Pegawai GLC dapat bonus besar? |ISUHANGAT function replace_date(d){ var da = d.split(' '); day = ""+da[2].replace(/,/,"")+""; month = ""+da[1].slice(0,3)+""; document.write(day+month); }






Biar kabinet tentukan bonus Petronas

Jun 9, 08 2:57pm

Petronas dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) harus memaklumkan laporan keuntungannya sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus kepada pegawai-pegawainya, saran ahli majlis tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

"Janganlah terlalu dipentingkan keuntungan beratus-ratus juta (ringgit) GLC sehingga rakyat di bawah menderita.

"Apa penting diumumkan keuntungan besar syarikat ini tetapi rakyat tidak merasai apa-apa?" katanya, mengulas kenaikan mendadak harga minyak minggu lepas.

"Petronas dan semua GLC negara perlu mengumumkan keuntungan kepada kabinet sebelum kabinet memutuskan jumlah bonus yang perlu di berikan kepada mereka. Masa ini semua pengurusan (keuntungan) GLC dilakukan oleh CEO masing-masing."

Tambah bekas menteri besar itu, pegawai GLC
menikmati bonus besar sehingga sembilan bulan tetapi keuntungan syarikat-syarikat itu tidak disumbangkan kepada kumpulan wang disatukan negara.

"Pengalaman saya di Selangor, semua GLC hendaklah menyumbang kepada (kumpulan) wang disatukan negeri sebagai satu punca pendapatan, sama ada secara terus atau melalui tabung tertentu," katanya di blog peribadinya.

"Jika GLC ingin memberikan bonus kepada kakitangan, mereka perlu membuat sumbangan kepada kerajaan negeri, di samping menyelesaikan pinjaman mengikut jadual."

Related Posts by Categories



0 comments

Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates