adsense

18 December, 2007

Kenalan chat sukar dipercayai



# Rahsiakan semua maklumat peribadi.

# Jangan dedahkan nama sebenar, alamat, nombor telefon, nama
sekolah atau memberi gambar kepada kenalan di Internet.

# Jauhkan diri daripada individu tidak dikenali, tidak kira apa yang
mereka kata mengenai anda. Usah cepat termakan pujian atau janji
kenalan dalam Internet kerana tiada cara untuk tahu siapa mereka
sebenarnya.

# Jangan bercakap dengan orang tidak dikenali di Internet.

# Jangan sekali-kali berjumpa kenalan dari Internet. Jika terpaksa, ajak
ibu, bapa atau saudara mara lebih tua menemani anda. Biar orang kata
anda kolot kerana ia lebih baik daripada menempah bahaya. Jangan
sekali-kali pergi sendirian.

# Beritahu ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai apa yang anda
lihat di Internet, terutama jika perkara berkenaan membuatkan anda
rasa kurang selesa.

Ingat:

# Apa yang anda masukkan dalam Internet bersifat kekal. Apa yang
dilakukan akan dikesan, dipantau dan disimpan.

# Kerahsiaan nama anda adalah karut. Pengendali perkhidmatan
Internet, mana-mana kerajaan, jurujual yang mahu menjual barang
tidak berguna atau penjenayah Internet boleh menduga minat anda,
mengikut jejak digital dan tahu siapa anda.

# Etika siber perlu diamalkan semua orang. Gangguan siber boleh
membawa kepada penguatkuasaan undang-undang. Jadilah diri anda
sendiri dan kekalkan sifat baik sepanjang masa.

# Pertandingan permainan Internet. Tetapkan had supaya anda tidak
terlalu asyik sehingga boleh menjejaskan aktiviti harian lain, terutama
tumpuan di sekolah.

# Membeli barang di Internet. Jangan sekali-kali beri kata laluan anda
kepada sesiapa pun di Internet.

# Bersosial hanya secara on-line. Jangan jumpa rakan baru dikenali
melalui Internet. Tindakan ini sangat berbahaya.

Panduan untuk ibu bapa:

# Sentiasa ingatkan anak untuk melindungi dan merahsiakan maklumat
peribadi.

# Letak komputer di tempat terbuka supaya anda boleh pantau kegiatan
Internet anak.

# Elak menggunakan kamera web.

# Pantau aktiviti Internet anak.

# Lindungi data anda.

# Ingatkan anak mengenai masa depan supaya mereka tidak melakukan
sesuatu yang akan dikesali kelak.

# Beri panduan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di Internet.
Sentiasa ingatkan anak supaya menjaga adab sopan dan berhati-hati
ketika berinteraksi dengan orang lain di Internet.

# Jangan pos gambar yang boleh menjadi ancaman kepada diri sendiri.

Ancaman on-line ramaja

> 71 peratus menerima pesanan daripada individu tidak dikenali.
> 45 peratus ditanya mengenai maklumat diri oleh orang tidak dikenali.
> 61 peratus pernah menghantar maklumat diri dalam laman web
rangkaian sosial seperti MySpace, Friendster, Xanga atau Facebook.
> 34 peratus melihat bahan seks yang tidak ingin dilihat secara online.
> 13 peratus pernah menerima mesej berunsur seks.
> 9 peratus diganggu dalam pelbagai cara

No comments:

Blog Widget by LinkWithin