ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
01 August, 2007
Top 10 Coolest Cars of the world
Isu blog: Raja Petra Mungkin tersilap
Posted on Tuesday, July 31 @ 16:58:46 MYT by SongkokPutih
SHAH ALAM - Seorang pensyarah undang-undang di sini hari ini mengeluarkan pendapat bahawa Raja Petra Kamaruddin mungkin tersilap dalam menyatakan pendapat tentang masalah jurisdiksi internet.
Menurut Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam artikelnya di Malaysia Today, yang berjudul " A comedy of errors, ""Let me put it another way," I told the police. "Sodomy is a crime in Malaysia and you can get sent to jail for nine years for the crime of sodomy even if you are a Deputy Prime Minister. In England, men can marry men and you will even receive a congratulatory message from the British Prime Minister. So, sodomy is not a crime in the UK and you do not go to jail." "
Raja Petra Kamaruddin juga berpendapat bahawa Akta Hasutan Malaysia tidak boleh dikenakan ke atas dirinya. Ini kerana baginya, blognya itu adalah "rakyat negara luar", maka undang-undang Malaysia tidak tertakluk pada blognya.
Dalam pendapat ringkasnya Adlan Razak ketika dihubungi wakil RK berkata, "[s]aya rasa RPK silap buat kenyataan agaknya, sebab kita masih boleh memastikan jurisdiksinya dalam hal ini. Cumanya kita nak [cuba cari] bukti sama ada yang dia boleh atau tidak mengawal komen-komen yang muncul diblognya."
Dalam perkembangan berkaitan, Rosli Ismail seorang penulis dari web berita AgendaDaily.com menulis di dalam artikelnya yang disiarkan di blog Malaysia Today, berjudul "Raja Petra cetuskan persoalan besarĂ¢€¦" bertarikh 27/07/o7, berkata, "[s]eorang wartawan sebuah akhbar berbahasa Cina kedengaran bertanya rakannya, "Katakan seorang pelancong asing datang ke Malaysia dan melakukan jenayah membunuh orang di sini apakah dia tidak tertakluk di bawah undang-undang Malaysia atas alasan dia bukan pemegang paspot Malaysia." Rakannya yang kelihatan mengaru kepala menjawab, "Kita selalu dengar orang asing dihadapkan ke mahkamah di sini kerana buat salah."
Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam artikelnya berjudul "Jangan tutup pintu 'Ijtihad' IT negara!" pula mengatakan bahawa "...perkara yang sedang diujikaji dan tindakan ke atas Raja Petra itu sebagai cubaan terhadap kekebalan undang-undang negara ini dan sejauh mana universal bidang kuasanya. Adalah dipercayai undang-undang yang diujikaji ke atas fenomena ini ialah seperti Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan juga Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama-sama kita tunggu apakah Raja Petra akan disabitkan dengan mana-mana akta berkenaan." -- Zulfikar Samsuri
Koleksi petua
Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional.
Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang
berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini
berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara
tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan
seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta
memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.
Batuk Selsema -
Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan
minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang
hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan,
terutamanya untuk anak kecil.
Bengkak Gusi -
Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air
bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih.
Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.
Bisul -
Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian
tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.
Bulu Ketiak -
Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan
sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau
dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses
pertumbuhannya.
Buntut Kawah -
sebelum digunakan untuk memasak, terutama ketika menggunakan kayu
api sebagai bahan bakar. Ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan
selepas digunakan.
Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama
sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.
Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur
sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan
perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali
hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses
pembersihan lebih mudah.
Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur
sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan
air bersih.
Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu
kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang
digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan
menghilangkan bengkak.
Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit
kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.
Hanyir Ikan - Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam
mangkuk yang berisi air, rendamkan ikan selama sepuluh atau
limabelas minit sebelum dibilas bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.