Apabila Shah Rukh Khan mengaku jadi duta Islam
AL ISLAM April 2007 (m/s 44 – 45)
Sudah tidak adakah seorang Muslim di dunia ini yang boleh dibanggakan, diangkat menjadi contoh serta mewakili ajaran Islam sebenar? Pertanyaan tersebut diutarakan apabila membaca tajuk berita yang disiarkan melalui internet baru baru ini; Saya perlu menegakan kebaikan Islam. Bukan niat baik tersebut dipertikikan, tetapi yang mengeluarkan kenyataan tersebut ialah aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan. Berita itu memetik Shah Rukh Khan dalam satu temu bual dengan sebuah majalah mingguan India, Tehelke. Bukan setakat itu, aktor tersebut juga menyatakan dia adalah seorang duta Islam ‘sebenar’, walaupun pada waktu sama mengakui masih terpesona dengan Ram Lila seperti zaman kanak kanaknya. Walaupun mengakui dirinya tidak mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama Islam, Shah Rukh Khan berasa dia perlu melakukan sesuatu untuk menegakkan kebaikan Islam, tambah melihat kekalutan berkaitan umat Islam di serata dunia. Usia, menurut aktor itu, memainkan peranan dalam pembentukan fikirannya. Umum mengetahui Shah Rukh Khan dilahirkan dalam keluarga Islam, tetapi dibesarkan mengikut agama Hindu. Malah beliau berkahwin dengan seorang wanita Hindu dan mempunyai dua anak, yang katanya dididik dengan nilai nilai pelbagai agama. Penilaian umat Islam terhadap Shah Rukh Khan berdasarkan maklumat ini boleh dijangkakan; layaklah dia mengakui dirinya sebagai duta Islam sebenar? Malah aktor itu juga mengakui dia mewakili seorang ‘Muslim moden’. “Saya mahu orang tahu bahawa Islam bukan sahaja berkaitan menjadi seorang fanatik atau radikal, menjadi orang yang menyimpan rasa marah, dan hanya tahu berjihad. Saya mahu tahu bahawa maksud sebenar jihad adalah mengatasi keganasan dan kelemahan yang terdapat dalam diri seseorang. Jika perlu, ia harus diatasi secara ganas,’ katanya dalam temu bual itu. Kenyataan Shah Rukh Khan ini boleh diinterprestasi dengan pelbagai maksud, tetapi penggunaan perkataan fanatik, radikal, marah, jihad dan keganasan dalam satu kenyataan mencerminkan persepsi umum bukan Islam terhadap umat Islam sekarang. Dan inilah yang sering digembar gemburkan oleh media Barat. Sayang sekali Shah Rukh Khan tidak menyatakan hasratnya untuk mendalamai Islam, kenyataannya sekadar mengambarkan bahawa dia sebenarnya telah jauh meninggalkan agama nenek moyangnya. Dalam wawancara itu, aktor tersebut juga mengakui keluarganya menjadi tidak tenang setelah kematian bapanya ketika dia berusia 15 tahun, dan ibunya semasa umurnya mencecah 25 tahun. Kakaknya yang mempunyai ijazah sarjana bidang undang undang menghadapi tekanan perasaan setelah kematian bapanya sehingga perlukan rawatan psikiatri. Malah keadaan bertambah teruk setelah kematian ibu, dan aktor itu pernah mendapat rawatan untuknya di London. Jangan terkejut jika Shah Rukh Khan juga mengakui sering berdoa, dan wajahnya yang sering tergambar di fikirannya ketika itu ialah wajah ibu serta bapanya – dan anjing peliharaannya, Chewbacca. “ Ooops adakah itu kufur?” Guraunya tidak mengena. Shah Rukh Khan dilahirkan dalam keluarga berbangsa Pathan atau Pasthun yang berasal dari Afghanistan. Kedua dua bapanya Taj Mohammed Khan dan ibunya Lateef Fatima dilahirkan dan dibesarkan di New Delhi, India. Keluarga Khan datang dari Kissa Kahani Bazaar di Peshawar, sebelum Pakistan berpisah dari India. Shah Rukh Khan mempunyai ijazah pertama dalam bidang ekonomi dari Kolej Hansraj sebelum mendapat ijazah sarjana dalam komunikasi massa dari Universiti Jaia Millia Islamia. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Hindu, Gauri Khan pada 1991 dan mempunyai seorang anak lelaki, Aryan dan seorang anak perempuan, Suhana. Kedua duanya menurut Shah Rukh , dibesarkan dengan kepercayaan terhadap pelbagai agama. A
1 comment:
Dia sebenarnya tidak tahu apa yang dia katakan!! Jalan hidupnya sendiri memang jelas terkeluar dari landasan Islam. Apa yang didakwa itu sekadar untuk memenangi hati peminat muda yang beragama Islam . Sekadar mencari publisiti murahan sahaja! Dia nyata tidak meamtuhi ajaran islam apabila mengahwini gadis beragama Hindu.....
Post a Comment