ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
08 January, 2008
Weird Memory Sticks
Phillips Electronics in collaboration with Swarovski made the 'Active Crystal' collection of USB memory. These are really fancy.
Surah
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air
dan spray keliling rumah
1 minit untuk mengingat Allah
Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH * ALLAHUMMA SALLI WA
SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI* WA SAHBIHI AJMA'EEN
Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi
perkataan
Wallahulam.
Salam Maal Hijrah 1429H
Selamat Maal Hijrah 1429H!
Jgn lupa baca Doa akhir tahun lepas Asar, Doa awal tahun lepas Maghrib!
Insya Allah! Semoga diteguhkan iman, dipanjangkan usia dan dirahmati
sepanjang masa.AMIN.
demi masa
DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini,
Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Doa akhir tahun boleh dapat di post:
http://isuhangat.blogspot.com/2007/12/doa-akhir-dan-awal-tahun.html
07 January, 2008
Kentut Jokes
Carta dosa
Mengingati diriku yang selalu terlupa...
CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT
1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu
2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga
3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar
4. Mengumpat peribadi orang - gunting neraka sedang diasah
5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri-duri menanti anda di taman neraka
6. Tidak menjaga pergaulan -Libasan api neraka dijanjikan
7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu..
8. Menyakiti hati orang dengan lisan- Masuklah mana-mana pintu neraka
9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka
10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang
Cerita Lawak : Seks Dalam Tandas!
Koleksi Bahan Video/Cerita/
Dongeng, Gelihati, Kelakar dan sewaktu dengannya. Biar ketawa di mulut,
jangan gelak di perut!!!!!!!
Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar
menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk
"Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"
Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang
sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka
yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.
Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada
diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih
melakukan perkara sedemikian.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut
berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab
utama yang lain, mereka buta tentang agama.
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar
tersebut buta tentang agama.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang
melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati
pendidikan agama?
Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa
kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan
agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh
itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat
menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
Cikgu Sahab : ?!!
DOSA MENGUMPAT TIADA AMPUN....
Mengumpat bermaksud mencela, atau memburuk-burukkan orang lain ataupun menyiarkan kesalahan dan aib orang lain di belakangnya. Selalunya perkara ini dihubungkaitkan dengan kaum wanita, yang mana mungkin disebabkan perangai kaum wanita yang gemar atau suka bercakap atau berbual-bual. Walaupun begitu kaum lelaki juga sering terlibat dalam perkara ini. Ada sesetengah orang beranggapan bahawa tidak dikatakan mengumpat, sekiranya apa yang dikatakan itu memang benar. Hal ini sebenarnya tidak tepat sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bermaksud: Daripada Abu Hurairah berkata: "Katakan wahai Rasulullah apakah mengumpat itu?" Baginda bersabda: "(Mengumpat) adalah kamu menyebutkan tentang saudaramu sesuatu yang dibenci". Dia bertanya: "Beritahukanlah kalau pada dirinya terdapat apa yang aku katakan, maka kamu telah mengumpatnya dan kalau pada dirinya tidak terdapat apa yang kamu katakan, maka kamu telah membohonginya dengan dusta yang besar."
Sementara balasan atau akibat daripada perbuatan mengumpat ini amat jelas sebagaimana hadis riwayat Abu Daud yang kira-kira bermaksud: Pada malam aku di Isra'kan, aku melalui suatu kaum yang mencakar-cakar muka dengan kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: "Hai Jibril, siapa mereka ini?" Jawab Jibril: "Mereka ini adalah orang-orang yang suka mengumpat orang banyak dan mereka yang suka menjaga tepi kain orang." Menurut riwayat yang lain bahawa mengumpat itu lebih dahsyat daripada melakukan zina, kerana orang yang berzina itu boleh bertaubat, sedangkan orang yang mengumpat, tidak akan diampunkan selama mana dia tidak diampunkan oleh orang yang telah diumpatnya tadi. Tafsirnya: "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang." Kita sepatutnya menutup aib sesama Muslim dan berhenti daripada menyebut-nyebut serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah: Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat." "Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat. Tidaklah seseorang itu banyak bercakap akan aib orang lain, menyebutkan kesalahan dan mendedahkan aib mereka melainkan orang itu orang munafiq yang terhina. |
Bahasa Kasar Yang Lembutkan
Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka kita.Perkataan-perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang tak berapa nak remaja.
SIOT:
Siot adalah dari perkataan sial ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang sial! Janji pukul 2 datang pukul 5".
KELEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: "Kau kelepet artikel kat blog isuhangat?" berbanding "Kau curi artikel kat blog isuhangat?"
SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap. Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".
HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " berbanding "Kau ni memang tak berguna!"
KELENTONG
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah kau ni memang penipu"
WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena penerajang kalau berkata "Bapak Kau!" berbanding perkataan "Wak lu!"
Sebenarnya banyak lagi malas nak elobrate...Oleh itu gunakanlah bahasa Melayu dengan betul.
Cerita kelakar Kantoi Dengan Polis Trafik
Cerita kelakar 1
Sebuah kereta melanggar lampu merah,
Polis: Kenapa awak langgar lampu merah?
Pemandu : (Cari alasan) Sori Encik, anak saya tak tahan nak berak, saya nak pergi tandas stesyen minyak depan tu ha..
Polis: Oh ye ke? Awak tau tak kalau awak kena langgar dengan kenderaan lain, dengan awak,bini awak sekali terberak dalam kereta tu..
Moral: Alasan ni dah basi la oii
Cerita Kelakar 2
Sebuah kereta memecut dengan laju kerana pemandu lewat ke tempat keje.Kebetulan sebuah ambulan berade dalam kecemasan, semua kenderaan memberi laluan dan pemandu kereta tersebut mengambil kesempatan mengekori ambulan tu. Tiba-tiba datang kereta peronda polis dan mengarahkan pemandu tadi berhenti.
polis :Kenape awak memandu dalam kelajuan yang melebihi had
pemandu:Tolong lah encik ,saudara saye berade dalam ambulan tu, tu yang saye ikut dengan laju.
polis :Awak nak kelentong pun agak-agak le sikit.Saye pun tengah ikut ambulan tu, sebab kat depan sane ade kemalangan.
Moral: Jangan suke bangun lambat nak gi keje.