ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
21 July, 2008
Samseng Kg Dusun
Pada satu hari, Sarip Dol, ketua samseng Kg. Dusun, telah singgah di sebuah warung kampung jiran. Lepas parking basikal kat bawah pokok berdekatan, member terus masuk ke dalam dan order teh tarik. Semua orang di dalam warung terdiam seketika, tanda respect.
Sarip minum sorang-sorang sambil berdengus samseng. Kedengaran suara orang bisik-bisik ketakutan di belakang. Setengah jam kemudian, si Sarip ni pun keluar tanpa bayar seperti biasa. Masa nak balik tu, Sarip terkejut bila tengok basikal yang dibawah pokok tu dah hilang.
Apalagi, dia pun masuk balik ke dalam warung dan mengherdik, "Kepada yang berkenaan tu, aku nak pekena teh tarik satu lagi. Lepas tu, bila aku keluar, aku nak tengok basikal aku dah ada balik dibawah pokok tu. Paham!!?
Kalau tidak, tragedi kampung Mawar akan berulang lagi! Korang memang mesti betul-betul tak nak apa yg dah jadi kat sana jadi plak kat kg korang kan... .!"
Setengah jam kemudian, Sarip pun keluar dan tengok basikal dia dah ada balik kat bawah pokok. Member pun terus nak berangkat.
"Nanti, nanti... ... . En.Sarip", kata tauke warung. "Maaf jika saya bertanya... .. apa telah terjadi di kampung Mawar?"
"Tak ada ape2", kata Sarip. "Aku kena balik jalan kaki lah."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment