adsense

04 June, 2008

PETUA : Untuk wanita sahaja (18+)





Petua yang berguna untuk wanita.
Boleh download ---> Di SINI



Celcom tawar 100 Camry - Perjudian Terancang






Oleh ulit_mayang


 Assalaimu alaikum wbt

Sekali pandang , peraduan dan tawaran yang dibuat oleh Celcom sangat menarik. Siapa yang tidak tergoda dengan tajuk di atas.. Tetapi , bila difikir secara sepintas lalu , ini mungkin merupakan satu pendekatan yang baik dalam perniagaan , dan bagi pemilik perniagan ia bukan lah satu penipuan kepada pengguna.


  1. Dengan perlu menjawab 10 soalan , bagi satu sesi peraduan , dengan setiap sms dikenakan bayaran RM5 , bermakna , Celcom tidak perlu mengeluarkan SATU sen pun bagi membiayai harga bagi setiap buah Camry kurang lebih RM190,000..00 atau RM19,000,000.00 bagi 100 buah semuanya.

  1. Ini kerana , dengan andaian , katakan kesemua pengguna Celcom , berjumlah 7.8 juta orang , 1.5 juta pasca bayar dan 6.3 juta pra bayar , bermakna sejumlah 7,800,000 x 10 x RM5 = RM390,000,000.00 berjaya dipunggut , walaubagaimanapun ini adalah mustahil.

  1. Bagaimana kalau dengan mengambil kira hanya 10% sahaja yang mengambil bahagian , bermakna RM39,000,000.00 akan berjaya dikuitip.

  1. Ini bermakna ,bagi membiayai keseluruhan 100 buah kereta CAMRY , pihak Celcom dijangka masih berupaya memunggut keuntungan sebanyak RM 20,000,000.00. Angka ini adalah logik dan boleh diterima.

  1. Dengan slogan bagi menghargai pelanggan Celcom yang setia , sebenarnya , seluruh atau pelanggan – pelanggan dan pengguna yang lain akan DIPAKSA secara sukarela bagi membiayai atau menderma kepada bakal 100 orang pemenang.

  1. Tidaklah diketahui ,samada peraduan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN secara terancang dan diHALALkan oleh undang – undang negara ini.


Nota

  • Mungkin pihak berkuasa , yang diamanahkan menjaga sektor industri ini boelh melihat dan melakukan sesuatu bagi menangani kaedah yang begitu licik , yang dibenarkan oleh undang – undang negara ini.

  • Mungkin juga pihak JAKIM dan Mufti boleh meneliti dan membuat tafsiran, samada menerusi hukum islam yang sebenar atau menggunapakai undang – undang islam yang ada di negara ini.

Wassalam. wbt



Credit to tranungkite

Harga minyak mungkin naik Ogos



src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>

Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini membayangkan harga minyak petrol dan diesel akan naik mulai Ogos depan.

"Ia akan berlaku... harga petrol akan naik, saya fikir mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula," kata menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan baru subsidi minyak kini.

"Sudahpun ada beberapa cadangan dan mekanismenya sudah disampaikan kepada Kementerian Kewangan dan ia akan diputuskan secara terbaik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, lapor Bernama.

Beliau berkata walaupun harga minyak naik, subsidi minyak masih akan dinikmati rakyat berasaskan keperluan bukannya penggunaan.

"Kalau hari ini kita lihat subsidi yang kita terima tu, dia berasaskan kepada jumlah yang kita pakai.

"Kalau kita guna 200 liter sebulan pun, kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli. Kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi. Jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.

"Itu bermakna ia satu sistem subsidi yang tak terjurus kepada masalah. Sepatutnya subsidi itu kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan dan memerlukan subsidi, bukan hanya diberikan ikut kemampuan kita menggunakannya (bahan yang bersubsidi)," katanya.

Shahrir berkata penstrukturan subsidi antara pendekatan kerajaan menangani tanggungan berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia sehingga mencecah lebih AS$130 setong ketika ini.

Beliau berkata jumlah subsidi yang dijangka ditanggung kerajaan untuk petrol, diesel dan gas petroleum cecair tahun ini ialah RM56 bilion dan ia berbeza dari tahun 2000 hingga 2007 iaitu RM37.4 bilion.

03 June, 2008

List kekurangan dan kelebihan



src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>

Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya, "Abang,saya baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut."Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia... .."

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. " Saya akan mulakan dulu ya", kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir... .."Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti ?"
tanyanya."Oh..tak apa, teruskanlah sayang... " jawab suaminya.

Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia"Sekarang giliran abang membacakan senarai yang abang tulis".Dengan suara perlahan suaminya berkata "Abang
tidak mencatat sesuatupun diatas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna, dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang menyayangi dan menyintaimu kerana dirimu seadanya. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku,sayang... ."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya.
Bahawa suaminya menerimanya apa adanya... Ia menunduk dan menangis.

Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan,kesukacitaan dan pengharapan.Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita? Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.

Lawak pendek Ibu yang sabar



src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>


eorang lelaki asyik memerhatikan seorang wanita yang sedang membeli belah di supermarket bersama anak kecilnya... Anak wanita itu duduk di dalam troli yang ditolak oleh ibunya..

Ketika melintas bahagian makanan... anak wanita itu merengek-rengek meminta dibelikan biskut... Tapi ibunya kelihatan tidak menghiraukan permintaan anaknya itu.. Anaknya mula menangis dan menjerit Dengan suara perlahan.. si ibu berkata

"Sabar Suzie... ada tiga lorong lagi.. jangan marah..ya. tak lama lagi dah.."

Kemudian mereka melalui pula lorong yang mengandungi bahagian permainan.. anaknya sekali lagi merengek dan menjerit minta dibelikan permainan.. Ibunya tetap tidak menghiraukan permintaan anaknya itu dan anaknya terus menangis... Si ibu berkata..

"Sabar, sabar, Suzie... ada dua lorong lagi dan kita akan keluar dari tempat ini"

Akhirnya mereka selesai melalui lorong terakhir dan terus pergi ke kaunter dan menunggu giliran untuk membuat pembayaran.. Anaknya masih menangis dengan kuat dan menjerit-jerit minta dibelikan mainan.. Si ibu dengan sabar berkata..

"Sabar Suzie.. kita akan melepasi kaunter ini dalam masa 5 minit sahaja lagi.. Lepas ini kita akan pulang dan boleh tidur dengan selesa.."

Si lelaki yang melihat kejadian itu kagum dengan kesabaran si ibu... Lalu dia pun mengikuti wanita berkenaan hingga ke tempat parking untuk memberikan pujian... .

"Sungguh luar biasa.. anda begitu sabar menghadapi si kecil Suzie" katanya.

Si ibu menjawab.. "Saya Suzie dan ini anak saya namanya Lily"

SAKSI YANG PASTI






Di sebuah mahkamah... peguambela sedang mempertahankan anak guamnya yang dituduh membuhun dengan menanyakan soalan yang bertubi-tubi pada saksi yang juga seorang doktor...

"Saudara saksi, apakah se belum memutuskan bahwa mangsa telah meninggal dunia, Saudara telah memeriksa denyut nadinya?"

"Tidak," jawab si doktor.

"Apakah Saudara memeriksa dengan cara lain, seperti denyut pada bagian lehernya, atau nafas pada hidungnya?"

"Saya tidak melakukannya!"

"Atau mungkin Anda telah melakukan sesuatu ujian tertentu.. untuk memastikan mangsa telah betul-betul meninggal dunia?"

"Sama sekali tidak!"

"Jadi, apa yang Anda lakukan terhadap mangsa sebelum Anda memutuskan bahwa ianya sudah meninggal dunia?"

"Saya hanya melihatnya saja!" Jawab doktor selamber..

"Hanya melihat saja?" Peguambela itu mula tersenyum tanda kemenangan... "Jadi, Anda tidak melakukan apapun terhadap mangsa?.. tetapi hanya melihatnya saja, dan Anda berani mengatakan bahwa mangsa sudah meninggal dunia? Apakah tidak mungkin sebenarnya magsa masih hidup, tetapi kerana kelalaian Anda, maka dia meninggal dunia?

"Sesiapapun yang melihat mangsa dalam keadaan kepala tercabut dari badannya dan hatinya telah dikeluarkan... . pasti mengetahui keadaan mangsa ketika itu" Jawab si doktor.

02 June, 2008

Dapat RM1.50 cara mudah






Posted by blalang | 2:01 AM | | 0 comments »

Saya ada 1 berita menarik. Memang menarik. Sambil layari internet boleh gak buat duit percuma. Tak perlu modal pun.

Nak tahu ...

Scott Boulch kini kembali dengan Trademarknya
"DuRus" dan Pay per lead program.

Kali ini, ebook yang ditulis olehnya adalah mengenai:

* Kebenaran Internet Marketing dan arah tuju
* Perkataan "T", yang memberikan janji-janji palsu
* “Gurus” vs. “DoRus” - kebenaran terungkai
* 2 Pilihan kejayaan perjalanan Internet Marketing Anda
* Kebangkitan DoRu! - bilangan IM semakin ramai yang tidak anda kenali.


Selain itu Setiap referal yang anda refer untuk download,
anda akan memperolehi USD0.50 @ RM1.50.

Apa tunggu lagi,

download sekarang dan dapatkan RM1.50 secara mudah
Klik ebook di bawah:




Jom cari duit di internet!

Manusia bertukar jadi 'batu' di Pompeii






REAKSI mayat sebelum mereka terbunuh.

Gunung berapi Vesuvius meletuskan lava, banjiri kota maksiat tanpa batas kaum Osci di tengah Itali

SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain - penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta berinteraksi antara satu sama lain.

Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.

Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.
KANAK! KANAK dan dewasa turut terbunuh dilanda lava.

Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu.

Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d'Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.

Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ¡terkubur¢ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan 'wajah' sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.

Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.

Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan.

Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan 'Mithra' yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu 'sepi' selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.

Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

Cute Animal Babies





Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

To my darling husband









Subject:

To my darling husband

Yang,

Belum Yang sampai rumah I nak cakap sikit supaya tak terkejut.
Semenjak Yang pergi outstation ni, I gabra je, 'tah kenape.
Tadi masa balik nak masuk garaj dah, nak tekan brek tapi tertekan minyak.
silly me!
So I accident lah....jangan terkejut, sikit je. I tak cedera pun.
Kebetulan pula pintu garaj tak tutup jadi kena kereta baru Yang sikit.
Tu je nak kabar takut Yang marah bila balik petang ni.

I missed you so much, can't wait to be in your warm arms again.
Don't have to buy any present this time, ok?

Loving wife
xxx



she decided last minute not to send this photo

x

x

x

x

B__


Den tahu






Klik sini untuk lihat ketereran den.

Mentalk Candy diharamkan di Singapore






MAKLUMAN PENTING utk semua pengguna Mentalk Candy,

Berita terbaru yg dterima drp rakan-rakan sy dr Singapore yg Mentalk Candy telah diharamkan coz mengandungi bhn yg x sah.

Berikut adalah berita terkini drp Web Yahoo Singapore :

Channel NewsAsia - Sunday, June 1 from Yahoo Singapore

SINGAPORE : A dangerous substance has been found in a brand of candy called "Mentalk".

The Health Sciences Authority (HSA) said it has detected the undeclared chemical substance aminotadalafil in the ginseng and coffee candy. The substance is similar to tadalafil, which is used to treat impotence.

HSA warned that aminotadalafil can cause serious adverse reactions such as heart attacks and strokes in susceptible individuals.

Heart patients who are on nitrate drugs may suffer severe hypotension, which could be fatal.

HSA has advised the public not to buy or eat the candy.

It said that based on current information, the candy is sold over the Internet and possibly through multi—level marketing.

HSA is working with the relevant agencies to determine the extent of its distribution and sales channels for follow—up action.

Anyone who feels unwell after eating the candy should see their doctor immediately. — CNA/ms

Beranak dalam air






Free Image Hosting at www.ImageShack.us

LABANON : USAHAWAN INTERNET MUDA YANG BERJAYA






Jika anda mengikuti perkembangan perniagaan internet di Malaysia terutama dari bangsa Melayu, anda pasti mengenali Labanon.




Labanon, 17 , baru mengambil SPM pada tahun 2007 dan sedang menunggu panggilan IPTA kerana keputusan SPM yang cemerlang iaitu 6A. Beliau adalah seorang pelajar yang pintar dengan mendapat 5A di dalam UPSR dan 6A di dalam PMR. SPM. Beliau bersekolah di SMK Dato’ Ahmad Maher, Kota Bharu

Tetapi apa yang lagi hebat dari anak muda ini ialah kejayaan beliau dalam perniagaan internet telah mengalahkan usahawan-usahawan internet yang jauh lebih berusia darinya. Beliau telah mempunyai pendapatan RM10,000 sebulan dengan perniagaan di internet.


Satu kejayaan yang mengkagumkan selepas melihat kejayaannya menjadi usahawan internet ketika masih dibangku persekolahan. Di kala ramai rakan sebayanya menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah, beliau telah mempunyai pendapatan yang mencecah pendapatan 5 angka hasil daripada perniagaan internet.

Setelah kejayaan beliau dalam perniagaan internet mendorong beliau menulis satu ebookBeliau juga mendedahkan bahawa satu revolusi besar-besaran akan berlaku tidak lama lagi

Labanon dan rakannya yang menggelar diri mereka Team Flarebiz telah memberitahu saya mengenai perkara ini dan perkara ini amat mengejutkan saya. Saya rasa jika anda mengetahui perkara ini, anda juga akan terkejut besar! Malahan anda akan mengubah minda negatif anda terhadap perniagaan internet selepas ini.

Saya cadangkan anda pergi melihat sendiri revolusi perniagaan internet yang Team Flarebiz memberitahu saya di:
http://www.rahsia10k.com

Revolusi ini bakal mengubah pandangan anda di mana pada hari ini sesiapa sahaja boleh membuat duit secara online tanpa perlu melakukan pekerjaan tetap setiap hari dan hanya perlu duduk depan komputer di rumah sahaja.

Revolusi ini juga bakal mengubah tanggapan anda bahawa buat duit secara online hanya palsu dan kalau boleh pun ia hanya sekadar dapat RM200 sebulan sahaja. Percayalah, kini anda boleh
mendapatkan lebih dari itu malahan lebih daripada gaji bulanan kerja tetap anda hanya melalui perniagaan internet!

Anda boleh menyertai revolusi ini sekarang juga agar anda tidak tercicir dalam senarai orang yang akan melalui revolusi perniagaan internet ini secara besar-besaran di:

http://www.rahsia10k.com

Kini perniagaan internet telah mengubah minda ramai orang dan tidak lagi hanya dilakukan secara parttime semata kerana ramai usahawan internet yang telah melakukannya secara
fulltime.

Saya akan menulis lagi mengenai revolusi internet yang dinyatakan oleh Labanon ini beberapa hari lagi.

01 June, 2008

Dapatkan RM1.50 cara mudah






Saya ada 1 berita menarik. Memang menarik. Sambil layari internet boleh gak buat duit percuma. Tak perlu modal pun.

Nak tahu ...

Scott Boulch kini kembali dengan Trademarknya
"DuRus" dan Pay per lead program.

Kali ini, ebook yang ditulis olehnya adalah mengenai:

* Kebenaran Internet Marketing dan arah tuju
* Perkataan "T", yang memberikan janji-janji palsu
* “Gurus” vs. “DoRus” - kebenaran terungkai
* 2 Pilihan kejayaan perjalanan Internet Marketing Anda
* Kebangkitan DoRu! - bilangan IM semakin ramai yang tidak anda kenali.


Selain itu Setiap referal yang anda refer untuk download,
anda akan memperolehi USD0.50 @ RM1.50.

Apa tunggu lagi,

download sekarang dan dapatkan RM1.50 secara mudah

http://www.theinternetmarketingcure.com

Jom cari duit di internet!

31 May, 2008

Kisah perceraian Beego






Intan: Saya banyak berhutang sebab Beego


INTAN dan Beego semasa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Isteri pelakon dan penyanyi Beego mendakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bahawa perkahwinannya dengan artis berkenaan bukan sahaja menyebabkan dia berhutang dengan bank sebanyak RM30,000 malah duit simpanannya sebanyak RM61,000 juga telah habis digunakan.

Intan Shahira Mohd. Shahru, 27, turut mendakwa dia bakal menanggung risiko kemungkinan sukar untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang setelah mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan sehari sebelum hari pernikahannya kerana enggan mengandungkan zuriat bakal suaminya itu.

Pakar perunding sumber manusia di sebuah syarikat itu sedang memberi keterangan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yunus Mohamad Zin selaku pihak plaintif bagi menuntut fasakh terhadap defendan iaitu Beego atau nama sebenarnya Mohd. Aszerul Nizam Abdullah, 28.

Dia yang disoal oleh peguam syarie Marlina Amir Hamzah memberitahu, salah satu alasan dia bertindak menuntut cerai kerana defendan baginya seorang yang tidak bertanggungjawab selain panas baran dan suka mengongkong.

Malah sebelum kahwin, Intan berkata, dia pernah berhasrat untuk membatalkan perkahwinannya disebabkan Beego menolaknya dari atas katil kerana tidak mahu menemaninya ke bank.

Menjelaskan lebih lanjut, Intan berkata, untuk belanja hantaran perkahwinan, dia telah membuat pinjaman bank sebanyak RM20,000 di HSBC manakala tambahan pinjaman RM10,000 dibuat di bank RHB sebagai belanja majlis perkahwinan suaminya di Johor Bahru.

"Saya membuat pinjaman atas nama saya kerana suami tidak boleh membuat pinjaman dan disebabkan itu, saya perlu membayar kepada bank termasuk faedah selama tujuh tahun sebanyak RM74,000," katanya yang hadir ke mahkamah ditemani keluarga.

Intan juga mendakwa mengeluarkan wang bonus RM40,000 bagi menanggung majlis perkahwinan di Palace Of Golden Horses, RM11,000 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak serta tambahan RM10,000 dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB)," katanya lagi.

Ditanya adakah dia pernah memberitahu Beego mengenai hasrat untuk tidak meneruskan perkahwinan tersebut, Intan menjawab "Ya, saya beritahu saya takut untuk berkahwin tetapi defendan cakap dia akan berubah."

Bagaimanapun, tambah Intan, dia tidak mempercayai cakap defendan dan telah memberitahu bapanya perkara yang sama, namun bapanya memberitahu dia mungkin berdarah gemuruh tambahan lagi majlis pernikahan semakin hampir serta tidak mahu memalukan keluarga kedua-dua belah pihak.

Jelas Intan, dia meneruskan perkahwinan demi kehendak bapanya tetapi pada masa sama, sehari sebelum nikah, dia telah pergi ke klinik di Bandar Baru Uda bersama seorang sepupu untuk mendapatkan suntikan pencegah hamil dengan kerelaan hatinya.

"Kesan suntikan tersebut, kedatangan haid saya tidak stabil selain mengalami sakit perut selama empat bulan malah diberitahu doktor kemungkinan sukar untuk mendapatkan zuriat pada masa akan datang," beritahu Intan yang mempunyai pendapatan RM9,000 sebulan.

Dalam keterangan lain, Intan yang menetap bersama ibunya di sebuah kondominium memberitahu defendan juga tinggal bersama mereka selepas bertunang pada 7 Julai 2007 kerana bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz itu mempunyai penggambaran berdekatan kawasan kediamannya.

Perbicaraan bersambung 3 Jun depan

Tanda lelaki suami orang






1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal. << btol2..ekekeke >>

5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.

7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita. << btol2..ekekeke >>

8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

.

Iman sihat otak cerdas






LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Tidak boleh sama sekali bersetubuh ketika berada didalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2) Mandi setelah makan.
3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5) Berjaga malam selain dari qiamullail.
6) Memakan daging yan g tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yan g sedap.
3) Banyak man di yang bukan dari man di kerana bersetubuh.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak man is .

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak
3) Makan banyak.
4) Banyak bersetubuh.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Banyak bersetubuh.
2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yan g dibubuhkan ke dalam air sejuk (air masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE
DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minu man ,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minu man itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi / sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI
PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Melancap.
3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4) Meminum minu man atau memakan makanan yang bercampur semut.
5) Tidak membaca Al-Quran.
6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7) Mengumpat dan mengata.
8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

Future home






Rumah masa depan. Download here
Blog Widget by LinkWithin