adsense

29 March, 2008

Lesen P



Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Naspie.

Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi,
mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal.

Adala police road block ... ... .

Polis : "P" mana pakcik?

Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).

Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?

Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik anging).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).

Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje

Pak Cik : kan mudah camtu ...

Bermalam di katil seorang lelaki!



Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ketempat bersejarah. Bila sampai ketempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan tempat yang tidak dikunjung sesiapa... lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada ditempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ketempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi ceritaaaaa, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar, dah tertinggal.


Trainer yang lak ingat semua cikgu cikgi dah ada dalam bas, so mereka balik.

Cikgu pelatih yg tertinggal tu mula gabra... .. menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekat berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju kekampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Start lah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawab lah cikgu tadi yg dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

berkata lah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin dituju nya berletak di selatan dan tempat mereka berada diutara, dan tempat tu memang takda didiami sesiapa. Maka menangis lah cikgu tadi bagai org hilang akal...

Disebab kan kesian, lelaki tadi suruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh utk hantar di pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yg cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak renti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala terus bakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi apalagi,bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamal kan ilmu songsang.. mengeletar giler maut... Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi... ... ... ... .. ... ... ... ... ... ... ... ... ... .

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asal nya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yg terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit pucat lesi dan takut amat lah sangat.

Si bapa pun pergi ketempat yang dimaksudkan anak nya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi heran tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa...

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau.Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebab kan takut terjadi nya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jari nya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumah nya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ..

MORAL CERITA... ... ... ... ... ... ..

Beruntung lah lelaki tersebut kerana menghindar kan diri dari melakukan benda haram satu malam, dan dia berjaya mendapat sesuatu yang indah dan halal seumur hidup... ... ... ... ...

So apa lagi geng... . kot ada awek tersesat.. bakar lah jari korang!

MABUK DALAM CINTA



DIKISAHKAN DALAM SEBUAH KITAB KARANGAN IMAM AL-GHAZALI BAHAWA PADA SUATU HARI NABI ISA A.S BERJALAN DIHADAPAN SEORANG PEMUDA YANG SEDANG MENYIRAM AIR DIKEBUNNYA. BILA PEMUDA ITU TERLIHAT AKAN NABI ISA A.S BERADA DIHADAPANNYA MAKA DIA PUN BERKATA “ WAHAI NABI ISA A.S KAMU MINTALAH KEPADA TUHAN KAMU AGAR DIA MEMBERI AKU SEBERAT SEMUT JARRAH CINTAKU KEPADANYA”.

BERKATA NABI ISA A.S “ WAHAI SAUDARAKU, KAU TIDAK AKAN TERDAYA UNTUK SEBERAT JARRAH ITU.”

BERKATA PEMUDA ITU LAGI, “ WAHAI NABI ISA A.S, KALAU AKU TIDAK TERDAYA UNTUK SATU JARRAH ITU, BERIKANLAH AKU SETENGAH BERAT JARRAH CINTAKU KEPADANYA.”

OLEH KERANA KEINGINAN PEMUDA ITU UNTUK MENDAPATKAN KECINTAANYA KEPADA ALLAH, MAKA NABI ISA A.S PUN BERDOA,,, “ YA TUHANKU.. BERIKANLAH DIA SETENGAH BERAT JARRAH CINTANYA KEPADA MU”. SETELAH ITU, NABI ISA A.S PUN TERUS BERLALU DARI SITU.

SELANG BEBERAPA LAMA, NABI ISA DATANG LAGI KE TEMPAT DIA BERTEMMU DENGAN PEMUDA YANG MEMINTANYA BERDOA, TETAPI NABI ISA A.S TIDAK DAPAT BERJUMPA DENGAN PEMUDA ITU. MAKA NABI ISA A.S PUN BERTANYA KEPADA ORANG-ORANG YANG LALU LALANG DITEMPAT TERSEBUT. DAN BERKATALAH SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA BAHAWA PEMUDA ITU TELAH GILA DAN BERADA DI ATAS GUNUNG.

SETELAH NABI ISA A.S MENDENGAR PENJELASAN ORANG ITU, MAKA BELIAU PUN BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T “ WAHAI TUHANKU, TUNJUKKAN LAH KEPADAKU TENTANG KEBERADAAN PEMUDA ITU”.. SETELAH SELESAI SAHAJA NABI ISA A.S BERDOA,, MAKA BELIAU PUN DAPAT MELIHAT PEMUDA ITU YANG BERADA DI GUNUNG GANANG DAN SEDANG DUDUK DI ATAS SEBUAH BATU BESAR, MATANYA MEMANDANG KE LANGIT.

NABI ISA A.S PUN MENGHAMPIRI PEMUDA ITU DENGAN MEMBERI SALAM, TETAPI PEMUDA ITU TIDAK MENJAWAB SALAM NABI ISA A.S, LALU NABI ISA A.S BERKATA “ AKU INI ISA A.S “….. KEMUDIAN ALLAH MENURUNKAN WAHYU YANG BERBUNYI “WAHAI ISA, BAGAIMANA DIA DAPAT MENDENGAR PERBICARAAN MANUSIA, SEBAB DALAM HATINYA ITU TERDAPAT KADAR SETENGAH BERAT JARRAH CINTANYA KEPADAKU. DEMI KEAGUNGAN DAN KELURUHANKU, KALAU ENGKAU MEMOTONG DIA DENGAN GERGAJI SEKALIPUN TENTU DIA TIDAK AKAN MENGETAHUI AKAN HAL ITU”

DEMIKIANLAH AGUNGNYA CINTA ALLAH… RENUNGKANLAH…………

Alesha



Sedih ni... :-( baca dulu......dengan kebesaran allah
....alangkah baik kalau kita mati dengan
cara ini.......talkin tidak payah di baca........ .

Al~Fatihah.. . akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta

A'kum w.b.t...

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata
pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan
(hypophosphatasia- komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang
belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku
berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427)
berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari
jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya
di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.

Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat
akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan
jururawat yang merawatnya.

Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu
kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40
pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami
selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital
memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga,
Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid
di telinganya.


Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh
berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi
senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah
sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.

Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari
ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman
yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya
mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka
sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.

Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana
jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi
itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah
Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak
tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan
membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku
terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus
menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!

Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku
sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti
untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu
untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf
hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak
tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah,
sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung.
Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut
betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah
selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi
yang tidak berdosa itu.

Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian
arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan
ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu,
saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang
tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik
dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan
mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya
dari mukanya.

Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku.
Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah
(talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di
telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang
menunggunya. .. janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran
seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai
pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak
mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.

Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi
seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga
isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi
rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia
untuk mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 -
13 Mei 2006)

shamsul shamdin @ laloque

pRODUK dENMARK



You all heard what that magazine in Denmark has

published. It's making fun of our beloved PROPHET MUHAMMAD (P.B.U.H) by drawing pictures of him and describing him as a terrorist.


Moreover they refused to apologize because they considered it a practice of

freedom and democracy. I ask you all to put your hands

with other MUSLIMS and boycott the Denmark's products.

1.6 billion Muslim could really slap the economy in Denmark.


I got very good tip for identifying the products to

boycott. Every bar Coded product in the market contains its country code included in barcode digits. Please check the barcode of any product before you buy.


Check the first 3 digits from the LEFT.

Example, an Israeli product will have barcode like:

729 3453459070


The following list is given according the priority as

the worst at top and then second worst is next.


729 Israel
570 - 579 Denmark (i.e. 570, 571... 579)
870 - 879 Netherlands (i.e. 870,871... 879)
300 - 379 France
700 - 709 Norway
400 - 440 German

Please copy this text and forward this text to as many Muslims as possible Via Email via SMS Via Scrap.....I

ask all of u, Muslims...Cant u spare one minute in order to spread this message among Muslims ...ASAP?


REMEMBER THE PROPHET (P.B..U.H) MIGHT ASK YOU ONE DAY

WHAT DID YOU DO WHEN THEY MADE FUN OF ME? HOW DID YOU DEFENDME?????

It is time to decide not to think.

28 March, 2008

Ferrari accident


Lawak penndek: Kes rebut anak



Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... .
"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab,"saya yang mengandungkan anak tu.saya yang melahirkan anak tu.dia keluar dari perut saya"

Kadi pun tanye si jantan...
"hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu, kamu yang patut bela"
"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pastu saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
jawab kadi, "hak kamu le.."
jantan tu kata lak,"hah! sama le kes ni pun... Kan tuan, kan... kan? "

Bagaimana Cara Makan , Begitulah Cintanya



Janganlah percaya sangat,layan jer..

Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang :

-Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu
buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan :

-Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan :

-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak :

-Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam :

-Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut :

- Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat cafe.....,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

~bagaimana pula cara korang makan.....dan cinta korang....erk ?

Akibat ketagihan Mee Segera




Free Image Hosting at www.ImageShack.us

STUPID QUESTIONS WITH THE SMART ANSWERS



BOY : May I hold your hand?
GIRL : No thanks, it isn't heavy.

GIRL : Say you love me! Say you love me!
BOY : You love me...

GIRL : If we become engaged will you give me a ring??
BOY : Sure, what's your phone number??

GIRL : I think the poorest people are the happiest.
BOY : Then marry me and we'll be the happiest couple

GIRL : Darling, I want to dance like this forever.
BOY : Don't you ever want to improve??


BOY : I love you and I could die for you!
GIRL : How soon??

BOY : I would go to the end of the world for you!
GIRL : Yes, but would you stay there??

SHARON : Have you ever had a hot passionate, burning kiss??
TRACY : I did once. He'd forgotten to take the cigarette out of his mouth.

MAN : You remind me of the sea.
WOMAN : Because I'm wild, romantic and exciting?
MAN : NO, because you make me sick.

WIFE : You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other.
HUSBAND : You tell a woman something: It goes in both ears and comes out of the mouth.

MARY : John says I'm pretty. Andy says I'm ugly. What do you think, Peter?
PETER : A bit of both. I think you're pretty ugly.

Girlfriend : ...And are you sure you love me and no one else?
Boyfriend : Dead Sure! I checked the whole list again yesterday.

Teacher: Which is more important to us, the sun or the moon?
Pupil : The moon.
Teacher : Why?
Pupil : The moon gives us light at night when we need it but the sun gives us light only in the day time when we don't need it.

Teacher : What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
Pupil : A teacher.

Waiter : Would you like your coffee black?
Customer : What other colors do you have?

My father is so old that when he was in school, history was called current affairs.

Teacher : Sam, you talk a lot !
Sam : It's a family tradition.
Teacher : What do you mean?
Sam : Sir, my grandpa was a street hawker, my father is a teacher.
Teacher : What about your mother?
Sam : She's a woman.

Tom : How should I convey the news to my father that I've failed?
David: You just send a telegram: Result declared, past year's performance repeated.


Teacher : Now, children, if I saw a man beating a donkey and stopped him, what virtue would I be showing?
Student : Brotherly love.


Teacher : Now, Sam, tell me frankly do you say prayers before eating?
Sam : No sir, I don't have to, my mom is a good cook.


Patient : What are the chances of my recovering doctor?
Doctor : One hundred percent. Medical records show that nine out of ten people die of the disease you have. Yours is the tenth case I've treated. The others all died".

Teacher : Can anybody give an example of COINCIDENCE?
One Student : Sir, my Mother and Father got married on the same day and at the same time.

Teacher : George Washington not only chopped down his father's Cherry tree, but also admitted doing it. Now do you know why his father didn't punish him ?"
One Student: Because George still had the axe in is hand.

Bayi 9 bulan dari Kulai,Johor memerlukan bantuan



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Assalamualaikum...

Ibu Bapa mana yang hendak melihat anak mereka sakit, lebih-lebih lagi
penyakit yang kronik. Adik Afiq - 9 bulan (Di sertakan keratan Akhbar
diatas) yg tinggal di Jalan Siantan 5, Taman Indah Pura Kulai Johor telah
menghadapi penyakit Jantung Berlubang dan memerlukan pembedahan Jantung di
IJN KL pada 26 April 2008 dan memrlukan perbelanjaan sebanyak RM20,000.00.

Akan tetapi keluarga beliau tidak dapat menampung perbelanjaan sebanyak
itu. Justeru itu, saya bagi pihak En.Kamaruddin Bin Basri / En.Azlim Bi
Suleiman dan En.Asmadi Bin Abdullah memohon Tuan-Tuan dan Puan-Puan
dapatlah kiranya membantu dengen menghulurkan bantuan ikhlas dalam bentuk
wang Ringgit.

Sumbangan anda boleh disalurkan kepada nama yg tertera dibawah.

1 ) Anita & Mohd.Rizam - 012-761 7151 (Ibu Bapa adik Afiq)
2 ) En.Kamaruddin Bin Basri - 013-711 0113 (Warga kerja FCI)
3 ) En.Hasliazim Bin Sulaiman - 019-702 1871 (Warga kerja FCI)
4 ) En.Asmadi Bin Abdullah - 019-727 3135 (Warga kerja FCI)
5 ) Tuah - 017-735 9895 (Fisabilillah)


Semoga sumbangan ikhlas Tuan-Tuan dan Puan-Puan di Berkati dan di Rahmati
oleh ALLAH SUBHANAWATAALA....Aminnn

27 March, 2008

Tiga Anak Pengsan Semasa Urus Jenazah Bapa



Diceritakan oleh USTAZ NAHRAWI MARZOKI

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya. Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja.

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan
rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku. Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. .dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"

Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"

"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham. Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya
pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang
mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju. Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak
Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih. Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight. Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan. Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia
ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu. Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau
siang...

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus. Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar. Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.
PERTAMA, janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA, ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA, hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkan;ah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya. Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita.

List rumah lelong Mac



Disertakan disini List Rumah Lelong.
>>>>download di sini<<<<</span>

Sekiranya berminat dan untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Watie: 019-6553516

Atau emailkan kepada watieshah@gmail.com
All the property need to be registered at least 1 day before the auction date.
Important documents that needed for pre-registration are as below
Bidder's Particulars
- Name as in IC
- Photocopy of I/C
- Bank Draft
- Address
- Contact Number

26 March, 2008

Tiga dara pingitan



Aminah, Sarimah dan Juliana merupakan 3 anak dara kesayangan Pak Abu.
Mereka bertiga jarang keluar secara berasingan dari keluarga.Mungkin memasing
dah meningkat "remaja-remaji' maka Pak Abu memberi kebenaran untuk mereka
bertiga untuk keluar menonton wayang Star Wars yang tengah hangat gilerr
ditayangkan tambahan dgn publisiti yang meluas!!!!Satu aje amanat Pak Abu kepada 3 anak daranya itu.

Pak Abu : "JANGAN KAMU LAYAN DAN JAWAB JIKA DITEGUR LELAKI"

Dan amanat itu nampaknya dipegang teguh oleh ketiga-tiga anak dara
ini.Sehinggalah tamat wayang dan mereka mula landing kat bus stop nak balik umah dah!!!!

Tetiba muncul seorang jejaka yang macho handsome gillerrr!!!Namun amanat
Pak Abu membataskan niat mereka utk megurat jejaka idaman Malaya itu.

Jejaka tu lak tak sombong.Dia buat macam-macam agar 3 gadis tu respons namun hampa!!!Memacam dia cuba.Tak der jugerk!At last dia dapat satu
akal!!!Jeng-jeng!!!

Ketika itu jugerk melintas seekor ANJING liar berhampiran Bus Stop tu....

Jejaka : Eh! Apalah 'KAMBING' ni; tak der tuan ker..sampai dalam KL
sesat!!!Haprak punyer Tuan!!!!(merungut,keras,serius,marah).

Aminah : Ammelah senara ni....inhu mhungan ngambing la...inhu ANNYING!!!!(Apalah saudara ni, itu bukan kambing la..
Itu ANJING!!!)

Sarimah : Ammelah ngammu nhis...mhamha thak magi nyangap lha!!!
(Apalah Kamu ni...Bapa tak kasi cakap la!!!)

Juliana : Nhathip mhaik angu thak nyangap !!!!
(Nasib baik aku tak cakap!!!!)

Jejaka : (Dalam hati : 3 dara SENGAU rupanya!!!).

Busy konon...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Fara Fauzana dan hari hangitnya












10,000 BC wallpaper








________________________________

Air masin vs air tawar



Subhanallah

Free Image Hosting at www.ImageShack.usFree Image Hosting at www.ImageShack.us

Surat Rasmi Nak Kahwin Lagi




Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.
Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

31 April 2006

Puan, PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI


Perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini
kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan,
eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Intan Baizura binti Mohd Harisyang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama
kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di
isi di masa akan datang.


3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah
saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan
untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan
kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.



4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup
kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar,
rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan
seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya
dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.


5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang
dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan
iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya
akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah
waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku
Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu
saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?


6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan
senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas
kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk,
ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk
melakukannya.


7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa
kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun
yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi
kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan
oleh saya sepenuhnya.


8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.


Sekian, Terima Kasih.


BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA


Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Suami,isteri dan ...



Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2

individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan

dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan

fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2

kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang

isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah

suamiku?"

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini

kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya

nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari

tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas

terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi

suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan

TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut

lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5

pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini

kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi

tulah mata tak leh pejam

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat

bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2

nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu

apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki

aku bila pakai baju ni?"

Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat

lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah

dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur

peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan

dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat

coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur

tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia

tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata

SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia

orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia

orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai

kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang

lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!



Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa

mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,

kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak

dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan

yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak

soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah

dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan

yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak

berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari

langit.....

Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???

Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu

hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam

perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,

ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

Teknik-teknik berhadapan dengan hantu



Pocong
>Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak
>ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya
>perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan
>tarik kain balutannya.
>Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak
>pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

Langsuir
>Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri
>anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir
>lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia,
>pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
>Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan
>dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita
> cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.


Hantu Raya
>Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan
>dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari
>raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh,
suruh
>kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab
banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
>Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau
>terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak
>perasan kita ada disitu.

Jerangkung
>Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja,
>dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal
dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untukberdiri
tegak.

Toyol
>Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu
>sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu
>dia pikul bawak balik bagi tuannya... lepas tu sah-sah lah dapat
penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen
banyak2 tu

Hantu Ponteng
>Yang ni payah sikit nak cakap sebab, hantu-hantu ni
>cam korang lerrr..takder kerja lain asyik ponteng kerja, lepaih tu
blogging..macam sekarang nih..sah-sah tengah ponteng
nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi
bawak-bawaklah buat kerja ... .. hehehehehe

LEPAS BACE NIE DAH TAK YAH TAKUT2
NGANHANTU..TAKUT PADA DIRI SENDIRI SEBAB KADANG2 DIRI SENDIRI
LEBIH MENYERAMKAN DARIPADA HANTU!!!!!!!!"

Kamera takde flash



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kamera takde flash



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lawak IT



Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Blog Widget by LinkWithin