ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
24 August, 2007
Pak Lah masa perasmian Tilawah Al-Quran
Biasalah..cari salah orang mmg senang...
Source
Macam ada yang tidak kena ? AAB takut nak bersemuka.. rasa macam
nak lari ke Australia.
Menguap dalam majlis perkara biasa
Kalau tidak tidor dalam majlis.. bukan lah AAB. Sudah trademark
pemimpin kaki tidor.
Isteri imam hadhari menadah tangan....
ops bukan tadah tetapi menyembah doa.
Wajarkah suami jadi suri rumah? -- Fenomena sihat – Shahrizat
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat kerana ia mewujudkan perkongsian dan tanggungjawab dalam membesarkan anak serta mengurus rumah tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Beliau berkata, jika dahulu lelaki ke dapur dianggap tidak ‘macho’, tetapi sekarang ukuran tersebut telah berubah apabila semakin ramai golongan lelaki termasuk yang berpendidikan tinggi berbuat demikian. ‘‘Bagi saya, sama ada wanita atau lelaki ke dapur bukan isunya. Yang mustahak ialah hormat yang diberi kepada pasangan kita. ‘‘Kalau wanita duduk di rumah dan ke dapur pun, kalau kaum bapa yang bekerja tetapi tidak beri hormat, tidak patut. Samalah juga kaum bapa dia sendiri nak duduk di rumah, boleh, tetapi kita mesti hormat dia,’’ kata kepada pemberita di sini, hari ini. Shahrizat berkata, demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia mengenai kemungkinan ramai lelaki terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan. Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajara perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki. Disebabkan masalah itu, katanya, UiTM sudah lama memikirkan cara untuk menambah jumlah pelajar lelaki bagi memperbaiki komposisi pelajar mengi- kut jantina. Menurut Shahrizat, ramai lelaki di kalangan pasangan muda sekarang ke dapur dengan sukarela dan bersama-sama mendidik anak serta menguruskan rumah tangga. Fenomena itu sebaliknya kata beliau, tidak boleh dilihat pada zaman beliau dengan tiada lelaki hendak ke dapur. ‘‘Saya tengok sekarang, banyak pasangan muda yang ke dapur, dia tolong jaga anak, bantu membuat susu anak dan mencuci lampin. ‘‘Bukan ada polisi (menyuruh mereka berbuat demikian) tetapi mereka sendiri mahu mengecapi nikmat menjadi seorang ayah. Ini termasuklah menjadi sebahagian daripada proses pembesaran anak- anak. ‘‘Mereka tidak melihat itu sebagai satu perkara yang merendahkan martabat mereka tetapi mereka hendak menjadi sebahagian daripada proses tersebut,’’ katanya. Shahrizat menjelaskan, secara tradisi wanita merupakan orang yang bertanggungjawab untuk ke dapur, mengurus rumah tangga dan membesarkan anak. ‘‘Tetapi kaum bapa sekarang sedang merasai nikmat menjadi seorang ayah. Jadi, mereka tidak mahu melepaskannya,’’ katanya. Mengenai kekurangan pelajar lelaki di IPT, beliau yang turut bimbang dengan perkembangan itu bagaimanapun menegaskan, peluang pelajar perempuan tidak patut dikorbankan hanya kerana peratusan pelajar lelaki telah merudum. Sebaliknya, Shahrizat yang menggesa semua pihak mengambil serius perkara itu, mahu satu jalan penyelesaian terbaik dicari tetapi tanpa menyekat peluang pelajar wanita. ‘‘Zaman ini, kita tidak boleh lagi berbicara hendak meningkatkan standard wanita supaya mereka susah nak masuk (IPT) dan mengurangkan peratusannya. ‘‘Kita tidak boleh ada diskriminasi di negara ini. Sebaliknya, kita kena ada satu perancangan supaya pelajar lelaki boleh bersaing bersama pelajar perempuan. ‘‘Saya tidak rela melihat anak generasi muda daripada kaum lelaki terbiar, tetapi jangan sekali-kali mengorbankan kaum wanita hanya kerana hendak memastikan bilangan seimbang,’’ tegasnya. Wajarkah suami jadi suri rumah? -- Keluarga jadi pincang – Dr. Lo’Lo’KUALA LUMPUR 22 Ogos – Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Lo’ Lo’ Mohd. Ghazali. Menurutnya, Islam sendiri telah menetapkan bahawa tugas utama suami ialah mencari nafkah serta menyediakan keperluan asas mengikut kemampuan masing-masing. Kata beliau, golongan isteri hanya bersifat sebagai pembantu kepada suami dan mereka tidak seharusnya dibebankan dengan tugas menyara keluarga walaupun pendapatan yang diperoleh lebih tinggi. “Perkara ini ada disebut dalam al-Quran dan oleh itu ia wajib dipatuhi. Fitrah ini tidak boleh diubah dan jika ia benar-benar berlaku pada masa depan kehidupan keluarga terlibat boleh menjadi pincang. “Bagi saya bilangan wanita atau isteri profesional lebih ramai bukan satu masalah kerana dalam apa jua keadaan suami wajib menjalankan tanggungjawab mencari nafkah kerana ia merupakan tuntutan agama. “Jenis pekerjaan tidak harus menjadi isu asalkan pekerjaan itu halal dan tidak bertentangan dengan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bahawa ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan. Ibrahim berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki. Dr. Lo’ Lo’ berkata, semua pihak harus sedar bahawa setiap peraturan dalam Islam ada hikmahnya dan jika ia diingkari boleh mendatangkan musibah. Beliau sendiri, jelasnya, mempunyai kenalan wanita yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan berkahwin dengan lelaki berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Saya lihat keluarga mereka cukup bahagia walaupun pendapatan isteri lebih tinggi daripada suami. Dalam keadaan seperti ini apa yang lebih penting ialah persefahaman. “Walaupun pendapatan suami tidak setinggi mana, suami tetap menjadi ketua keluarga dan kedudukan ini tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya. Beliau berkata, apa yang berlaku dalam keluarga kenalannya itu ialah suami tetap bekerja walaupun pendapatan isterinya besar. “Saya tidak boleh terima suami duduk di rumah menjadi suri rumah. Mereka perlu bekerja walaupun pendapatannya tidak seberapa. Suami tetap kena bekerja. “Kedudukan isteri yang lebih tinggi dari segi kewangan tidak boleh dijadikan alasan tanggungjawab serta tugas menyara keluarga diserahkan kepada isteri. “Bagi isteri pula kita wajib patuh kepada suami walaupun kita ini golongan profesional. Saya sendiri masuk ke dapur walaupun saya seorang doktor kerana ia adalah tugas saya ketika berada di rumah,” katanya. |
Berpuasa sunat pada hari Jumaat
Question: Is it allowed to fast on a Friday? |
Answer: Fundamentally, it is permissible to voluntarily fast on any day besides the two days of Eid and the three succeeding days of Eid ul Adh-haa. However, if one wishes to fast only on Fridays then this should be avoided. Yes, he may either add a day before or after it. Sayyiduna Abu Hurairah Radhiallahu Anhu reported Rasoolullah Sallallahu Alaihi Wasallam as saying: “None of you may fast on a Friday except that he either fasts before it or after it (another day)”. [Mishkaat Pg. 179 – Muttafaq Alaih & Fataawa Mahmoodiyyah Vol. 11 Pg. 108] Hence, it is quite clear from the aforementioned Hadeeth that if one wishes to fast on Fridays then he may do so by either fasting together with it a day before or after. He should not merely keep the Friday fast. |
Doa
Click images for enlarge
In UAE: The Jebel Hafeet Mountain Road
Just have a look what they have created in a desert...
The Jebel Hafeet Mountain Road in the United Arab Emirates (UAE) is the greatest driving road in the world. Stretching for 7.3 miles and climbing nearly 4,000 feet, it boasts 60 corners and a surface so smooth that it would flatter a racetrack. It could easily be described as the eighth wonder of the world, but almost nothing is known about its creation.
The road is cut into the Jebel Hafeet Mountain , the highest peak in the United Arab Emirates , the oil-rich Persian Gulf state. The mountain spans the border with Oman and lies about 90 minutes' drive southeast of the thriving city of Dubai . It looks down upon a dusty, desert landscape that belies a nation of astonishing wealth.
Virus Alert!
Please be alert on this Virus…
WORST VIRUS EVER --- CNN ANNOUNCED
PLEASE SEND THIS TO EVERYONE ON YOUR CONTACT LIST!!
A new virus has just been discovered that has been classified by Microsoft as the most destructive ever. This virus was discovered yesterday afternoon by McAfee .. This virus simply destroys Sector Zero from the hard disk, where vital information for its functioning are stored.
This virus acts in the following manner:
It sends itself automatically to all contacts on your list with the title:
'A Card for You'.
As soon as the supposed virtual card is opened the computer freezes so
That the user has to reboot. When the ctrl+alt+ del keys or the reset button are pressed, the virus destroys Sector Zero, thus permanently destroying the hard disk.Yesterday in just a few hours this virus caused panic in New York , according to news broadcast by CNN.
This alert was received by an employee of Microsoft itself.
So don't open any mails with subject: 'A Virtual Card for You.'
As soon as you get the mail,delete it !! Even if you know the sender !!!
Please pass this mail to all of your friends.
23 August, 2007
Anak Sheila Majid (Khaleeda)
50 rangsangan mudah menjadikan anak bijak (bhg 3)
- TUKAR PEMANDANGAN. Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.
- MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA. Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dlam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).
- RAKAM VIDEO UNTUKNYA. Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.
- MAIN HUJAN. Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.
- MENANGKAP SERANGGA. Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.
- BERGURAU-SENDA. Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakana “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.
- MAIN DENGAN PAKAIAN. Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.
- AJAR TENTANG ISIPADU. Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.
- HASILKAN ALBUM KELUARGA. Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.
- SURUH ANAK MEMBUAT KERJA. Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.
- PERGI KE PERPUSTAKAAN. Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.
- CONTOHI CARA SESAME STREET. Khaskan satu minggu untuk satu abjad. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.
- MAIN BERULANG-ULANG. Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.
- MAIN “TIRU-MENIRU”. Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.
- BERCAKAP TENTANG PERASAAN. Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.
KENYATAAN HIDUP....... ....HAYATILAH!
murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",
jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang
haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa
dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu
tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
lain-lain.
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan
dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
dihancurkan. .."
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.
Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "
murid- murid.
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan,
mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran
masing-masing di kepalanya...
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.