adsense

21 November, 2007

Sneezy



Haji: Peluang hayati sirah Nabi Ibrahim, Ismail



Syawal, Zulkaidah dan Zulhijah adalah bulan-bulan haji di mana difardukan Allah ke atas umat Islam akan ibadat haji bagi yang mampu melakukannya, iaitu mampu dari sudut kewangan, persediaan, kesihatan, kenderaan dan yang berkaitan dengannya. Haji juga merupakan satu perhimpunan perdana umat Islam yang datang dari segenap pelosok dunia ke Makkah dengan satu tujuan, tidak lain adalah untuk menyatakan segala kekurangan dan kekerdilan di hadapan Allah Yang Maha Besar. Justeru, sesungguhnya pelaksanaan segala rukun, wajib dan sunat haji adalah untuk menyatakan sikap kerdil tersebut, sekali gus untuk menggarap pengajaran, rahsia serta hikmah daripadanya. Apabila seseorang Muslim yang berjaya menjalani ibadat haji dengan rukun-rukunnya dengan penuh keinsafan, sesungguhnya dia telah berjaya menjalani proses tarbiah yang sedia ada dalam ibadat tersebut. Marilah kita singkap satu persatu daripada pelaksanaan rukun serta falsafah daripada ibadat haji tersebut yang mampu mendidik hati-hati manusia yang telah mati, sekali gus menjadikan umat Islam agung, hebat dan berwibawa dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan mereka.
* Haji dan Ihram haji
Menzahirkan rasa persamaan di kalangan umat Islam dengan pemakaian pakaian ihram berwarna putih yang tidak berjahit, tidak ada yang merasakan dirinya sebagai ketua negara atau rakyat biasa, semuanya sama di hadapan Allah SWT, seolah-olah mereka sedang berada di padang Mahsyar menanti giliran untuk dihisab segala amalan. Ia mendidik mereka akan kepentingan amalan serta bekalan untuk hari akhirat dan menyatakan bahawa mereka mengharapkan keampunan, rahmat serta kasih sayang Allah.
* Haji dan Talbiah (seruan di musim haji)
Lafaz Talbiah: Labbaikallahumma Laka Labbaik, Labbaikala Syarika Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka. Maksudnya: Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu. Ia merupakan satu seruan untuk disahut oleh setiap Muslim/Muslimah yang sedang mengerjakan haji, untuk menyatakan rasa takut dan mengharap segala amalan diterima di sisi-Nya, untuk menyatakan bahawa tidak ada satu kerajaan pun di dunia ini yang mampu menandingi kerajaan Allah di akhirat, iaitu kerajaan yang mendaulatkan Islam dengan pelaksanaan al-Quran sebagai hukum-hakam yang tertinggi dalam negara, kerana Dialah (Allah) adalah Raja segala kerajaan.
* Haji dan Tawaf
Tawaf merupakan tindakan pusingan mengelilingi Kaabah (rumah Allah) bersama-sama para Malaikat yang mengelilingi Rumah Allah, ia bukan hanya bermaksud mengelilinginya dengan hati, malah dengan roh, perasaan dan hati yang amat mengharapkan kasih sayang Allah, ia merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s.yang disambung oleh Nabi Muhammad s.a.w. Para Malaikat mencatat segala amalan manusia yang sedang mengelilingi Kaabah dengan rasa rendah diri walaupun dia merupakan seorang Perdana Menteri, apa yang dicatat itu akan dibaca di hadapan Allah di akhirat dengan kitab sebalah kanan, iaitu golongan ahli Syurga.


BACA ARTIKEL PENUH <-----

Cewek Era Komputer



Mungkin berguna bagi kita di era komputerisasi dan Informasi ini.

HARD-DISK Girls: Cewek jenis ini akan mengingat semua hal, SELAMANYA

RAM GIRLS: Cewek jenis akan langsung melupakan mu, pada saat kamu melepaskannya.

WINDOWS Girls: Semua tahu cewek jenis ini tidak dapat melakukan semua dengan benar, tapi kita tidak dapat hidup tanpanya.


SCREEN SAVER Girls: Cewek jenis ini bagus hanya untuk bersenag senang saja

INTERNET Girls: Biasanya susah di akses, dan mudah putus hubungan (Disconnected)

SERVER Girls:
Selalu sibuk bila kita membutuhkannya

MULTIMEDIA Girls: Cewek jenis ini bisa membuat hal buruk menjadi indah
CD-ROM Girls: Selalu lebih cepat dan cepat

E-MAIL Girls: Setiap sepuluh kalimat yang diucapkannya, delapan kalimat adalah bohong

VIRUS Girls: Cewek jenis ini bila kita tidak memerlukannya dia datang, dia meng-Install dirinya dan menggunakan semua sumber sumber yang ada. Jika kita berusaha meng-Un-install, kita akan kehilangan semuanya, Jika kita tidak berusaha untuk meng Un-Installnya, maka kita pun akan kehilangan juga…

....
Kalo FLASH DISK Girl? Type yang memuat dan menerima segala jenis pria

Makan Malam Suami (18 sx)


Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya..

Suami : "Ema.. abang pergi dulu ya"
Isteri : "Abang tak sarapan dulu?"
Suami : "Tidak.. abang nak cepat nie!"
Lalu sisuami mencium bibir isterinya dengan mesra dan
berkata "inilah sarapan pagi abang"

Tengaharinya. . si suami pulang kerumah..

Isteri : " Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?"
Suami : " Ada sesuatu yang tertinggal"
Isteri : Marilah makan tengahari dulu"
Suami : "Tak pe lah.. abang nak cepat nie"
Lalu dengan mesranya sisuami menghampiri isterinya dan
mencium "dadanya" sambil berkata "inilah makan tengahari abang!"

Petangnya.. ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap
isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara..
lalu betanya..

Suami : "Awak sedang buat apa tu?"
Isteri : "Panaskan makan malam bang!"

Pil Chi Kit Teck Aun



Pelik ,.... di manakah pakar2 syarikat IKS Melayu Bumiputra
tyang mengusahakan Herba ?
Sampai bila kita masih mengharapkan ubat sakit perut
Pil Chi Kit Teck Aun cap Burung dan Menara Kuil?
Sampai bila perut anak kita disapu dengan Minyak Yu Yii
cap Limau ???
Apakah kandungannya ?/??
Kalau tak silap,.. dua2 ubat tu tak ada logo halal

Pink tak semestinya untuk wanita



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Katakan Tidak Pada Wahabi



(Artikel ini ditulis semasa Dr. MAZA belum menjadi mufti)

Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti.

Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai 'wahabi' . Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!.Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ' wahabi'; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali.

Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin 'Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya 'Wahhabi'. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin 'Abd al-Wahhab.

Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan.


BACA ARTIKEL PENUH <-------

Haji: Antara falsafah, tokok tambah dan nas



Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah, dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ.

Para hadirin ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia? Dia bertanya saya tentang kekeliruan itu. Saya berkata, syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong? Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras.

Entah berapa banyak para penceramah yang 'sewaktu dengannya'. Jika penceramah berkenaan membaca dan memahami nas, tentu dia tidak membuat huraian seperti itu. Dalam hadis daripada Ibn 'Abbas, katanya: Pada pagi Hari 'Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-'Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: (Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu. (Diriwayatkan oleh al-Nasa'i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).

Nabi s.a.w. dalam hadis ini memuji Ibn 'Abbas kerana mengutip batu yang kecil kerana itu memadai. Tidak benarkan melampaui batas dengan mengutip batu-batu yang melebihi ukuran sepatutnya. Baginda juga mengingatkan bahawa rosaknya agama mereka yang terdahulu adalah kerana melampaui batasan yang diajar oleh para Rasul. Dalam erti kata lain, menokok tambah yang bukan-bukan merosakkan agama.

Jika batu-batu yang dilontar itu bertujuan melontar syaitan, tentu tidak memadai dengan anak-anak batu yang kecil. Dengan kefahaman yang salah ini jugalah sesetengah jemaah dari negara-negara tertentu melontar dengan batu atau bahan lain yang melebihi saiz yang disuruh. Akhirnya bukan syaitan yang sengsara tetapi jemaah lain yang cedera.




BACA ARTIKEL PENUH

Katakan aku cinta padamu




Cinta adalah permainan hati dan wujud di dalam hati. Oleh itu, bagi menzahirkan kasih sayang dan cinta, ia mesti dilafazkan melalui kata-kata, perbuatan dan kelakuan. Asas kepada penzahiran ini adalah hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh kit memberitahu seseorang apabila kita mengasihinya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Apabila seseorang itu kasih akan saudaranya maka beritahulah dia bahawa dia kasihkannya." (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Oleh itu kasih mempunyai pelbagai bentuk; kasih kerana Allah dan agama, kasih kerana kebaikan seseorang serta akhlaknya dan sebagainya.

Dalam aspek rumahtangga, wujud kasih sayang dan cinta antara suami isteri. Ia perlu dizahirkan. Biasanya isteri lebih banyak dan pandai menzahirkannya. Suami pula biasanya kurang romantik dan kurang menzahirkannya. Walau bagaimanapun setiap pasangan harus memulakannya. Jangan hanya harap pasangan anda menzahirkannya sedangkan anda hanya diam membatu diri. Pepatah menyebut "THE MORE YOU GIVE THE MORE YOU GET"

LANGKAH MENZAHIRKAN CINTA

  1. Panggilan suami isteri. Gunakan panggilan yang baik. Isteri memanggil suami dengan perkataan 'abang, honey, darling, sayang,' Suami pula memanggil isteri dengan panggilan 'honey, darling, sayang,' atau nama manja. Nabi s.a.w. memanggil A'ishah dengan 'Humairaa' yang boleh diertikan 'si merah jambu'. Elakkan panggilan 'ayahnya, bapanya, abahnya, papa, daddy' dan seumpamanya. Elakkan 'maknya, mama' dan sebagainya. Ini berlaku selepas pasangan mendapat anak. Panggilan ini kadang-kadang bukan sahaja digunakan di hadapan anak bahkan semasa pasangan berdua sahaja. Jangan jadikan panggilan 'darling' dan 'sayang' di awal perkahwinan, tetapi di akhir perkahwinan 'pinggan dibaling senduk melayang'.
  2. Bantu-membantu. Realiti kehidupan hari ini kedua-dua suami isteri bekerja. Waktu pejabat adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Isteri akan bekerja semula sebagai surirumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan mengurus anak. Alangkah baiknya jika suami turut membantu kerja-kerja tersebut. Apabila ditanya tentang kerja Nabi s.a.w. di rumah, A'ishah berkata: "Adalah Nabi berkhidmat untuk isterinya (membantu isterinya dalam kerja-kerja rumah). Apabila terdengar azan, baginda keluar". (Riwayat Bukhari)
  3. Saling berkomunikasi dan berhubung. Komunikasi amat penting. Berbual dan bertanya khabar adalah satu bentuk komunikasi. Penggunaan SMS dan sebagainya amat baik. Hantarlah mesej tertentu seperti jenaka, teka-teki, cerita seks yang nakal dan sebgainya. Hubungan tanpa komunikasi adalah hubungan yang hambar. Lebih banyak kita berkomunikasi lebih banyak kita memahami. Tetapi waspada...jangan terlebih berkomunikasi hingga bertukar menjadi benci.
  4. Hadiah. Hadiahkanlah sesuatu kepada pasangan anda sempena hari keramaian seperti hari ibu, hari pekerja, hari raya atau hari minggu. Hadiah akan mewujudkan kasih sayang. Berilah hadiah nescaya kamu pasti akan kasih-mengasihi. Hadiah tidak semestinya mahal. Yang penting keikhlasan dan penghargaan. Membeli bunga yang berharga RM3 pun sudah memadai.
  5. Membuat kejutan. Contohnya suami mengajak isteri makan di tempat tertentu atau sebaliknya pada waktu yang sesuai seperti hari minggu.
  6. Menjaga lidah agar tidak bercakap perkara yang tidak sesuai. Mulut murai, mulut 'laser' dan mulut celupar adalah perkara yang mesti dielakkan. Ada kemungkinan kata-kata akan menikam pasangan anda dan menyedihkannya. Disebut dalam hadis bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercakap perkara keji.
  7. Memberi galakan terhadap minat pasangan atau hobinya. Salah satu kaedah memberi galakan ialah menyediakan ruang untuk pasangan melakukan aktivitinya, membeli barang kegemarannya atau melibatkan diri dengan hobi tersebut. A'ishah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. ingin melihat orang Habsyah bermain. Nabi s.a.w. bersama A'ishah dan menemaninya hingga A'ishah berasa jemu. A'ishah berkata yang bermaksud: "Aku melihat Nabi s.a.w. melindungi aku dengan kain selendangnya, sedangkan aku ketika itu sedang melihat orang Habsyah bermain di masjid hinggalah aku berasa jemu..." (Riwayat Bukhari). Jangan larang pasangan anda melakukan aktiviti kesukaannya. Ada kemungkinan pasangan anda akan menghabiskan masa yang terlalu lama hingga mengabaikan tanggungjawab atau menghabiskan wang yang banyak dengan aktivitinya. Anda boleh berbincang dengan baik bagi mengatasi tabiat buruk itu.
  8. Ucapan tanda penghargaan. Jangan lupa mengucapkan terima kasih, ucapan tahniah, ucapan takziah dan sebagainya.
  9. Menghargai pemberian pasangan. Jangan dilihat pada kualiti atau harga pemberian itu, tetapi pandanglah pada hati yang ikhlas yang menghadiahkan benda tersebut. Yang lebih penting adalah yang tersirat, bukan yang tersurat. Jaga pemberian tersebut dengan baik. Jika tiada hadiah berbentuk material, ucapan sudah memadai......

Sumber: CAKAR HARIMAU Tips Kebahagiaan Rumahtangga oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Cute dwarf girl



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

PDA Mania



21 to 25 November 2007

PDA Mania

Products Offered

HTC Touch / P3452 - RM1999

HTC P3600i - RM2799

HTC TyTN II - RM3288

HTC Touch Dual - RM2399

O2 XDA Flame - RM3099

O2 XDA Atom Life - RM2699

O2 XDA Aton Exec - RM1499

O2 XDA Atom - RM1299

Location

East Entrane Atrium

Mid Valley Mega Mall

Organized by Fresh Gear

Hukum Hudud



Nak baby



Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah "anak tumpang" atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.. Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan "menyedekahkan" spermanya, maka satu hari..
berkatalah si suami "Ok sayang.. abang pergi dulu... sebentar lagi lelaki tu akan datang..." (lelaki yang nak dermakan sperma dia)Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tiba² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar² bayi.
"Selamat pagi puan.. saya datang utk...." belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata²nya dan berkata "oh ya.. saya memang menunggu awak..""errr ye ke?" kehairanan photographer tu.."kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. )"Itu la yang suami dan saya harapkan.."kata si isteri.." silakan masuk..dan duduk la..""Hmmm macamana kita nak start???" tanya si isteri setelah beberapaketika..."Serahkan pada saya puan... saya selalunya buat di bathtub... sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka..." kata lelakitadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. "Bathtub??? atas lantai...??? Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. "jelas isteri...."Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin...anda akan suka dengan resultnya... Si isteri tercengang... "Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka.."Macam saya tak tau???" kata si isteri..Photographer tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya.. "yang ini saya buat masa di atas bus kat London.."Hah!...atas bas????" terkejut si isteri..."Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. " kata photograper tadi.. "Emaknyer susah nak bekerjasama????" tanya si isteri.. "Ya... memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan..." "Di depan public???"terkejut si isteri. "Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik.. sehingga saya tak boleh nak concentrate..bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya.. " cerita si Photograper.. "awak maksudkan tupai² tu really usik awak punya....alat???" tanya si isteri.. "Ya puan... tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod.... lepas tu kita akan mulakan.."Tripod????"nak buat aper..??? "tanya si isteri.."OH..itu utk laraskan alat saya nanti... ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. ""er puan.???Puan??? la..dier pengsan!!

Tip Untuk Temuduga



Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.


Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.


Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.


Saya bimbang degan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.


Saya bimbang, munculnya graduan yang cemerlang atas kertas kerana kecekapannya menghafal silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di alam realiti, tersungkur jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana itu, bagi saya soalan peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang lebih praktical dan mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-mata.


Baca Artikel Penuh<<<<---

Tidak Faham Konsep Kebebasan Media Dan Berhimpun Dalam Sistem Demokrasi



Posted on Tuesday, November 20 @ 10:20:37 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Dr Lo’ Lo’ bt Hj Mohd Ghazali

 Saya telah menonton rancangan 101 East AlJazeera” di Aljazerera baru2 ini. Saya mengikuti perbahasan diantara Khairy Jamaluddin (KJ) serta Datuk Nazri Tan Sri Aziz (DN) bersama Sdr. Malik Imtiaz. Terdapat beberapa perkara yang saya rasa perlu untuk diketengahkan:

Perkara 1: Jelas Saudara KJ dan DN tidak faham bahawa hak untuk berkumpul adalah hak asasi semua rakyat di dalam sebuah Negara yang mengaku mengamalkan demokrasi. Kedua-dua KJ dan DN gagal memberikan alasan yang kukuh mengapa kekerasan terpaksa digunakan pada 10 November 2007.


Mereka gagal untuk memjustifikasi tindakan polis menggunakan air kimia dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perkumpulan. Mereka gagal untuk menjusfikasi penggunaan kekerasan ke atas para demonstran. Mereka gagal menjustifikasi penangkapan lebih 80 peserta. Mereka gagal menjustifikasi tindakan polis mengepong Dataran Merdeka bagi menghalang peserta berkumpul di sana.


Pada waktu yang sama, Al Jazeera juga menunjukkan “footage” air kimia dan gas pemedih mata digunakan bagi menyuraikan peserta 10 November . Kedua-dua KJ dan DN gagal membuktikan Malaysia adalah sebuah Negara demokrasi, setelah secara jelas pihak Polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat hanya kerana rakyat memilih untuk menyatakan perasaan mereka. Polis secara ganas memijak lutut seorang pemerhati yang tidak melawan dan tidak bersenjata sehingga lutut orang tersebut hancur serta terpaksa dibedah.


KJ juga cuba untuk menggunakan alasan peristiwa Batu Buruk sebagai alasan. Mungkin KJ terlupa bahawa di Batu Buruk orang awam telah ditembak dengan peluru hidup oleh pihak Polis. Seharusnya pihak Polis yang dipersalahkan kerana tempat tersebut telah dilangsungkan perhimpunan-perhimpunan besar sebelum ini tanpa apa-apa insiden. Sehingga kini kita masih tidak dimaklumkan tindakan keatas Polis yang menembak dan pembakar bendera Malaysia.


Perkara 2: KJ juga cuba mewarnakan perhimpunan 10 November sebagai perhimpunan pembangkang dan bukannya perhimpunan rakyat. Lupakah KJ bahawa pemimpin, ahli dan penyokong parti pembangkang adalah rakyat Malaysia juga? Mungkin KJ lupa bahawa lebih dari 35% rakyat Malaysia tiap2 kali pilihanraya mengundi parti yang lain dari Barisan Nasional.


Di dalam Negara Malaysia yang berpenduduk 27 juta orang, 35% adalah bersamaan hampir 10 juta rakyat Malaysia. Kalau dikira 10 juta pengundi bermakna kita bercakap tentang 3.5juta pengundi. Adakah 10 juta rakyat Malaysia atau 3.5 juta pengundi sewenang-wenangnya dinafikan hak mereka sedangkan mereka juga membayar cukai, tol dsbnya? Perkara ini menampakkan mentaliti anti demokrasi KJ dan UMNO/BN yang terdedah di dalam program tersebut.


Perkara 3: Persoalan kebebasan media juga telah diutarakan dalam perbahasan tersebut. Sdra Malik menyatakan fakta bahwa media di Malaysia memerlukan permit dari Kerajaan BN untuk diterbitkan atau beroperasi. Lantas, saudara KJ cuba untuk memberikan harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kebebasan media akan diberikan kembali kepada pihak media dengan merujuk kepada ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.


Malangnya, Akta Cetak menunjukkan bahawa hak untuk mengoperasi akhbar atau apa2 bentuk media di Malaysia terletak di tangan Menteri dan tidak boleh dicabar hatta di dalam mahkamah. KJ tidak sedikit pun memberi apa-apa komen terhadap fakta ini. Tiada pernyataan jelas samada PM akan meminda Akta Cetak untuk mengizinkan mana-mana pihak mengoperasikan media. Tanpa komitmen ini, kenyataan PM baru2 ini tidak lebih dari retorika kosong dan tidak lebih dari wayang kulit, apatah lagi dibuat dalam forum yang salah.


Sekiranya kerajaan yang diterajui UMNO/BN benar2 ikhlas untuk mengembalikan kebebasan media di Malaysia, langkah pertama boleh dimulakan dengan mengizinkan PAS menerbitkan semula Harakah dua kali seminggu. Ini tidak memerlukan pindaan akta. Cuma sepucuk surat dari Menteri Dalam Negeri. Saya cabar KJ dan UMNO untuk membuktikan komitmen mereka terhadap kebebasan media. DN juga telah dimalukan apabila beliau cuba menafikan akhbar di Malaysia berat sebelah. Malang bagi DN apabila akhbar-akhbar yang terbit pada 11 November telah ditunjukkan kepada beliau sebagai bukti .


Perkara 4: KJ cuba memberi gambaran bahawa Kerajaan mendengar pandangan semua orang, khasnya SPR. Beliau lantas memberikan contoh-contoh beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh SPR. KJ sedikit pun tidak menafikan bahawa SPR adalah sebuah badan yang tidak bebas dari pengaruh eksekutif.


Malang bagi KJ, tindakan beliau hanya membuktikan bahawa SPR tidak lebih dari sebuah badan kerajaan yang duduk di bawah cengkaman Jabatan Perdana Menteri. Ini bererti SPR tidak bebas dan SPR beroperasi seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Barisan Nasional.


Perkara 5: DN menyatakan bahwa sistem pentadbiran di Malaysia tidak perlu dirubah. Ia hanya perlu diperbaiki sahaja. Jelas DN cuba bermain dengan perkataan. Apa yang jelas pentadbiran Kerajaan BN mengandungi berbagai-bagai kepincangan dan kezaliman ke atas rakyat Malaysia. Sekiranya sistem di Malaysia putih bersih dari kelemahan, sudah tentu pelbagai ketirisan, kebocoran dan kerobohan, pelbagai indeks yang semakin merudum serta peristiwa penyuraian perhimpunan dengan kekerasan pada 10 November tidak berlaku.


Dr Lo’ Lo’ bt Hj Mohd Ghazali,
AJK PAS PUSAT

Safety Share - How Water can Start a FIRE !!!!




CLICK HERE TO DOWNLOAD

Parents: "We have dreams too"



This story is about a man who tells how his booking
an air ticket for his father, his first flight,
brought emotions and made him realize that how much
we all take for granted when it comes to our parents.

"My parents left for our native place on Thursday and
we went to the airport to see them off. In fact, my
father had never traveled by air before, so I just
took this opportunity to make him experience the same.
In spite of being asked to book tickets by train, I
got them tickets on Lufthansa.

The moment I handed over the tickets to him, he was
surprised to see that I had booked them by air. The
excitement was very apparent on his
face, waiting for the time of travel. Just like a
school boy, he was preparing himself on that day and
we all went to the airport, right from using the
trolley for his luggage, the baggage check-in and
asking for window seat and waiting restlessly for the
security check-in to happen. He was thoroughly
enjoying himself and I, too, was overcome with joy
watching him experience all these things.

As they were about to go in for the security
check-in, he walked up to me with tears in his eyes
and thanked me. He became very emotional and
it was not as if I had done something great but the
fact that this meant a great deal to him.

When he said thanks, I told him there was no need to
thank me.

But later, thinking about the entire incident, I
looked back at my life.

As a child how many dreams our parents have made
come true. Without understanding the financial
situation, we ask for football, dresses, toys,
outings, etc. Irrespective of their affordability,
they have satisfied to all our needs. Did we ever
think about the sacrifices they had to make to
accommodate many of our wishes?

Did we ever say thanks for all that they have done
for us?

Same way, today when it comes to our children, we
always think that we should put them in a good school.
Regardless of the amount of donation, we will ensure
that we will have to give the child the best, theme
parks, toys, etc. But we tend to forget that our
parents have sacrificed a lot for our sake to see us
happy, so it is our responsibility to ensure that
their dreams are realized and what they failed to see
when they were young, it is our responsibility to
ensure that they experience all those and their life
is complete.

Many times, when my parents had asked me some
questions, I have actually answered back without
patience. When my daughter asks me something, I have
been very polite in answering. Now I realize how they
would have felt at those moments.

Let us realize that old age is a second childhood and
just as we take care of our children, the same
attention and same care need to be given to our
parents and elders.

Rather than my dad saying thank you to me, I would
want to say sorry for making him wait so long for this
small dream. I do realize how much he has
sacrificed for my sake and I will do my best to give
the best possible attention to all their wishes. Just
because they are old does not mean that they will have
to give up everything and keep sacrificing for their
grandchildren also. They have wishes, too."

Take care of our parents.

If you think this is worth reading, pls share it with
others too

naper mesti pompuan??org laki pon bleh jugakkk...



hohoho


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

20 November, 2007

Kepada yang ada Yahoo Massenger



Mesej dari sahabat,

kepada sumer org yg ade ym, tolong jangan add org yg id die macam ni: anamuslim_cute_97@yahoo.com, die cuba nak murtadkan org Islam.

Gambar kelakar Sandal fesyen terkini dan murah



Namapun kotex! huhuhu


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Amy Search mendekati PAS?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Artikel dari : http://nikabduh.wordpress.com/2007/11/01/raya-di-rumah-amy-search/
Blog Widget by LinkWithin