adsense

14 May, 2008

Gadis yang cantik jelita





src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">



Gambar hiasan.

Apa rasamu?

Apa rasamu hai gadis
bila ada teruna
memuji wajahmu cantik nan ayu
melirik senyum cuba menjaring

Nafsumu kata "oh.. cantiknya aku."
Akalmu kata "hmm kena jual mahal."
Ilmumu kata "dia cuma memuji, tak lebih dari itu."
Imanmu kata "aku menjadi fitnahkah?"

Oh gadis
dirimu memang hiasan dunia
tapi cantikmu bukan pameran
ayumu bukan murahan

Yang tertutup kan lebih baik
terlindung suci dari godaan.

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI





src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">



Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.


INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI

DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Pesanan kepada remaja





src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">


Adikku,
kita lahir sebersih kain putih yg tiada kotoran
kita di asuh dengan ajaran turun temurun oleh ibu bapa kita
kita diberi sokongan untuk maju kehadapan

adikku
kita telah kenal siapa kita
telah kenal ibubapa kita
telah kenal pergolakan dunia sekarang

adikku,
gerak kita ada batasnya
keputusan kita masih mentah
rujuk pada ibu bapa

adikku,
dunia sekarang semakin menggila
kita perlu berada di arus yg betul
kita perlu mengawal diri

adikku,
sebelum terpesong
rujuk pada ibu bapa
sebalum terlambat kembali pada ajaran agama
sebelum musnah jangan cuba mulakan

adikku ,
perlengkapkan diri sebelum meredah arus
dunia... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .


*gambar hiasan

Adoi ini budak..





Panduan Yahoo Search Marketing


Anak sapa la ni ek...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Saat jasad di talkinkan





Panduan Yahoo Search Marketing


Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di
atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.



Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat

berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.


"Mengucap sayang mengucap.... .Asyhaduallailah aillallah. ........" ucapan

itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.Itu suara ibu manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.



"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang.Mungkin abang baru sampai.
"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu 'kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir
sahaja.. Kita perlu usaha".


Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu..datanglah... ..Tapi mataku....... ..semakin gelap.

Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.


"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah.

"Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,
abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.




"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.


Tapi,ibu.... .aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.



"Yassin..... ."..bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang.



Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang.Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut dtang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.

Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.

Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.



"Tolong ibu tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.
Apa mereka semua sudah pekak?
Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.Keluhan dan rintihan.


"Panas,dahaga, haus,panas. .......". tapi tiada siapa pun yang peduli.


Nenekku datang,"Nenek. ......... ..".


"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau
cucu mahu masuk syurga,minum air ini".


"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.



" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi....." .


Ayah.......kau datang ayah......." .



"Matilah dalam agama yahudi anakku. matilah dalam agama nasrani tulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".


"Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku? ?Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??



"Mengucap sayang, mengucap.Asyhaduall ailahaillallah. .. . . ..". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu..

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".


Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung

hijau,katanya "Mari ikut kami"..


cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang

"Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut........ !!!!!!".



Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.


"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah....... "..

Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.
Lalu,i nnalillahiwainnail aihirajiuun. ...Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan
menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk.


"Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah
hari ini?Ah,busuknya, hanyirnya, hancingnya. ......".


"Assalamualaikum. .....".

"Siapa yang memberi salam itu?".

"Aku".

"Kau siapa wahai pemuda???".




Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning, coklat dan
entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya. .....jijik,loya,aku rasa........ teramat loya melihatnya.


"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawabku tegas.

"Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari".


"Bohong!".Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya. .

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini"..
"Akulah amalanmu yang keji........ ..".




Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya ! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam
sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.



Oh!Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat

yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana

Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak. tapi itu semua telah
berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.


Apa yang aku harus lakukan!!!!!



Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air.


Air apa ini?????


"Tolong....sejuk! !!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.
"Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! !!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu. .....malu. .....!!!! !!".



Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.

kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu..


"Nanti,tunggu! !jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku

macam ini?Tolong rimas.....panas. .......".Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.



Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang

pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang
sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.



"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" .Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku' ,sujud dan tahiyyat.



Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".



"Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu,kak long,kak ngah
dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".


Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!" .

Setibanya di tanah perkuburan,kelihata n satu liang yang besaiz dengan

jasadku. Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam
liang itu.


"Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".


Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki..Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.


"Tanah apa ini?".

"Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".


Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.


"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua
benar....... .".


Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.

Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sdikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.


Terasa semakin gelap dan......aku kini keseorangan. .



"Nanti!Nanti! Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.
Aku takut!!!Gelap! !!Panas!! !Tolong!!!!

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI





src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.


Wallahualam...

Gambar ngeri





Panduan Yahoo Search Marketing


baby tercampak dari perut ibu yg digilis keretapi (18SG)


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Cekak rambut dari kulit babi





Panduan Yahoo Search Marketing




evita_web.jpg



Kredit : ppim

Muat turun fail anak yang kurang ajar





Sebagai seorang anak, jadikanlah cerita ini sebagai iktibar.


Download fail kisah tersebut di---> SINI

HADIAH BUAT INSAN TERSAYANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA





Menurut Imam Ahmad bin Hambal, Ulama telah membuat kesimpulan bahawa apa pun jenis kebaikan yang diniatkan untuk dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal, pahalanya akan sampai kepada almarhum atau almarhumah.


Amalan-amalan tersebut di antaranya:

1. Mendoakan dan memohonkan keampunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika kalian mensolatkan jenazah, berdoalah dengan ikhlas untuknya.""Ya Allah, berilah ampunan bagi orang yang masih hidup mahupun yang telah meninggal di antara kami."


2. Bersedekah.

Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal. Dapatkah aku
bersedekah atas namanya?" Beliau menjawab, "Ya, dapat."


3. Berpuasa.

Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata,"Seorang lelaki menemui Nabi s.a.w. dan bertanya,Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia sedangkan ia mempunyai kewajiban berpuasa selama sebulan. Apakah aku dapat memenuhi kewajiban itu untuknya?, Rasulullah s.a.w menjawab, 'Ya'.Rasulullah s.a.w bersabda,sesungguhnya hutang kepada Allah lebih layak ditunaikan.


4. Haji

Al Bukhari meriwayatkan, Ibnu Abbas berkata, "seorang perempuan dari Juhainah menemui Nabi s.a.w dan bertanya, sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk berhaji, tapi dia belum memenuhinya sampai dia meninggal. Apakah aku boleh berhaji untuknya? Rasulullah s.a.w menjawab, berhajilah untuknya. ....tunaikanlah (untuknya) kerana Allah lebih berhak menerima pembayaran."


5. Solat

Ad Daruquthni meriwayatkan, "Seseorang lelaki bertanya, Ya Rasulullah s.a.w, sesungguhnya aku mempunyai ibu dan bapa. Aku berbakti kepada mereka selama mereka masih hidup. Bagaimana cara aku berbakti kepada mereka setelah mereka meninggal? Rasulullah s.a.w menjawab, sesungguhnya perbuatan
baik setelah mereka meninggal, engkau solat untuk mereka dengan solatmu dan engkau berpuasa untuk mereka dengan puasamu."


6. Membaca al Quran

Hadiah membaca al Quran akan sampai pahalanya apabila pembaca al Quran tidak menerima upah kerana Rasulullah s.a.w mengharamkanmencari nafkah dan kekayaan dengan membaca al Quran. Setelah pembacaan al Quran selesai, maka pembaca hendaklah mengucapkan 'Ya Allah sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada....(nama almarhum dan almarhumah)

Antara cinta dan suka





Panduan Yahoo Search Marketing

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta....
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….

Tetapi, hakikatnya¦
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi!

13 May, 2008

Kentut kajian saintifik





src="http://www.impaksearchmarketing.com/images/488x60.jpg" align="center" alt="Panduan Yahoo Search Marketing">


KENTUT

1. Darimana asal kentut?

Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteri dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?

Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteri serta reaksi kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbondioksida. Bakteri juga menghasilkan metana & hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteri dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karena tubuhnya tidak sempat mengabsorbsi oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua senyawa ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging punya peran besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacangan berperan dalam memproduksi volume kentut, bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Karena adanya vibrasi lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas & sempitnya lubang anus.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak bersuara?
Salah satu sumber kentut adalah bakteri. Fermentasi bakteri & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingnya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & jenuh dengan produk metabolisme bakteri yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya, tapi SBD (Silent But Deadly).

Antara Karpal dan Ghani Patail-kenapa Abdullah tidak bertindak serupa?





Panduan Yahoo Search Marketing


Dilulus terbit pada Monday, May 12 @ 14:52:06 MYT oleh greenboc
Komentar Oleh alhusseyn

"aIsu Karpal adalah isu pelarian dari masalah besar negara seperti kemelut dalaman Umno dan kegelisahan rakyat berhubung kenaikan harga barang yang tak terkawal. Lihat juga di sini dan di sini
Tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang menggunakan media arus perdana cuba mengheret PAS dan PKR berhubung isu Karpal ini.

Karpal di serang dan di politikkan kerana Isu ini menyentuh hak dan imuniti raja serta orang melayu amat sensitif berhubung sentimen ini.

Persoalannya :

1. Presiden MCA, Ong Kah Ting juga mempersoalkan kenyataan Raja muda Kelantan yang membuat kenyataan berhubung kesetiaan orang bukan melayu kepada institusi raja di negara ini.

2. Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Kiat juga membuat kenyataan mempertikaikan persoalan ketuanan melayu dan menganggap orang melayu sebagai tuan dan orang bukan melayu sebagai hamba.

Mengapa Presiden Umno merangkap PM bersikap 'double standard' dengan tidak menggesa membuat lapuran polis sebagaimana di lakukan ke atas Karpal? Bacalah selanjutnya di blog baru Ustaz Ahmad Awang disini

Sementara itu, Wakil Parlimen Klang Charles Santiago meminta PM Abdullah Badawi dan para editor media perdana supaya menghentikan putar belit mereka terhadap kenyataan Karpal di sini

Sambil mengingatkan kepada satu kenyataan Peguam Negara Abdul Ghani Patail dua bulan lepas yang menegaskan bahawa proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu bahawa :

Sultan tiada punya
kuasa untuk menentukan Mentri Besar Terengganu



Ghani Patail dalam kenyataannya di sini antara lainnya telah menyebut bahawa :

``Oleh itu mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seseorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu,’’



Jelas sikap double standard Abdullah Badawi dan puak-puak Umno yang hanya semata-mata mahu mengeksploitasikan isu tersebut demi kepentingan politik Umno yang kini semakin terhakis dan pupus di bumi Malaysia."



Sumber: tranunkite

23 Perkara yang merbahaya dilakukan semasa memandu





Panduan Yahoo Search Marketing


1. Tidur dengan nyenyak.
2. Membebel tak sudah-sudah.
3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.
4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.
5. Membunyikan hon sesuka hati.
6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.
7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.
8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.
9. Melanggar tiang lampu isyarat.
10. Masuk ke lorong bertentangan.
11. Menjerit-jerit tak tentu hala.
12. Menukar seluar.
13. Mandi sambil berkemban.
14. Menggosok gigi dengan air enjin.
15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.
16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.
17. Makan sirih.
18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.
19. Duduk di tempat duduk penumpang.
20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.
21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.
22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.
23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.



Gambar hiasan yang takde kena mengena dengan artikel,saja taruk buat hilangkan mengantuk
Blog Widget by LinkWithin