ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
30 April, 2008
Air jampi dari kajian sainstifik
Baru-baru ini penulis ada menerima satu artikel mengenai maklumat kajian saintifik keatas air yang telah dijampi oleh seorang saintis Jepun. Tujuan penulis menimbulkan isu ini hanya semata-mata untuk berkongsi maklumat bukan untuk promosi berubat dengan kaedah air jampi. Harap jangan ada yang salah sangka.
Walaupun kaedah berubat dengan air jampi adalah salah satu daripada cara perubatan Islam tetapi para ulama telah sepakat mengatakan tentang harus melakukan jampi menjampi jika berhimpun padanya tiga syarat berikut 1) Bahawa kalimah jampi itu mestilah terdiri dari Firman Allah SWT atau nama-namaNya ataupun sifat-sifatNya.
2) Sebaik-baiknya didalam bahasa Arab, ataupun sebarang bahasa yang boleh difahami maksudnya.
3) Hendaklah dia menyedari dari segi kepercayaan "aqidah" bahawa "jampi" tidak memberi apa-apa kesan. Kesan yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Allah SWT jua.
Elok benar sekiranya para sahabat dapat membaca buku "Berubat Dengan Al-Quran" oleh Ustaz Muhammad Ibahim Salim alihbahasa oleh Ustaz Abdul Aziz @ Ahmad bin Mohd dan buku "Konsep Perubatan Islam" oleh Utz. Danial Zainal Abidin untuk mendapat maklumat lengkap.
Inilah antara suntingan artikel yang penulis terima untuk maklumat para sahabat sekelian.
"... ... Apa yang ingin aku paparkan disini, ialah bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang "pakar air" dari Jepun. Halis kajian ini, secara tak langsung menolak kata-kata jahil mereka yang tidak mempercayai konsep perubatan dalam Islam yang mempercayai dengan keizinan Allah SWT air penawar yang dibacakan ayat suci Al-Quran boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Penemuan oleh Dr. Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.
Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepaun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah di tunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang di lihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini di ambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke 'hodoh dan mengerunkan' seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
Suatu ketika apabila di tunjukkan "rupa air yang cantik bercahaya", molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah di soal pakar air tentan asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air zam-zam. Sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut.
Kemudian beberapa hadirin di pilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka di kehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin di kehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila di tunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut buncit).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut di bacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau di suruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan fenomena ini. Dengan keizinan Allah SWT, air mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya menggunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah di amalkan Rasulullah SAW dan diikuti oleh ulama-ulama Islam dan pengamal perubatan yang lain... . "
Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut dan melihat gambar-gambar molekul air tersebut bolehlah lawat laman-laman seperti dibawah ini:-
http://www.wellnessgoods.com/messages.asp
Lawak berkembar
Cerita lawak yang di translate kan
CERITA LAWAK 1
Ade satu mak cik ni ,die kerje sebagai tukang sapu kat sebuah bangunan. hari2 die kerja kat tingkat 20. hari2 juga dia akan naik lif sampai tingkat 10 dan menaiki tangga utk ke tingkat seterusnye.
Seorang despacth yang telah lama memerhatikan sikap mak cik itu dan berase hairan. dgn berani dan hairannye ,dia bertanye kpd mak cik tersebut "kenape mak cik naik lif sampai tingkat 10 lepas tu naik tangga sampai tingkat 20?
Dgn marahnyer makcik tersebut berkate "kau tengok tinggi aku".
Rupanye makcik tu agak pendek dan tangannya hanye sampai utk menekan butang 10 dlm lif itu jer..
CERITA 2
Seorang lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC. Tetiba seseorang menjerit.. "Omar! Isteri engkau telefon ada kecemasan..!"
Kerana panik, dia terus terjun keluar tingkap dari tingkat 13. Sampai kat tingkat 9, dia teringat yg dia tiada isteri.
Sampai kat tingkat 5, dia tersedar dia bujang.
Dan ketika dia hampir menyentuh tanah... .dia sedar namanya bukanlah Omar!
Cara nak takutkan jiran anda
Nih ada tip untuk mereka yang tak puas hati dengan jiran mereka. Kebiasaannya berjiran dengan Mat Rempit yang mana bunyi ekzosnya boleh mengeluarkan aura yang secara automatik boleh membuatkan anak kecil kita tersedar dari tidur.
Walaubagamanapun kenali dan hormatilah jiran anda (anda juga sayangi jiran anda, jika jiran anda anak dara yang cun melecun) tip yang saya dapat melalui email ni saja suka-suka.n Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 10 tahun tanpa bimbingan ibu bapa.huhu
1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.
Bila jiran tegur nanti, kata "Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur... .nak berkebun", sambil menyiram air mawar keatas 'kubur tipu' tu... . lagi wangi lagi real...
2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita 'Pontianak Harum'. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.
3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.
Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka...
4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata "Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!".
5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je "Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh... sampah... hehehe".
6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda.
Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.
7.) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda 'Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon' depan jiran2.
Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.
8.) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.
Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.
Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.
9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).
Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup...
10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.
Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror... .!
Henti Pengunaan Produk Tradisional "Pronoton"
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya berhenti menggunakan produk tradisional "Pronoton" kerana ia mengandungi racun berjadual "analog sildenafil" yang tidak dibenarkan bagi ubat tradisional.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan Farmasi Eisah A. Rahman berkata pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
"Ubat yang mengandungi sildenafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dengan preksripsi doktor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Eisah berkata penggunaan produk tradisional mengandungi sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah dan kesan kardiovaskular lain.
Sesiapa yang masih mempunyai stok produk itu dinasihatkan supaya menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaanya dengan serta-merta, katanya.
Menurutnya pemilikan untuk jualan produk itu melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.
"Bagi syarikat, ia boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.
-- BERNAMA
29 April, 2008
Gambar Mekah dari satelit
Dulu, sudah ada post gambar ni tapi sebab blog gambar lama dah error, saya repost utk mereka yang miss post tersebut di isuhangat. Gambar Kaabah dari satelit US. Sungguh indah terang benderang Kaabah di Mekah juga gambar Madinah dari satelit.
Orang-orang Barat sentiasa mahu mengkaji kawasan Tanah Haram, tetapi apa yang mereka jumpa sungguh ajaib dan menunjukkan kekusaan Allah seperti luasnya air telaga zam-zam yang tak pernah kering walaupun telah digunakan sekian lamanya. Maha Suci Allah!
Namun ada juga yang kata sebab marmar putih yang ada di Kaabah.
Kawasan Bumi Kaabah Terang Benderang.
Ku lihat dari kacamata satelit.
Makkah, Via Satelite (1 meter IKONOS, Dec. 1999)
Well, the watermark really is distracting, but you can easily make out the salient features of the Masjid al-Haram in brilliant white marble, and the surroundings: (1) The Holy Kabah (2) Well of Zam Zam, entrance (3) Mount al-Safaa (4) Mount al-Marwa (5) Barbers (6) More prayer area (red mats) (7) King's palace. You don't see it in many pictures, but it can't hide from the satellite. There's a solid concrete wall dividing the palace from the Masjid area. (8) Hotels and shops at street level. This particular one is Kughee's, a favorite among the South African crowd. The green line is about the point from where you begin the circumbulation of the Holy Ka'bah (going counter-clockwise). At that point of the Ka'abah itself is the Black Stone, the Hajr-e-Aswad. On the other side, is a green light, as a marker.
Madinah, Via Satelite (1 meter IKONOS, Dec. 1999)
Masjid-e-Nabawi, The Mosque of Prophet Muhammad Peace be upon him. The white marble brings out the Masjid easily against the dark terrain and surrounding buildings. (1) Masjidun Nabawi (2) Bab-e-Jibrael, The Gate of Jibrael (Angel Gabriel, the gate through which he entered). Be sure to enter the Majid through here to attain much reward on your visit, insha-Allah. And then, when you leave, leave through the adjacent door, passing the grave of Prophet Muhammad (Sallallahu alayhi wasallam) where you may greet him. Buried here (between 2 and 3) are also Hadhrat Abu Bakr Siddique Radiallahu Anhu, and Hadhrat Umar Radiallahu Anhu. (3) the green dome of the Masjid (4) Jannatul Baqee. Here is the final resting place for many of the great companions (May Allah be pleased with them) of Prophet Muhammad peace be upon him. It borders the Mosque at the top, and down to the street at the bottom of the image where the 4 is located. (5) Shops, bazaars. (6) Hotels
Credit to: http://www.islam.tc/
Email Virus Palsu
Status:
False
Update:
A new version of the hoax email falsely claims that the information in the message has been verified by Hoax-Slayer.com and Snopes.com (details below).
Update:
February 2008 - Yet another version claims that an email with an attachment entitled "POSTCARD" will destroy the hard drive of the infected computer. (Read an article about the Postcard Image Virus Hoax)
Example:(Submitted, February 2006)
You should be alert during the next days: Do not open any message with an attached filed called "Invitation" regardless of who sent it. It is a virus that opens an Olympic Torch which "burns" the whole hard disc C of your computer. This virus will be received from someone who has your e-mail address in his/her contact list, that is why you should send this e-mail to all your contacts. It is better to receive this message 25 times than to receive the virus and open it.
If you receive a mail called "invitation", though sent by a friend, do not open it and shut down your computer immediately.
This is the worst virus announced by CNN, it has been classified by Microsoft as the most destructive virus ever. This virus was discovered by McAfee yesterday, and there is no repair yet for this kind of virus. This virus simply destroys the Zero Sector of the Hard Disc, where the vital information is kept. SEND THIS E-MAIL TO EVERYONE YOU KNOW, COPY THIS E-MAIL AND SEND IT TO YOUR FRIENDS AND REMEMBER: IF YOU SEND IT TO THEM, YOU WILL BENEFIT ALL OF US
27 April, 2008
Matahari dari dekat
Ni baru imej matahari pada jarak 5000km. Neraka? na'uzubillah. ..
Teringat plak pasal warna api neraka, dari merah, dibakar 1000 tahun, tukar
putih, dibakar
1000 tahun lagi, terus tukar warna hitam....
masya Allah, tengok tu warna hitam... yg itulah part paling panas dia...
berapa juta celcius
lah agaknya tu....
imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope
Pelik yang dicabul pula yang meminta maaf
"She was sensitive and moody at the time of the incident" menurut The Star. Beliau menambah telah kenal bekas menteri dari Pahang itu lebih 5 tahun dan kononnya bekas menteri itu sering bergurau senda dengannya tanpa apa-apa niat jahat.
When he jokes, he sometimes likes to touch my shoulder or arms but it is something that I accepted as normal among friends especially those we have known for a long time.
Beliau telah biasa dengan jenaka VIP berkenaan dan "cara-cara kasarnya" namun tidak pernah sebelum ini menolaknya atau berasa tersinggung.
Tidakkah menteri ini tahu akan batas pergaulan antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain yang bukan mahram? Atau memang itu sudah menjadi amalan biasanya? Yang saya hairan menteri "kurang ajar" itu tidak pun memohon maaf tetapi wanita yang dipegang, disentuh dan diraba olehnya itu pula yang meminta maaf!
Nasihat Iblis Kepada Nabi Nuh
Di antara manusia yang mendapatkan umur yang sangat panjang di dunia ini adalah Nabi Nuh as. Al-Quran menga takan bahawa dia pernah hidup di sekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun. Sepanjang masa itu Nabi Nuh telah menyeru mereka pada jalan Allah, namun hanya sedikit dari mereka yang kemudian mengikuti jalannya. Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari agama Allah, bahkan sering mengganggunya, Nabi Nuh memohon kepada Allah agar ditimpakan bencana kepada mereka. Allah mengabulkan permohonannya.
Nabi Nuh diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuat semua jenis makhluk hidup. Allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir yang sangat besar sehingga tidak satu pun dari mereka yang kafir akan tertinggal.
Tiba waktunya apa yang ditentukan oleh Allah. Bersama semua pengikutnya dan segenap pasangan makhluk melata lain Nabi Nuh naik ke atas kapal. Hujan mulai turun membasahi bumi. Nabi Nuh memperhatikan satu persatu dari mereka yang hadir di kapal. Tiba-tiba matanya memandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalnya.
"Siapa anda?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.
"Aku Iblis," jawabnya.
Dasar Iblis, dia tahu saja bagaimana cara masuk ke dalam kapal Nabi kekasih Allah itu. Dia boleh hadir di mana saja dia mahu. Bukan kerana dia makhluk ajaib, tetapi dia memang sangat gigih memperjuangkan usahanya.
"Mengapa engkau mahu ikut kami?" tanya Nabi Nuh lagi.
"Aku bukan mahu ikut kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu asal hati mereka bersamaku," jawab Iblis terus terang.
Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia. Fikirnya, semua manusia sudah tahu siapa dia. Sejak zaman Adam sampai hari kiamat. Mengapa harus berbohong lagi, kerana tidak semua yang manusia ketahui pasti akan diikuti.
"Keluarlah dari kapalku, wahai musuh Allah!" kata Nabi Nuh kepada Iblis.
Iblis tidak menjawab apakah mahu keluar atau akan tetap di sana. Sebelum Nabi Nuh, Allah juga pernah mengusirnya keluar dari syurga. Tetapi, dia masih saja membangkang perintah Allah dan terus berusaha menggoda Adam sampai berhasil.
Dia hanya berkata, "Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi yang dengannya aku akan boleh mencelakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tapi akan menyembunyikan darimu dua lainnya." Kemudian Allah mewahyukan pada Nuh agar tidak usah mendengarkan yang tiga, tapi dengar saja dua yang lainnya.
"Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang akan engkau sebutkan itu, tapi sebutkan dua strategi yang engkau sembunyikan dariku," jawab Nuh.
Iblis berkata, "Wahai Nuh aku akan berusaha membinasakan manusia dengan dua cara: pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka; dan kedua dengan cara menanamkan sifat serakah dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana serakah maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari syurga.
Setelah kapal Nabi Nuh mendarat dengan segenap penumpangnya, tiba-tiba si Iblis datang lagi menghampirinya. Dengan suara yang amat merdu dia berkata pada Nuh, "Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada di bumi ini."
"Terima kasih dari apa?" tanya Nabi Nuh ingin tahu.
"Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku," kata Iblis.
"Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau mendengki kerana ia telah mengantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau serakah kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya."
Lawak Mantol
MAN: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
TOL: Sebab aku jumpa dia mati dalam air!
MAN: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
TOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!
MAN: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
TOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
MAN: Semalam aku nampak hantu!
TOL: Uih! kau terkejut tak?
MAN: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
TOL: Mana kau tahu?
MAN: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
Bahan Dakwah Kpd Hindu
Posted on Saturday, April 26 @ 20:21:01 MYT by SongkokPutih
Oleh demokrusi
"
DAN hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran: 104)
Link
http://www.youtubeislam.com/view_video.php?viewkey=29ed4da8c3d3f5a3ae7c
Dr Meena hindu Brahman embraced Islam
Video di atas merupakan satu daripada pelbagai video menceritakan bagaimana orang bukan Islam tertarik kepada Islam. Mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan bangsa, cuma jarang jumpa bangsa India atau cina. kebetulan jumpa saya cuba utk kongsi bersama maklumat ini semoga ianya membantu kita menyampaikan dakwah kepada rakan-rakan yang belum Islam. Saya mencadangkan supaya setiap umat Islam sentiasa mempunyai beberapacopy quran terjemahan, cth Quran Terjemahan dalam BI oleh Abdullah Yusuf Ali unutk kita berikan kepada rakan-rakan yang belum Islam sebagai buah tangan.
Anda boleh mendapatkan bahan-bahan dakwah lain dalam BI dilaman web ini berikut:
http://www.idci.co.uk/
http://www.irf.net/irf/drzakirnaik/index.htm
Semoga maklumat di atas membantu kita semua menjadi orang yang akan
Sumber: tranungkite
26 April, 2008
Ina Naim menjadi ibu
Tahniah! Ina Naim kini dah jadi ibu. Ina atau nama penuhnya Nordiana Naim selamat melahirkan anak lelaki pada pukul 12.20 tengah hari tadi (25 April 2008). Bayi yang dilahirkan di Gombak Medical Centre, Sri Gombak, Selangor itu seberat 3kg. Semakin berserilah rumah tangga Ina dan suaminya penyanyi nasyid Suhaimi.
Lawak pendek - kambing yang setia
Pak Abdul ingin menjual seekor kambing yang sudah lama dipeliharanya. Ini terpaksa dilakukannya kerana dia sangat memerlukan wang dan hanya kambing itu sajalah yang dia ada...
Suatu hari Pak Abdul bertemu dengan seorang pembeli...
"Kenapa Pak Abdul ingin menjual kambing ini?" tanya pembeli
"Kerana aku sangat perlukan wang." Jawab Pak Abdul
"Boleh tak kalau harganya diturunkan sedikit?" Tanya Pembeli..
"Tidak boleh.. kerana saya tahu kambing ini adalah yang baik dan setia."
"Bagaimana Pak Abdul tahu yang kambing itu adalah kambing yg setia?"
"Iya.. sudah 5 kali aku menjualnya.. tetapi dia selalu kembali kpd aku."
Perkataan lazim yang kaum hawa sering gunakan
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.
CARA-CARA NAK KONTROL MALU
a. Jika diketawakan rakan ketika tertidur kat opis hingga meleleh air liur basi... terus bangun separuh sedar dan buat-buat kene sawan sambil keluarkan lagi air liur. Gerenti member korang akan panik dan berenti ketawakan korang.
b. Kalau tersilap menyapa orang yang tak dikenali... teruskan menganggap dia kenalah korang dan bagi dia duit kononnya korang pernah berhutang dengannya. Mesti dia pun mengaku korang kenalannya.
c. Jika ditegur orang kerana zip seluar terbuka... jawab je dengan selamba mengatakan ini adalah gaya berfesyen atau katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsafah 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak'.
d. Bercakap sorang diri kerana member ketinggalan kat belakang... teruskan bercakap dan ketawa sambil menyumpah member korang tu sensorang. Tentu orang takkan gelakkan kerana menyangka korang ada masalah mental kronik.
e. Tersilap masuk tandas wanita... buat-buat wajah glabah dan cemas sambil berlakon menyatakan tujuan korang masuk kerana nak mencari isteri atau awek korang yang dah sejam tadi tapi tak keluar-keluar lagik.
Teka teki hujung minggu
Soalan
1. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?
2. pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?
3. dlm banyak2 kenderaan, kenderaan apakah penumpangnya sorang ttp pemandunya ramai?
4. manakah yg lebih tua antara kereta dan motosikal?
5. kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?
6. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?
7. ikan apan yg sentiasa sejuk?
8. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?
9. buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?
10. dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?
11. lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?
12. andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?
13. apakah tempat ini ? semua memakai uniform dan tidak pernha berkurangan malahan semakin bertambah
14. emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?
15. apakah Negara yg banjir dulu sebelum hujan?
16. apakah solat yg ada 3 tahiyat?
17. apakah solat yg x de tahiyat
18. bagaimana utk naik haji jika x ade duti?
19. apakah tempat yg terkecil di dunia?
20. dlm banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?
21. apakah spesies ikan terbesar di dunia?
jawapannya adalah... ... ... ... ... ...
1. burung sedang tutup telinganya
2. daun teh
3. keranda
4. motor sebab ada tongkat
5. ikan jadi banyak sebab manusia x makan
6. meter bas
7. ikan jaket
8. kerana anak itu perempuan
9. buah dam
10. ikan
11. mancis
12. umur anda
13. perkuburan
14. Anas
15. Negara Bahrain
16. solat maghrib masbuk
17. sembahyang mayat
18. main dam haji
19. setapak
20. bola golf
21. spesies jerung sebab paus adalah mamalia
Koordinasi otak kanan dan kiri
Semasa anda duduk, putarkan kaki kanan anda mengikut arah putaran jam.
Dalam masa yang sama cuba tulis nombor 6 menggunakan tangan kanan anda... ..
Kaki anda akan bertukar putaran jam secara spontan, atau tersangkut...
Kenapa?? tak percaya ye.. ?? Hehehehehhhh... ..THERE IS A LOT OF THINGS WE DON'T KNOW ABOUT OURSELVES !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!