Oleh ulit_mayang
Assalaimu alaikum wbt
Sekali pandang , peraduan dan tawaran yang dibuat oleh Celcom sangat menarik. Siapa yang tidak tergoda dengan tajuk di atas.. Tetapi , bila difikir secara sepintas lalu , ini mungkin merupakan satu pendekatan yang baik dalam perniagaan , dan bagi pemilik perniagan ia bukan lah satu penipuan kepada pengguna.
- Dengan perlu menjawab 10 soalan , bagi satu sesi peraduan , dengan setiap sms dikenakan bayaran RM5 , bermakna , Celcom tidak perlu mengeluarkan SATU sen pun bagi membiayai harga bagi setiap buah Camry kurang lebih RM190,000..00 atau RM19,000,000.00 bagi 100 buah semuanya.
- Ini kerana , dengan andaian , katakan kesemua pengguna Celcom , berjumlah 7.8 juta orang , 1.5 juta pasca bayar dan 6.3 juta pra bayar , bermakna sejumlah 7,800,000 x 10 x RM5 = RM390,000,000.00 berjaya dipunggut , walaubagaimanapun ini adalah mustahil.
- Bagaimana kalau dengan mengambil kira hanya 10% sahaja yang mengambil bahagian , bermakna RM39,000,000.00 akan berjaya dikuitip.
- Ini bermakna ,bagi membiayai keseluruhan 100 buah kereta CAMRY , pihak Celcom dijangka masih berupaya memunggut keuntungan sebanyak RM 20,000,000.00. Angka ini adalah logik dan boleh diterima.
- Dengan slogan bagi menghargai pelanggan Celcom yang setia , sebenarnya , seluruh atau pelanggan – pelanggan dan pengguna yang lain akan DIPAKSA secara sukarela bagi membiayai atau menderma kepada bakal 100 orang pemenang.
- Tidaklah diketahui ,samada peraduan ini adalah satu bentuk PERJUDIAN secara terancang dan diHALALkan oleh undang – undang negara ini.
Nota
- Mungkin pihak berkuasa , yang diamanahkan menjaga sektor industri ini boelh melihat dan melakukan sesuatu bagi menangani kaedah yang begitu licik , yang dibenarkan oleh undang – undang negara ini.
- Mungkin juga pihak JAKIM dan Mufti boleh meneliti dan membuat tafsiran, samada menerusi hukum islam yang sebenar atau menggunapakai undang – undang islam yang ada di negara ini.
Wassalam. wbt
Credit to tranungkite
No comments:
Post a Comment