ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
22 July, 2008
Zaman ini adalah zaman fitnah
Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.
Nabi Muhammad s.a.w banyak mengajar doa-doa yang indah. Namun, keindahan doa-doa itu kadang-kala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.
Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi s.a.w yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi s.a.w pula menjadi pilihan.
Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi `Iyadh berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi s.a.w pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat.
Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda s.a.w. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencontohi Nabi s.a.w.
Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: Doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a."( Ibn al-Imam, Silah al-Mu'min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)
Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.
Baca artikel penuh<<<<-----
Cerita kelakar - Pak pandir makan McDonald
Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat gaji teringin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..
Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air... Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...
Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...
Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?
Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?
Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...
21 July, 2008
Kemalangan Jet B-2
Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumahnya. Kerana bas itu sudah penuh.. wanita tua itu terpaksa berdiri tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata...
"Silakan duduk makcik... "
"Oh, tidak perlu.. adik duduk la!" Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula..
Pemuda itu duduk semula... Tapi beberapa minit kemudian.. pemudu itu berdiri dan berkata lagi...
"Makcik duduk la... " kata pemuda dengan sopan...
"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik duduk sajalah!" Kata Wanita tua itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk... ..
Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...
"Tak pe la.. makcik duduk la... " kata pemuda masih bersopan santun..
Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..
"Adik tak payah risaukan makcik.. Adik duduk ajalah. lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi..!" jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk..
Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan berkata...
"Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh!?
Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!"
Samseng Kg Dusun
Pada satu hari, Sarip Dol, ketua samseng Kg. Dusun, telah singgah di sebuah warung kampung jiran. Lepas parking basikal kat bawah pokok berdekatan, member terus masuk ke dalam dan order teh tarik. Semua orang di dalam warung terdiam seketika, tanda respect.
Sarip minum sorang-sorang sambil berdengus samseng. Kedengaran suara orang bisik-bisik ketakutan di belakang. Setengah jam kemudian, si Sarip ni pun keluar tanpa bayar seperti biasa. Masa nak balik tu, Sarip terkejut bila tengok basikal yang dibawah pokok tu dah hilang.
Apalagi, dia pun masuk balik ke dalam warung dan mengherdik, "Kepada yang berkenaan tu, aku nak pekena teh tarik satu lagi. Lepas tu, bila aku keluar, aku nak tengok basikal aku dah ada balik dibawah pokok tu. Paham!!?
Kalau tidak, tragedi kampung Mawar akan berulang lagi! Korang memang mesti betul-betul tak nak apa yg dah jadi kat sana jadi plak kat kg korang kan... .!"
Setengah jam kemudian, Sarip pun keluar dan tengok basikal dia dah ada balik kat bawah pokok. Member pun terus nak berangkat.
"Nanti, nanti... ... . En.Sarip", kata tauke warung. "Maaf jika saya bertanya... .. apa telah terjadi di kampung Mawar?"
"Tak ada ape2", kata Sarip. "Aku kena balik jalan kaki lah."
Huruf terlabik..
cubala baca... .hahaha
Syaa taidk dpaat pycreaa syaa mpmau utunk fhaam apa ynag syaa bcaa! Syaa tbracea klobheean meaujnkban mdnia msniaua. Muernut kpadea hiasl kjiaan di Cmabrigde Uinervtisy, taidk kria bnmagaiaa ssunuan huurf daalm stau pektaaran, pkrarea ynag pliang pneintg iaalh huurf pretmaa dan tkhareir bredaa di tmpaet ynag bteul.
Ynag slehbinyea bloeh dlaam sbrauet mcaam mnaa pun dan kmau miash bloeh mmbeaynaca tnapa sarenabg mlasaah. Ini knarea mdina misuana taidk bcaa siteap huurf stau dmei stau, saeilkbyna kauusrhelen ptkraaean slkeguias. Aijab kan? Butel! dan syaa sllaeu fkiir slbeeum ini bwhaaa eaajn aldaah sgnaat pinnteg!!!!
Makna sebenar IDOL
Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :
1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.
Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu taksub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.
Adab makan dan minum
1. Menyuap makanan dgn sedikit dan mengunyah makanan sehingga hancur. Kemudian barulah menyuap yg lain
2. Duduk dgn tenang dn tawadhuk tanpa bersandar atau membesar diri
3. Tidak mencaci makanan sama sekali. Makanlah apabila berselera dan tinggalkan sahaja apabila tiada selera
4. Membiasakan makan tamar sebanyak bilangan yg ganjil diantara satu ke tiga biji .Jangan kumpulkan buah tamar dan bijinya didalam satu bekas
5. Tidak meminum dgn banyak ketika makan melainkan kerana terlekat makanan atau terlalu dahaga
6. Tidak memakan makanan ketika masih panas
7. Memakan buah-buahan yg telah masak sahaja dan tidak meminum ubat melainkan benar-benar sakit
8. Rasulullah S.A.W melarang menghembus ke dalam makanan atau bernafas di dlm makanan
9. Baginda juga melarang supaya tidak menjamah cuka dan minyak sekiranya ia disimpan di dalam bekas tembaga
10. Antara tunjuk-ajar baginda ialah bersugi sebelum dan selepas makan
11. Baginda tidak tidur selepas makan melainkan setelah membersihkan sisa makanan di tangan. Bahkan baginda menggalakkan berwudhuk sebelum makan dan selepasnya. Sesetengah ulama menafsirkan berwudhuk di sini ialah membasuh kedua tangan.
12. Baginda makan dgn menggunakan tida jarinya. Adakalanya baginda menggunakan 4 jari
13. Baginda tidak makan melainkan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Antara tunjuk ajar baginda juga ketika makan ialah : baginda menggalakkan makan beramai-ramai pada satu hidangan, kerana ada keberkatannya. Rasulullah S.A.W bersabda ertinya " Makanan yang paling disukai disisi Allah ialah makanan yang dijamah oleh banyak tangan" (HR. Abu Ya'la, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi daripada Jabir r.a)
20 July, 2008
19 July, 2008
Shampoo di ban di Dubai adalah berita palsu
Dimaklumkan post isuhangat terdahulu Shampoo di ban di Dubai adalah cerita palsu. Saya mendapat komen dari pengunjung isuhangat mengenai post tersebut iaitu seperti di bawah. Terima kasih memberi pembetulan fakta.
"Assalamualaikum sahabat....
Terima kasih atas laporan tersebut. Walaubagaimanpun, mengikut laman berita rasmi di sana, berita shampoo ni diban adalah rekaan semata2. Boleh rujuk di link ini. http://www.gulfnews.com/nation/General/10226340.html
Sy berharap sahabat dapat memperbetulkan berita yg disebarkan ini. Sy bukan pro mana2 brand, ape tah lagi sy bukan bekerja di line kosmetik/ shampoo. Sy cuma mahukan berita benar tersebar dan berita salah diperbetulkan"
Terima kasih kepada En Muhammad Muslim.
Maaf jika ada kesilapan fakta pada post tersebut. Jika ada di kalangan pengunjung isuhangat yang telah forwardkan artikel tersebut, harap forwardkan sekali artikel ini.
Sekian, terima kasih.
Admin isuhangat,
Berani kerana benar!
Hikmah penciptaan lalat
Orang memandang bahawa lalat datang hanya untuk mengganggu ketenteraman mereka, tapi di sebalik itu ada juga hikmahnya. Diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap di bahagian mukanya. Dengan cepat Al-Mansur menghalaunya, lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali pula Al-Mansur menepisnya.
Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti.
Dia berfikiran : "Kalau macam ini lalat itu betul-betul merosak, tak ada gunanya langsung. "Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq : "Wahai Abu Abdullah!Untuk apa Allah menciptakan lalat?
"agar dengan itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."Jawab Jakfar Shadiq.
Mendengar jawapan itu,Al-Mansur diam. Dengan jawapan itu pula Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang kepala negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, tetapi ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.
Kena tindih semasa tidur - kepercayaan atau fakta
"Just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni... ... .betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)... .. kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena... .aku pun jujur pernah ader pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu... aderla dalam 3-4 kali jugak... masa tu aku
sedar... boleh bukak mata separuh... ..aku tau aku sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak... ..pastu 5 minit baru leh gerak... .aku dulu pun takut... mmg ingat kena hempap dah... lps boleh gerak tu seram sejuk jer...
tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia... ..barula aku tau kebenaran dia... . ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis' Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)... ..
temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage... .otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kiter kira
macam switch off kejap... .REM atonia (tader muscle tone)... ... ok, otak kiter pun ader switch off button... .dipanggil reticular activating system RAS... ... bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on... .kirenyer screensaver laaa or hibernate...
so,, bila kita bangun, RAS switched on balik... ... kita sedar fully awake
state... .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik... .mmg menakutkan tapi benar... . tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)
4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal... .heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy"
~got this info dr email yg di forward... interesting fact indeed~
Cerita lawak - Kisah salesman
Seorang salesman 'vacum cleaner' menuju ke sebuah rumah. Diketuknya
pintu depan. Belum sempat wanita tuan rumah itu berkata sepatah pun, ia
menghamburkan segala macam kotoran ke karpet ruang tamu.
"Puan," katanya, "saya yakin akan kemampuan mesin ini. Karpet ini akan
bersih kembali dalam sekelip mata. Jika nanti masih ada kotoran yang
tertinggal, saya bersedia memakannya."
"Kalau begitu," kata wanita tuan rumah,"Mulailah makan. Rumah kami
belum punya eletrik."
Cerita kelakar - mandikan kucing
Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit.
Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh?
Budak: Saya nak mandikan kucing saye
Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti.
Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut.
Pekedai: Bagaimana kucing kamu?
Budak: Mati!
Pekedai: kan saye dah kata... !
Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya.
Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya?
Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!
Kenyataan Mufti Perlis Berhubung Dengan Pertemuan Pas Dan Umno
Sumber: Drmaza.comSaya menyeru umat Islam berdoa kepada Allah agar berlakunya pertemuan antara UMNO dan PAS dalam keadaan yang harmoni dan mendatangkan kebaikan untuk rakyat umumnya dan umat Islam khususnya. Pertemuan itu diharapkan bukan atas kepentingan mana-mana parti, sebaliknya di atas kemaslahatan umat. Anggaplah itu tanggungjawab menjaga ukhuwwah, dakwah dan menjaga maslahah ummah.
Jika mereka sebelum ini boleh bertemu dengan pihak-pihak yang jauh segi akidah dan prinsip dari parti mereka, mengapa pula tidak boleh untuk mereka duduk semeja dengan saudara muslim mereka. Walaupun masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa perkara, namun mereka menganut agama yang sama. Semoga Allah memberikan pahala yang besar kepada Presiden PAS DS TN Abdul Hadi Awang atas hasratnya itu. Juga semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada PM DS Abdullah Ahmad Badawi yang memberikan respons yang baik.
Firman Allah: (maksudnya) "Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" (Surah al-Nisa': ayat 114). Tiada siapa yang membenci hasrat ini, melainkan mereka yang membenci kebaikan untuk umat dan negara.
Saya yakin, pertemuan itu bukan untuk meleburkan identiti politik mereka, sebaliknya mungkin hasrat atau idealisme politik masing-masing dapat dilaksanakan secara selaras dan matang. Memang sukar untuk mana-mana pihak pun dalam dunia ini mencapai keseluruhan idealisme perjuangannya. Tetapi bak kata kaedah: "Apa yang kita tidak capai kesemuanya, jangan pulak ditinggalkan keseluruhannya". Ertinya, jika tidak dapat mencapai tahap seratus peratus pun, janganlah pula sedikit sebanyak yang mampu diperolehi ditinggalkan.
Sikap ingin bertemu antara satu sama lain dalam suasana yang lebih harmoni itu adalah lambang kematangan politik kedua parti tersebut. Nabi s.a.w bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: "Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)" (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Pertemuan itu saya percaya, bukan untuk mengungkit kisah silam, tetapi untuk membuka lembaran baru yang lebih menjamin kebaikan untuk umat dan negara. Kita ingin melihat mereka duduk dengan penuh kasih sayang dan ukhuwwah. Marilah kita semua berdoa agar hasrat tersebut dapat direalisasikan. Saya percaya, pada hari impian itu terlaksana, mereka yang ikhlas akan mengalirkan airmata kesyukuran yang tidak terhingga.
Dr. Tan Yee Kew keluar BN
Dr Tan Yee Kew keluar BN, dijangka lompat ke PKR |
Oleh Utusan | |
Khamis, 17 Julai 2008 | |
KL: Bekas Naib Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew mengumumkan keluar daripada parti itu kerana kecewa dengan MCA dan hilang kepercayaan terhadap parti. Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu membayangkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau menyerahkan surat peletakan jawatannya menerusi faksimile ke Ibu Pejabat MCA hari ini. |
Pemimpin Islam seluruh dunia menyokong Anwar
Dari pejabat DSAI,
Today Islamica Magazine published an open letter signed by over 40 leading Muslim religious scholars, leaders and activists from around the world urging the Malaysian government to protect the civil liberties of the former Deputy Prime Minister, Anwar Ibrahim. We ask you to do three things today:
1. Read the open letter by clicking here or kindly scroll below
2. After reading, endorse it by adding your name to the list of signees
3. Forward this email to everyone in your email addressbook
Thank you,
Office of Anwar Ibrahim