ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
10 July, 2007
Newborn calf with two heads


This two-headed newborn calf was spotted in village in XinJie,Gongxian. The size of its head only differs slightly, and both its mouths can consume food at the same time. However, it is currently still too weak to stand on its feet.
An expert explained that such a phenomenon occurs once in every million newborn calves. This is because of the fertilized egg's embryo splitting at some instance. Source: NetEase
Imelda Marcos Malaysia
Rosmah layak digelar 'Imelda Marcos Malaysia' kerana tabiat membazirnya
| Azamin Amin Tue | Jul 10, 07 | 12:06:28 AM | |
| KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Belum pun reda isu 'hangat' suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak dikaitkan dengan gambar mendiang Altantuya Shaariibuu, Datin Seri Rosmah Mansor menyemarakkan lagi 'api' publisiti dengan sikapnya yang didakwa berbelanja secara mewah dan membazir di luar negara. Perkara ini dibangkitkan oleh Pengarah Strategik KeADILan Saifuddin Nasution dalam laporan akhbar Suara KeADILan terbaru, mendakwa isteri Timbalan Perdana Menteri itu, mempunyai tabiat membeli-belah yang membazir sehingga layak digelar Imelda Marcos Malaysia. April lalu ketika mengikuti Najib ke pameran Biotech di Boston, Rosmah singgah ke Los Angeles, untuk membeli belah pakaian, kasut dan alat-alat mekapnya. "Amat memeranjatkan menurut pegawai-pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, yang terlibat dalam rombongan tersebut memaklumkan sebanyak lapan buah kereta diperlukan untuk mengangkut 74 beg barang yang dibeli oleh Rosmah," kata Saifuddin. "Di Boston pula setelah meninjau toko-toko kelas atasan, Rosmah memaklumkan kepada pegawai terbabit, beliau memerlukan 15 buah kereta untuk membawa beg-beg barangan yang dibelinya," katanya. Saifuddin turut mendedahkan sewaktu misi kerajaan ke Jepun, Rosmah tinggal bersama Najib di President Suite, Hotel Imperial Tokyo dengan keluasan bilik tersebut ialah 3,000 kaki persegi, tetapi keesokan hari Rosmah mendakwa tidak dapat tidur kerana mendapat tahu ada bilik yang lebih luas iaitu 4,000 persegi daripada bilik yang diduduki bersama suaminya itu. "Saya rasa dengan tabiat membeli belah secara boros dan membazir serta nafsu besarnya memang layaklah beliau digelar Imelda Rosmah," kata Saifuddin sewaktu mendedahkan di sebuah ceramah di Kulim Jun lalu. Perilaku Rosmah ini jelas seolah-olah menempelak dan melanggar nasihat Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan TPM yang juga suaminya, supaya rakyat jelata berjimat cermat dan berhemah dalam berbelanja. Sewaktu Anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember tahun lalu yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan Rosmah selaku penaung festival berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood, Salman Khan. Lebih melucukan, Pemangku yang Dipertua Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dalam sebuah akhbar menyarankan agar para isteri pemimpin perlu menampil imej yang boleh diterima masyarakat sedangkan rata-rata berpendapat Rosmah perlu 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum menasihati atau menuding jari kepada pihak lain. - mks. |
.
Apabila Shah Rukh Khan mengaku jadi duta Islam
Oleh: Noorzila Jamaludin
Sudah tidak adakah seorang Muslim di dunia ini yang boleh dibanggakan, diangkat menjadi contoh serta mewakili ajaran Islam sebenar? Pertanyaan tersebut diutarakan apabila membaca tajuk berita yang disiarkan melalui internet baru baru ini; Saya perlu menegakan kebaikan Islam.
09 July, 2007
Punca anak derhaka
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu
kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok
dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun
tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak
asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun
kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai
pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan
ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan
sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau
peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur
mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi
selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan
hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang
penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah
bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan
sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat
letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak
rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan
rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi
sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan
tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh
cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah
tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani
tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya
sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka,
jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang
merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu
mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan
orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur
di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak
tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu
juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak
kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur
memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.
Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang
tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur
pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa
tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat
mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa,
tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa
padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan
bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah
meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan
melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur
emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.
Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran
yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah
ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah
meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha
dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas
rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat
kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala
turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku
setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat
dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan
Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua,
bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka
bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk
perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan
BACA LAGI
tangisan anak mereka sendiri.
Subscribe to:
Comments (Atom)
