
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 September, 2007
Kurang ajar betul!!!
Saying 'I Love You'.............in your own special way.
This guy, a Shanghai university student, wanted to express his
unfathomable love to his sweetheart. So, what did he do........?
He gave chocolates to all the girls living in the University student
apartments and asked them to turn their lights on or off at 8pm that
night. See the pic for the effect
Truly Breath taking ! You don't need to guess his sweetheart's reaction.
Hundreds of students came over later to witness this great piece of Art
driven by the Greatest Emotion known to Man - 'Love'
Kisah Sufi
Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya  belakangan ini selalu tampak murung.
"Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu? " sang Guru bertanya.
"Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya, " jawab sang murid muda.
Sang Guru terkekeh. "Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu." Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.
"Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru. "Setelah itu coba kau minum airnya sedikit." Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.
"Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.
"Masin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.
Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.
"Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka. "Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau." Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa asin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa asin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.
"Sekarang, coba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.
Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya, "Bagaimana rasanya?"
"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.
"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"
"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.
"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."
Si murid terdiam, mendengarkan.
"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu'(hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau."
disadur dari : Anice Bhadmurtiraka
Juadah Berbuka
Kueh Nagasari

Kueh Nagasari
1 packet (100g) tepung Hong Kwe
1/2 cawan gula
1 tin santan
1 tin air
sedikit pewarna merah
Hirisan pisang
Daun pisang yang telah dilayukan. Dipotong mengikut ukuran 6" x 5"
Cara:
1. Didalam sebuah periuk, masukkan santan bersama air dan tepung hong kwe. Masukkan gula dan kacau hingga sedikit pekat. Matikan api dan biarkan sejuk sebentar.
2. Letakkan hirisan pisang diatas daun, kemudian lipat satu bahagian bawah dan tuangkan sedikit adunan yang telah dimasak tadi. Lipat dan kemaskan bahagian atas pula.
3. Susun di atas loyang dan kukus selama lebih kurang 10minit.
2. bingka daging bercheese aka talam berlauk
.jpg)
.jpg)
18 September, 2007
List Rumah Lelong
Disertakan disini List Rumah Lelong.
Sekiranya berminat dan untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Watie: 019-6553516 (No Baru)
Atau emailkan kepada watieshah@gmail.com
All the property need to be registered at least 1 day before the auction date.Important documents that needed for pre-registration are as below
Bidder's Particulars
- Name as in IC
- Photocopy of I/C
- Bank Draft
- Address
- Contact Number
>>CLICK HERE TO DOWNLOAD LIST RUMAH LELONG<<<
Mencari punca anak sakit perut
MENCARI punca kanak-kanak sakit perut memang merumitkan, lebih-lebih lagi jika mereka tidak lancar berkata-kata, selain anda bukan seorang doktor.
Pengarah Institut Kanak-Kanak Gastrousus dan Nutrisi, University of Massachusetts Memorial Health Care in Worcester, Stephen Hardy, berkata 10 peratus kanak-kanak selalu mengadu sakit perut tetapi keadaan sebenar mereka sebaliknya.
Sehubungan itu, katanya pengamal perubatan percaya petunjuk terbaik dalam mendiagnos kanak-kanak yang sakit perut bukan meminta mereka menunjukkan kawasan sakit, sebaliknya, merujuk kepada sejarah kesihatannya, simptom lain, pengalamannya sepanjang hari berkenaan dan makanan yang diambil.
Berikut adalah panduan mencari punca sebenar kenapa anak anda sakit perut.
1. Radang usus dan perut (gastroenteritis)
Anak anda mungkin berhadapan dengan masalah radang usus dan perut jika dia muntah dan cirit birit. Biasanya masalah ini disebabkan jangkitan virus atau bakteria.
Jika disebabkan virus, masalah itu tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Radang usus dan perut akan menyebabkan muntah, cirit-birit dan hilang selera makan.
Pastikan anak anda mengambil cukup cecair untuk dua hingga tiga hari dari hari pertama dia alami sakit.
Biasanya sakit perut seperti ini menyebabkan anak tidak boleh mengambil produk tenusu, jadi berikan dia air kosong, jus atau garam pencegah dehidrasi.
Apabila anak sembuh daripada masalah ini, untuk beberapa hari berikan dia pisang, nasi, epal dan makanan panggang. Mungkin juga boleh beri dia bijirin atau biskut.
2. Alah susu
Alah susu dan alah laktosa biasanya jarang berlaku pada kanak-kanak. Sakit perut disebabkan susu biasanya kerana pertukaran daripada penyusuan susu ibu kepada susu formula atau memakan produk tenusu lain seperti keju.
Simptom alah susu dan laktosa selalunya menyebabkan anak muntah, cirit birit dan sakit perut. Untuk memastikan punca masalah itu disebabkan produk tenusu, doktor akan menyarankan anda tidak memberinya produk begitu untuk beberapa hari. Selepas itu, cuba beri semula produk berkenaan.
BACA ARTIKEL PENUH
..
5 TANDA HATI BATU
Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan
kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai
tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikanTerutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atauberasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak
mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan
(harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman
Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau
tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya.
Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi
ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang
takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma
ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan
hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya
jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta
tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah,
tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang
makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi
pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang
kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa,
padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka
(orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua
kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula)
mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
Antara Musuh Iblis
1. orang yang beramal dengan ilmunya
2.  orang yang mengamal isi ajaran Al-Quran
3. orang yang azan untuk sembahyang  fardhu
4. orang yang mengasihi si miskin dan anak yatim
5. orang muda  yang taat kepada Allah
6. orang yang penyayang
7. orang yang menjaga  makan minumnya (yang halal)
8. orang yang suka sembahyang berjemaah
9.  orang yang suka bertahajjud di tengah malam
10. orang yang sentiasa  mengekalkan wudhuk
11. orang yang murah hati suka bersedekah
12. orang  yang menjaga tuturkata dan akhlaknya
13. orang yang menasihati saudaranya  dengan ikhlas
14. orang yang menjaga waktu solatnya 
17 September, 2007
Blog medan baru agungkan Ashaari Muhammad
|   PETALING JAYA: Tidak cukup buku diberi percuma, termasuk kepada Menteri Besar Selangor, bahan bacaan yang mengagung-agungkan Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan al-Arqam yang diharamkan sejak 1994, kini tersebar melalui blog pula. 
 Pengerusi jawatankuasa tetap hal-ehwal agama Selangor Datuk Abdul Rahman Palil, sewaktu melaporkan pengedaran buku tersebut kepada polis Khamis lepas, berkata kandungan buku itu amat berbahaya dan boleh menjejaskan akidah umat Islam dengan alasan ia mendakwa kononnya Ashaari kerap bertemu dengan Rasulullah dan Imam Mahadi dalam keadaan sedar. Kandungan buku setebal 92 halaman susunan Mohd Nizamuddin Ashaari dan Laila Ahmad itu kini dipercayai dimuatkan pula di beberapa laman web, antaranya blog Putera Bani Tamim (http://puterabanitamim.blogspot.com/) dan Muntazirun (http://muntazirun.wordpress.com/) Blog itu memuatkan tujuh bab, termasuklah 'Abuya Ashaari Muhammad Menepati Ciri-ciri Mujaddid' dan 'Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim'. Dalam bab lima, Ashaari ditulis sebagai "selalu didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan serta memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan, apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan jemaah. "Kedatangan kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara: (i) rasa hati yang kuat untuk bertindak, (ii) dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Malah Abuya pun belajar dari situ, dan (iii) berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi. "Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material. Itulah bukti bahawa semuanya bukan dari syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah." Abdul Rahman menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gerakan ini kerana bukan sahaja akidah mereka difatwakan sesat tetapi mereka juga sedang menyusun gerakan politik seperti dijelaskan dalam buku tersebut. "Dalam buku itu, ada unsur-unsur ke arah membentuk daulah," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini. Dalam bab empat 'Tugas dan Tanggungjawab Tentera Bani Tamim', penyokong gerakan ini dipanggil ikhwan, yang "bertaraf wali. Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang. "Enam orang wazir Imam Mahdi yang lain membawa juga ikhwan tetapi dalam bilangan yang sedikit sekadar puluhan orang sahaja. Begitu juga akan lahir di tangan Putera Bani Tamim ribuan asoib. Ada pendapat menyatakan jumlah asoib ialah 124,000 orang." Dalam bab yang sama, ikhwan akan berusaha "membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah" yang akan menjadi contoh sehingga "masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan. "Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenalinya. Bahkan negara-negara Asia akan berbaiah dan bergabung dengan daulah Islamiah Putera Bani Tamim." Laman-laman web ini dipercayai dibangunkan awal bulan ini, kira-kira sebulan selepas buku tersebut dicetak. Selain blog, buku itu yang berformatkan PDF disebarkan melalui laman web Pusat Motivasi Harmoni (www.motivasi-harmoni.com) yang beralamat di Country Homes, Rawang -- penempatan perkumpulan al-Rufaqa', yang pernah menimbulkan kontroversi hujung tahun lalu. Menurut Abdul Rahman lagi, selain buku dan Internet, pengikut gerakan ini juga menyebarkan kempen mereka kepada masyarakat melalui SMS, antaranya dengan menggunakan nama DYMM Yang di-Pertuan Agong. mStar Online difahamkan pihak berwajib kini sedang memantau dengan  rapi perkembangan kumpulan ini.  | 
Kesilapan Kerap Muslim Di Ramadhan
Saling mengingati, kita sering melakukan kesilapan-kesilapan ini:
>>>Klik Di Sini Utk Download :Kesilapan Kerap Muslim Di Ramadhan<<<<
(Word Format)
Kecantikan lelaki dan kegagahan wanita
 
  | 
