ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
19 July, 2008
Kena tindih semasa tidur - kepercayaan atau fakta
"Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... ... .betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)... .. kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena... .aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu... aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku
sedar... boleh bukak mata separuh... ..aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak... ..pastu 5 minit baru leh gerak... .aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lps boleh gerak tu seram sejuk jer...
tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia... ..barula aku tau kebenaran dia... . ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)... ..
temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage... .otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kiter kira
macam switch off kejap... .REM atonia (tader muscle tone)... ... ok, otak kiter pun ader switch off button... .dipanggil reticular activating system RAS... ... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on... .kirenyer screensaver laaa or hibernate...
so,, bila kita bangun, RAS switched on balik... ... kita sedar fully awake
state... .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik... .mmg menakutkan tapi benar... . tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)
4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal... .heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy"
~got this info dr email yg di forward... interesting fact indeed~
Cerita lawak - Kisah salesman
Seorang salesman 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya
pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, ia
menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.
"Puan," katanya, "saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan
bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang
tertinggal, saya bersedia memakannya."
"Kalau begitu," kata wanita tuan rumah,"Mulailah makan. Rumah kami
belum punya eletrik."
Cerita kelakar - mandikan kucing
Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.
Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti.
Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.
Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: kan saye dah kata... !
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!
Kenyataan Mufti Perlis Berhubung Dengan Pertemuan Pas Dan Umno
Sumber: Drmaza.comSaya menyeru umat Islam berdoa kepada Allah agar berlakunya pertemuan antara UMNO dan PAS dalam keadaan yang harmoni dan mendatangkan kebaikan untuk rakyat umumnya dan umat Islam khususnya. Pertemuan itu diharapkan bukan atas kepentingan mana-mana parti, sebaliknya di atas kemaslahatan umat. Anggaplah itu tanggungjawab menjaga ukhuwwah, dakwah dan menjaga maslahah ummah.
Jika mereka sebelum ini boleh bertemu dengan pihak-pihak yang jauh segi akidah dan prinsip dari parti mereka, mengapa pula tidak boleh untuk mereka duduk semeja dengan saudara muslim mereka. Walaupun masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara, namun mereka menganut agama yang sama. Semoga Allah memberikan pahala yang besar kepada Presiden PAS DS TN Abdul Hadi Awang atas hasratnya itu. Juga semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada PM DS Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan respons yang baik.
Firman Allah: (maksudnya) "Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" (Surah al-Nisa': ayat 114). Tiada siapa yang membenci hasrat ini, melainkan mereka yang membenci kebaikan untuk umat dan negara.
Saya yakin, pertemuan itu bukan untuk meleburkan identiti politik mereka, sebaliknya mungkin hasrat atau idealisme politik masing-masing dapat dilaksanakan secara selaras dan matang. Memang sukar untuk mana-mana pihak pun dalam dunia ini mencapai keseluruhan idealisme perjuangannya. Tetapi bak kata kaedah: "Apa yang kita tidak capai kesemuanya, jangan pulak ditinggalkan keseluruhannya". Ertinya, jika tidak dapat mencapai tahap seratus peratus pun, janganlah pula sedikit sebanyak yang mampu diperolehi ditinggalkan.
Sikap ingin bertemu antara satu sama lain dalam suasana yang lebih harmoni itu adalah lambang kematangan politik kedua parti tersebut. Nabi s.a.w bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: "Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)" (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Pertemuan itu saya percaya, bukan untuk mengungkit kisah silam, tetapi untuk membuka lembaran baru yang lebih menjamin kebaikan untuk umat dan negara. Kita ingin melihat mereka duduk dengan penuh kasih sayang dan ukhuwwah. Marilah kita semua berdoa agar hasrat tersebut dapat direalisasikan. Saya percaya, pada hari impian itu terlaksana, mereka yang ikhlas akan mengalirkan airmata kesyukuran yang tidak terhingga.
Dr. Tan Yee Kew keluar BN
Dr Tan Yee Kew keluar BN, dijangka lompat ke PKR |
Oleh Utusan | |
Khamis, 17 Julai 2008 | |
KL: Bekas Naib Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew mengumumkan keluar daripada parti itu kerana kecewa dengan MCA dan hilang kepercayaan terhadap parti. Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu membayangkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya menerusi faksimile ke Ibu Pejabat MCA hari ini. |
Pemimpin Islam seluruh dunia menyokong Anwar
Dari pejabat DSAI,
Today Islamica Magazine published an open letter signed by over 40 leading Muslim religious scholars, leaders and activists from around the world urging the Malaysian government to protect the civil liberties of the former Deputy Prime Minister, Anwar Ibrahim. We ask you to do three things today:
1. Read the open letter by clicking here or kindly scroll below
2. After reading, endorse it by adding your name to the list of signees
3. Forward this email to everyone in your email addressbook
Thank you,
Office of Anwar Ibrahim
18 July, 2008
Petua dan khasiat bawang
Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang juga mempunyai banyak kegunaan dan khasiat bagi mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya :
1. Pening Kepala:
potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. Lemah Otot:
ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. Demam Selsema:
telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
4. Susah Hadam:
rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu.
5. Serangan Angin:
campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. kacau dan minum campuran itu setiap hari.
6. Serangan Cacing:
amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari.
Ciri-ciri rezeki yang berkat
Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut :
1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.
2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja.
3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat.
4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.
5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.
Kisah pahit seorang Gigolo
Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman
pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah.. Pemuda
itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik
wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah
bilik. Si pemuda itu
merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita
lain. Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir
seperti itu, birahinya juga makin muncul.
Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, 'Kamu bukakan dulu baju
kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana,' ujar wanita itu
kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal
keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus.
Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik. 'Ah
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan,' fikirnya.
Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh
dua orang anak kecil.
Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu, 'Tengok ni, Wati dan
Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni'
Huahaha..ha. .ha..
Shampoo yang di ban di Dubai
CLEAR , FRUCTIS , Vo5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Body Shop
itu adalah product2 shampoo yang dah dilarang untuk masuk kepasaran Dubai kerana penyebab kenser otak yang dia org gelarl kanser berat untuk keradangan kulit dan penyebab kerosakan otak..
Bahan yg menyebabkan kanser tu di panggil Sodium Laureth Sulfate atau dlm ingredients nyer di letak dengan nama SLS..
Kerajaan DUBAI ambil langkah serahkan bahan2 ni pada pakar dia org untuk di teliliti semua bahan yg digunakan dlm proses pembuatan shampoo tu...
sbb dah ramai yg dimasukkan ke hospital kene radang kulit & barah otak yg teruk tanpa diketahui punca & sebabnya....
hasil kajian tu membuktktikan bahan yg di campurkan dlm shampoo itu tidak sesuai digunakan untuk manusia..
SO itu yang keluar artikel ni setelah keputusan dan kelulusan doktor pakar Dubai mengesahkan bender ni memang betul berpunca dari bahan tersebut.....
17 July, 2008
Mengenal Allah
Bagaimana cara kita mengenal Allah?
Ada dua cara:
1. Dengan memperhatikan ayat-ayat Allah
2. Dengan melihat makhluk-makhluk Allah
1. Dengan cara memperhatikan ayat-ayat Allah.
Dengan memperhatikan ayat-ayat Allah yaitu tanda-tanda kebesaran Allah maka kita akan mengenal Allah. Dari ayat-ayatNya adalah malam dan siang, matahari dan bulan. Kita lihat pergerakan matahari dan bulan yang sangat teratur. Matahari selalu terbit di sebelah timur (kecuali ketika akan terjadi hari kiamat) dan tenggelam di sebelah barat. Bulan memiliki tempat-tempat beredar yang berbeda setiap malamnya sampai pada masa sirkulasinya selama satu bulan dia akan kembali ke tempat semula. Begitu juga pergantian siang dan malam yang terus terjadi. Ini adalah sebagian kecil dari ayat-ayat Allah yang akan mengajak kita berpikir bahwa di balik ini semua pasti ada Dzat yang mengatur semuanya hingga demikian sempurnanya yaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Allah Ta'ala berfirman yang artinya:
"Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi begitu juga pada pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berpikir. Yaitu mereka yang selalu mengingat Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring. Mereka memikirkan tentang penciptaan langit-langit dan bumi. (Mereka berkata) Wahai Rabb kami, tidaklah engkau menciptakan ini sia-sia. Maha suci Engkau, jagalah kami dari api neraka.( Ali Imran 190-191)
2. Dengan cara memperhatikan makhluk-makhluk Allah.
Di antara makhluk-makhluk Allah adalah langit dan bumi serta apa-apa yang berada di situ. Kita lihat makhluk-makhluk yang beraneka ragam di bumi. Manusianya, hewannya, tumbuh-tumbuhannya, lautannya, pegunungannya, hutannya, dan segala sumber daya alam yang terkandung di dalamnya.
Allah Ta'ala berfirman, yang artinya:
"Dan di bumi terdapat tanda-tanda Allah bagi orang-orang yang yakin. Begitu juga pada diri-diri kalian tidakkah kalian melihat?" (Adz Dzariyat 21-22 )
Allah Ta'ala berfirman, yang artinya:
"Apakah mereka tercipta begitu saja secara tiba-tiba ataukah mereka yang menciptakan? Apakah mereka yang telah menciptakan langit-langit dan bumi bahkan mereka tidak meyakini." (At Thur 35-36)
Anwar bebas
Anwar bebas dengan ikat jamin
Jul 17, 08 9:30am
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dengan ikatjamin pagi ini.
Beliau dilihat keluar bersama anggota keluarga dan peguamnya dengan kereta pada jam 9.45 pagi.
Beliau balik ke rumahnya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur dan dijangka mengadakan sidang akhbar pada jam 2 petang.
Anwar tidak menghadapi sebarang dakwaan tetapi diminta datang semula ke balai polis pada 18 Ogos depan.
Awas spammer !!!
Boleh dikatakan setiap hari saya mendapat spam email di inbox saya iklan yang bermacam-macam jenis yang memenuhkan inbox saya. Semuanya dari email orang yang saya tidak kenal, malah ada yang hantar berkali-kali dalam satu hari dan ada juga yang email setiap hari dengan tanpa rasa jemunya. Yang jemunya ialah saya.... Tapi untuk makluman si spammer tersebut, dengan sekali klik sahaja report spam, email anda tidak akan keluar di inbox saya.
Sebenarnya spam email adalah satu kesalahan undang-undang cyber dan boleh diambil tindakan. Kalau bagi rokok sepam tu lain la cerita..
Jika anda seorang spammer usahawan yang mempunyai masalah untuk mengiklan di internet.
Rajaads atau pun Shamsuriyadi telah melancarkan lagi dua produk baru, iaitu panduan adword atau pun panduan cara mengiklan dengan google
dan Panduan mengiklan ke internet.
Manakala saudara Yakuza pula telah membuat ebook panduan cari duit dengan bidvister. Bidvister ni sama juga konsepnya dengan google adsense. Kita boleh buat duit internet dengannya
Jika anda mempunyai masalah cara untuk beriklan di internet, boleh lah dapatkan ebook tersebut.
Atau nak mengiklan dengan saya pun boleh di :
Iklan Blalang
Bolasepak: Malaysia pernah kalahkan Brazil!
Cuti lepas, masa kat kampung, aku belek majalah-majalah lama dan terjumpa satu artikel dalam majalah tahun 1982 bertajuk "Malaysia kalahkan Brazil dalam acara bola sepak".
Wow... dashyat gak bolasepak Malaysia dolu-dolu. Aku perturunkan kat sini wawancara pemberita berkenaan dengan jurulatih bola sepak Malaysiamasa tu, Trevor Hatley...
Pemberita (P) : Apa khabar Coach..?
Trevor Hatley (TH): Oh baik-baik..
P : Dimaklumkan bahawa pasukan bolasepak Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Brazil. Adakah berita ini benar?
TH : Benar! Malah kita kalahkan pasukan Brazil dengan teruk sekali.
P : Wow..!! Berapa jumlah jaringan gol.
TH : Ohh.. tidak ada jaringan kerana kita menang dengan Brazil tanpa bertanding.
P : Macam mana tu coach?
TH : Mereka tak datang. Walau pun satu jam kita tunggu di stadium.
P : Kenapa mereka tak datang. Adakah mereka memulau kan perlawanan kerana faktor keselamatan?
TH : Ohh tidak, bukan kerana tu..
P : Habis tu kenapa coach?
TH : Kerana kami tak jemput mereka datang!!!!
P : Humm... hampeh punya coach!!!
kih... kih.. aku pun terkena jugak.. majalah tu sebenarnya majalah lawak... jangan marah aahh!!!
Bahasa Jiwa Bangsa
Bahagian A : adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
Bahagian B : zaman sekarang / pertengahan
Bahagian C : cara perbualan budak2 remaja zamansekarang.
=====
Ayat 1
=====
(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya
menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
(C) Wa cakap sama lu ... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.
=====
Ayat 2
=====
(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babis punyer budak! siak kanina tul...
=====
Ayat 3
=====
(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba... akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cinta aku belum lagi berbalas... berilah aku peluang kali ini untuk
mengisi ruang hati mu.
(C) Beb... .wa takmu jiwa-jiwa sama lu... tapi wa suah cintan rabak sama
lu... wa takut wa takleh tahan nanti wa terdugong ..plse ahhhhh.
=====
Ayat 4
=====
(A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan
bulan syawal ialah esok... dari itu hari ini merupakan hari penggenap
Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya
Aidilfitri
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!
=====
Ayat 5
=====
(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu... boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau... aku pun nak ikot.
=====
Ayat 6
=====
(A) Barangsiapa yg telah dgn tanpa segan dan silu melakukan sesuatu
kemungkaran... maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda... . jgn memain dgn aku hah.
=====
Ayat 7
=====
(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri
(B) Dia sungguh hebat sekali
(C) Mak kao! Pawer siuuttttt!
=====
Ayat 8
=====
(A) Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yg telah diketengahkan
(B) Apakah maksud anda?.Boleh tolong jelaskan?
(C) Oi! What cork are u talking about?... say poply ahh!
Kelakar pendek - Doktor muda
Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.
Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.
Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,
"Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang."
Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.
Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,
"Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya."
Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih...
Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,
"Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan... "
Careful.. food court KLCC..
Dari inbox admin,kalau tgk non muslim je jual jgn la beli.. tp depa ni pandai letak org indon yg pakai tudung kat depan pada hal owner dia cina;;
Kat fud court klcc pon kene hati2...
de kdai yg menyajikan babi...
tapi xde signboard. so kalu nk babi kne request..
eeeee..... gli den.....
mane sy tau..?? coz sy da terkene..
tersentap otak sekjp...
dkt kdai mee(mcm sizling).. sederet ngan wafel...
jgn r order mkn kat c2..
mase tu mmg xde org order kat c2..
so sy pon order r sbb tgk gamba cam sdp...
order mee bbq chicken..
yg memsknye n cashier pkai tudong.. so xde r keraguan sgt...
tgh tgu order yg da nk siap tu...,
dtg satu mamt cine order mee yg same ngan sy order...
mee bbq chicken..
n he bisik kat minah yg amik order tu 'chicken tu tuka dgn babi yee..'
haaa...
time tu r tersentap sgale urat saraf dlm bdn...
kembang tekak biler tgk mee sy yg da siap kat kaunter... dgn muke
slumber, amik jgk r mee tu coz da byr... tp xde r mkn.. amik buh kat meje
lain..
huuuu...
pastu p order nasi lemak.. ;)
bgus jgk r mamat cine tu dtg kat c2..
kalu x.. xtau pon yg kdai tu de jual babi..
mesti da mkn da mee tuu..
eee...
so hati2 ya wahai sahabat n saudara semuslim dgn kuuu...
mcm2 da dperbuat n dperkaya dgn spesis non-halal ni..
smoge djauhkan dr mamakai n memknnyee...
Anwar ditahan - Antara 1998 dan 2008
Tak lama, baru 10 tahun. Masa tu aku muda, sekarang mungkin aku tua sikit. Tapi masih segar dan ingat tentang sejarah perjuangan REFORMASI 1998. Memang hebat. Sekarang, kawan kawan berkumpul semula setelah PKR menang di dalam PRU 12.
Perhimpunan di Masjid Negara ... ribuan rakyat berarak dan di gempur oleh FRU dan polis. Maka banyak lah kenangan di tendang, kroyok, terajang dan sebagainya. Tapi tahun ini ..... bagaimana?
Semalam .... Anwar di tangkap, Raja Petra akan menyusul. REFORMASI 1998, antara penyokong dan seorang pemimpin. Siapa Raja Petra ketika itu? Orang tak kenal. Sekarang Raja petra mempunyai penyokong nya sendiri.
Raja Petra sudah mempunyai pengaruh. Tapi dia masih serupa dulu, gagah, mesra tetapi tegas dengan perwatakan seorang putera Raja. Raja petra mampu untuk merubah undian pada PRU12 walaupun hanya beberapa hari beliau membuat ceramah. Di Brickfield, Kelang dan selepas itu di Pulau Pinang. Ketika di Pulau Pinang, beliau di larang untuk ke pulau oleh pihak berkuasa. Itu sejarah pilihanraya ke 12 baru baru ini.
Ini bermakna, Kalau dulu hanya Anwar yang menjadi idola ramai orang, sekarang Anwar tidak bersendiri. Salah seorang pendokong Reformasi nya dulu akan bersama bergabung untuk bersama musuh lama mereka .... pihak berkuasa.
Si Anwar pada tahun 1998, adalah bekas seorang Timbalan Perdana menteri. Sokongan kaum Melayu pada nya ketika itu memang kuat. Sehingga mampu untuk mengumpul ribuan manusia untuk berkumpul di Kuala Lumpur. Sehingga sekarang pun .... taringnya tidak kurang, malah lebih panjang dan tajam. Kerana itu ... semua orang terhenti pada malam perdebatan hanya untuk melihat beliau BERDEBAT. KAlah atau menang, bukan isunya, tapi sentimen dan motif perdebatan menjelaskan .... rakyat, bangsa Melayu, orang miskin, peladang, petani dan nelayan di perjuang. Rakyat tersentuh. Di situ ..... Shabery jelas kecundang.
Kalau dulu ... Anwar jaguh pada bangsa Melayu, sekarang ... Anwar sudah menjadi Jaguh kepada semua bangsa. Siri ceramah beliau sebelum dan selepas pilihanraya, bangsa Melayu, India dan Cina akan penuhkan dewan atau stadium untuk sekadar 10 minit ucapan. Ia bukan mudah untuk di lakukan. Kalau UMNO ... perlu ada artis, makanan dan tambang percuma, tapi tidak Anwar. Anwar mampu menarik rakyat berbilang bangsa untuk mengeluarkan wang dari titik peluh mereka sendiri untuk datang hanya mendengar dari jarak 200 meter dari pentas. Logiknya .... populariti Anwar semakin cemerlang. Korang ingat UMNO tak bimbang?
Bila di campur .... Anwar dan Raja Petra, ia menjadi satu gabungan yang cukup mantap. Kalau sejarah berulang........siapa akan kecundang. Aku mahu lihat, pihak yang menyerang selama ini, duduk di kerusi batu, berdinging simen, bertingkap besi,sehelai sepinggang. Kalau perlu diliwat , ia patut di liwat. Yang terumbat akan berbolong ... biar mudah laluan. Kerana itu yang mereka mahu.
REFORMASI !!!
BUKU "AKHIRAT " ( BERHATI-HATI)
Dari inbox admin,
Kerajaan telah meluluskan pengunaan perkataan "GOD kepada ALLAH" kepada Kristian untuk penyebaran dakwah mereka di Malaysia. Ini adalah hasilnya..
Mengelirukan orang Islam dan mungkin anak anak kita bakal terpedaya dgn helah mereka.
Berhati hati muslimin dan muslimat.
Tuan/Puan ,
Pada 4 Mac 2008 lalu, saya telah menerima senaskah buku kecil berjudul "Akhirat" yang diletakkan di cermin kereta saya di Wangsa Maju.
Pada mulanya saya menyangka ia adalah sebuah buku agama untuk didermakan kepada orang awam.
Setelah saya membaca isi kandungan buku ini, saya dapati terdapat banyak petikan ayat-ayat Al-Quran dan penerangan yang meragukan serta bertentangan dengan agama Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah masyarakat Islam.
Di sini saya sertakan gambar kulit buku dan muka surat terakhir buku tersebut untuk makluman dan diharap agar tuan/puan akan lebih berhati-hati jika menerima naskah yang seumpama ini di masa akan datang .