







ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
RASANYA belum terlambat bagi Zubir dan warga kerja Bintang Popular mengucapkan tahniah kepada pengacara dan penerbit Wanita Hari Ini (WHI) TV3, Azizah Ariffin, 38, yang melangsungkan majlis pertunangannya pada 16 Jun lalu di kediamannya di Bandar Utama, Petaling Jaya.Pertama sekali, Azizah ingin memohon maaf kepada semua rakan kerana tidak memaklumkan mengenai majlis pertunangannya itu kerana dia hanya mengundang saudara terdekat saja hadir pada majlis berkenaan. Bahkan rakan sekerjanya tidak tahu yang dirinya sudah bertunang sehinggalah tersebar cerita menerusi media minggu lalu.
"Aku minta maaf. Malaslah nak heboh-heboh, maklum sajalah, ini kali kedua aku bertunang. Ingatkan nak buat kejutan, tiba-tiba saja keluar kad jemputan kahwin, tapi rupa-rupanya aku sendiri yang dikejutkan dengan gosip yang tersebar itu," kata Azizah dengan nada ceria.
Ketika bertemu Azizah di TV3 baru-baru ini, Zubir sempat bergurau dengannya, mengajukan pertanyaan adakah tunangannya seorang Datuk, Tan Sri atau anak raja?
"Dia orang biasa saja, bukan siapa-siapa tak ada gelaran pun. Tapi, yang paling penting, bukan suami orang atau duda, bujang beb!
Alhamdulillah, dia menerima aku dan anak-anak seadanya," kata Azizah yang dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya iaitu Daniel, 12; Haikal, 9 dan Ashriel, 6. Selepas Zubir teropong, rupa-rupanya bakal suami Azizah muda 10 tahun daripadanya, amboi bertuahnya badan! Dahlah dapat orang bujang, muda belia pula tu, padanlah sepanjang pertemuan Zubir dengannya, Azizah ceria semacam, kalau senyum sampai ke telinga!
Azizah mengakui, bakal suaminya bukan terdiri daripada selebriti, sebaliknya bertugas di bidang pemasaran. Dekat saja tempat dia bertugas dengan Azizah, orang kata, kalau nak, hari-hari pun boleh bertentang mata!
Azizah turut membuat pengakuan, dia bakal naik pelamin pada 19 Ogos depan apabila majlis persandingannya dijadualkan berlangsung di sebuah hotel. Pastinya krew Nona TV3 akan membuat liputan, maklum sajalah, Azizah bukan ke bekas pengacaranya suatu ketika dulu.
Zubir dengar cerita lagi, pengacara Melodi dan penyampai popular Hot FM, Fara Fauzana dijemput sebagai pengacara majlis pada hari persandingan Azizah nanti kerana Zubir difahamkan, keluarga Fara dengan keluarga bakal suami Azizah, adalah kenalah rapat.
Tahniah sekali lagi daripada kami warga kerja Bintang Popular buat Azizah sekeluarga.
-
|
Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat……..( Sabtu, 11hb 2007).
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."
Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."
Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."
Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.
Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api k
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Wallahu'alam.
.