ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
31 January, 2008
wanglebih.com SCAM!!!
Hari ni,pagi-pagi buka email dah ada spammer yang dok promote wanglebih.com. Saya yang tak pernah dengar pun program ni pergi sekodeng website diaorang ..peh ayat nampak macam power. Yang dah join pun ramai .
Tapi apabila saya masuk forum WC ada pula thread terbaru mengatakan wanglebih.com adalah SCAM(Penipu)
Yang pertama pasal keahliannya :
...
Sengaja ditambah dengan huruf 5 dibelakang.
Dan yang kedua ,pengakuan rasmi dari mangsa penipuan Wanglebih.com dari forum WC:
saya adalah seorang ahli wanglebih dot com yg kenal tipu..memang wang lebih dot com adalah satu web site yg menipu orang...
setelah saya join program wang lebih dot com...kenal bayar rm100...lepas itu..mereka hanya berikan dua program iaiyu advance mass sender dan super email sipder untuk disuruh mempromosikan lamn web mereka...panduan ebook juga diberi...itu sahaja kos dia RM100....
mereka menjanjikan akan memberi komisen RM10 setiap ahli yg menyertai program wang lebih dot com.
selepas saya melakukan segala-galanya untuk mendapat balik modal RM100...mereka langsung tak ada buat pembayaran ke atas komisen saya yg kini mencecah RM430
bila hantar email...tak balas-balas....bila online jumpa...mereka mengatakan akan masukan secepat mungkin...tunggu sampai hari ini pun belum lagi masuk...memang ini kerja menipu la tu....diharap ahli wang cyber ini kalau jumpa lagi iklan wanglebih dot com...disuruhkan mereka hentikan kerja menipu ini...
semoga tuhan yang tahu perbuatan mereka dan memberi balasan kepada mereka...
KALAU BOLEH TOLONG EMAIL DAN PASS KAN INFORMATION INI KEPADA SEMUA AHLI DAN KAWAN-KAWAN YG DISAYANGI...SUPAYA TIDAK KENAL TIPU DGN PROGRAM INI
lihat la bukti komisen saya....
Elok kalau sampai-sampaikan kepada teman yang lain sebelum terjebak dengan jibraun ni. RM100 banyak tu...Pendedahan ini dibuat sebagai balasan kepada spammer yang sibuk spam inbox saya dan kepada tuan punya program ni harap-harap dapat bertaubat, jangan menjadikan kepandaian IT menghumban kita ke neraka! Sendrik mau ingat beb!
Lawak terpendek..kisah cacing
Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil tanya kepada ibunya.
"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya
"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.
Tip untuk cemerlang dalam persahabatan
Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Seterusnya..
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?
Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."
Kuda Raja
Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.
"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"
Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu.
"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
"Cubalah kalau boleh".
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!
"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,
:
:
:
:
:
:
Majalah Ujang
Abu nih org Trengganu, manakala Amer ni org Kedah. Tinggal satu bilik..katil double decker.. Amer kat atas.. Abu kat bawah. Amer ni suker baca majalah dan komik.. si Abu lak suka pinjam.. belinya tidak. So, Amer ader sedikit bengang ler kat Abu ni. Kekadang.. majalah yg baru beli dan tak sempat nak baca lagi pun Abu dah kebas baca dulu.. bila kasi balik dah lasam dah.. tension Amer.
One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..
" Amer.. nok ujang.."
"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer.
"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.
" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer.
"Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.
"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"
Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.
"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab..
Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.
Moral: Fahami loghat roomate anda huhuhu
Tags: cerita kelakar, cerita lawak, koleksi lawak, lawak sensasi
Malas ke sekolah
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: "Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat."
Salim: "Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!"
Ibu: "Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah."
Salim: "Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!"
Ibu: "Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!"
Salim: "Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah."
Ibu: "Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik.... Pertama: Salim sudah berusia
lima puluh tahun..... Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH....!!!"
30 January, 2008
Loloq meninggal dunia
30 Jan, Lagi satu berita menyedihkan. Penulis lirik yang sangat berbakat dan diakui oleh M.Nasir dengan liriknya yang puitis,Rosli Khamis (50 tahun) atau lebih dikenali dengan Loloq, juga telah meninggalkan dunia di Hospital Pakar Damansara, hari ini.
Loloq, penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak. Kita kehilangan penulis lirik yang matang dan tidak terlalu jiwang-jiwang tetapi dengan liriknya yang mempunyai maksud tersendiri dan mendalam.
Al-fatihah buat Allahyarham Rosli Khamis atau pun Loloq
Dato' Ishak Baharom meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.
Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.
Sebelum ini laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Dato' Ishak Baharom telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.
Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh
Sumber: Harakahdaily
Gambar Sharlinie selain lentuk kepala
Seorang blogger ,Wahdi, telah mengubah sedikit gambar Sharline yang gambar asalnya terlentuk kepala ke gambaran yang lain untuk memudahkan kita mengecamnya:
Kepala tegak;
Berambut panjang;
Dibotakkan;
Dipakaikan tudung;
(Spt biasa klik gambar untuk perbesarkan)
Credit
Bebola ikan perut babi
Sokong sangat cadangan pemasangan CCTV di setiap premis kilang memproses makanan di Malaysia ni yang di pantau oleh pihak yang berkenaan yang mesti ditanggung "halal" juga. Di rancangan 360 TV3 tahun lepas ada menayangkan bagaimana sebuah kilang proses Tahu yang memualkan, ini ditambah dengan kes yang baru bebola ikan. Kita tak beli di pasar atau pasaraya makanan yang meragukan bagaimana dengan makanan yang kita beli di restoran,pasar malam dan sebagainya. Perencah mee goreng mamak, beli fish ball/tauhu kat mana? Begitu juga anak-anak kita beli makanan di kantin.
Iskk susahnya nak cari makanan yang betul-betul halal di Malaysia ni ya.
Bebola ikan perut babi
Oleh Ahmad Saufi Mansor
opie@hmetro.com.my
KEPALA BATAS: Meloyakan. Begitulah gambaran keadaan sebuah kilang produk berasas makanan laut, bebola ikan di pekan ini apabila dikesan gagal mematuhi peraturan kebersihan ketika beroperasi.
Lebih mengejutkan, bahan mentah termasuk ikan yang sudah diproses juga ditemui bercampur-aduk dengan bungkusan daging dan perut babi di dalam sebuah bilik sejuk beku di kilang berkenaan.
Walaupun tidak memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), namun produk itu dipercayai dibeli pengguna Islam berikutan mendapat pasaran meluas di pasar malam di negeri ini.
Tindakan biadab itu terbongkar apabila sepasukan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan, Ideris Mohamed menyerbu kilang terbabit, kira-kira 10 pagi semalam.
Dalam serbuan itu, pengusaha terbabit sempat memaklumkan bungkusan daging dan perut babi berkenaan untuk kegunaan pekerja tetapi alasan diberi menimbulkan kecurigaan berikutan jumlahnya banyak.
Hasil pemeriksaan, Jabatan Kesihatan Negeri merampas sejumlah produk berasaskan makanan laut, bahan mentah bersama 33 tong minyak masak dipercayai dikitar semula dianggarkan bernilai RM300,000.
Sumber berkata, serbuan berkenaan dilakukan buat kali kedua dalam tempoh setahun apabila kilang terbabit didapati masih gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan hingga diarah menutup operasi.
Menurutnya, kilang terbabit juga didapati mengulangi kesalahan sama apabila gagal mengasingkan simpanan barangan di dalam bilik sejuk beku selain cara penyediaan tidak mematuhi peraturan.
"Barangan terutama bahan mentah yang diletakkan di dalam bilik sejuk beku didapati bercampur-aduk dengan daging serta perut babi, dan keadaan ini sudah pasti menimbulkan keraguan.
"Mereka sepatutnya sensitif kerana kemungkinan produk keluaran kilang berkenaan turut digunakan pengguna Islam disebabkan ia juga dipercayai dijual di pasar malam," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati cara penyediaan bebola ikan terbabit gagal mematuhi aspek kebersihan selain menggunakan minyak masak yang digunakan berulang kali.
Menurutnya, pihaknya juga percaya produk makanan terbabit turut menggunakan asid benzoik yang diharamkan, namun pada masa ini siasatan masih dijalankan untuk mendapatkan pengesahan.
"Kita turut mengambil beberapa sampel produk makanan berkenaan untuk dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di Butterworth untuk membuat ujian analisis," katanya.
Sumber: Mymetro
Makna politik bagi seorang kanak-kanak
Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu. Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami". Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti "politik". Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : "Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan".
29 January, 2008
Suami Mithali
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan sepert berikut...
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ye?"
"Iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru... cantik bang, boleh ke sayang beli?"
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price... lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu.."
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000... "
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi... "
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan... pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang."
"Berapa harga yang mereka minta?"
"Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too... "
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone... .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"
Lawak Takde Moral
Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.
"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.
"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,
"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul... "
"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini
Sambil berbisik... ayahnya memberitahu...
"Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."
Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.
"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya.
"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul... " emaknya menjelaskan.
Zuraini hairan bercampur gembira..
"Kata ayah Shahrul itu abang saya... ?"
"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."