adsense

01 August, 2007

Koleksi petua




Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional.
Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang
berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini
berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara
tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan
seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta
memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

Batuk Selsema -

Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan
minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang
hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan,
terutamanya untuk anak kecil.

Bengkak Gusi -

Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air
bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih.
Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.

Bisul -

Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian
tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Bulu Ketiak -

Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan
sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau
dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses
pertumbuhannya.

Buntut Kawah -

Lumurkan kapur sirih di buntut kawah atau periuk
sebelum digunakan untuk memasak, terutama ketika menggunakan kayu
api sebagai bahan bakar. Ia akan memudahkan kerja-kerja pembersihan
selepas digunakan.

Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama
sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.

Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur
sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan
perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali
hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses
pembersihan lebih mudah.

Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur
sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan
air bersih.

Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu
kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang
digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan
menghilangkan bengkak.

Masalah Haid - Amalkan minum air teh dengan dicampurkan sedikit
kapur sirih. Pusingan haid akan teratur.

Hanyir Ikan - Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam
mangkuk yang berisi air, rendamkan ikan selama sepuluh atau
limabelas minit sebelum dibilas bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin