Oleh Zubir Mohd Yunus
RASANYA belum terlambat bagi Zubir dan warga kerja Bintang Popular mengucapkan tahniah kepada pengacara dan penerbit Wanita Hari Ini (WHI) TV3, Azizah Ariffin, 38, yang melangsungkan majlis pertunangannya pada 16 Jun lalu di kediamannya di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Pertama sekali, Azizah ingin memohon maaf kepada semua rakan kerana tidak memaklumkan mengenai majlis pertunangannya itu kerana dia hanya mengundang saudara terdekat saja hadir pada majlis berkenaan. Bahkan rakan sekerjanya tidak tahu yang dirinya sudah bertunang sehinggalah tersebar cerita menerusi media minggu lalu.
"Aku minta maaf. Malaslah nak heboh-heboh, maklum sajalah, ini kali kedua aku bertunang. Ingatkan nak buat kejutan, tiba-tiba saja keluar kad jemputan kahwin, tapi rupa-rupanya aku sendiri yang dikejutkan dengan gosip yang tersebar itu," kata Azizah dengan nada ceria.
Ketika bertemu Azizah di TV3 baru-baru ini, Zubir sempat bergurau dengannya, mengajukan pertanyaan adakah tunangannya seorang Datuk, Tan Sri atau anak raja?
"Dia orang biasa saja, bukan siapa-siapa tak ada gelaran pun. Tapi, yang paling penting, bukan suami orang atau duda, bujang beb!
Alhamdulillah, dia menerima aku dan anak-anak seadanya," kata Azizah yang dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya iaitu Daniel, 12; Haikal, 9 dan Ashriel, 6.
Selepas Zubir teropong, rupa-rupanya bakal suami Azizah muda 10 tahun daripadanya, amboi bertuahnya badan! Dahlah dapat orang bujang, muda belia pula tu, padanlah sepanjang pertemuan Zubir dengannya, Azizah ceria semacam, kalau senyum sampai ke telinga!
Azizah mengakui, bakal suaminya bukan terdiri daripada selebriti, sebaliknya bertugas di bidang pemasaran. Dekat saja tempat dia bertugas dengan Azizah, orang kata, kalau nak, hari-hari pun boleh bertentang mata!
Azizah turut membuat pengakuan, dia bakal naik pelamin pada 19 Ogos depan apabila majlis persandingannya dijadualkan berlangsung di sebuah hotel. Pastinya krew Nona TV3 akan membuat liputan, maklum sajalah, Azizah bukan ke bekas pengacaranya suatu ketika dulu.
Zubir dengar cerita lagi, pengacara Melodi dan penyampai popular Hot FM, Fara Fauzana dijemput sebagai pengacara majlis pada hari persandingan Azizah nanti kerana Zubir difahamkan, keluarga Fara dengan keluarga bakal suami Azizah, adalah kenalah rapat.
Tahniah sekali lagi daripada kami warga kerja Bintang Popular buat Azizah sekeluarga.
-
No comments:
Post a Comment