ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
18 December, 2007
Golongan yang masuk ke Syurga tanpa dihisab
Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;
1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang
membatalkan hajinya.
3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan.
4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah
tanpa riya.
Keempat-empat golongan ini berebut-rebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail A.S. menghakimi mereka.
Berkata Jibrail A.S. kepada orang mati syahid, "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata orang yang mati syahid, "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"
Orang yang mati syahid menjawab,"Aku mendengar daripada alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian Jibrail A.S. bertanya kepada yang mengerjakan haji, "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"
Berkata yang berhaji,"Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."
Berkata Jibrail A.S., "Siapakah yang memberitahu kamu tentang pahala haji?"
Berkata yang berhaji, "Aku mendengar dari alim ulama."
Berkata Jibrail A.S. lagi, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Berkata Jibrail A.S. kepada penderma pula, "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"
Menjawab si penderma, "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."
Jibrail A.S. berkata lagi, "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"
Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."
Maka Jibrail A.S. pun berkata, "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."
Kemudian orang alim berkata, "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."
Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda, "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."
Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu."
Al Hassan r.a. berkata, "Tinta para ulama itu ditimbang pada hari kiamat dengan darah orang-orang mati syahid, dan tinta para ulama akan menjadi lebih berat daripada darah para syuhada."
Rasulullah S.A.W. bersabda, "Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau."
Orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W., "Amal apakah yang paling utama?"
Rasulullah S.A.W. menjawab, "Berilmu tentang Allah."
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan kepada keturunan anak-anak Adam lapan perkara, dan dari lapan itu empat perkara bagi penghuni syurga, iaitu:
1. Wajah yang manis dan berseri-seri.
2. Tutur kata yang bersopan.
3. Hati yang bertaqwa kepada Allah.
4. Tangan yang dermawan.
Empat perkara bagi penghuni neraka:
1. Muka yang muram.
2. Tutur kata yang keji.
3. Hati keras yang engkar.
4. Tangan yang kedekut (bakhil).
Sabda Rasulullah S.A.W., "Sendi tegaknya dunia adalah disebabkan empat perkara:
1. Dengan berilmunya para ulama.
2. Dengan keadilan orang yang menjadi pemerintah.
3. Dengan orang kaya yang dermawan.
4. Dengan doanya orang yang fakir."
Benarkah Armstrong mendarat di bulan ???
16 Julai 1969, Amerika melancarkan Apollo 11 ke angkasa melangkaui jarak 400,000 km perjalanan (8 hari) menuju ke bulan, dan menjadikan Amerika negara pertama yang mendaratkan manusia di satelit bumi itu. Benarkah? Adakah mereka benar2 mendarat di bulan?
Pada masa itu, Amerika dan Rusia berlumba2 utk menjadi kuasa utama dunia. Adakah Amerika terlalu terdesak sehingga terpaksa 'menipu' satu dunia?
Terdapat banyak percanggahan yang menafikan mereka pernah mendarat di bulan. Benar, mereka telah melancarkan Apollo 11, tapi adakah mereka 'menghantar' angkasawan2 itu ke bulan?
Pihak yang meragui percaya pendaratan manusia ke bulan telah 'difilemkan' di sebuah gurun di Nevada yang diberi kawalan tentera yang rapi.. telitikan bukti2 ini..
- tiada kawah terhasil hasil daya tujahan di bawah roket, sedangkan menurut angkasawan mereka permukaan bulan adalah seperti serbuk..
- jika di bulan tiada atmosfera, mengapa angkasawan sukar memacakkan bendera kerana tiupan angin?
- bayang2 yg terhasil kerana melindungi cahaya matahari sepatutnya selari
- gambar ini.. byg2 yang terhasil adalah logik.. tetapi byg2 pada 'jurukemera' sepatutnya di arah yg bertentangan.
- tanda + yang dihasilkan oleh kamera NASA sepatutnya 'menindih' setiap imej, bukannya 'ditindih'..
- alatan yang ditinggalkan, contohnya bendera Amerika dan 'kereta bulan', tidak ditemui di tempat Apollo 11 mendarat oleh teleskop jepun yang mengelilingi bulan baru2 ini..
EPF dan SOCSO info penting
1. Penamaan EPF
Sesiapa yang masih belum membuat penamaan EPF, sila
berbuat demikian dengan segera. Ini adalah kerana
sekiranya tiada penamaan, proses menuntut wang EPF
oleh pewaris adalah amat sukar dan lambat. Dan
sekiranya nama di dalam borang penamaan adalah nama
orang lain selain dari pewaris anda, EPF tetap
memberikan wang kepada orang yang dinamakan tersebut.
Satu kes benar sebagaimana yangdiceritakan oleh
pegawai EPF
Taiping, 1986, seorang balu kematian suami bersama 4
anak datang menuntut wang EPF suaminya. Simpanan
suaminya ada RM 46,000.00(satu jumlah yang cukup besar
pada masa itu ). Gagal mendapatkan wang tersebut
kerana di borang penamaan suaminya menulis nama
ex-girlfriend sebagai penerima. Selepas 2 minggu,
ex-girlfriend suaminya menuntut dan berjaya
mengeluarkan kesemua wang EPF lelaki tersebut.
Walaupun diberitahu oleh pegawai EPF yang lelaki
tersebut meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak,
si ex-gir lfriend tadi tidak mahu menyerahkan walau
satu sen pun.
Jadi, pegawai EPF pun tidak boleh buat apa-apa untuk
membantu balu tersebut.
Moral of the story : Pls namakan orang yang betul !!
2. SOCSO Claim
Saya juga baru mengetahui mengenai perkara ini. Orang
yang meninggal dunia secara mengejut di dalam tidur,
pewaris boleh claim SOCSO up to 65% dari gaji terakhir
si mati. Jadi, SOCSO bukan hanya cover untuk accident
di tempat kerja atau dalam perjalanan kerja sahaja.
Semoga bermenfaat!
PS: Info dari kawan, saya hanya menyampaikan sahaja,
sila rujuk EPF & Socso untuk kepastian jika ragu.
Siapa ludah?
Ada seorang makcik ni berumur 40++. Dia naik bas ekspres dari KL ke Perlis. Tengah perjalanan dia nak berhajat kecil. 'Alamak! leceh betullah. Tadi masa berhenti tadi tak nak kencing. Adoii... malu pulak lah nak suruh drebar tu berenti' kata mak cik ni dalam hatinya.
Makcik ni duduk belakang sekali. Lepas tu pulak org tak ramai. Maklumlah... hari isnin, orang kerja. Makcik ni pun balik sebab emergency. 'macam mana nak buat ni' Mak cik ni ada idea. Dekat tingkap bas kan ada tingkap kecik. Lepas tu bas tu berlangsir. 'alahh kencing je lah ikut tingkap ni'. Hajatnya lepas dengan jayanya...
Lepas tu air tu terpercik sikit2 kat seorang Mat Motor. Mamat ni pun angin lah. 'kurang hajar!!!'
Mamat ni pun beri arahan berhenti kat drebar bas. Then Mamat ni pun naik dalam bas dan menjerit. 'sapa yg #@#@##@% ludah kat luar tadi hahhh !!!! `Baik korang mengaku!!!'
Makcik ni rasa bersalah dan nak minta maaf. Dia pun berdiri. 'makcik ni apahal bangun!! duduk!!!'' jerit Mamat ni.
'cepat!! ngakulah!!!' kata Mamat ni.
Makcik ni bangun lagi. Dia kata 'sebenarnya nak...' Lepas tu terus dipotong percakapan makcik tu. 'Makcik diam!', kata Mamat tu. 'Saya tau orang yang ludah tu lelaki sebab saya nampak mulut dan misai dia' jerit Mamat ni.
Then takde seorang pun ngaku. Mamat ni check tiap lelaki kat dalam bas tu. 'pelik!?!? tak de yang bermisai.
Dia pun turun dari bas dengan perasaan hairan+marah dan terus blah.
keputusan penuh pemenang Anugerah Skrin 2007
15.12.2007-Bagi mereka yang terlepas menyaksikan Anugerah Skrin 2007 yang baru disiarkan secara langsung kelmarin
pasti anda tertanya-tanya siapa yang telah berjaya membawa pulang anugerah-anugerah yang dipertandingkan.
disenaraikan keputusan penuh pemenang Anugerah Skrin 2007 khas untuk tatapan anda.
Drama
1. Drama Terbaik – Sebuah Ijtihad
2. Pelakon Lelaki Drama Terbaik – Shafie Naswip (Ilham Suci)
3. Pelakon Wanita Drama Terbaik - Sofea Jane (Sebuah Ijtihad)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – M.Rajoli (Tanah Kubur)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Nor Khiriah (Nek Kiah)
6. Pengarah Terbaik Drama - Azman Hj. Yahya (Sebuah Ijtihad)
7. Lakon TV Terbaik – Nazli Jaafar (Sebuah Ijtihat)
8. Drama Rantaian Terbaik – Susuk (TV3)
9. Drama Komedi Terbaik – Bong (TV3)
Filem
1. Filem Terbaik - Cinta
2. Pelakon Lelaki Terbaik- Dato' Rahim Razali (Cinta)
3. Pelakon Wanita Terbaik –Vanida Imran (Red Kebaya)
4. Pengarah Terbaik Filem – Badaruddin Hj. Azmi (Syaitan)
5. Lakon Layar Terbaik Filem – Mira Mustaffa (Cinta)
Penerbitan Dalaman
1. Dokumentari / Majalah Terbaik – Crime Scene (Musim 2)
2. Bual Bicara Terbaik – Macam - Macam Aznil
3. Rancangan Muzik Terbaik – Anugerah Juara Lagu ke 21
4. Rancangan Hiburan Terbaik - Senario
5. Rancangan Realiti Terbaik –What Wowen Want
6. Laporan Khas Terbaik - Buletin Utama (Babi Cemar)
Bertemu Jesus Dalam Hutan
"Suatu hari seorang ayah telah memanggil anaknya yang baru pulang ke kampung
untuk berhari raya. Selama ini sang ayah tidak percaya dengan khabar angin
yang mengatakan anaknya telah murtad dengan memeluk agama Nasrani justeru
setiap kali Hari Raya dia akan pulang ke kampung menyambutnya bersama
keluarga.
Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itru akan menghilangkan
diri yang disangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan
berhampiran.Ketika solat Hari Raya juga begitu. Oleh kerana itu tidak timbul
sebarang rasa syak pada diri si ayah akan perubahan aqidah anaknya itu.
Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnya kisah-kisah orang
Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak oleh khabar-khabar angin
yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerak untuk bertanya
sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakap benar
kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini.
Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di
ruang tamu, si ayah mula membuka tutur bicaranya, " Nak, ayah tahu selama
ini tidak ada ahli keluarga kita yang pernah dilatih untuk berbohong,
bercakap bohong atau tidak jujur sesama kita." Si anak mula gelisah melihat
mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arah matanya yang berselindung
di sebalik lapisan kaca mata.
" Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran.
Tidak ada lain melainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya," sambung si ayah
sambil tangannya pantas memutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin.
Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani
menatang wajah seorang ayah yang sangat difahami akan perangai dan
ketegasannya sejak dari lahir lagi. Benak fikirannya pantas meneka apakah
soalan yang bakal menerjahnya hari itu.
" Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah
meninggalkan agama Islam yang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah
mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran, ayah pun akan turut serta dengan
kebenaran itu...."
Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba
salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak pernah diajar berbohong.
Lagipun kata-kata ayahnya mahukan " kebenaran" mengundang seribu makna yang
tidak dapat ditafsirkan. Mungkin ini saatnya untuk dia menyerlahkan
kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentang anutannya. Dengan suara
perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab." Ya Ayah. Saya minta maaf.
Tetapi saya telah menemui kebenaran...."
Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi
perlahan. Sang pemuda semakin bingung. Masakan seorang ayah yang sangat kuat
pegangan agamanya tidak menjadi marah setelah mengetahui kebenaran ? Sambil
tersenyum si ayah bertanya lagi," Nak. Ceritakan kenapa engkau jadi begini ?
"
Dengan suara yang kembali normal, si anak bercerita tentang
pengalamannya semasa berkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia
telah tersesat selama hampir satu minggu. Semasa tersesat, setiap kali
selepas solat, dia telah berdoa agar ditunjukkan jalan keluar. Sehinggalah
pada hari keenam dia hampir berasa putus asa.Tiba-tiba muncul satu cahaya
dari langit, dan seorang lelaki berdiri di hadapannya. Sambil tangan
kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemuda tersebut menuju
jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap.
" Ayah tahu siapa lelaki itu ? " tanya pemuda itu kepada
ayahnya. Sang ayah menggelengkan kepala, perlahan.
" Dia Jesus Christ, ayah. "
Suasana hening seketika.
" Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanya
kepadanya ?" Si ayah memecah suasana.
" Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Saya tahu dia itu
Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christ yang
pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah."
Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru. Mungkin
ayahnya telah menemui " kebenaran ".Inilah peluang dakwah untuk ayah,
kemudian ahli keluarga yang lain.
" Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi
Nasrani ? " Tanya si ayah dengan senyuman yang tidak pernah lekang.
" Ya, saya yakin akan kebenaran Jesus Christ...., juru
selamat manusia akhir zaman ...."
" Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat...."
Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa
ayahnya tidak melenting seperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah
tiga dahulu. Habis balar-balar badannya disebat kerana dia tidak sembahyang.
Tapi, kini.....
" Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh Jesus
Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu.." sambung si
ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela nafasnya
panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar.
" Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak
putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus
asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan
ayah......"
Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu
mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, " Tiba-tiba datang
satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu
ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada
betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan
lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung
kita."
Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi,
*" Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan
salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya,
siapakah gerangan dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil
mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang
pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."*
" Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita
Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah
bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu
dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah
menemui kebenaran..."
Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, " kalau
begitu kenapa ayah masih Islam ? " Si ayah tidak terus menjawab, sebaliknya
ketawa kacil yang panjang.
" Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu
masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu
Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah banyak
Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam
justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam."
Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah
tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, " Engkau silap kerana tidak
bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan
peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat
andaian sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak !
Jesus Christ aadalah kebenaran tentang Islam....." sambil si ayah
meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................"
Kenalan chat sukar dipercayai
# Rahsiakan semua maklumat peribadi.
# Jangan dedahkan nama sebenar, alamat, nombor telefon, nama
sekolah atau memberi gambar kepada kenalan di Internet.
# Jauhkan diri daripada individu tidak dikenali, tidak kira apa yang
mereka kata mengenai anda. Usah cepat termakan pujian atau janji
kenalan dalam Internet kerana tiada cara untuk tahu siapa mereka
sebenarnya.
# Jangan bercakap dengan orang tidak dikenali di Internet.
# Jangan sekali-kali berjumpa kenalan dari Internet. Jika terpaksa, ajak
ibu, bapa atau saudara mara lebih tua menemani anda. Biar orang kata
anda kolot kerana ia lebih baik daripada menempah bahaya. Jangan
sekali-kali pergi sendirian.
# Beritahu ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai apa yang anda
lihat di Internet, terutama jika perkara berkenaan membuatkan anda
rasa kurang selesa.
Ingat:
# Apa yang anda masukkan dalam Internet bersifat kekal. Apa yang
dilakukan akan dikesan, dipantau dan disimpan.
# Kerahsiaan nama anda adalah karut. Pengendali perkhidmatan
Internet, mana-mana kerajaan, jurujual yang mahu menjual barang
tidak berguna atau penjenayah Internet boleh menduga minat anda,
mengikut jejak digital dan tahu siapa anda.
# Etika siber perlu diamalkan semua orang. Gangguan siber boleh
membawa kepada penguatkuasaan undang-undang. Jadilah diri anda
sendiri dan kekalkan sifat baik sepanjang masa.
# Pertandingan permainan Internet. Tetapkan had supaya anda tidak
terlalu asyik sehingga boleh menjejaskan aktiviti harian lain, terutama
tumpuan di sekolah.
# Membeli barang di Internet. Jangan sekali-kali beri kata laluan anda
kepada sesiapa pun di Internet.
# Bersosial hanya secara on-line. Jangan jumpa rakan baru dikenali
melalui Internet. Tindakan ini sangat berbahaya.
Panduan untuk ibu bapa:
# Sentiasa ingatkan anak untuk melindungi dan merahsiakan maklumat
peribadi.
# Letak komputer di tempat terbuka supaya anda boleh pantau kegiatan
Internet anak.
# Elak menggunakan kamera web.
# Pantau aktiviti Internet anak.
# Lindungi data anda.
# Ingatkan anak mengenai masa depan supaya mereka tidak melakukan
sesuatu yang akan dikesali kelak.
# Beri panduan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di Internet.
Sentiasa ingatkan anak supaya menjaga adab sopan dan berhati-hati
ketika berinteraksi dengan orang lain di Internet.
# Jangan pos gambar yang boleh menjadi ancaman kepada diri sendiri.
Ancaman on-line ramaja
> 71 peratus menerima pesanan daripada individu tidak dikenali.
> 45 peratus ditanya mengenai maklumat diri oleh orang tidak dikenali.
> 61 peratus pernah menghantar maklumat diri dalam laman web
rangkaian sosial seperti MySpace, Friendster, Xanga atau Facebook.
> 34 peratus melihat bahan seks yang tidak ingin dilihat secara online.
> 13 peratus pernah menerima mesej berunsur seks.
> 9 peratus diganggu dalam pelbagai cara
16 December, 2007
*8 TABIAT dan OBJEKTIF KITA UNTUK TERUS BERDAYA MAJU.*
. Contohnya
1. Pembangunan Diri:.Tabiat 1, 2, 3 dan 8
2. Peningkatan kualiti:- Tabiat 1, 2,3,5,6,7
3. Peningkatan dalam Perhubungan dan Sikap:- Tabiat 1, 4,5,6
4. Pengurusan pembaziran:- Tabiat 3, 4, 5,6
5. Kepuasan bekerja:- Tabiat, 1, 2, 3,6
6. Pengurangan Kos:- Tabiat 1,3, 4, 6
7. Peningkatan Produktiviti:- Tabiat 1, 2,3,5,6
8. Kesempatan Untuk Menyelesaikan Masalah:- Tabiat 1, 2,5,6
9. Pembinaan Pasukan:- Tabiat 1, 2, 3, 4,5,6
10. Hubungan pegawai dan pekerja lebih rapat:- Tabiat 1, 2, 4,5,6
11. Menarik minat lebih ramai lagi dalam melaksanakan kerja:- Tabiat 1,2,4,
5, 6
12. Meningkatkan penyertaan pekerja:- Tabiat 1, 2, 3. 4,5,6,7
13. Mengurangkan ketidakpuasan hati:- Tabiat 1, 4,5,6 dan 8
* 8 TABIAT*
1) *Jadi Proaktif*
Focus kepada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma
2) *Mula dengan Mengingati Matlamat*
Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi
3) *Utamakan Perkara Penting Dahulu*
Mengutamakan perkara penting dahulu
4) *Fikirkan Menang-Menang*
Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran
"Abundance Mentality"
5) *Usaha Memahami Dahulu kemudian untuk Difahami*
Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah
penyelesaian masalah
6) *Bersinergi*
Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan
7) *Menajamkan Gergaji (fikiran)*
Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan
8) *Mengeji Perbuatan Maksiat*
Sentiasa bebaskan diri dari maksiat
