adsense

26 June, 2007

Kubur dengan objek misteri macam mayat budak



25-06-2007 09:49:01 PM

PASIR MAS: Polis akan menjalankan siasatan menyeluruh terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk menggali semula kubur yang didakwa ditanam dengan enam objek misteri seakan-akan mayat kanak-kanak oleh penggali kubur di Kampung Banggol, Slow Machang di sini, semalam.

Jurucakap Ibu Pejabat Daerah Polis Pasir Mas berkata keputusan sama ada menggali semula atau sebaliknya kubur itu akan diputuskan setelah siasatan dibuat berhubung kejadian itu.

"Jika perlu, kami akan mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menggali semula kubur berkenaan. Setakat ini belum ada keputusan dan polis akan membuat siasatan terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam sekumpulan tiga lelaki dan seorang wanita dikatakan telah mendapat perkhidmatan penggali kubur di kampung itu untuk menanam enam objek berukuran 0.7 meter setiap satu seakan-akan mayat bayi yang dikafankan.

Penggali kubur, Abdul Aziz Abdul Rahman, 59, berkata beliau bersama rakan-rakannya diminta "mengebumikan" kesemuan objek itu di dalam satu liang lahad di dalam lubang sedalam satu meter oleh kumpulan berkenaan.

Beliau yang mengenali salah seorang dari kumpulan itu yang didakwanya seorang bomoh, berkata beliau diminta oleh bomoh itu menyegerakan kerja-kerja pengebumian. BERNAMA


No comments:

Blog Widget by LinkWithin