Kenapa gadis ini jadi idaman? klik utk besarkan gambar
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
05 March, 2008
Kena block youtube?
Dari 2 kacamata: SPR batal tanda dakwat
Berita Harian:
Oleh Shamshul Azree Samshir
KATA SEPAKAT: Abdul Rashid (tengah), Musa dan Abdul Gani (kanan) berbincang selepas sidang media di Pusat Media SPR, semalam. |
Polis kesan cubaan tipu babitkan empat individu di tiga negeri
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat khas bagi menanda kuku atau jari pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu ini atas faktor perundangan, ketenteraman dan keselamatan awam.
Keputusan itu dibuat selepas SPR menerima laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung empat individu yang dikatakan sudah membeli dakwat khas dari luar negara untuk dicalit pada kuku pengundi sebelum hari pengundian.
Empat kes berasingan itu dilaporkan antara 16 hingga 21 Februari lalu, iaitu dua kes di Perlis serta masing-masing satu kes di Kedah dan Kelantan. Kes yang diklasifikasikan sebagai cubaan menipu oleh empat lelaki berusia antara 33 tahun hingga 40-an itu sedang disiasat polis.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, berkata SPR memandang serius beberapa masalah undang-undang, ketenteraman dan keselamatan awam yang dikenal pasti boleh berlaku jika cadangan menggunakan dakwat khas dilaksanakan.
"Proses pengundian serta ketenteraman dan keselamatan awam tidak boleh sekali-kali dikompromi. SPR amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini.
"Namun begitu, demi menunaikan kewajipan dan tanggungjawabnya dalam menjamin kelancaran proses pengundian, dan demi ketenteraman dan keselamatan awam, SPR perlu mengambil keputusan tegas dan muktamad ini," katanya pada sidang media di Pusat Media SPR di sini, semalam.
Turut hadir, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Musa berkata, siasatan awal polis mendapati pihak yang terbabit cuba menimbulkan kekeliruan ketika pilihan raya ini dan disebabkan itu polis menghantar laporan kepada (SPR) bagi mereka menimbangkan penggunaannya, Sabtu ini.
"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan menipu dan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan sedang menyiasat," katanya.
SPR sebelum ini mengumumkan cadangan menggunakan dakwat khas dari India itu untuk menanda kuku atau jari pengundi bagi mengelak penipuan pada pilihan raya umum. Tanda dakwat itu bagaimanapun tidak terpakai bagi pengundi pos yang perlu membuat pelbagai pengisytiharan bagi menentukan kesahihannya.
Tanda dakwat berwarna hitam yang membabitkan kos kurang RM1 juta itu bertujuan memuaskan hati semua pihak berikutan pelbagai desakan oleh parti politik selepas pilihan raya umum 2004, supaya SPR menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.
Abdul Rashid berkata, kegiatan itu (mengecat kuku) dikesan berlaku terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.
"Mereka ini mungkin dianggap sebagai telah mengundi apabila datang pada hari pengundian. Selain itu, kemungkinan ada pengundi yang terpedaya itu tidak keluar mengundi kerana takut dianggap telah melakukan kesalahan.
"Jika pengundi itu hadir mengundi, sudah tentu akan timbul keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status mereka. Ini boleh menyebabkan tercetusnya kekecohan di tempat mengundi yang mungkin sukar dikawal jika berlaku secara berleluasa," katanya.
Beliau berkata, pembatalan itu juga disebabkan peruntukan undang-undang perlu digubal bagi mengadakan peruntukan yang membenarkan pengundi yang kukunya dicalit dan pengundi yang enggan berbuat demikian, diberikan kertas undi.
Jika tanda dakwat itu hendak diperkenalkan, ia tidak boleh menjejaskan hak pengundi untuk mengundi selaras Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang bermakna hak pemilih berdaftar tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi mengikut undang-undang.
"Peruntukan undang-undang yang perlu digubal didapati tidak akan mencapai maksud asal SPR memperkenalkan penggunaan tanda dakwat itu. Berdasarkan cadangan asalnya, seseorang yang kukunya telah dicalit dengan dakwat tidak boleh diberi kertas undi.
"Dari sudut praktiknya, jika SPR masih perlu memberikan kertas undi kepada pengundi sedemikian, kaedah tersebut tidak akan membawa makna atau memberi kesan positif, malah berpotensi besar menimbulkan perselisihan faham serta pertengkaran dan pergaduhan di tempat mengundi," katanya.
Batal celup dakwat, Rashid perlu letak jawatan !
Wan Nordin Wan Yaacob Wed | Mar 05, 08 | 8:22:48 am MYT | |
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat celup jari semasa hari pembuangan undi 8 Mac ini disifatkan sebagai langkah untuk menyelamatkan Barisan Nasional (BN) semata-mata. Dalam respon awal Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng mendesak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul rahman yang sering dipertikai integritinya meletak jawatan segera berikutan pembatalan itu. Pengerusi SPR, membuat pengumuman tersebut dengan bersama-sama dengan Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan. DAP katanya mengecam keras tindakan itu kerana ia sekali lagi mengkhianati amanah rakyat, kerana SPR sebelum ini menyatakan bahawa badan itu benar-benar telus dan adil dalam mengendalikan proses pilihan raya. Namun segala kenyataan itu sebenarnya satu penipuan, selepas SPR sekali lagi membuat tindakan yang hanya akan memberi faedah besar kepada BN sahaja, kata Lim hari ini. "Pembatalan awal ini membayangkan bahawa SPR sebenarnya tidak ada komitmen untuk menjalankan proses pilihan raya di negara ini secara telus, adil dan wibawa," katanya. Beliau juga mengutuk alasan SPR berhubung pembatalan penggunaan dakwat itu di saat akhir, selain mempersoalkan pembaziran RM2 juta wang rakyat untuk membeli 47000 botol dakwat tersebut. Beliau seterusnya menggesa masyarakat negara ini serta antarabangsa mengutuk dan memprotes tindakan SPR ini yang hanya mengesahkan bahawa badan itu sebenarnya dipergunakan sebagai jentera memenangkan BN. Sementara itu Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) dalam satu kenyataan awal kepada penyokong berkata, berikutan dengan pengumuman SPR untuk membatalkan penggunaan dakwat kuku sebenter tadi, penyokong Bersih diminta bertenang. Tindakan Rashid mengumumkan pembatalan penggunaan dakwat kuku empat hari sebelum hari mengundi dilihat sebagai satu unsur provokasi yang boleh membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong parti pembangkang dan Bersih. Sebelum ini, Bersih mendapat laporan bahawa t-shirt badan itu telah dicetak sebanyak 2000 helai di Klang , Selangor oleh pihak yang disyaki penyokong BN. Baju berkenaan dikatakan akan digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan huru-hara yang boleh merosakkan imej pembangkang. Jesteru itu penyokong-penyokong Bersih diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang tindakan provokasi dan menunggu kenyataan rasmi daripada pimpinan Bersih. Cetak |
Lawak 710
Read before open attachment photo.
Beberapa hari yang lalu, saya sedang menunggu kereta saya untuk disiapkan
di workshop berdekatan, apabila seorang gadis singgah dan bertanyakan
sebuah tujuh-ratus- sepuloh (710). Kami berpandangan sesama sendiri, dan
seorang pelanggan bertanyakan, "Apa benda tujuh-ratus- sepuloh tu?" Gadis
itu mejawab "Awak tahu kan, benda kecil di bahagian tengah injin, saya
telah kehilangannya dan memerlukan yang baru." Gadis itu menambah bahwa dia
tidak berapa tahu benda itu, tapi benda itu ada di situ setiap masa.
Mekanik kami memberikan dia kertas dan pen dan meminta gadis tersebut
melakarkan bagaimana rupa benda itu. Gadis itu melukis satu bulatan dan di
tengahnya bertulis 710. Mekanik kami masih ragu-ragu. Dia kemudiannya
membawa gadis tersebut ke kereta lain yang 'hood'nya memang terbuka keatas,
dan terpampang lah bahagian injin kereta itu yang masih belum siap
diservis. Dia bertanyakan pada gadis itu "adakah benda 710 itu di kereta
ini?". Gadis itu menuding dan berkata,"Sudah tentu lah, itu dia
bendanya.... "
04 March, 2008
Tempayan Yang Retak
Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.
Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapatmembawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja sitempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu
berkata kepada si tukang air,"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"
"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas
kasihannya, ia berkata,
"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan
bunga-bunga indah di sepanjang jalan."
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu,
"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."
Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua
adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan
kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah
kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.
Ternoda
Aku ditempatkan disuatu tempat yg sempit bersama 19 yg lain. Taukey Leong, aku masih ingat nama itu. Dialah yg memiliki kami. Suatu malam datang seorang lelaki bernama Joe. Aku tak pasti apa yg dibincangkan oleh Joe dgn Taukey Leong. Joe menghampiri dan membawa aku pergi.
Joe membawa aku berjalan-jalan menyusuri kaki
Joe menghela nafas panjang.. bibirnya dijauhkan dari tubuh monggelku.. apakah dia sudah sedar akan perbuatannya? Syukurlah jika begitu..masih ada rupanya secebis perasaan simpati dalam hati yg tadinya bagai ditunggang iblis. Suasana sepi seketika.. Joe senyap tanpa sebarang bicara.. entah berapa kali jam ditangan direnunginya..
Sayup2 kedengaran beberapa suara.. seakan menghampiri kami.. Joe kelihatan begitu gembira menyambut kehadiran beberapa orang lelaki itu.. Seorang darinya merenung tajam kearah tubuh bugarku ini..aku resah dengan renungan itu.. renungan yg dipenuhi nafsu serakah.. Joe memperkenalkan aku padanya.. Roy. begitu jugak dengan yg lain2. Jack, Poie dan sigemuk itu.. Agi.
Roy membisikkan sesuatu pada Joe..dah tanpa ku sedar aku kini berada dalam genggaman Roy. Perkara turkutuk tadi dilakukan lagi. dari tangan ke tangan aku berpindah. aku dikucup.diisap, diramas sepuas-puasnya. aduhh!!! aku tak mampu lagi menahannya.. seluruh tubuhku bagaikan hancur menjadi abu.. tubuh ku di kecap mereka sepuas hati..dan akhirnya. setelah mereka puas memperlakukan diriku, aku dihumbankan di tepi longkang. Habis madu sepah dibuang. maruah hidupku hancur..Begitulah kisah ku.. AKU SEPUNTUNG ROKOK
Lawak pendek
Kuruskan Badan
Seorang mamat yang gemuk masuk ke fitness center utk menguruskan badan.. seorg lelaki di kaunter bertanya kepada mamat tadi,"kami menawarkan 2 program disini... RM50 utk versi 'biasa' dan RM100 utk versi 'cepat'."
mamat tu pon berkata, "saya ingat yang biasa lah sbb saya ni baru nak try kuruskan badan."
" ok, encik sila masuk ke bilik no.5 di penjuru bilik sana," jawab penjaga kaunter.
mamat tadi pon masuk la ke bilik itu dan menutupnya. selang 2 minit kemudian, seorang wanita cantik, lawa, body best, mantap masuk ke dalam bilik itu. dia kemudian menanggalkan pakaiannya sehingga menyebabkan mamat tu tak senang duduk,berpeluh.
perempuan tadi berkata, "kalu tuan dapat tangkap saya, tuan boleh buat apa saja dgn saya... hikhikhikk" dan dia terus berlari dalam bilik itu. mamat tadi pun kejar la.. kejar punya kejar samapai 10 minit pon tak dapat lagi. tapi mamat tu kejar lagi sampai terjatuh terjelepok lalu pengsan.
apabila dia sedar, dia bangun dan terus ke penimbang dan mendapati beratnya dah turun 3 kg. " wow.. mmg senang nk turun berat bdn,.. memang berbaloi aku bayar RM50 td" katanya seorang diri.
keesokkan harinya dia datang semula ke tmpt tersebut. dia ditegur oleh pemuda di kaunter. setelah diberi penerangan seperti semalam.. mamat tadi memilih utk mencuba versi 'cepat' pula.
"baiklah, encik masuk bilik no. 6 di situ ya.."kata penjaga kaunter.
setelah beberapa minit didalam bilik itu, datangla seorang body builder yang badannya tough dan terus melondehkan pakainnya. body builder itu berkata "saya akan kejar kamu dalam bilik ini, dan kalu saya dapat ... ... hehhehheee"
03 March, 2008
Najib di Kelantan; dari dua kacamata
BERITA HARIAN
Islam BN bukan sekadar slogan: Najib
Oleh Ismail Mat, Khairul Anuar Abd Samad, Wan Faizal Ismayatim dan Haspaizi Mohd Zain
BACHOK: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangunan Islam yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) mencakupi semua aspek kehidupan umatnya dan bukan sekadar slogan kosong seperti dilaungkan Pas.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun BN dan Pas sama-sama mengamalkan Islam, pendekatan BN lebih realistik serta mampu memajukan ummah sehingga dihormati masyarakat antarabangsa.
"Memang BN dan Pas sama-sama mengamalkan Islam tetapi BN tidak mahu Islam itu semata-mata dilihat dari segi luaran dan akidah saja.
"Puak hijau yang di dalamnya kosong itu pun nak Islam, banyak bunyi Islam, sekadar slogan membangun bersama Islam tetapi segalanya kosong," katanya ketika merasmikan Bangunan Baru Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kawasan Tiga Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.
Najib berkata, Islam bukan hanya membabitkan soal akidah dan akhlak, sebaliknya turut mencakupi perjuangan membina tamadun yang cemerlang dan hebat.
"Itu bezanya antara Umno dan Pas. Kita perjuangkan bukan saja Islam, tetapi martabat dan maruah umat Islam," katanya
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian 2 pula, Najib berkata, Sheikhul Al-Azhar, Dr Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi, memuji Malaysia yang disifatkan sebagai contoh negara Islam terbaik di dunia.
Beliau berkata, Sheikhul Al-Azhar juga mengiktiraf apa yang dilakukan kerajaan selama ini adalah mengikut al-Quran serta sunnah Rasulullah.
"Islam tidak suka umatnya mundur dan menolak kemajuan. Sebarang usaha kebajikan adalah kehendak Islam, menghapuskan kemiskinan juga Islam, malah menyediakan peluang pekerjaan, itu juga Islam. Jangan kita sempit pengertian Islam.
"Kalau Islam agama pembangunan dan kemajuan, tidak suka tengok umatnya mundur, hidup dalam kemiskinan, terhina serta dijajah orang lain, bukankah itu menjadi asas perjuangan Kerajaan BN selama ini," katanya.
"Kenapa kita tidak mahu perubahan, sedangkan Islam adalah agama kemajuan, kejayaan, pembangunan dan kemakmuran dunia serta akhirat. Islam bukan agama yang membawa kemunduran kepada umatnya dan kerosakan kepada bumi ini," katanya.
Timbalan Perdana Menteri percaya selepas 18 tahun di bawah Pas, rakyat Kelantan kini semakin bersedia membuka minda dan menerima penerangan yang diberikan BN mengenai usaha membangunkan negeri ini.
Sambil mengarahkan seluruh jentera BN bekerja habis-habisan, Najib berkata: "Kini adalah masa terbaik untuk BN ambil alih Kelantan. Seluruh jentera BN perlu ketepikan soal remeh temeh. Mereka wajib sokong semua calon yang diputuskan parti."
Pada majlis peletakan batu asas Masjid Kubang Sawa dekat Pengkalan Kubor yang bernilai RM1.4 juta, lewat petang semalam, Najib juga mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak membiarkan Pas terus menyempitkan pengertian dan tafsiran Islam.
Katanya, beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sudah menyatakan komitmen bagi memastikan semua janji dalam manifesto BN Kelantan akan dilaksanakan sebaik diberi mandat kali ini.
Beliau meminta seluruh pengundi Kelantan, termasuk di luar negeri ini, supaya mengundi BN bagi membolehkan perubahan dibuat ke arah Kelantan Baru, Kelantan Maju.
HARAKAH:
Apa dia teras 'Islam Realistik' yang dikatakan Najib?
Mat Zain Mat Isa Mon | Mar 03, 08 | 8:57:58 am MYT | |
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Najib Razak sekali lagi membuka mulut mengenai Islam. Walaupun beliau tahu perkara itu bukan bidang pengajian atau ruang lingkup pengkhususan ilmunya, Timbalan Perdana Menteri itu barangkali tidak mahu dilihat terlalu naif dalam hal-hal agama. Najib berada di Kelantan semalam (Ahad). Dalam ucapannya ketika berkempen di Pasir Puteh, dia cuba membandingkan Islam yang dilaksanakan kerajaan BN dengan Islam yang diterimapakai kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Kata Najib, BN lebih realistik dalam melaksanakan Islam. Sedangkan PAS melaksanakan Islam sekadar luaran dan lebih mementingkan akidah. Ada pun BN, kata dia, lebih mengutamakan kemajuan dan pembangunan negeri. Itu antara yang disebutkan beliau. Kita tidak pasti sejauh manakah rakyat negara ini, khususnya di Kelantan, dapat menerima penilaian dan penegasan dibuat Najib itu. Apakah benar Islam dilaksanakan BN lebih realistik? Persoalan itu sebenarnya tidak sukar diulas atau dibuat penilaian. Rakyat sudah tahu corak dan bentuk Islam diterimapakai BN sejak sekian lama. Rakyat juga sudah dapat melihat bentuk Islam yang diterap dan dilaksanakan PAS di Kelantan. Beza antara kedua-duanya boleh diperhalusi rakyat sendiri. Untuk memudahkan keadaan, berikut disenaraikan semula beberapa prinsip asas atau teras pelaksanaan Islam oleh BN, yang dikatakan 'realistik' oleh Najib itu: Bank Islam adalah institusi kewangan berkonsep Islam. Ia aktiviti ekonomi yang menguntungkan negara. Universiti Islam boleh melonjakkan nama negara di mata dunia, terutama di kalangan negara-negara Islam. Ia boleh memberi mileage politik kepada BN. Penghapusan riba dan arak pula bukan langkah bijak. Ia akan mengurangkan hasil negara. Justeru, walau pun hukum agama mengatakan ia haram, hukum itu perlu dikompromikan dengan keadaan ekonomi negara. Barulah Islam kita 'realistik'dengan zaman kini. Kedua, wanita Islam tidak perlu menutup aurat. Para pemimpin wanita, terutama isteri-isteri kepada pemimpin utama negara, menteri, timbalan mahu pun ahli parlimen wanita tidak perlu 'dibungkus-bungkus'. Para peneraju institusi utama negara, seperti naib-naib canselor institusi pendidikan, hakim dan majistret, peneraju sektor korporat dan lain-lain mesti berimej global (tanpa tudung). Imej bertudung adalah kuno, tidak bertepatan dengan perkembangan zaman dan membatasi kebebasan bergerak. Ia sebenarnya tradisi Arab dan tidak ada kena-mengena dengan ajaran Islam. Wanita bertudung tidak realistik dengan perkembangan zaman. Ketiga, ulama tidak boleh dijadikan pemimpin negara. Tempat ulama hanya di pondok, masjid dan madrasah. Kalau ada ulama yang berhasrat menyertai politik parti pemerintah, ulama itu mesti dengar cakap dan tunduk kepada arahan pemimpin. Ulama mesti dipimpin, bukannya memimpin. Barulah mereka dianggap 'realistik' dengan keadaan semasa. Andai ada ulama yang lantang memperbetulkan kerajaan atas prinsip dan hukum Islam, ulama itu mesti dipecat atau disingkirkan. Yang pegang jawatan dalam kerajaan mesti ditamatkan khidmat. Yang menjadi wakil rakyat mestilah digugurkan. Ingat lagi apa jadi kepada bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom dalam kes berhadapan tiga ratu cantik dulu? Apa pula rasional di sebalik pengguguran beberapa tokoh agama Umno sebagai calon pilihan raya kali ini? Keempat, judi adalah sesuatu yang sangat sentimental dengan masyarakat negara. Jangan sekali-kali bercita-cita untuk mengharamkannya. Membenarkan judi bererti kita meraikan keperluan rakyat bukan Islam. Judi juga menjadikan negara kita terkenal di dunia. Kita ada pusat judi tercanggih atau terbesar di rantau ini. Negara menjadi tumpuan 'tahi judi' antarabangsa walau pun Perdana Menteri kita Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Itulah 'Islam Realistik' namanya! Menyediakan tempat judi ibarat keperluan menyediakan tandas. Jika tidak disediakan kemudahan untuk itu, orang ramai akan terpaksa membuang air merata tempat. Bagi mengelakkan rakyat berjudi merata tempat, mereka perlu disediakan tempat khas. Logik 'bangang' itu pernah disebut seorang ulama Umno yang juga bekas Menteri Besar sebuah negeri. Paling penting, judi memberikan hasil lumayan kepada negara. Ribuan juta hasil judi itu boleh dimanfaatkan untuk kemajuan dan pembangunan. Tengok Kelantan, betapa ia tidak maju dan tidak membangun apabila PAS tidak mendapat hasil daripada aktiviti judi. Sebab itu Islam dilaksanakan PAS, kata Najib, tidak realistik! Contoh yang hidup di atas prinsip ini ialah apa yang dilakukan Imam Nombor Satu BN. Di satu ketika, dialah imam, dialah wali. Di ketika lain, dia pun peluk wanita, pimpin tangan, pegang bahu dan paut pinggang wanita bukan mahram. Itulah mesra namanya. Islam begitulah yang dianuti BN. Itulah 'Islam Realistik' menurut pendirian Najib. Prinsip ini tidak diterimapakai kerajaan Kelantan. Sebab itu Kelantan tidak maju. Menteri Besarnya, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz, tidak pernah pegang tangan wanita. Ustaz Nik Amar, Exconya juga tidak menunjukkan sikap mesra terhadap Maya Karin, pelakon yang berkunjung ke Kelantan beberapa bulan lalu. Sepatutnya Ustaz Nik Amar bersalam atau pegang tangan Maya, barulah nampak mesra, bukan? Kelantan turut mengasingkan tempat duduk lelaki-wanita dalam majlis rasmi, perhimpunan dan seumpamanya. Ini juga tidak 'realistik', berdasarkan pendirian Najib itu. Kelantan juga mewujudkan kaunter bayaran berasingan mengikut gender di pasaraya-pasaraya. Akibatnya semua gedung beli-belah di Kelantan lengang dan tidak dikunjungi pelanggan. Ia hanya menunggu masa untuk ditutup. (Ehem!) Bagi memulihkan keadaan ini, Kelantan mesti diperintah BN. Hanya BN boleh melaksanakan Islam yang 'realistik'. Keenam, apabila bertembung antara tuntutan agama dengan kepentingan politik atau negara, maka hukum agama perlu dikompromi. Kepentingan politik dan negara mesti diutamakan. Kes Perhimpunan Agung Umno bertembung dengan solat Jumaat adalah contoh klasik betapa Islam diamalkan Umno sangat realistik. Mereka mengundi bagi menentukan sama ada ramai bersetuju mesyuarat diterus atau ditangguhkan untuk solat Jumaat. Kes seorang perenang Malaysia menyeberangi Selat Inggeris beberapa tahun lalu juga satu contoh. Tidak mengapa meninggalkan solat fardhu kerana mengangkat nama negara di mata dunia. Itu fatwa penasihat agama kerajaan mengenai kes itu. Ulama macam ni lah contoh ulama realistik! Ketujuh, maksiat adalah tanda kemajuan negara. Dalam keadaan tertentu, ia adalah penguji keimanan. Menutup tempat maksiat bukan sahaja tidak realistik dengan perkembangan zaman, bahkan turut menutup ruang umat Islam diuji keimanan mereka. Ia sekaligus menyebabkan lahirnya umat tidak kompeten dan tidak teruji. Sebab itu ada pandangan mengatakan di antara sebab mengapa Kota Bharu tidak layak diiktiraf sebagai bandaraya ialah kerana ia belum cukup jumlah pusat maksiat. Lihatlah Kuala Terengganu, meski pun prasarana, perkembangan ekonomi, jumlah penduduk dan beberapa kriteria sosio-ekonomi lain jauh terkebelakang berbanding Kota Bharu, ia sudah boleh diiktiraf sebagai bandaraya. Dalam dunia moden, penilaian kemajuan sesuatu tempat atau negeri diukur berdasarkan status bandar yang ada. Sudah tentu negeri yang ada bandaraya dianggap lebih maju dan ke hadapan berbanding negeri yang tiada bandaraya. Jika rakyat Kelantan mahu Kota Bharu diiktiraf sebagai bandaraya, berilah peluang BN memerintah. Nescaya dalam masa singkat parti itu akan membuka pusat-pusat maksiat dengan banyak. Islam sebegitulah yang lebih 'realistik' dengan tuntutan kemajuan, sebagaimana diimpikan Najib dan BN. Ada banyak lagi teras atau prinsip 'Islam Realistik' dilaksanakan BN. Penulis percaya para pembaca sendiri boleh menyenaraikannya lebih panjang. Apa yang penting, bagi menentukan Islam yang tepat, umat Islam perlu mendalami al-Quran, menyelami hukum Tuhan. Apakah kita perlu menggadai prinsip agama semata-mata untuk dilihat 'realistik' terhadap perkembangan zaman? Apakah kita tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan dunia semasa kiranya terus berpegang kepada Islam? Jangan perjudikan masa depan agama. Rakyat negara ini, terutama di Kelantan jangan buat eksperimen dan cuba-cuba memilih BN, walau pun untuk satu penggal. Sekali negeri punah, amat sukar untuk diperbaikinya kembali. |
Surah Al-Kautsar
"Surah Al-Kautsar"
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada
batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Wallahualam..
Hargailah isteri anda
Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri di sisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami
dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan
Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap
diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah
izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran
siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra
yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi
berjemaah di masjid atau ke majlis
ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak
masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami
untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di
akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia
tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah,
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain...
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia
dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu
(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan
hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man, he was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.
" Wahai Tuhan ...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...
jadikanlah
kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 Islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di
sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha
illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha
illalLah', kamu pasti berjaya!"
NOTE: PADA ISTERI-ISTERI FORWARD DAN BAGIKAN PADA SUAMI ANDA!
01 March, 2008
Hartanah Schumacher laris di Dubai
BERLIN: Karier Formula Satu pernah dilaluinya mungkin sudah berakhir tetapi juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher masih belum menunjukkan petanda untuk mengurangkan aktiviti luar litar apabila mengabdikan namanya selaku pemilik bangunan pencakar langit.
Pemandu berusia 39 tahun itu mengumumkan persaraan 16 bulan lalu, tetapi selain terbabit sebagai pemandu ujian bekas pasukan lamanya, Ferrari, Schumacher membuktikan dia tetap pantas dalam bidang perniagaan sama seperti ketika beraksi di litar lumba.
Menurut laporan akhbar tabloid Jerman, Bild, Schumacher bercadang memperuntukan sebanyak AS$7.5 juta (RM24 juta) sebagai pemaju hartanah di atas kompleks pejabat setinggi 29 tingkat yang bakal dinamakan atas namanya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pengurus Schumacher, Willi Weber mengesahkan urus niaga itu dengan Bild dan berkata, semua ruang pejabat habis dijual dalam tempoh tiga hari ketika kompleks itu dipamerkan di hotel utama Dubai, Burj Al Arab.
“Permintaan menakjubkan. Dalam tempoh tiga hari semua ruang pejabat habis dijual,” kata Weber.
10 sikap buruk manusia yang dicela Allah
SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
----------------------------
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan
ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
---------------------
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia,
fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
-----------------------
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas
kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun,
mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
----------------
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: `Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
---------------------
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun
banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari
membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
---------------------
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
-------------------
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari." (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
-----------------------
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
----------------------------------
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
-----------------------------------
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang
dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk
dalam kategori melakukan dosa besar.
Teka teki sengal
Teka-teki :HITAM & BERPELUH..HA. .APE2??
Jawapan :SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU. .
Teka-teki :APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG
Jawapan :SELUAR DALAM LERRR
Teka-teki :antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling tinggi?
Jawapan :kuih lepat liat la... sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih lepat liat sampi LELANGIT...
Teka-teki :byk2 kotak,kotak pe yg xleh angkat?
Jawapan :kotak penaltilah wawawa
Teka-teki :Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar teka teka kalo terrer... ..! !
Jawapan :selipar maner boley buat gali tanah... ... gune cangkol lar huehuehueheu! !
Teka-teki :Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin nikmat rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe... .)
Jawapan : mata lah jawapan nyer...
Teka-teki :3 kepala, 6 mata, 8 ka! ki. Apakah Ia?
Jawapan :Koboi naik kuda bawa ayam.
Teka-teki :MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.
Jawapan :LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY
Teka-teki :scorpion kaler apa?
Jawapan :kala jengking la..
Teka-teki lm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip
Jawapan :kerani
Teka-teki :Ada sorang iman, tengah sembahyang lepas tu ada sekor anjing lalu depan
dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?
Jawapan :Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri
Teka-teki :4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?
Jawapan :sbab tak hujan