adsense

27 April, 2008

Pelik yang dicabul pula yang meminta maaf





Akhirnya semua selesai. Sipelapor telah menarik balik laporan polisnya, manakala tertuduh barangkali tersenyum lega.

Asalnya kita difahamkan seorang ahli Parlimen yang digugurkan sebagai Menteri kabinet baru-
baru ini dalam keadaan mabuk telah mencabul kehormatan seorang pelayan di sebuah "lounge" hotel lima bintang berhampiran Jalan Tun Sambanthan. Beliau dikatakan telah meraba tubuh wanita berkenaan tanpa kerelaan wanita itu.

Walaubagaimanapun semalam wanita berkenaan "tanpa dipaksa atau disogok" telah menarik balik laporan polis itu. Apa alasannya:

"She was sensitive and moody at the time of the incident" menurut The Star. Beliau menambah telah kenal bekas menteri dari Pahang itu lebih 5 tahun dan kononnya bekas menteri itu sering bergurau senda dengannya tanpa apa-apa niat jahat.
Kata beliau lagi:

When he jokes, he sometimes likes to touch my shoulder or arms but it is something that I accepted as normal among friends especially those we have known for a long time.
Apabila beliau berjenaka, beliau sering akan memegang bahu dan lengan saya, tetapi saya rela kerana ia sesuatu yang biasa terutama bagi kawan lama.

Wanita itu turut menambah lagi:
She was used to the VIP's jokes and "rough ways" and had never objected to his actions nor felt offended by it previously.

Beliau telah biasa dengan jenaka VIP berkenaan dan "cara-cara kasarnya" namun tidak pernah sebelum ini menolaknya atau berasa tersinggung.
Akhirnya menurut laporan The Star, wanita itu menyatakan kekesalannya kerana membuat laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan.

Tidakkah menteri ini tahu akan batas pergaulan antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain yang bukan mahram? Atau memang itu sudah menjadi amalan biasanya? Yang saya hairan menteri "kurang ajar" itu tidak pun memohon maaf tetapi wanita yang dipegang, disentuh dan diraba olehnya itu pula yang meminta maaf!

Apakah Pihak polis perlu menyiasat adakah wanita ini diugut atau disogok untuk menarik balik laporan ini, jika laporan ini palsu, demi menjernihkan imej dan nama baik bekas menteri itu, wanita inilah yang sepatutnya didakwa!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin