adsense

05 May, 2008

Panggilan Allah





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan




Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju
Mekah........aku bertanya pada Ibu.
"Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum, ini
pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.

Ibu adalah pemilik Maknah Tour
Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku
punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata..."Shinta,
Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.."

Keningku berkerut........"Sedikit sekali Allah memanggil kita..?"
Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?"
Saya menggelengkan kepala.


"Panggilan pertama adalah
Azan", ujar Ibu.
"Itu adalah panggilan Allah
yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".

Saya terpekur.....mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain.
Masya Allah.........

Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran". Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam.
Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".

Mata saya semakin berkaca-kaca.........Subhanallah.......saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.......Alhamdulillah...

"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah
KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya...Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah...........Insya Allah syurga adalah balasannya....."

** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah
karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan
dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat.........
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam...........**

Malu yang tak tahu malu





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan



"Sesekali datang ke Bandaraya
Bandaraya pesisir pantai
Usul asal tempat jualan
Hasilan lautan juga daratan



Sesekali datang ke bandaraya
Hati terpegun dengan perubahan
Ekonomi perdagangan melanda segala
Arus kuala berdesir irama



Anak gadis pingitan memenuhi bandaraya
Berjalan membonceng menumpang berkereta
Memenuhi segenap jalan dan lorong
Mencabar dada iman insan lelaki



Aku keliru dalam nyata
Gadis pingitan hilang jatidirinya
Berfesyen bergaya bagai tak malu
Berseluar ketat berbaju sendat
Bagai sibogel di dalam samar
Menampakkan segala bentuk yang perlu dijaga



Aku semakin keliru
Gadis pingitan bertudung kepala
Lagak persis manusia beragama
Memeluk lelaki bagai sisuami lakunya
Bersenda gurau laksana hero dan heroinnya
Apakah ini natijahnya bandaraya



Wahai si gadis yang budiman
Usah kalian sembunyi naluri kalian
Sikap malu kalian masih menebal
Perlukah di tarik baju singkat kalian
Tarik itu membawa makna
Kalian masih malu di alam tak tahu malu



Malukah kalian kalau ditakdirkan
Punyai anak cucu ikutkan kalian
Berpakaian tetapi menunjukkan badan
Mertua manakah inginkan kalian
Rasa - rasanya gelap masa depan



Kembalilah ke pangkal jalan
Jaga maruah diri
Peliharalah adap sopan
Kebahagiaan bukan menunjukkan badan
Maruah bukan harga jalanan
Ingatlah kita masih punya tuhan
Punya agama terang panduan



INGATLAH..
Walaupun kain kafan menutupi badan
Bahang neraka tetap terasa kesannya
Bertaubatlah
Anak - anakku
Kalian sebenarnya masih malu
Walaupun persis tak tahu malu


Sumber: tranungkite



Technorati Tags: , , , , , , , , , ,

04 May, 2008

Tsunami sungai di Trengganu





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


q

Ia boleh di anggap sebagai Tsunami sungai atau river tsunami. Pada 3 Mei 2008 , hujan di kawasan bukit telah menyebabkan takungan air di ulu sungai yang membekal aliran air ke Sekayu , kawasan perkelahan terkenal di Kuala Berang Terengganu. Pada hari sabtu memang Air Terjun Sekayu terkenal tempat berkelah orang dari Kuala Terengganu dan sekitarnya. Tanah yang menampung air hujan yang bertakung di bahagian atas air terjun tiba tiba pecah dan air jatuh dan meluru ke bahagian bawah bukit menuju kawasan perkelah air terjun Sekayu dengan laju dan berat .

Air yang mempunyai berat dan laju ini telah jatuh kekawasan perkelahan air terjun saperti sebiji batu besar atau ais besar sehingga riak nya menyambar mereka yang berkelah di sekitar air terjun Sekayu. Dua pemuda maut di hanyut arus , lemas dan cedera. Seorang yang turut maut ialah wanita. Seorang yamg maut dari Cendering , seorang dari K Brang dan seorang dari Rusila. Pemuda dari Rusila cuba menyelamatkan kanak kanak 6 tahun dari di lari ombak namun beliau sendiri maut.

Kita berdoa agar mereka di cucuri rahmat dari Allah Azzawajalla Memang terdapat Tsunami sungai dan ini banyak berlaku di kawasan berbukit namun kematian jarang berlaku. Di luar negara tsunami sungai boleh di sebabkan oleh tanah runtuh kedalam sungai atau tasik atau pun salji runtuh. Berikut adalah video berkenaan dengan tsunami sungai di luar negara. Untuk melihat video sila ke laman web al muslimin http://almuslimin2.blogspot.com
"





Technorati Tags: , , , ,

Best Photo Mohd Haziq yang gigih





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


Oleh ahmadhadeed



"
Ini adalah salah satu gambar dalam koleksi photo journalism dari pemenang Best Photo Essay category of the Malaysian Press Institute (MPI) – Petronas Malaysian Press Awards, Azhar Maarof dari surat khabar Star. Photo essay ini menangkap sehari kehidupan Mohamad Haziq 12 tahun, seorang pelajar cacat yang gigih menghadapi kehidupan harian.



Bagi Azhar Maarof kesabaran dan tekun adalah kunci kejayaan nya. Untuk merakam photo essay ini , Azhar mengambil masa dua hari , bercakap dengan bapa Haziq dan Haziq untuk kebenaran merakam dan matlamatnya. Beliau berjaya menghasilkan satu photo essay menarik yang mengerakkan ribuan hati insan. Tahniah.


Untuk koleksi photo berkaitan dengan tajuk Amazing Haziq sila ke http://almuslimin2.blogspot.com

03 May, 2008

Don't worry, I got a lot of XXX in my country





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan



Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba . Sebelah aku pulak orang Bangladesh . Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu d eng an duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis terc eng gang. .si Cuba ni pun tiba-tiba m engeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" kata American tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku t eng ok Bangladesh tu t eng ah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia t eng ah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,
"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

10 Sebab Tidak Digalakkan Pilih Suami orang





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan



1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!



6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Koleksi Lawak Pendek





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Gajah dalam cawan

SUATU HARI SEORANG LELAKI SEDANG MINUM DI SEBUAH KEDAI KOPI SEORANG MAMAK.

Tiba2 lelaki tu terkejut lalu memanggil mamak.Mamak dengan pantas tiba dimeja lelaki. "Hei... mamak mengapa dalam kopi aku ni ada lalat? "Mamak terkebil-kebil lalu menjawab.. "Awak bayar harga secawan kopi satu ringgit lima puluh sen saja, takkan awak mahu gajah pulak dalam cawan awak!".Lelaki tu garu kepala... ..serba salah..

SEKRETARI BARU
tugas sekretari Seorang boss sangat frust dan marahpada sekretari barunya.

Sekretarinya itu mengabaikan bunyi telepon. "Kamu harus menjawab telepon itu," kata si boss dengan marahnya.

"Baiklah," jawab si sekretari, "tapi itu pekerjaan yang sia-sia, 9 dari 10 telepon yang masuk bukan untuk saya, tetapi untuk boss."

PROFESSOR SIBUK

Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya... Sia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..

"abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan". pesan isterinya

"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.

"Di rumah saja lah bang..".

"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu... ".


PINGGAN DARI KELANTAN

ade sorang kwn ni,namenye amat... die br knl sorang member kt tmpt keje br die name kwn baru die apit... so si apit ni ajak ar amat ni pegi mkn kt umah die sbb apit kate die pndi masak... ..so nak pendekkan cite dh siap msk apit pon pelawa amat makan... amat ni sbnrnye dah terlampau lapar tp sj xnak bg si apit tau... mase makan2 tu si amat ni nak mintak tmbh nasi lagi tp mcm malu plak... yelah sblm tu pon die dh mntk tambah 2 kali... so die pon ckp ar kat apit ni..

amat : apit,cantik ar pinggan ni..mane ko beli ye?
(sambil menunjukkan pinggannye yg tlh kosong)

apit : oooo..(tande paham)..tu mak aku belikan kt kelantan same2 ngan periuk ni...
(sambil menunjukkan periuk yg kosong gak sbb nasik dh abih..)

amat : oooo... ... .

Memerhati yang tersayang tidur





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan



Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur.....

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedar ila h, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang in ila h yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang in ila h, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang in ila h yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang in ila h yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu...
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,
Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir
perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
d ila kukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka
saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resap ila h kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan
rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka "orang-orang terkasih itu"
tak lagi membuka matanya,
untuk selamanya ... "

Fesyen kuku





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan

Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan tetapi kalau dah melampau gelik la pulak..biasalah diaorang beristinjak guna tisu jer..


Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Buaya Putih





klik disini untuk menjana pendapatan internet 5 angka sebulan


Buaya putih atau dipanggil Albino Crocodile. Berada di Florida US

02 May, 2008

Stairlift ...........





Stairlift ...........
wait for 2 minutes to load animation picture







Technorati Tags: , , , , , ,

Blog Mahathir persoal s'jaya kehakiman








Jimadie Shah Othman | May 1, 08 3:53pm
Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim kerana ia memerlukan sokongan pembangkang.

Mantan perdana menteri itu berkata, penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pindaan perlembagaan sedangkan kerajaan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga dalam parlimen.

Dalam tulisan sulung di blognya "Dr Mahathir Mohamad" (www.chedet.com), beliau berkata pindaan ini hanya boleh dilakukan dengan sokongan sekurang-kurangnya sembilan undi ahli parlimen pembangkang.

dr mahathir blog chedet dot com website 010508"Apakah kerajaan bercadang bekerjasama dengan pembangkang berkenaan isu ini, dan menunjukkan kelemahan mereka (kerajaan) sendiri?

"Adakah ia akan memulakan quid pro quo (sesuatu untuk sesuatu), tawar-menawar dengan pembangkang? Tentu menarik melihat bagaimana PM bercadang mengendalikan hal ini."

Beliau juga bertanya kedudukan dan peranan perdana menteri dalam suruhanjaya.

"Tentu menarik jika kita dapat mengetahui perincian lengkap prosedur (suruhanjaya), terutamanya peranan perdana menteri," katanya.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Abdullah pada majlis jamuan makan malam anjuran Majlis Peguam 17 April lalu.

Ia ditubuhkan untuk memulihkan kewibawaan sistem kehakiman yang dianggap tercemar sejak krisis 1998. Di majlis yang sama, perdana menteri juga mengumumkan bayaran ex-gratia kepada lima bekas hakim kanan yang terbabit dalam krisis itu, termasuk bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abbas.

bar council judiciary dinner 170408 salleh abas gani patail zaid ibrahimDr Mahathir membangkitkan persoalan-persoalan itu berikutan tiada keterangan lanjut dibuat selepas pengumuman dua minggu lalu.

"Adakah suruhanjaya ini akan melantik sendiri hakim-hakim atau adakah ia hanya mencadangkan nama-nama untuk persetujuan PM, atau adakah suruhanjaya itu mencadangkan (nama-nama) terus kepada (Yang di-Pertuan) Agong supaya baginda dapat menggunakan kuasa istimewanya (melantik hakim)?" katanya.

"Atau perlukah Agong menunggu perkenan Majlis Raja-raja Melayu? Atau Majlis Raja-raja hanya memberi nasihat seperti amalan sekarang?

"Atau Raja-raja berhak menolak calon (hakim), dan meminta calon-calon baru atau menamakan calon baru yang menjadi pilihan mereka?"

Tambahnya, pelantikan hakim telah termaktub dalam perlembagaan dan sebarang perubahan harus melibatkan pindaan dokumen penting tersebut.

Sumber: Malaysiakini

Technorati Tags: , , , , , , , , , ,


Kenapa suka cium anak?





Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat
syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang
menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya
itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab



Technorati Tags: , , , , , ,

Anak sapa la ni, mengalahkan orang putih





Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur.

Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang
boyfriendnya yg bermata biru.

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya.
Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan
perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ...
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********

Mike....

I WANT TO CUT CONNECTION US.

I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only.
Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she.

You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three.

So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know his result I pick is very correct, because you love she very high from
me.

So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver.

I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.

Safe walk..
Tijah


Technorati Tags: , , , , ,
Blog Widget by LinkWithin