ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
17 July, 2008
Bahasa Jiwa Bangsa
Bahagian A : adalah cara percakapan semasa zaman diraja.
Bahagian B : zaman sekarang / pertengahan
Bahagian C : cara perbualan budak2 remaja zamansekarang.
=====
Ayat 1
=====
(A) Ingin hamba sampaikan bahawa sesungguhnya memadailah dengan hanya
menepuk di bahagian anggota tanpa meninggalkan kesan.
(B) Saya ingin nasihatkan awak kalau nak pukul, jangan sampai ada bekas
(C) Wa cakap sama lu ... lu kalau mao kropok dia... lu kropok jangan kasi lebam beb.
=====
Ayat 2
=====
(A) Sungguh mengecewakan peradaban tuan hamba di depan majlis ini.
(B) Kurang ajar sungguh awak nie
(C) Oi Kakak kao punyer laki ahhh! Kong ajar eh? Babis punyer budak! siak kanina tul...
=====
Ayat 3
=====
(A) Sesungguhnya hamba masih mengharap balasan kasih dari tuan hamba... akan tetapi, hamba tidak ingin memaksa tuan hamba untuk membuat keputusan.
(B) Cinta aku belum lagi berbalas... berilah aku peluang kali ini untuk
mengisi ruang hati mu.
(C) Beb... .wa takmu jiwa-jiwa sama lu... tapi wa suah cintan rabak sama
lu... wa takut wa takleh tahan nanti wa terdugong ..plse ahhhhh.
=====
Ayat 4
=====
(A) Sayugia diingatkan bahawa sesungguhnya tarikh masuknya permulaan
bulan syawal ialah esok... dari itu hari ini merupakan hari penggenap
Ramadan.
(B) Di sini diumumkan bahawa besok kita akan menyambut Hari Raya
Aidilfitri
(C) Oi!!!!!! Besok dah tak payah poser! Yeaaahhooooooooooooooooo!!!!!!
=====
Ayat 5
=====
(A) Adalah menjadi harapan hamba sekiranya dapat hamba bersama-sama tuan sekelian ke majlis keramaian itu kelak.
(B) Saya ingin bersama-sama anda ke majlis itu... boleh tak?
(C) Hoi penyapu! Korang tunggu aku tau... aku pun nak ikot.
=====
Ayat 6
=====
(A) Barangsiapa yg telah dgn tanpa segan dan silu melakukan sesuatu
kemungkaran... maka..atas dirinya akan dibalas kemungkaran.
(B) Siapa yg berbuat jahat akan dihukum
(C) Sapa yg tunjok terer kat sini aku kompang sampai mati..bedek takda... . jgn memain dgn aku hah.
=====
Ayat 7
=====
(A) Sungguh menakjubkan kesaktian yg ada atas empunya diri
(B) Dia sungguh hebat sekali
(C) Mak kao! Pawer siuuttttt!
=====
Ayat 8
=====
(A) Adalah menjadi kemusykilan bagi diri hamba tentang perkara yg telah diketengahkan
(B) Apakah maksud anda?.Boleh tolong jelaskan?
(C) Oi! What cork are u talking about?... say poply ahh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment