ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
16 June, 2008
Model rambut yang comel
Diucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa yang mengunjungi blog isuhangat dan kepada diri aku sendiri dengan ucapan jadilah bapa yang dapat mendidik anak yang soleh dan solehah dan isteri yang solehah juga supaya tak kena jawab kat "sana" besok.
Pantun SMS
Pantun SMS
Burung merpati beranak tunggal
terbang hinggap di atas batu
apa guna ada handphone kurang sejengkal
kalau nak send SMs tak tahu..
apa guna berkain batik
kalau tidak dengan sucinya
apa guna ada enpon cantik
kalau boleh terima SMS sajer
arak-araak kelapa tuan
tidak puan kelapa bali
harap hati kepada tuan
bila tak reply SMS yang diberi
pergi kepasar membeli tenggiri
digulai bersamaa ikan pari
nak pinjam enpon boleh diberi
nak main SMS beli prepaidsendiri
dari mana semut melata
dari sawah turun ke titi
dari mana datangnya cinta
dari SMS turun kehati
pilih2 tempat mandi
pertama telok kedua pantai
kalau pon bergaduh laki bini
jgn guna SMS untuk lafaz cerai
kalau ada sumur diladang
boleh kita menumpang mandi
kalu ada masa yang panjang
boleh kita main SMS lagikkkk..
Lawak pendek - mimpi yang lawak
Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di birthday Ayang. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.
“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.
Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan-lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“... .
Berjimat-cermatlah....
GERAMM - Sejuta Rakyat Malaysia
Salam sejahtera!
Ayuh turut serta dengan menandatangani "Online Petition" di http://www.petitiononline.com/
geramm/petition.html atau lawati http://www.geramm.org untuk maklumat lanjut!
14 June, 2008
Tinggal 2 hari tawaran harga Rahsia 10k ditutup
Posted by blalang | 11:45 AM | Cari duit internet | 0 comments »
Kepada sesiapa yang sedang menceburi dunia perniagaan internet atau yang bercita-cita atau ada hati untuk mencari duit di internet, peluang untuk anda mendapatkan ebook yang bernilai RM750 iaitu Rahsia seorang
Ingin lihat web jualan di http://offto.net/f08gnk
Siapa Labanon? Lihat post saya mengenai Labanon di post sebelum ini.
http://blalang.blogspot.com/2008/06/labanon-usahawan-internet-muda-yang.html
Harga tawaran giler ialah pada harga pengenalan ini ialah RM47 berjalan hanya seminggu sahaja dan dari tarikh dilancarkan tinggal 2 hari lagi!!!! Harga jualan sebenar ebook ini ialah RM67. Penjimatan harga sebanyak RM20.
Produk yang sarat dengan ilmu pengetahuan mengenai perniagaan digital ini adalah amat berbaloi setanding dengan harga anda menghadiri seminar perniagaan internet yang bernilai tujuh lapan ratus ringgit.
Saya cadangkan anda membeli ebook ini hari ini juga supaya anda tidak kerugian RM20. Kalau dah diakui oleh usahawan internet terkenal seperti Gobala Krishnan, Mr Liew, Zamri Nanyan, Smartzul, Melvin Ng...apa saya nak cakap lagi..
Jangan lupa dapatkan Rahsia10 K labanon sekarang!
Lihat webjualan Rahsia 10K ini di sini
Inilah peluang menambah pendapatan, minyak dan kos hidup pun dah meningkat.
Langsuir - the latest video hiway seremban - KL
Abdullah-Najib telah sepakat tentukan masa penyerahan kuasa
Abdullah-Najib telah sepakat tentukan masa penyerahan kuasa
13/06/2008 2:48pm
KOTA BHARU 13 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini sekali lagi memperjelaskan bahawa hubungannya dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sememang terjalin baik tanpa sebarang masalah dan kedua-dua mereka telah sepakat dalam menentukan masa yang terbaik bagi penyerahan kuasa.
Perkara itu dibangkitkan oleh Perdana Menteri berikutan masih ada pihak yang sangsi hubungan antara beliau dan timbalannya itu termasuk ditimbulkan oleh pemimpin-pemimpin Umno Kelantan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri itu hari ini.
“Saya dan Datuk Seri Najib dah tentukan bila masanya yang sesuai bagi saya menyerahkan jawatan kepada be liau.
“Kami tiada masalah dan hubungan kami berdua adalah baik,” katanya semasa berucap pada majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan sempena lawatan seharinya ke Kelantan di sini.
Abdullah yang juga Presiden Umno berkata “bila tiba masanya nanti" penyerahan kuasa itu akan pasti berlaku.
Terdahulu, sejurus tiba di sini, Abdullah mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan itu selama dua jam. – BERNAMA.
Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias ! rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing n berak anak seda ngkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax seda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan beda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami 'degil' tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila
dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sen siti f. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman
'Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan'
Kata-kata hikmah
src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....
Wanita yang MITHALI dan SETIA¦..
'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'
Ketenangan Hati: Kunci Kecemerlangan Insan
src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>
Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latarbelakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia. Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani; tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.
Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya menyakini bahawa dirinya adalah berasal dari suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, di antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin daripada-Nya.
Dan seorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku; samasekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaanNya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Yang Sentiasa Berkata, "Wahai hambaKu, mintalah kepadaKu, akan Daku penuhi segala permintaan kamu!", tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!
Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapa-Nya. Bukan sekali kita melihat senario seorang budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membelibelah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi 'ketenteraman' dan 'ketenangan hatinyalah' yang tercedera.
Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, "Dah, jangan menangis… sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!". Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa 'sakit' pada jiwa dan emosinya telahpun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana budak itu yakin, ibunya memahami 'penderitaannya' dan ibunya 'mampu' mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti.
Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup ini adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasai bahawa di sana adanya satu 'kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.
Seorang yang genius sekalipun tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan dengan benar jika jiwanya sentiasa bercelaru dan dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seorang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dipunyainya, dia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban. Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat 'teraputik' yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.
Kekuatan rohaniah(SQ) akan menjadi menjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQ-nya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana.
Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, "Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang?" (Ar-Ra'd: 28). Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasai keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu – dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya – berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?
Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan 'nur' kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasai ketenangan hidup dan kekentalan dan keharmonian emosi. Tuhan berfirman, "Dialah yang menurunkan 'sakinah' ke dalam hati orang-orang yang beriman!"(Al-Fath: 4). Erti 'sakinah' ialah ketenangan yang tetap.
Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, adalah alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wudhuk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak 'buta' daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!
13 June, 2008
Lagi cara nak save minyak
Kata orang, kereta punya perfomance tengok dengan gaya pemanduan pemandunya. Jika pemandu dah biasa bawak slow, engine kereta pun dah biasa slow kalau orang lain pandu tekan minyak camana pun dah tak boleh pergi lagi dah.
Ok kalau nak train kereta anda save minyak pun ada caranya, seperti gambar di bawah
;
;
;
;
;
;
;
;
;
Hoho gurauan hari jumaat.
Pegawai GLC dapat bonus besar?
Biar kabinet tentukan bonus Petronas |
Jun 9, 08 2:57pm |
Petronas dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus memaklumkan laporan keuntungannya sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus kepada pegawai-pegawainya, saran ahli majlis tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. |
Menolong orang yang sedang nazak
src=http://www.pemasaranemail.com/laporan/images/banner468x60.gif>
DIPANJANGKAN. .......... .
MESTI BELAJAR/KERANA KITA AKAN MENGHADAPI KEMATIAN
Assalammualaikum
Pada hari Sabtu lepas Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai Isra' Mikraj oleh Ustaz
Abdullah Mahmud. Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang Ingin saya kongsi bersama rakan2 sekalian:-
MenurutUstaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akanmengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin, dengan bacaan yang
tersendiri dan bermacam2 ragam (setengahdengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akanmenjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita
'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia).
Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-
i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.
ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah
nazak.
iii.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untukmenimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca bolehmembantu pencabutan nyawa beliau.
iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin , berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz 'Laa ila ha illallah'.
v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap 'Laa
ila ha illallah'lagi.
vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam
menghadapisakaratul maut. Dan smoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYAdlm membuat amal kebajikan den gan cara yang betul bukan semata2melalui ikutan adat. Amiin.
Panjang2kanlah email ini pada rakan2 dan sanak saudara utk Kebaikan kita bersama.
Wassalam.