adsense

29 March, 2008

Alesha



Sedih ni... :-( baca dulu......dengan kebesaran allah
....alangkah baik kalau kita mati dengan
cara ini.......talkin tidak payah di baca........ .

Al~Fatihah.. . akhirnya pada usia 150 hari, anakku mengadap Pencipta

A'kum w.b.t...

Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata
pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan
(hypophosphatasia- komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang
belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku
berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427)
berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari
jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya
di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.

Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat
akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan
jururawat yang merawatnya.

Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu
kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40
pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami
selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk. Pihak hospital
memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga,
Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid
di telinganya.


Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh
berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: "Lesha sebelum pergi
senyumlah pada mama... mama dan papa redha Alesha pergi... senyumlah
sayang". Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.

Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari
ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman
yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya
mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka
sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.

Impian isteriku untuk memandikan Alesha akhirnya terlaksana
jua setelah tidak berkesempatan memandikannya sewaktu hayat Alesha. Pagi
itu, jenazah Alesha dimandikan sendiri oleh ibunya. Sebaik sahaja jenazah
Alesha dikapankan, kami telah dibenarkan untuk menciumnya. Sungguh tidak
tertahan-tahankan air mataku mengalir ketika mencium dahi kecil Alesha dan
membisikkan kata-kata tauhid di telinga arwah serta menyatakan bertapa aku
terlalu sayangkannya, aku redha pemergiannya dan aku akan terus
menganggapnya sebagai anak sulungku selamanya!

Sewaktu jenazah disolatkan, ramai yang memohon agar aku
sendiri mengimamkan solat jenazah. Namun aku takut tidak termampu nanti
untuk membaca ayat-ayat Allah dengan betul mahupun takut tidak termampu
untuk membaca doanya kerana terlalu pilu. Aku cuma mampu berdiri di shaf
hadapan sahaja ketika itu. Bersolatpun dengan cucuran air mata yang tidak
tertahan-tahan. Satu kejadian yang kurasakan istimewa pada masa itu adalah,
sebaik imam mengangkat takbir, hujan turun dalam suasana mendung.
Seakan-akan menangisi pemergian seorang bidadari syurga. Hujan tersebut
betul-betul terhenti sebaik sahaja jenazah selamat dikuburkan dan doa arwah
selesai dibacakan!. Mungkin itu satu petanda rahmat dari Allah untuk bayi
yang tidak berdosa itu.

Di tanah kuburan, aku sendiri menyempurnakan pengebumian
arwah. Aku sendiri menunggu arwah di liang lahad, aku sendiri melonggarkan
ikatan kain kafannya, dan aku sendiri membuka penutup mukanya. Saat itu,
saat ku buka penutup muka arwah, jelas kelihatan rupa Alesha yang
tersenyum. Satu senyuman yang maha indahnya. Muka Alesha juga amat cantik
dan berseri-seri. Indah bercahaya rupanya sehinggakan tika aku merapatkan
mukanya ke tanah di dalam lubang lahatnya, masih jelas kelihatan cahaya
dari mukanya.

Satu lagi peristiwa yang kurasakan agar istimewa berlaku.
Tika kuburan selesai ditutup, saat menunggu imam membacakan doa bagi arwah
(talkin tidak dibacakan kerana Alesha seorang bayi), jelas kedengaran di
telingaku suara seseorang berkata: "Dua bidadari syurga sedang
menunggunya. .. janganlah kamu risau." Suara itu amat jelas kedengaran
seolah-olah bercakap kepada semua yang hadir pada masa itu. Selesai
pengebumian, saya bertanya pada isteri dan ahli keluarga semuanya tidak
mendengarkannya. Semoga, Alesha beroleh rahmat Allah.

Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi
seorang ayah, walaupun hanya seketika. Saya berpeluang merasa menjaga
isteri ketika mengandung dan berpantang. Semua pengalaman itu telah menjadi
rahmat yang tidak terhingga dari Allah. Insyallah, saya masih bersedia
untuk mengulanginya.

Al-Fatihah untuk Alesha Abriza binti Shamsul (15 Dis 2005 -
13 Mei 2006)

shamsul shamdin @ laloque

6 comments:

Anonymous said...

http://viruspadu.fotopages.com

Anonymous said...

sedih siot.........
teringat kat adik aku.....

Anonymous said...

Kisah yang sama macam arwah adik aku.tetapi memang sedih sangat.

Anonymous said...

Al-Fatihah...
Sedihnya...
Semoga adik alesha ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman lg bertaqwa.
Amin

Anonymous said...

Aku baru je lepas keguguran...anak ptama...aku sedih baca cerita adk Alesha ni...Allah lebih sayangkan dia..Mungkin ada hikmah disebaliknya...

Anonymous said...

Aku turut simpati terhadap keluarga adik Alesha... walau aku ada 3 org anak yang dh beso namun perasaan sayu amat terasa hingga menitiskan airmata.... dan aku respect pada ayahnya. Moga 1 hari Allah kaan kurniakan anak2 yg soleh dan kuatkan lah semangat kalian berdua.

Blog Widget by LinkWithin