Koleksi Bahan Video/Cerita/
Dongeng, Gelihati, Kelakar dan sewaktu dengannya. Biar ketawa di mulut,
jangan gelak di perut!!!!!!!
Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar
menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk
"Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"
Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang
sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka
yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.
Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada
diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih
melakukan perkara sedemikian.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut
berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab
utama yang lain, mereka buta tentang agama.
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar
tersebut buta tentang agama.
Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang
melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati
pendidikan agama?
Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa
kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?
Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan
agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh
itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat
menulis amalan buruk yang mereka lakukan.
Cikgu Sahab : ?!!
No comments:
Post a Comment