adsense

11 August, 2007

HISTORIC MAKKAH









Best Building



Click to enlarge the images

Terjemahan Lagu Negarakuku



Di bawah ini adalah terjemahan lagu Negarakuku oleh NameWee yang di hantarkan ke internet.


ILoveMyCountry - Negarakuku


Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku


Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku
Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam


Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
Kerana mata-mata mereka sangat tajam
Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar


Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju



Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
Aku sangat gemarkannya
Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
Aku sangat cintakan negara ini
Waktu subuh pukul 5 pagi
Ada seruan azan untuk kejutkan aku
Kadangkala ada lagu sekali
Sama macam nyanyi lagu cinta
Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan


Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja
Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak


Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta


Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta


Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau


Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
Kita amat disanjungi sikap sebegini
Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
(sikap sikap)


Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
Kau sangat suci, kau sangat pelembut
Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
Mendengar GuangLiang PinGuan (penyanyi popular malaysia)
Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa


Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi


Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta


Tolong jangan saman aku
Aku takde duit
"

Masjid Tercantik




Olympus Ad



Smile for the weekend!



Click To Enlarge The Image



Click To Enlarge The Image



Click To Enlarge The Image


10 August, 2007

Aksi terlarang



Pandai tul ler pasangan nie cari port.....tersorok tul...tepi semak...bawak pohon kelapa...mmg line clear....
Attached Images

Penculikan rakyat Korea - kisah sebenar dari Kabul



Cerita sebenar di Kabul,,,,,

Assalammulaikum, Ustaz Shafie. Alhamdulilah, temu lagi untuk saya paparkan berita dan cerita dari Afghanistan. Kali ini cerita 23 orang Korea kena culik...gempar satu dunia.CCN sibuk sebar berita pekerja bantuan yg datang ditawan si talib.Media barat gambarkan rakyat Afghanistan dan orang Islam... ganas dan tidak bermaruah.....tawan dan bunuh pekerja asing yang datang untuk membantu rakyat Afghanistan.

Di Kabul, lain pula cerita, orang awan dan kami expatriate, baik Islam atau bukan Islam yang berkerja dgn agensi antarabangsa saperti UN, UNDP,
JICA,UNESCO, semua confuse dan terkejut dengar berita ini. Beza sangat
cerita di Kabul dgn cerita CNN... saya pun bolih tabik dgn CNN...... kalau
saya tak ada disini..... saya pun bolih terpengaruh.

Sebenarnya Ustaz....kesemua mereka bukan pekerja bantuan dari agensi PBB atau NGO yg diiktiraf olih Kerajaan Afghanistan. Poncoi ini semuanya
pendakwah kristan dari satu gereja terbesar dan paling aktif di Korea.Tujuan sebenar .....Ustaz pun faham........saya diberitahu....dalam bahasa Inggeris nya "fertilization"....saya pun tak tahu apa maknanya, tapi kita semua dapat agak maksud dan tujuan sebenar.

Mereka dah kena usir tahun sudah tapi mai juga lagi.Memang cekap ...datang secara sulit sehingga kedutaan Korea pun tak tahu.Cerita CNN banyak tak betul....kalau pekerja bantuan.. disini kami ada etika ....wanita mesti tutup aurat dan perjalanan mesti ada pengawal dan peraturan lain yang sangat ketat. Ni pergi pula Kandahar...memang cari nahas!

Tapi apa pun, macam Ustaz selalu beritahu...." Allah knows
better".......baik yang sulit, tak sulit atau yang terselit. Memang, Allah
swt. tak izin untuk kristankan orang Islam disini. Media dan pertubuhan
Islam disini paling lantang kritik... hari-hari kerajaan Korea kena hamtam
....... kalau dah bawa bersama beribu bible yang siap di terjemah dalam
bahasa urdu, parsi dan pastum.....apa tujuan?. Ini yg ramai pertikaikan.Yang si talib pula ambil peluang...buat vedio...tunjuk naskah bible dan macam macam lagi. Kalau siapa tengok vedio ini... memang dandan tu juga nak mati syahid...nanti saya balik saya sambung cerita.

Ini pula cerita saya yg ada kaitan dengan cerita tadi. Khamis lalu saya nak
ke tapak projek di utara Kabul tapi kereta pula ditahan polis. Biasa
la...kena security check disini.Termasuk ni dah kelapan kali kena tahan.
Tapi nasib saya tak baik kali ni....lupa bawa passport........ kaptain polis
pula tak faham Inggeris.Macam nak tercabut nyawa...... nak fahamkan
poncoi-poncoi yg saya bukan orang Korea. Habis di selongkar kereta,
beg........ sampai derebar saya, Madjid, pun cemas. Ini lah padah nya lupa bawa pasport....satu jam kena siasat. Jawab soalan kena pakai
penterjemah.saya ditanya.....berapa banyak tuan bawa bible kemari?....saya pun jawab...apa perlu saya bawa bible, saya orang Islam. Dia pun senyum dan tanya lagi........jadi tuan ada bawa Quran?....saya jawab....tak perlu....dia tanya lagi... kenapa? Saya dgn confident saja jawab.......... kerana ayat Quran ada dalam diri saya.

Di pendekan cerita .... rupanya jawapan disalah terjemah...jawapan "Quran ada dalam diri" diterjemah sebagai saya hafis Quran. Tak sempat nak kata apa-apa. Dia pun kata....alhamdulilah... kalau tuan dapat baca ayat Quran tuan tak perlu ditahan. Saya pun mengelabah tapi tak jawab apa-apa.... takut lain jadi nya. Dalam hati kata.... ini lah gara-gara guna istilah cengih secara sempontan. Dia kata....sila baca ayat ta'barokal'lazi".Saya pun tampa fikir panjang baca la dgn confident, dia pun senyum dan lepas cakap dalam bahasa Dari dgn Madjid, kami pun dilepaskan.

Sepanjang perjalanan balik, saya dgn Madjid pun sembang sakan.Lepas tu dia beri tau saya.....semasa saya baca ayat tadi...dia terketar lalu terkencing dalam seluar. Saya pun ketawa dan dia pun kata dengan selamba ....apa tidaknya, ayat yg saya baca tadi adalah "ayatulqursi" bukan ayat ta'barokal'lazi". Madjid, memang seorang hafis Quran.Kami pun gelak sakan .... yg penting penting tak kena denda dan tak tidur dalam lokap.

Ustaz, Allah bantu kami..... kalaulah dia minta juga baca ayat tu, bukan
saja saya pengsan, Madjid pun mungkin terberak dalam seluar....sebab saya tak hafal ayat tu.

Ustaz, jumpa lagi dgn cerita lain dilain kali. Assalammualaikum


Azmi Ali,


MoLSAMD, Kabul.

Azizah Ariffin dapat suami muda, naik pelamin 19 Ogos


Oleh Zubir Mohd Yunus

RASANYA belum terlambat bagi Zubir dan warga kerja Bintang Popular mengucapkan tahniah kepada pengacara dan penerbit Wanita Hari Ini (WHI) TV3, Azizah Ariffin, 38, yang melangsungkan majlis pertunangannya pada 16 Jun lalu di kediamannya di Bandar Utama, Petaling Jaya.

Pertama sekali, Azizah ingin memohon maaf kepada semua rakan kerana tidak memaklumkan mengenai majlis pertunangannya itu kerana dia hanya mengundang saudara terdekat saja hadir pada majlis berkenaan. Bahkan rakan sekerjanya tidak tahu yang dirinya sudah bertunang sehinggalah tersebar cerita menerusi media minggu lalu.

"Aku minta maaf. Malaslah nak heboh-heboh, maklum sajalah, ini kali kedua aku bertunang. Ingatkan nak buat kejutan, tiba-tiba saja keluar kad jemputan kahwin, tapi rupa-rupanya aku sendiri yang dikejutkan dengan gosip yang tersebar itu," kata Azizah dengan nada ceria.

Ketika bertemu Azizah di TV3 baru-baru ini, Zubir sempat bergurau dengannya, mengajukan pertanyaan adakah tunangannya seorang Datuk, Tan Sri atau anak raja?

"Dia orang biasa saja, bukan siapa-siapa tak ada gelaran pun. Tapi, yang paling penting, bukan suami orang atau duda, bujang beb!

Alhamdulillah, dia menerima aku dan anak-anak seadanya," kata Azizah yang dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya iaitu Daniel, 12; Haikal, 9 dan Ashriel, 6.

Selepas Zubir teropong, rupa-rupanya bakal suami Azizah muda 10 tahun daripadanya, amboi bertuahnya badan! Dahlah dapat orang bujang, muda belia pula tu, padanlah sepanjang pertemuan Zubir dengannya, Azizah ceria semacam, kalau senyum sampai ke telinga!

Azizah mengakui, bakal suaminya bukan terdiri daripada selebriti, sebaliknya bertugas di bidang pemasaran. Dekat saja tempat dia bertugas dengan Azizah, orang kata, kalau nak, hari-hari pun boleh bertentang mata!

Azizah turut membuat pengakuan, dia bakal naik pelamin pada 19 Ogos depan apabila majlis persandingannya dijadualkan berlangsung di sebuah hotel. Pastinya krew Nona TV3 akan membuat liputan, maklum sajalah, Azizah bukan ke bekas pengacaranya suatu ketika dulu.

Zubir dengar cerita lagi, pengacara Melodi dan penyampai popular Hot FM, Fara Fauzana dijemput sebagai pengacara majlis pada hari persandingan Azizah nanti kerana Zubir difahamkan, keluarga Fara dengan keluarga bakal suami Azizah, adalah kenalah rapat.

Tahniah sekali lagi daripada kami warga kerja Bintang Popular buat Azizah sekeluarga.


-




.

10 Seksaan Wanita Diperlihatkan Semasa Iraq Mikraj Rasululullah




SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.


Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan (1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah (2) perempuan yang digantung dengan lidahnya dan (3) tangannya dikeluarkan daripada punggung dan (4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana (5) perempuan digantung buah dadanya dari arah p! unggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula (6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking . Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat (7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala . Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat (8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah (9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai . Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang (10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Gambar Penang Dulu...








Lembaga seperti pelajar di Hutan Royal Belum



PADA pertengahan 2004, seramai 33 pelajar lelaki yang mendaftar mengikuti perkhemahan bina semangat tiba di Masjid Bandar Baru Sentul. Masing-masing siap dengan pakaian, makanan dan peralatan perkhemahan yang dijangka empat hari tiga malam di kaki gunung Hutan Royal Belom, Perak.

Tiga ustaz dan dua pegawai lain akan menyertai perkhemahan itu. Mereka awal-awal lagi sudah tiba di masjid siap dengan senarai nama peserta. Seorang demi seorang pelajar tiba. Ada yang dihantar oleh keluarga dan datang menaiki teksi.

Kegembiraan pelajar terserlah apabila tiba di perkarangan masjid itu. Selepas bersalaman dengan ustaz dan pegawai yang akan mengiringi, mereka berkenalan antara satu sama lain sambil menunjukkan beberapa peralatan yang dibawa sesuai dengan perkhemahan dalam hutan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Perkhemahan itu dianjurkan selaras dengan tema survival bagi meningkatkan semangat individu dan berpasukan pelajar yang kebanyakan belajar di tingkatan empat dari beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

Selepas solat Zuhur, mereka tolak selepas seorang ustaz membaca doa supaya selamat pergi dan kembali serta dijauhkan segala musibah. Bas yang membawa 37 peserta itu bergerak dari Bandar Baru Sentul melalui Gombak menyusuri MRR2 ke Sungai Buloh kemudian memasuki Lebuh Raya Utara-Selatan menuju Ipoh, Perak.

Perjalanan di lebuh raya pastinya menyenangkan. Walaupun banyak kenderaan bertali arus tetapi suasana sangat menggembirakan. Sesekali pelajar bersorak apabila ada antara mereka yang membuka cerita kelakar. Perjalanan yang hampir empat jam tidak terasa kerana terhibur dengan pelbagai kerenah masing-masing.

Bas kami tiba hampir Maghrib, pelajar turun dan berkumpul di kawasan perkhemahan kaki bukit Hutan Belom. Kawasan itu memang terkenal sebagai antara pusat perkhemahan musim panas dan pusat seminar.

Setelah taklimat ringkas, pelajar memasuki khemah masing-masing. Mereka diminta berkumpul semula untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah di surau.

Pelajar yang memang begitu bersemangat sebaik saja meletak beg dan barang masing-masing segera tukar pakaian dan mengambil wuduk di tepi anak sungai berhampiran.

Malam itu mereka mengisi masa dengan mendengar ceramah agama selepas makan dan tidur kira-kira jam 10.30 malam.

Walaupun berada di kaki Hutan Belom di Banjaran Titiwangsa suasananya amat sejuk bagaikan berada di negara Barat. Kabus pagi yang tebal menyebabkan pelajar liat bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh. Ada antara mereka lambat datang ke surau untuk berjemaah. Bagaimanapun disebabkan semangat yang ditanam oleh ustaz yang membimbing malam itu menyebabkan mereka tetap berada di surau berjemaah dan mendengar kuliah subuh penuh khusyuk.

Sebelah siang hari kedua dipenuhi pelbagai aktiviti berpasukan selain beberapa ceramah motivasi supaya cintakan pelajaran. Mereka menerima segala aktiviti dengan penuh dedikasi dan memberi tumpuan khas kepada ceramah.

Selepas solat Asar, ustaz yang mengendalikan perkhemahan itu membuat program memancing di hulu sungai kira-kira satu jam perjalanan dari tapak perkhemahan. Pelajar bersorak gembira kerana sebahagian besar membawa joran.

Bagaimanapun ustaz memberitahu, dua orang daripada mereka tidak dapat pergi memancing untuk menjaga khemah bagi mengelakkan daripada dicerobohi terutama binatang buas seperti babi hutan dan kera.

Akhirnya dua pelajar dipilih. Walaupun rasa kecewa tetapi mereka akur perintah itu dan sedia menjaga khemah. Selepas solat Maghrib, kumpulan pelajar dan pegawai bergerak ke hulu sungai untuk memancing seperti dirancang.

Kira-kira setengah jam kumpulan itu bergerak dari khemah, dua pelajar yang diarah menjaga khemah rasa agak bosan dan berpakat untuk memancing di hilir sungai. Mereka berdua meninggalkan khemah dan memancing pada jarak kira-kira 30 minit perjalanan dari khemah itu.

Sedang kumpulan di hulu sungai asyik memancing, seorang daripada ustaz yang mengiringi kumpulan itu ternampak dua pelajar yang diarah menjaga khemah juga asyik memancing bersama pelajar lain.

Ustaz memanggil pelajar berkenaan dan memarahinya sekali gus meminta mereka pulang semula ke khemah semula. Dua pelajar itu bagaimanapun diam dan menjauhi kumpulan berkenaan kemudian lesap dalam gelap.

Kira-kira jam 11.30 malam kumpulan yang memancing di hulu sungai tiba semula ke tapak perkhemahan. Ustaz dengan segera memanggil dua pelajar yang diarah menjaga khemah. Pelajar itu tergamam apabila dimarahi ustaz.

Dua pelajar itu cuba menerangkan kepada ustaz bahawa mereka tidak mengikuti kumpulan ke hulu sungai tetapi memancing di hilir sungai. Sebagai bukti mereka menunjukkan ikan yang dipancing.

Ustaz terdiam seketika dan memikirkan alasan yang diberikan oleh dua pelajar berkenaan. Akhirnya seorang daripada ustaz yang sentiasa memberi ceramah agama tersenyum dan meminta kes itu ditutup.

Bagaimanapun dua pelajar itu tetap dihukum memasak makanan kepada pelajar lain kerana meninggalkan khemah.

Ketika perjalanan pulang, seorang ustaz bertanyakan ketua perkhemahan berkenaan bagaimanapun dua pelajar itu boleh berada di dua tempat berasingan dalam masa yang sama.

Misteri itu walaupun belum ada jawapannya tetapi tetap segar dalam ingatan mereka.

Sejarah Isra' Mikraj



Bersama-sama kita mengejar pahala akhirat……..( Sabtu, 11hb 2007).

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain."


Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."


Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku."


Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, "Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."


Jibrail A.S. bertanya, "Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?" Allah S.W.T berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah Buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu."


Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya.

Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?" Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan."
Berkata Jibrail A.S., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.

Wallahu'alam.

.



Blog Widget by LinkWithin