ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
20 July, 2007
Banyaknya Artis Kawin Tahun Ni!Baguslah..
LAH VE AND YAS AT THEIR WEDDING RECEPTION
Zaf VE Dan Jaja
Beautiful, interesting and fantastic are three words that I would use to describe the WEDDING of Zaf (VE) and Jaja. PERKAHWINAN tersebut telah diadakan di DEWAN PERDANA FELDA pada 26 June 2007 yang lalu. Close friends who attended the wedding are Cat Farish and Hartini, Sein and Nana who is currently 8 months’ pregnant as well as Lah (VE) and Yas. I only got the chance to meet Zaf once at Anne’s sister birthday party (ex-V.E.’s dancer) about 3/4 years ago. Lah VE juga telah berkahwin pada bulan Mac lalu di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Beego Dan Intan Shahira Bertunang
Finally, pelakon filem PUTERI dan bekas penyanyi PHYNE BALLERZ, BEEGO dan INTAN SHAHIRA sudah pun bertunang. They were engaged on 07.07.07. But wedding? In December 2007. They have been together like ages. It’s high time both tied the knot and avoid unnecessary scandals!
SKANDAL BEEGO DAN TUNANGNYA SEWAKTU DAHULU - DARI MYSPACE
SUMBER SYOK KAHWINFriends come in all sizes....
They will support you....
And respect your creativity
for thinking outside the box....
They'll be there when you need a
shoulder to lean on....
Or a great big hug....
A true friend takes interest in
understanding what you're all about....
They see beyond the black and white
to discover your true colors....
And accept you just the way you are...
Even when you just wake up in the morning
So make your own kind of music....
Follow your heart wherever it takes you....
And when someone reaches out to you,
Don't be afraid to love them back....
They may just be a friend for life....
Practice patience and tolerance.....
Good friends are hard to find, harder to leave....
And impossible to forget!
Share this with all your unforgettable friends today!
<---KLIK
Amy Search menangis melihat Kaabah
APABILA penyanyi rock terkemuka yang pernah berambut panjang, beranting-anting dan memakai kalung di leher memutuskan menunaikan umrah baru-baru ini, ramai terkejut. Pelbagai tanggapan timbul, kononnya pemergian Amy ke Makkah adalah suatu yang pelik kerana imejnya sebagai penyanyi rock sukar dikaitkan dengan ilmu agama. Malah Amy sendiri mengakui semasa di sana, beliau turut diuji apabila terdengar kata-kata orang yang mempertikaikan kehadirannya di situ hasil wang nyanyian yang disifatkan 'tidak bersih'. 'Dalam sibuk beribadat, masih ada orang sempat memperlekehkan insan lain. Saya terdengar perbualan seseorang mempertikaikan kehadiran saya di tanah suci. Barangkali maksudnya saya ini penyanyi, maka wang yang saya perolehi tidak halal. 'Alhamdulillah, saya sedikit pun tidak melenting kerana umrah urusan saya dengan Yang Maha Esa. Dia Maha Mengetahui, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Bijaksana. Sama ada saya diterima atau tidak, itu hak Allah. 'Yang pasti, sewaktu mengambil keputusan ini dulu, hati saya sudah bulat dan saya berserah dengan apa pun dugaan yang bakal ditempuhi,' luah Amy dalam laporan akhbar Harian Metro. Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 49 tahun, berada di Makkah bersama isteri, Hasniza Hassan atau mesra dipanggil Norish, 26 tahun, dari 29 Mei hingga 11 Jun lalu. Menurut beliau, keinginannya mengerjakan umrah sudah terdetik sejak beberapa tahun lalu. 'Paling seronoknya sepanjang mengerjakan umrah saya dapat sembahyang Jumaat dua kali iaitu di Masjid Nabawi, Madinah, dan Masjidil Haram, Makkah. 'Selama empat hari di Madinah, saya berpeluang solat di Raudhah, salah satu taman syurga. Bukan mudah merebut peluang bersembahyang di Raudhah kerana kawasannya amat terhad dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai,' tambahnya. Ketika tiba di Makkah, Amy mengucap syukur sebaik melihat Kaabah. 'Ia cukup indah hingga saya menangis. Selesai berehat, saya terus melakukan tawaf. Saya juga mengorbankan rambut. Malah saya berikrar mahu kekal dengan imej begini selama-lamanya kerana dengan cara ini hati saya sentiasa terkenangkan Makkah,' kata Amy. Mengenai doanya ketika di Makkah, Amy berkata, beliau memohon kepada Allah swt agar ditetapkan hatinya supaya tidak malas bersolat dan mematuhi segala yang termaktub dalam Rukun Islam dan Rukun Iman. Kini beliau berhasrat untuk melakukan umrah Ramadan pula. BHS |
19 July, 2007
Pengetahuan Dari Mimpi
Bismillahi-Rahmanir-Rahim...
Assalamualaikum saudara dan saudari,
Nama saya Mohammad Farid A. Hamid (faridh63@yahoo.com, telemerit@gmail.com) Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap ini, sekurang-kurangnya.
Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta "air badak" pemberian ibu saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung. Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas, serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk
membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.
Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa. Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung-apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah ke mana, bersama-sama orang-orang yang diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak. Saya bersama-sama orang-orang lain
yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka. Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan, "Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkan lah kepada yang lain" Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar. Kesemua yang selamat nampaknya
mengikuti orang itu, menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat melihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.
Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya. Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa
berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya. Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustaz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan di dalamnya ayat-ayat Al-Quran, adalah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana
syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudian memeluk saya, dan berkata,"Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain".
Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain. Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta'ala. Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati
Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan. Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.
Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+012-9041917
Tok Yam Jumpa Anak-anak
untuk dipertemukan semula dengan tiga orang anaknya
selepas terpisah selama 64 tahun berakhir hari ini
apabila dua daripadanya hadir di studio rakaman Korean
Broadcasting System (KBS), Seoul, Korea Selatan.
Mereka disatukan kembali dalam suasana penuh menyayat
hati yang turut merentap jiwa para penonton yang
memenuhi studio berkenaan ketika program khas merakam
detik-detik bersejarah itu berlangsung.
Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae tidak tahu
menahu mengenai pertemuan yang diatur oleh pihak KBS
dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO sehinggalah
kedua-duanya melangkah masuk ke studio rakaman
tersebut.
Wanita kelahiran Plentong, Johor itu kelihatan
terkejut dan terketar-ketar kegembiraan apabila
melihat Ramlah Sonni, 72, dan Jelani, 70, bergerak ke
arahnya.
Anak bongsunya, Jamnah, 65, yang paling disebut-sebut
oleh Mariam bagaimanapun tidak hadir kerana masalah
kesihatan.
Detik-detik pertemuan penuh dramatik menyebabkan air
mata dua beradik berkenaan tumpah berjurai manakala
Mariam yang berwajah pilu terkedu apabila dipeluk oleh
kedua-dua anaknya itu.
Mariam yang hadir berpakaian kebangsaan Korea dilihat
bergenang air matanya tidak mahu melepaskan tangan
kedua-dua anaknya sepanjang pertemuan itu.
Suasana syahdu yang semakin menyelubungi studio
rakaman tersebut turut dikongsi oleh pengacara
program, wartawan dan delegasi Puteri UMNO yang
menangis teresak-esak apabila cucu Mariam (anak lelaki
Ramlah), Ahmad Onn dan menantu Jamnah, Siti Zainab
Noor dibawa masuk menemuinya sejurus selepas itu.
Pertemuan tersebut yang menggunakan perantara
jurubahasa Korea selama 55 minit akan disiarkan oleh
KBS esok.
Mariam terputus hubungan dengan ketiga-tiganya selepas
mengikut seorang lelaki rakyat Korea, Cho Se Won
pulang ke negaranya ketika Perang Dunia Kedua pada
tahun 1946.
Ramlah dan Jelani masing-masing ketika itu berusia
lapan dan enam tahun manakala Jamnah baru dilahirkan.
Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad ketika mengulas
pertemuan tersebut berkata, rakaman tersebut bermula
dengan latar belakang kedatangan Mariam ke negara itu
selepas mengikut Se Won.
Menurut Noraini, penonton turut diperlihatkan dengan
kesengsaraan Mariam ketika menetap di Korea serta
usahanya menemui jalan buntu sebelum meminta bantuan
KBS menjejaki anak-anaknya di Johor.
Ujar beliau, kemuncak rakaman itu menyaksikan Mariam
menyebut-nyebut nama anak-anaknya sebelum mereka
dibawa keluar dari belakang pentas dalam keadaan
membelakangkan wanita itu.
Menurut Noraini, Puteri UMNO berpuas hati kerana
segala penat lelah untuk menemukan kembali
anak-beranak itu beroleh kejayaan.
Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak menghormati
hasrat Mariam jika wanita itu tidak mahu pulang ke
Malaysia.
''Mariam ada memberitahu pada sidang akhbar yang
diadakan selepas pertemuan itu bahawa dia sudah
terlalu tua untuk pulang dan meminta maaf kepada
anak-anaknya kerana meninggalkan mereka,'' ujarnya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di Seoul selepas
pertemuan tersebut.
Turut menyertai rombongan itu ialah Pengerusi Biro
Antarabangsa Puteri UMNO, Datin Ismalina Ismail, Ketua
Puteri Johor, Noraslina Zainal Abidin dan Ketua Puteri
Tenggara, Anita Murad serta wartawan Radio Televisyen
Malaysia (RTM), Zaimah Zahari dan jurukamera Mohammad
Azrul Amir Hamzah.
Mariam yang menghidap sakit tua kini menjalani rawatan
di Hospital Seonggabokji, Seoul sejak beberapa tahun
lalu.
Berwudhu' dengan niat
Assalammualaikum ,
1.Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut
dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak
berfaedah .
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah
muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di
atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah
dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati
Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Water bottle
Check on the bottom of the bottle there is a triangle sign and there will
be
a number on it.
If the number is higher than or equal to 5 -- then this bottle is safe to
use.
Whatever number under 5, will release the chemical. For most bottle water,
the number is 1.
Did you know chemical released by plastic water bottles can cause cancer
(It is not the water that affecting you but the chemical releasing from
the
bottle)
Pass this to all your friends and also make them aware of it...
99 Langkah Meningkatkan Iman
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usik dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah
di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;