digunakan oleh Maxis ialah GSM900.
GSM900 mempunyai kelemahan di mana "network capacity" of GSM900 is not that high. GSM 900 base station theoretically can reach a radius of 25 km, but within the 25km you have so many subscribers that you get network congestion. It is a technical limitation that if the base station limit is reached (meaning a certain number of users are in a conversation) the rest cant go through.
Celcom pulak menggunakan GSM1800 (selepas merge dengan TM Touch)
yang merupakan system yang lebih maju dibandingkan dengan GSM900.
Ia adalah teknologi yang di keluarkan atau di cipta kerana GSM900 mempunyai
limitasi teknikal seperti yang diterangkan di atas. Oleh kerana GSM 1800 beroperasi di frequensi tinggi iaitu 1800MHz bebanding dengan GSM900 (900MHz) maka base station coverage adalah
rendah iaitu lebih kurang 5 km.
(paham ke tak nih?)
-8-
Maxis lazimnya memberikan kerja kepada orang Tamil/Hindu.
Ini adalah fakta dan bukannya cerita yang saya reka. Tak percaya tanya orang yang kerja Maxis.
Saya mempunyai kawan di sana dan pernah pergi interview di Maxis
dan ini adalah pemantauan saya.
Celcom lazimnya memberikan kerja kepada orang Melayu/Islam.
& fundamentalnya Celcom employs Malays/Muslims.
-9-
Dengan Celcom, ade 8pax. boleh isi 8 nombo pilihan...
yang paling best, boleh aktifkan no phone umah ke dalam 8pax nie
saye gune celcom untuk tepon umah.. berhubung lame pun tak pe sbb murah..
Maxis plak ade activ5..boleh isi 5 nombo pilihan je, kurang 3 nombo dari celcom
dah la tu, takleh letak no rumah..boleh letak nombo maxis ja...
kalau gune maxis untuk tepon umah,tersgtla mahal..ngabihkan boreh ja!
-10-
maxis kan perabih duit pengguna dia, baru ni maxis jadi sponsor utama kpd anugerah hiburan, Anugerah Seri Angkasa RTM...
tahniah kerana menjadi penaja kpd anugerah yg tak berprestij tu...
cam hampeh je pemenang dia.
nk bangga apa sangat bleh sponsor berjuta-juta pun...kita sebagai user dapat apa??
apa pun takda untung..think about it...duit sponsor juta2 tu pun rembat duit kita gak...
saye tgk celcom penah gak taja... sukan, forum ilmiah
saye tgk iklan tv baru2 ni, celcom advantage, seni mempertahankan diri utk wanita...
bagus la jugak...nampak ler professional sket!
-11-
maxis dah untung lebih tapi habuk takde.....
hm....saye rase celcom dan digi lagi bermurah hati berbanding maxis nie...
pengguna prepaid celcom yg recaj >RM50 setiap kali akan dpat bonus airtime...
---------------------------------------------
tempoh pakai nombor (kadar bonus)
=====================
4 - 5 bulan (5% )
6 - 11 bulan (8% )
> 12 bulan (10% !!)
---------------------------------------------
prepaid digi pun ada gak kadar bonus yg mcm nie...
mcm Hotlink, dia x bagi bonus..
tapi baru2 nie Hotlink dah buat satu kadar rata siang malam nationwide utk call to sumer no. maxis (012/017)..call to other networks flat rate gak tapi ikut kawasan...
so, camner?korang still nak stay and go on with MAXIS???
Fikirlah masak-masak ye kawan...bukan ape, kite same2 melayu, sama2 Islam...
fikirlah cikit demi kepentingan ISLAM!!! kate nak berjuang untuk ISLAM...
tp, takkan nak berhijrah dari MAXIS ke CELCOM pon takleh buat!!
sape lagi yang boleh majukan ISLAM kalau bukan kite?
macamne nak tegakkan ISLAM kalau kite sendiri duk sokong orang kapir n
tak support orang Islam sendiri?!?!
memang le diakui celcom tu takde la 100% bersih n suci..lagi2 bile dah masuk marketting
tapi at least fikirlah n nilailah as we are a muslim, right?
saye tau, yg jadik masalah sekarang sebab korang pikir gini kann...
"aku tukar ni kang, payah dah la nak msg ngan member2...
depa sumer maxis. Mahal beb, 1 message 15sen!"
Actually, Kalau kite pakat hijrah dari maxis ke celcom ramai2, takkan timbul masalah pun...
celcom ke celcom pun 5sen gak..ade 8pax lagi...
bile dah tuka tu, ajak la member2 korang tu sumer tukar!
sebarkan flyers nih...bagi diorang tau maklumat nie...
kate nak buat amar makruf & nahi mungkar...ha! ape ditunggu lagi??sampaikan maklumat yang boleh selamatkan saudara2 seISLAM kite daripade terus sumbangkan duit kat kafir laknatullah tu
ape lagi, bagi yg takde duit sgt tu, dapat jer PTPTN @ KPM, beli ler simcard CELCOM daripade beli topup Maxis...harge simcard n harge topup tu pun lebih kurang je...
bukannyer susah pon...
tinggal nak ngan taknak jer....kate orang, `hendak 1000 daye, taknak 1000 dalih"
ntahla...membebel panjang2 pun tak gune jugak...korang sume dah besa, ade akal pikiran,
"Tepuk dada, tanya hati, di mana IMAN..."
saye nak ingatkan, FIKIRLAH UNTUK ISLAM ! ! !

Isu Hangat: Rooney trumps Kaka to give United edge


First Published: Apr 24, 2007
Manchester United's British forward Wayne Rooney (R) is tackled by AC Milan's Gennaro Gattuso during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2 with two goals by Rooney.

Manchester United's British forward Wayne Rooney (R) is tackled by AC Milan's Gennaro Gattuso during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2 with two goals by Rooney.

Wayne Rooney brilliantly trumped AC Milan's Brazilian star Kaka to fire Manchester United to an exhilarating 3-2 victory in the first leg of their Champions League semi-final here on Tuesday.

Just as it seemed that Kaka's first-half double would be enough to earn Milan a draw that would have left them as favourites to advance to their third final in five years, Rooney raced on to a through ball from Ryan Giggs and hammered a low drive into the net for his own second of a memorable evening.

Having claimed an early lead through Cristiano Ronaldo, United's depleted defensive resources were exposed by Kaka's opportunistic brilliance, who twice capitalised on poor marking to claim 22nd and 37th minute goals for the visitors.

Manchester United's Portugese midfielder Cristiano Ronaldo (L) and British forward Wayne Rooney (2R) are congratulated by teammates after Manchester's first goal, during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2.

Manchester United's Portugese midfielder Cristiano Ronaldo (L) and British forward Wayne Rooney (2R) are congratulated by teammates after Manchester's first goal, during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2.

But Rooney levelled with half an hour to play and United's pressure was finally rewarded in the first minute of added-on time.

The result left United manager Sir Alex Ferguson understandably delighted.

"We persevered and kept playing football, some of it was fantastic and we dominated the second-half.

"The equaliser gave us an incentive to go on and win it.

"The result has give us a magnificent chance now of progressing.

"With our chase of the title this is the biggest boost we could have got."

AC Milan vice president Adriano Galliani praised Kaka for giving the team that extra bit of individual brilliance.

"All great teams have one or two players that make the difference and Kaka does it for us," said Galliani.

However he admitted that the injuries to veteran defender Paolo Maldini and hardman midfielder Gennaro Gattuso which saw them both go off had hit them hard.

AC Milan's Brazilian midfielder Ricardo Kaka celebrates after scoring his first  goal against Manchester United during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2.

AC Milan's Brazilian midfielder Ricardo Kaka celebrates after scoring his first goal against Manchester United during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2.

"The injuries to Gattuso and Maldini hurt us. They are two extraordinary players. Gattuso was superb in the first half, and we suffered a lot when he went off," he said.

Given Milan's record at closing out tight ties in front of their own supporters, Carlo Ancelotti's side will remain confident of turning things around. But on this evidence it will be a close-run - and entertaining - affair in the San Siro next Wednesday.

United opened the scoring as Ryan Giggs's inswinging delivery was met by Ronaldo with a header that cannoned into Dida's chest before spinning towards the top corner of the net.

The goalkeeper might still have been able to clear the danger but in his haste to claw the ball away succeeded only in deflecting it into his own net.

The Brazilian made partial amends in the 14th minute, diving to his left to keep out a Michael Carrick volley from a Giggs cutback.

The growing confidence of the home side at that stage had been reflected in Darren Fletcher's outside-of-the-boot pass that had started that move.

AC Milan's Italian defender Alessandro Nesta (L) vies with Manchester United's British forward Wayne Rooney during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2.

AC Milan's Italian defender Alessandro Nesta (L) vies with Manchester United's British forward Wayne Rooney during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2.

But the optimistic mood of the Old Trafford crowd was soon to be punctured by the two sublime touches from the feet of Kaka which delivered Milan's equaliser.

The first allowed him to gather Clarence Seedorf's diagonal pass into the box as well as carrying him past the three United defenders surrounding him to the corner of the six-yard box. The second swept the ball beyond Edwin van der Sar's left hand and into the far corner of the net.

Nobody on the United side could rival the scalpel-sharp cutting edge of Kaka. Eight minutes from half-time, the Brazilian muscled Fletcher off the ball on the left of the box and turned inside, generating a panic in United's makeshift defence which resulted in Gabriel Heinze and Patrice Evra running into each other, leaving Kaka with the simple task of side-footing the ball past van der Sar.

Milan's playmaker might have completed a first-half hat-trick a minute later with a long-range effort that was bound for the bottom corner before van der Sar's left glove intervened.

AC Milan's Italian defender Alessandro Nesta (R) closes in on Manchester United's English forward Wayne Rooney during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2.

AC Milan's Italian defender Alessandro Nesta (R) closes in on Manchester United's English forward Wayne Rooney during their European Champions League semi-final first leg match in Manchester. Manchester won 3-2.

Milan's prospects of holding on to their lead were not helped when their captain Maldini failed to reappear for the second half, nor by the sight of Gattuso limping off ten minutes after the restart.

United should have been level by that stage, Carrick inexplicably failing to hit the target after another Giggs corner found him unmarked beyond the back post.

An equaliser did finally materialise just before the hour mark, Fletcher and Carrick combining on the edge of the box to tee-up Scholes, who might have shot but instead flipped the ball onto the chest of Rooney, who pulled it down and tucked the ball past Dida on the six-yard line.

Four minutes later, the Brazilian threw himself to his right to deny Fletcher. Another stop from Fletcher and a fingertips effort to deny Ronaldo were to follow before Rooney finally found a way past the giant Brazilian.

"It's a great feeling," admitted Rooney.

"We kept going to the end and we realised if we could get a victory it would make it a bit easier next week.

"We knew it was going to be difficult to get the win but the manager told us at half-time to keep going.

"As for Scholes's pass for my first, well he is a joy to play with, he is a genius."




Foto Hangat: 'Aerial view of Africa











Blog Widget by LinkWithin