Mereka Memilih Islam (1)
(Kisah-kisah pengislaman Dr. Gary Miller (Pakar Matematik Kanada) / Aminah asSilmi (Bekas Kristian dan Aktivis Pembebasan Wanita) / Idris Tawfiq (Bekas Paderi) / Estanislao Soria (Bekas Paderi) / Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika) / Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian London)
Dr. Gary Miller (Tokoh Ilmu Teologi Kristian Dari Kanada, Pakar Matematik)
Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar) berasal daripada Kanada. Beliau merupakan seorang pakar matematik yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian. Pada tahun 1978 beliau dihadiahkan al-Quran dan selepas membacanya beliau mula menyedari tentang kepincangan Bible dan kebenaran al-Quran. Beliau terus memeluk agama Islam dan merupakan seorang pendakwah Muslim yang komited hinggalah ke hari ini. Antara tulisan beliau yg menarik ialah yang bertajuk "The Amazing Quran" (Quran Yang Mengagumkan). Dalam tulisan ini beliau
membuktikan bahawa al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik. Antara tulisannya ialah, "Seperkara yang mengejutkan golongan yang bukan Islam selepas mereka mengkaji al-Quran ialah, ia tidak seperti apa yang mereka jangkakan. Bagi mereka, al-Quran ialah sebuah kitab tua yang datang dari padang pasir Arab dan berumur lebih kurang 14 abad. Justeru mereka menjangkakan, isi-isinya pasti juga tua lagi kuno seperti umurnya. Sebahagian daripada mereka pula menjangkakan, oleh kerana ia datang dari padang pasir, ia pasti banyak bercerita tentang padang pasir. Tiba-tiba mereka menyedari bahawa ia tidak seperti itu....
Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya. Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. Jika seseorang mengutarakan sesuatu teori, pakar-pakar sains tidak akan mempedulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik. Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar". (Rujukan: http://www.islamicity.com/science/theamazingquran.shtml)Aminah asSilmi (Bekas Kristian Protestan Amerika, Aktivis Pembebasan Wanita Radikal)
Aminah as-Silmi ialah seorang bekas Kristian Protestan dari kumpulan Gereja Southern Baptist. Beliau juga merupakan seorang aktivis dari kumpulan pembebasan wanita yang radikal dan pernah bertugas sebagai seorang wartawan penyiaran. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar dan mendapat pelbagai anugerah kecemerlangan ketika berada di sekolah. Ketika di kolej beliau terpaksa belajar dengan wanita-wanita Arab yang rata-ratanya memakai tudung. Beliau menganggap mereka sebagai "golongan yang menjijikkan."
Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berdakwah kpd mereka agar mereka menganut agama Kristian.
Untuk tujuan itu beliau telah mengkaji Islam dengan mengkaji al-Quran, Sahih Muslim dan 15 buku yang lain. Kajian terhadap Islam ini berterusan selama 2 tahun dan akhirnya persepsinya terhadap Islam telah berubah. Ketika itu barulah beliau menyedari betapa Islam merupakan agama yang amat memuliakan wanita. Pada tanggal 21 Mei 1977, beliau mengucap dua kalimah syahadah. Selepas memeluk Islam beliau berpakaian menutup aurat dan tindakan itu menyebabkan beliau kehilangan kerjayanya sebagai seorang wartawan penyiaran di Denver. Malah mahkamah memutuskan beliau dipisahkan daripada anak-anaknya disebabkan keislamannya. Akhirnya, dengan izin Allah, anak-anaknya, ibu bapanya dan bekas suaminya memeluk Islam... (Rujukan: http://www.texnews.com/religion97/muslim110197.html)
Idris Tawfiq (Bekas Paderi Roman Katolik UK)
Idris Tawfiq ialah seorang bekas paderi Katolik (Roman Catholic). Beliau memperoleh ijazah dalam bahasa Inggeris dan Sastera daripada Universiti Manchester, dan dalam bidang Teologi (Sacred Theology) atau Ilmu Ketuhanan daripada Pontifical University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Sebelum memeluk Islam beliau berpandangan Islam ialah satu agama kolot yang merendahkan martabat wanita, mementingkan keganasan dan mengajak umatnya agar
mengebom diri untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Ketika beliau bercuti di Mesir selama seminggu beliau mula menyedari bahawa umat Islam secara umumnya tidak seperti yang dipaparkan dalam media massa di Barat.
Apakah perbezaan yang besar antara agama Kristian Katolik dan Islam? Beliau menjawab, "Asas bagi agama Islam ialah Allah. Kesemua perkara adalah berpaksikan Allah... Ia tidak menjadikan, sebagai contoh, Nabi Isa sebagai paksi. Seperkara yang lain ialah, Islam merupakan satu agama yang komprehensif. Ia bukan satu agama yang menekankan ibadah pada hari-hari tertentu (contohnya hari Ahad) sahaja. Sebaliknya, Islam mengajar umatnya tentang cara untuk menyapa orang lain, adab-adab makan minum, adab-adab memasuki bilik, malah tentang setiap perkara." (Rujukan: http://www.idristawfiq.com/)
Estanislao Soria (Bekas Paderi Roman Katolik Filipina)
Estanislao Soria ialah seorang paderi Kristian dari mazhab Katolik (Roman Catholic) yang berasal dari Filipina. Beliau mendapat pendidikan dan memperoleh ijazah dari Xavier University dan Loyola School of Theology, Ateneo de Manila University. Ketika pemimpin Islam Moro, Nur Misuari, bercadang untuk menjadikan Mindanao sebuah negara Islam terpisah daripada Filipina, Estanislao Soria menentang cadangan itu. Beliau (yang lebih dikenali di Filipina sebagai 'Father Stan') berazam membuktikan penentangan beliau itu secara ilmiah.
Justeru beliau telah membuat kajian yang mendalam dalam bidang sosiologi dan sejarah Filipina untuk membuktikan bahawa cadangan Nur Misuari adalah tidak berasas sama sekali. Di samping itu beliau berasa perlu untuk berdakwah kepada orang-orang Islam bertujuan untuk membawa mereka kepada Kristian. Untuk mencapai tujuan ini buku-buku tentang Islam telah beliau baca dan kaji.
Akhirnya sesuatu yang mengejutkan telah berlaku, iaitu, selepas beliau mengkaji Islam beliau menyedari bahawa Islamlah agama yang sebenarnya dan seterusnya memeluk agama Islam pada tahun 2001. Beliau mendapati banyak pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh Kristian seperti Thomas Aquinas adalah berasaskan ajaran Islam. Beliau berkata, "Kajian saya menyedarkan saya bahawa tamadun Barat sebenarnya berkembang kesan daripada ajaran Islam... Saya juga menyedari bahawa Gospel mengikut Barnabas adalah lebih sahih (credible) jika dibandingkan dengan keempat-empat Gospel yang terdapat dalam Bible sekarang (iaitu Gospel mengikut Mark, Matthew, Luke dan John)." (Gospel mengikut Barnabas menceritakan dengan jelas tentang pengutusan nabi Muhammad selepas nabi Isa). (Rujukan: http://www.islamonline.net/english/Journey/2005/11/jour01.shtml)
Michael Wolfe (Dari Keluarga Kristian-Yahudi Amerika, Wartawan)Michael Wolfe berasal daripada Amerika. Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Justeru berlatarbelakangkan itu beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian namun kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang
terpilih (iaitu golongan Yahudi), dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula diselimuti pelbagai misteri.
Beliau menegaskan, "Agama kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit yang susah untuk difahami. Agama itu tidak memerlukan manusia perantara seperti paderi. Ia tidak menentang perkara tabii seperti seks. Dalam agama itu perlu ada ritual atau amalan harian agar dengan itu kesedaran diri dapat dipertajam dan minda dapat disiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu membuang akal fikiran untuk digantikan dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli... Dan semakin saya mengkaji Islam semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari.".... Antara buku yang beliau karang ialah 'The Hajj: An American's Pilgrimage to Mecca' dan 'One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage'. Beliau mendapat Anugerah Wilbur 2003 kerana buku agama terbaik yang dihasilkan. (Rujukan: http://www.islamonline.net/English/artculture/2002/12/article09.shtml)
Rosalyn Rushbrook (Berijazah Dalam Teologi Kristian, Penulis Dari London)
Ruqaiyyah Waris Maqsood dilahirkan pada tahun 1942 di kota London, UK. Nama asalnya ialah Rosalyn Rushbrook. Beliau dibesarkan sebagai seorang Kristian dan memperoleh ijazah dalam bidang Teologi Kristian daripada Universiti Hull pada tahun 1963. Pengetahuan beliau yang mendalam dalam ilmu Kristian merangsang beliau untuk menulis beberapa buah buku tentang agama itu.
Antara buku yang ditulis beliau ialah 'In the Steps of Jesus', 'Jesus of Nazareth', 'Does God Have a Body?' dan 'The Trouble with God'.
Namun pengetahuannya yang mendalam tentang Kristian juga menyedarkan beliau tentang kesesatan agama Kristian terutamanya yang berkaitan dengan konsep triniti. Akhirnya beliau memeluk Islam pada tahun 1986. Pada hari ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai buku tentang Islam dan pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Anugerah Iqbal kerana sumbangannya. (Rujukan: http://www.welcome-back.org/profile/maqsood.shtml)
Disusun dan edit oleh Dr. Danial Zainal Abidin untuk mindasuper.com
ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
05 May, 2008
Mereka memilih Islam
Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal
Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf..
"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."
"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah."
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."
Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.
Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.
Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya."
Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a..w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."
Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.
Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."
Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita. Wallahu A'lam.
Technorati Tags: dajjal, khutbah Rasulullah, Nabi Muhammad SAW, kisah dajjal, akhir zaman, tanda kiamat
Bagaimanakah anda menilai pekerjaan anda?
Adakah anda mendapat kepuasan bekerja yang setimpal dengan usaha yang anda berikan?
Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan. Untuk mengetahui sama ada pekerjaan atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah. Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.
Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (a) untuk jawapan ‘ya’ atau (x) untuk ‘tidak’.
Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?
1. Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?
2. Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?
3. Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?
4. Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?
5. Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?
6. Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?
7. Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?
8. Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?
9. Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?
10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?
11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?
12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?
13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?
14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?
15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?
Bagaimanakah kedudukan anda?
Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan ‘Ya’, berikan diri anda 1 markah.
Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.
Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.
Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.
Technorati Tags: pekerjaan, mencari pekerjaan, jawatan kosong, gaji, kepuasan bekerja, cari kerja kosong
Harga Minyak Terkini
Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi. Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen. Ini meletakkan negara kita di nombor melebihi 35 antara negara-negara yang paling murah harga minyak petrol domestic. Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen:
1. Venezuela 12 cents
2. Iran 40 cents
3. Saudi Arabia 45 cents
4. Libya 50 cents
5. Swaziland 54 cents
6. Qatar 73 cents
7. Bahrain 81 cents
8. Egypt 89 cents
9. Kuwait 90 cents
10. Seychelles 98 cents
38. Malaysia $2.40
45. United States $3.45
Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah.
Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja.".
sumber :
http://anakbapa.blogspot.com/2008/05/betapa-mahal-harga-minyak-petrol-negara.htm
Technorati Tags: minyak, minyak naik, harga minyak petrol, akibat naik minyak, harga minyak, petronas, akibat minyak naik
Sumbangan Fisabilillah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
PELAWAAN MENGADAKAN MAJLIS MERAIKAN ANAK-ANAK DI RASK
Assalammualaikum wrt.wbt.
Terpanggil kami setelah membuat lawatan ke Rumah Amal Siraman Kasih (RASK) untuk membela
nasib anak-anak yang kurang bernasib baik di sini.
Rombongan pengurusan & kaki tangan Pusat
Pengajian Ummu Ain telah melakukan lawatan ke pada hari Ahad bersamaan 10 Februari 2008.
Sehubungan dengan itu, Pusat Pengajian Ummu Ain sedang berusaha untuk mencari penaja dan
penyumbang-penyumbang bagi membiayai keperluan RASK ini.
BUAT MASA TERDEKAT INI KEPERLUAN YANG UTAMA IALAH :
A.
Barang-barang keperluan dapor: beras, gula, tepong, telor, buah-buahan dan yang
seumpamanya
B.
Melunaskan sewa bulanan bangunan dan utiliti (api dan air)
C.
Alat pandang-dengar & PA System: RASK memerulakan alat di dalam setiap majlis yang ingin
dianjurkan.
D.
Membuat papan tanda atau banner, agar masyarakat sekitar sedar akan kewujudan , dengan
itu mereka sendiri boleh melihat bersama keperluan anak-anak ini.
E.
Permainan Taman & Kerusi-Meja bagi TADIK yang baru dibuka di bawah kendalian RASK,
samada baru atau terpakai.
F.
Sebuah Van panjang bagi kemudahan pengangkutan anak RASK ke sekolah dan ke kelas KAFA
Anda boleh menghubungi mereka terus di talian:
Kamariah bt.
Yaakob : 016-3313546
(Atau lebih dikenali dengan pangillan Mak Kamariah)
Sumbangan cek untuk Rumah Amal boleh di buat atas nama:
RUMAH SIRAMAN KASIH / MAYBANK ACC.
: 5620-8810-7061
Sumbangan melebihi RM500 pelepasan cukai disediakan :
RUJ : LHDN 01/35/42/51/179-6.
5132
Anda yang telah menyumbang, sila maklumkan kepada saya untuk tujuan semakan & pengasingan.
“YANG MEMBANTU DIBANTU”
http://www.
ummuain. com/rumahamal.
htm
Wakil PP Ummu Ain : 017-2038460
PERHATIAN !!!
Ramai yg menghadapi masalah utk bank-in ke akaun Rumah Siraman Kasih, sekiranya berlaku
demikian boleh gunakan akau Maybank Tadika Ummu Ain.
Cuma bila dah bankinkan, minta detail transaction dan cc: kepada Mak Kamariah supaya mak
saya tak keliru dan Mak Kamariah boleh mengingatkan saya. Takut terguna duit anak2 RASK tu.
No Akaun Maybank Tadika Ummu Ain : 5261-1200-3129
http://www.
ummuain. com/rumahamal.
htm
Wakil RSK (Lembah Klang) :
017-2038460
"SEDEKAH ITU LEBIH TAJAM DARIPADA DOA"
Panggilan Allah
Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah........aku bertanya pada Ibu.
"Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?" Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.
Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.
Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.
Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.
Ibu berkata..."Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup.."
Keningku berkerut........"Sedikit sekali Allah memanggil kita..?"
Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?"
Saya menggelengkan kepala.
"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu.
"Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti".
Saya terpekur.....mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah.........
Ibu melanjutkan, "Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran". Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu".
"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya...Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah...........Insya Allah syurga adalah balasannya....."
** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.....
Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat.........
Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam...........**
Malu yang tak tahu malu
"Sesekali datang ke Bandaraya
Bandaraya pesisir pantai
Usul asal tempat jualan
Hasilan lautan juga daratan
Sesekali datang ke bandaraya
Hati terpegun dengan perubahan
Ekonomi perdagangan melanda segala
Arus kuala berdesir irama
Anak gadis pingitan memenuhi bandaraya
Berjalan membonceng menumpang berkereta
Memenuhi segenap jalan dan lorong
Mencabar dada iman insan lelaki
Aku keliru dalam nyata
Gadis pingitan hilang jatidirinya
Berfesyen bergaya bagai tak malu
Berseluar ketat berbaju sendat
Bagai sibogel di dalam samar
Menampakkan segala bentuk yang perlu dijaga
Aku semakin keliru
Gadis pingitan bertudung kepala
Lagak persis manusia beragama
Memeluk lelaki bagai sisuami lakunya
Bersenda gurau laksana hero dan heroinnya
Apakah ini natijahnya bandaraya
Wahai si gadis yang budiman
Usah kalian sembunyi naluri kalian
Sikap malu kalian masih menebal
Perlukah di tarik baju singkat kalian
Tarik itu membawa makna
Kalian masih malu di alam tak tahu malu
Malukah kalian kalau ditakdirkan
Punyai anak cucu ikutkan kalian
Berpakaian tetapi menunjukkan badan
Mertua manakah inginkan kalian
Rasa - rasanya gelap masa depan
Kembalilah ke pangkal jalan
Jaga maruah diri
Peliharalah adap sopan
Kebahagiaan bukan menunjukkan badan
Maruah bukan harga jalanan
Ingatlah kita masih punya tuhan
Punya agama terang panduan
INGATLAH..
Walaupun kain kafan menutupi badan
Bahang neraka tetap terasa kesannya
Bertaubatlah
Anak - anakku
Kalian sebenarnya masih malu
Walaupun persis tak tahu malu
Sumber: tranungkite
Technorati Tags: gadis bertudung, gadis bertudung sexy, tak tahu malu, pepatah, pantun, masyarakat, masalah sosial, perempuan bertudung, gambar gadis bertudung, gadis, gambar tudung
04 May, 2008
Tsunami sungai di Trengganu

Ia boleh di anggap sebagai Tsunami sungai atau river tsunami. Pada 3 Mei 2008 , hujan di kawasan bukit telah menyebabkan takungan air di ulu sungai yang membekal aliran air ke Sekayu , kawasan perkelahan terkenal di Kuala Berang Terengganu. Pada hari sabtu memang Air Terjun Sekayu terkenal tempat berkelah orang dari Kuala Terengganu dan sekitarnya. Tanah yang menampung air hujan yang bertakung di bahagian atas air terjun tiba tiba pecah dan air jatuh dan meluru ke bahagian bawah bukit menuju kawasan perkelah air terjun Sekayu dengan laju dan berat .
Air yang mempunyai berat dan laju ini telah jatuh kekawasan perkelahan air terjun saperti sebiji batu besar atau ais besar sehingga riak nya menyambar mereka yang berkelah di sekitar air terjun Sekayu. Dua pemuda maut di hanyut arus , lemas dan cedera. Seorang yang turut maut ialah wanita. Seorang yamg maut dari Cendering , seorang dari K Brang dan seorang dari Rusila. Pemuda dari Rusila cuba menyelamatkan kanak kanak 6 tahun dari di lari ombak namun beliau sendiri maut.
Kita berdoa agar mereka di cucuri rahmat dari Allah Azzawajalla Memang terdapat Tsunami sungai dan ini banyak berlaku di kawasan berbukit namun kematian jarang berlaku. Di luar negara tsunami sungai boleh di sebabkan oleh tanah runtuh kedalam sungai atau tasik atau pun salji runtuh. Berikut adalah video berkenaan dengan tsunami sungai di luar negara. Untuk melihat video sila ke laman web al muslimin http://almuslimin2.blogspot.com
"
Technorati Tags: tsunami, tsunami sungai, tsunami trengganu, video tsunami, isu hangat gambar tsunami
