Sokong sangat cadangan pemasangan CCTV di setiap premis kilang memproses makanan di Malaysia ni yang di pantau oleh pihak yang berkenaan yang mesti ditanggung "halal" juga. Di rancangan 360 TV3 tahun lepas ada menayangkan bagaimana sebuah kilang proses Tahu yang memualkan, ini ditambah dengan kes yang baru bebola ikan. Kita tak beli di pasar atau pasaraya makanan yang meragukan bagaimana dengan makanan yang kita beli di restoran,pasar malam dan sebagainya. Perencah mee goreng mamak, beli fish ball/tauhu kat mana? Begitu juga anak-anak kita beli makanan di kantin.
Iskk susahnya nak cari makanan yang betul-betul halal di Malaysia ni ya.
Bebola ikan perut babi
Oleh Ahmad Saufi Mansor
opie@hmetro.com.my
KEPALA BATAS: Meloyakan. Begitulah gambaran keadaan sebuah kilang produk berasas makanan laut, bebola ikan di pekan ini apabila dikesan gagal mematuhi peraturan kebersihan ketika beroperasi.
Lebih mengejutkan, bahan mentah termasuk ikan yang sudah diproses juga ditemui bercampur-aduk dengan bungkusan daging dan perut babi di dalam sebuah bilik sejuk beku di kilang berkenaan.
Walaupun tidak memohon sijil halal dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), namun produk itu dipercayai dibeli pengguna Islam berikutan mendapat pasaran meluas di pasar malam di negeri ini.
Tindakan biadab itu terbongkar apabila sepasukan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri diketuai Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan, Ideris Mohamed menyerbu kilang terbabit, kira-kira 10 pagi semalam.
Dalam serbuan itu, pengusaha terbabit sempat memaklumkan bungkusan daging dan perut babi berkenaan untuk kegunaan pekerja tetapi alasan diberi menimbulkan kecurigaan berikutan jumlahnya banyak.
Hasil pemeriksaan, Jabatan Kesihatan Negeri merampas sejumlah produk berasaskan makanan laut, bahan mentah bersama 33 tong minyak masak dipercayai dikitar semula dianggarkan bernilai RM300,000.
Sumber berkata, serbuan berkenaan dilakukan buat kali kedua dalam tempoh setahun apabila kilang terbabit didapati masih gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan hingga diarah menutup operasi.
Menurutnya, kilang terbabit juga didapati mengulangi kesalahan sama apabila gagal mengasingkan simpanan barangan di dalam bilik sejuk beku selain cara penyediaan tidak mematuhi peraturan.
"Barangan terutama bahan mentah yang diletakkan di dalam bilik sejuk beku didapati bercampur-aduk dengan daging serta perut babi, dan keadaan ini sudah pasti menimbulkan keraguan.
"Mereka sepatutnya sensitif kerana kemungkinan produk keluaran kilang berkenaan turut digunakan pengguna Islam disebabkan ia juga dipercayai dijual di pasar malam," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati cara penyediaan bebola ikan terbabit gagal mematuhi aspek kebersihan selain menggunakan minyak masak yang digunakan berulang kali.
Menurutnya, pihaknya juga percaya produk makanan terbabit turut menggunakan asid benzoik yang diharamkan, namun pada masa ini siasatan masih dijalankan untuk mendapatkan pengesahan.
"Kita turut mengambil beberapa sampel produk makanan berkenaan untuk dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di Butterworth untuk membuat ujian analisis," katanya.
Sumber: Mymetro
Tags:
1 comment:
isk xkan la smpi susah bebenor nk cari makanan halal kat malaysia ni, kalo kat malysia pon shh nk cari, kat oversea tu lagi la ye..mlaysia ni bukan negara islam ke.. tu la babi yg ternak kat melaka yg soh hapus sbb melebihi kuota tu xtembak. org islam yg perjuangkan hak yg kene tembak. ini lah malaysia..
Post a Comment