adsense

26 June, 2007

200 year-old Radix Polygoni MuItiflori "Sheep" discovered!



Radix Polygoni MuItiflori
A 200 year-old Radix Polygoni MuItiflori shaped like a sheep was discovered in Huixian city, China. Mr Zhang Qun Gui was gathering Chinese herbs among the craggy mountainsides and discovered this 45cm x 30cm Radix Polygoni MuItiflori mass that weighs 10.5kg.

An experienced elder said that he had never seen such a huge Radix Polygoni MuItiflori, and gathers that it should be at least 200 years old.

Radix Polygoni MuItiflori is often used to counteract toxicity, to cure carbuncles, and to relax bowels, and the age of the herb does not determine its effectiveness.

Link & Image: QQ

Kubur dengan objek misteri macam mayat budak



25-06-2007 09:49:01 PM

PASIR MAS: Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggali semula kubur yang didakwa ditanam dengan enam objek misteri seakan-akan mayat kanak-kanak oleh penggali kubur di Kampung Banggol, Slow Machang di sini, semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Daerah Polis Pasir Mas berkata keputusan sama ada menggali semula atau sebaliknya kubur itu akan diputuskan setelah siasatan dibuat berhubung kejadian itu.

"Jika perlu, kami akan mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menggali semula kubur berkenaan. Setakat ini belum ada keputusan dan polis akan membuat siasatan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita dikatakan telah mendapat perkhidmatan penggali kubur di kampung itu untuk menanam enam objek berukuran 0.7 meter setiap satu seakan-akan mayat bayi yang dikafankan.

Penggali kubur, Abdul Aziz Abdul Rahman, 59, berkata beliau bersama rakan-rakannya diminta "mengebumikan" kesemuan objek itu di dalam satu liang lahad di dalam lubang sedalam satu meter oleh kumpulan berkenaan.

Beliau yang mengenali salah seorang dari kumpulan itu yang didakwanya seorang bomoh, berkata beliau diminta oleh bomoh itu menyegerakan kerja-kerja pengebumian. BERNAMA


Roh melawat JASADnya di Hospital Besar,KL

Tajuk email dia la...betul ke tak betul,i don't know.macam superimpose jer..





Video : Magic Cups






JUAL BELI EGOLD DI MALAYSIACLICK HERE

Akil Hayy ditahan Jais

Pakej Web Jualan



Akil Hayy ditahan Jais, arak pula dibiarkan berleluasa!
Roy Rasul
Mon | Jun 25, 07 | 05:17:26 PM


KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Apakah jadahnya? Juara menyediakan arak tidak ditahan, tetapi pendakwah dianiaya dan ditahan dari menyampaikan syariat Islam.

Semalam, Harakahdaily menyiarkan berita tiga anak Melayu yang menjadi juara menyediakan arak, dan agak malang pihak penguatkuasa agama membuta mata dan memekakkan telinga tanpa memgambil sebarang tindakan walaupun ia dilaporkan secara gah dalam akhbar The Star, 15 Jun 2007 yang lalu.

Hari ini, pihak Harakahdaily mendapat laporan bahawa pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007).

ImageBeliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor.

Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor.

Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik.

Malah dakwanya ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik.

Beliau yang merupakan penceramah tunggal di majlis berkenaan, berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain.

Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam.

Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan.

Katanya lagi sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah.

Selepas itu katanya, beliau terus dibawa di Balai Polis Seri Kembangan.

Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut.

"Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis.

"Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis.

Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah.

"Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.

CERITA TAK BEST!…



Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri.

Kes pertama: Di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit.

Kes kedua: Di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit RM20 ribu.

Kes mana yang kita kejarkan dulu?

Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, betul tak? Maksud saya, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?

Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat? Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.

Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu
minda kita tertipu.

Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan air tin kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita.

Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang.

Nakal sungguh budak ni! Apahal mamat ni diam saja, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. “Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni!”

Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.” Kemudian dia sambung lagi: “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.”

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak



Assalamualaikum

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya
kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek
yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah
sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang
tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti
kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki
yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita
makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya
seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak
memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge
Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau
pernah cubagantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke.
Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada
wain. Cubalah buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih
berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara
mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu,
berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

500 000 000 000 Yugoslavia money



Forbidden signs -e






Blog Widget by LinkWithin