adsense

13 May, 2008

Antara Karpal dan Ghani Patail-kenapa Abdullah tidak bertindak serupa?





Panduan Yahoo Search Marketing


Dilulus terbit pada Monday, May 12 @ 14:52:06 MYT oleh greenboc
Komentar Oleh alhusseyn

"aIsu Karpal adalah isu pelarian dari masalah besar negara seperti kemelut dalaman Umno dan kegelisahan rakyat berhubung kenaikan harga barang yang tak terkawal. Lihat juga di sini dan di sini
Tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang menggunakan media arus perdana cuba mengheret PAS dan PKR berhubung isu Karpal ini.

Karpal di serang dan di politikkan kerana Isu ini menyentuh hak dan imuniti raja serta orang melayu amat sensitif berhubung sentimen ini.

Persoalannya :

1. Presiden MCA, Ong Kah Ting juga mempersoalkan kenyataan Raja muda Kelantan yang membuat kenyataan berhubung kesetiaan orang bukan melayu kepada institusi raja di negara ini.

2. Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Kiat juga membuat kenyataan mempertikaikan persoalan ketuanan melayu dan menganggap orang melayu sebagai tuan dan orang bukan melayu sebagai hamba.

Mengapa Presiden Umno merangkap PM bersikap 'double standard' dengan tidak menggesa membuat lapuran polis sebagaimana di lakukan ke atas Karpal? Bacalah selanjutnya di blog baru Ustaz Ahmad Awang disini

Sementara itu, Wakil Parlimen Klang Charles Santiago meminta PM Abdullah Badawi dan para editor media perdana supaya menghentikan putar belit mereka terhadap kenyataan Karpal di sini

Sambil mengingatkan kepada satu kenyataan Peguam Negara Abdul Ghani Patail dua bulan lepas yang menegaskan bahawa proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu bahawa :

Sultan tiada punya
kuasa untuk menentukan Mentri Besar Terengganu



Ghani Patail dalam kenyataannya di sini antara lainnya telah menyebut bahawa :

``Oleh itu mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seseorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu,’’



Jelas sikap double standard Abdullah Badawi dan puak-puak Umno yang hanya semata-mata mahu mengeksploitasikan isu tersebut demi kepentingan politik Umno yang kini semakin terhakis dan pupus di bumi Malaysia."



Sumber: tranunkite

No comments:

Blog Widget by LinkWithin