adsense

22 July, 2008

Jalan ke Syurga





Wayang politik Malaysia





Naik jemu tengok cerita politik ni..tolong la oiii.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Rahsia Iblis





Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah
memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu
ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis
(ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku?." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak
dimulakan denhan nama Allah."

Mutiara kata Vs Aku kata





1)Wanita mempunyai 3 macam air mata... air mata kesedihan,air mata
ketika ketidaksabaran dan air mata kebohongan - Anonim

Aku kata : Manusia mempunyai 3 macam air mata..iaitu air mata
air,mataair (kekasih) dan air mata kucing (yg sedap di minum ha..ha..)


2)Semakin banyak anda bekerja,semakin banyak anda belajar - Anonim

Aku kata : Semakin banyak anda 'kena' buat kerja,semakin banyak
kemungkinan anda akan menjadi kurang ajar... .


3)Air susu ibu manusia adalah untuk bayi manusia dan air susu sapi
adalah untuk anak sapi - Paul Gyorgy

Aku kata : Air susu lembu (Dutch Lady) adalah untuk bayi manusia dan
juga untuk bayi lembu tetapi sapi punya susu,Dutch Lady dapat nama...


4)Akal itu laksana payung,ia tidak berguna kalau tidak terbuka -
Anonim

Aku kata : Akal itu laksana payung terjun,akan matilah kita kalau ia
tak terbuka atau berkembang di saat kecemasan...


5)Selama manusia ada,selama itu pula ada manusia yang tidak
berakhlak - Tactitus

Aku kata : Selama citer 'Tiga Abdul' ada,selama itu juga akan ada
manusia yang tidak melanggar amanah bernama Suleiman 'Akhlak'ken...

Awas apabila ketawa... !





Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pon ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lelucon pelawak2. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pon, orang2 boleh ketawa. Berceritak di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. dan sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaithan mahu ketawa sepanjang masa. Ha "ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..".

Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripaa Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH"

Asal usul nama TYPE-WRITER







Suatu masa dahulu semasa Munshi Abdullah baru mencipta nama, siang-malam, pagi-petang dia sibuk menulis. Kerajinan Munshi Abdullah itu diperhatikan oleh sepupunya yang bekerja sebagai tukang kayu. Dia melihat tulisan- tulisan Munshi Abdullah semakin lama semakin senget dan sukar untuk dibaca. Oleh kerana kasihan melihat Munshi Abdullah, sepupunya itupun menciptakan satu mesin tulisan untuk memudahkan Munshi Abdullah mengarang dan tulisan pun tidak senget lagi. Tetapi tiada nama untuk mesin itu.

Ada juga orang panggil mesin ketik, mesin cucuk, mesin kertas dan sebagainya. Pada suatu hari, seorang rakan Munshi Abdullah iaitu John Writer yang juga seorang penulis datang ke Tanah Melayu dan menumpang dirumah Munshi Abdullah. Munshi Abdullah pun memperkenalkan mesin itu kepada John Writer untuk memudahkan John menulis kisah pengembaraannya. Setelah menggunakan mesin itu, John tertarik dengan kemudahannya lalu bertanya, "What's the name of this machine?".

Waktu itu Munshi Abdullah berada di dapur dan dia juga tidak tahu nama mesin itu. Dia pun memanggillah sepupunya yang tinggal disebelah rumah, "Taib! Taib!" John Writer yang terdengar nama itu menyangkakan nama mesin itu ialah TAIB. Maka selepas pulang ke tanah airnya, John memperkenalkan mesin yang dihadiahkan oleh Munshi Abdullah itu kepada rakannya di Amerika. Dari situlah nama TAIB yang dieja TYPE oleh orang Inggeris tercipta. Manakala WRITER pula ditulis untuk memperkenalkan TYPE kepada para penulis. Sehingga ke hari ini orang dok sebut TYPE-WRITER

Lebai Malang





Aku lambat bangun!!!! Ya Allah... ... .ari nie ader presentation kat tempat kerja aku! Mampos! Boss aku sumer ader, kalau aku lambat, abis lah karier aku kali ini. Aku bergegas ke bilik air nak gosok gigi. Maner colgate? alamak!!!!!!... colgate luper nak beli... ... camner nie?... takkan nak gosok gigi tak pakai colgate sey?... mulut aku kalau pagi-pagi berbau tak agak-agak... .bangkai tikus lagi wangi. No time to buy... .terpakser gosok gigi pakai shampoo.

Aku bilas je badan, takder gosok-gosok, sabun pun aku skip. Lepas mandi aku pakai baju... carik baju kemeja lengan panjang biar smart sikit. Takder baju yg dah digosok!... sumer baju aku ronyok macam kertas kene gomol... ..lerrrrrrr... ... orang dah lambat nieee... . terpakserlah gosok baju kejap. Aku cari seterika tak jumper... ... .ader kat dalam bilek adek aku. Aku ketuk pintu bilek dia, tak bukak... aku terai bukak pintu tapi terkunci. Hoi Leman!!!!bukak pintu ni lah!!! Aku nak amek seterika... . kau nak simpan itu seterika sampai kiamat ke per ? Bukaklah cepat!!!! Aku dah lambat nie. Adek aku kalau dah tido macam orang mati... susah nak sedar, aku ingat kalau dia mati betul betul pun orang ingat dia tido. Akhirnyee dapat jugak aku seterika tu.

Pager aku berbunyi. Opis aku yg page... dia letak 999, urgent lah tu. Aku tipon balik... diorang sumer carik aku. Aku cakap aku overslept, aku on the way, kejap lagi sampai. Aku pakai baju yg baru aku gosok... ... .. eh apsal kecik nie? ler... .. aku tersalah gosok baju rupernyer!... aku tergosok baju adek aku. No time, aku pakai T-shirt polo, at least takyah gosok. Berdesut aku kluar rumah tunggu teksi. Seploh minit aku tunggu teksi tak datang-datang, akhirnya ader kosong, aku tahan, teksi stop... .and at that very moment aku teringat yg beg berisi surat-surat for the presentation tertinggal kat rumah, aku suruh dreba teksi tunggu sekejap, dia kater ok sementara tu aku berdesut balik ke rumah. Bila aku patah balik, itu teksi dah takder... .aarrgh hampeh tull..so tunggu teksi lain lah. Pagi-pagi memang susah nak carik teksi, kalau naik bas sudah terang2 tak sempat.

Terpakser ler aku gi naik bas... ..ramai nak mampos!. Macam sarden aku kat dalam. Drebar bas tuh plaks... bawak punyer la slow... approaching trefik light dia bawak lagi slow, dari jauh aku nampak lampu merah, lepas tu tukar ijau, bila bas dah nak dekat itu trefik light, dia tukar merah balik, bas pun berenti lah, aku punyer bingit. Aci kat sebelah aku plak tertido, kepaler dia terlentok kat bahu aku, lepas tu meleleh-leleh air liuh dia kener tangan aku... .eeeeeeeeeee... bau kari, nie misti baru srapan prata nie, macam nak kasi satu kompang je. Orang makin berasak-asak, sebelah aku ader pompan mengandung..dah sarat benar aku tengok... dlm ati aku deyni perut dah gini punyer besar pun masih naik bas lagi, naiklah teksi... kang tebranak dalam bas kang tak ke haru jadinyer?

Aku pun bangunlah kasi dia duduk, bila aku bangun je, tu aci punya kpala sudah jatuh itu kerusi punya atas jugak, dia tepranjat, ape taknyer tengah tido syok-syok kat atas bahu aku... padan muker dia. Tu pompan mengandung taknak duduk plak... .yek eleh deyni macam aku nak tempeleng je... owang dah kasi duduk tu duduk je lah... Jadi aku duduk balik lah, aci tengok aku sambil tersenyum, dia sambung tido kat bahu aku, siol punyer keling, satu kali punyer tepuk putih nanti.

Perkara yg amat ditakuti terjadi juga,... trefik jam. Nak terkencing aku dibuatnyer, tah dah braper ribu kali aku asek pandang jam tangan aku... ..why?... ... why must this happen to me today? Aku dah penik rabak Tuhan aje yg tahu camner punyer berkecamuk hati aku di saat ini. Pager aku berbunyik lagi... ..999!... .nak call balik ke tak nak nie?... ... kalau call balik gerenti aku kener maki punyer... ..abislah aku punyer promotion... . argghhh! Aku kluarkan aku punyer handphone... misti nak call baliklah... .aku akan explain the whole situation, hopefully boss aku understand. "Hello... Mr Ng, this is Malim... ..i'm still stuck at this... ... ." "Malim!!!... Where the hell are you, the whole dept is looking for you... .boss will be here any moment u know" Tipon aku tiber-tiber termati... battery flat lerrr. Aku punyer supervisor mesti ingatkan aku letak tipon... .arghhhh... ..abis lah aku! Nie apek kat depan aku asek peratikan aku dari tadi, muker macam LKY... ..aahh... buat bodoh sudah...

Aku pon turun dari bas yg dari tadi tak bergerak-gerak... kat depan tu ader kedai basikal, aku beli basikal dan berdesut ke opis. Sampai jugak aku kat opis... .aku lari naik tangga menuju ke main entrance, at the same time ader orang nak keluar BEDEBOOOOKKK!!!,... ... aku tergolek jatuh dari tangga, idong berdarah, fail dan kertas-kertas sumer betrabor. Aku pungut balik sumer kertas-kertas... .ader yg melayang sampai kat tengah jalan... .. aduuuhhhhhhhh... tensen nyer akuuuuuuuuuu!!!!!!! kereta sumer horn kat aku... .. PON!!!! PONNNN!!!! PONNN!!!!! pasal aku kutip kertas-kertas kat tengah-tengah jalanraya... .. pager aku berbunyik lagi... BEEP!!!BEEP!!!!BEEP!!!!, orang pekik "HOI!!!! CLEAR THE ROAD LAHHH!" ..argggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!bingitnyeeeeeeeeeeee!!!!!!!

Cuaca panas gileer... aku dah berpeluh-pelir. Dapat jugak sumer kertas-kertas yg betrabor tu. Akuu masuk ke opis, sumer owang tengah dok kumpul... ... ..tengokkan aku yg baru masuk... ..idong berdarah, baju basah, seluar terkoyak sikit, kertas-kertas dlm beg tak terurus. Rambut ala2 allycat plak tuh... Tengah kalut2 ... ..datang supevisor aku... .. "Ahhhhh Malimmm... ... boss is on MC for three days... the presentation postponed to next week"..supervisor aku buka mulut. Arrggghhhh!!!!!!!aku rase cam nak sumbat jek mulut dia ngan mop!!!!... .

Zaman ini adalah zaman fitnah





Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.

Nabi Muhammad s.a.w banyak mengajar doa-doa yang indah. Namun, keindahan doa-doa itu kadang-kala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.

Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi s.a.w. Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi s.a.w yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi s.a.w pula menjadi pilihan.

Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi `Iyadh berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepadaNya. Dia mengajar doa dalam kitabNya kepada hamba-hambaNya. Nabi s.a.w pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat.

Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda s.a.w. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencontohi Nabi s.a.w.

Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: Doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a."( Ibn al-Imam, Silah al-Mu'min fi al-Du`a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)

Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredhai Allah.

Baca artikel penuh<<<<-----

Cerita kelakar - Pak pandir makan McDonald





Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat gaji teringin makan di Mc'Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper... maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung... sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30'an ditepinya... Ahmad namanya... Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..



Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu...
Ahmad: Air... Bagi air coke yer...
Pak Pandir: Air... Bagi air coke yer...
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir... namun Pak Pandir buat tak tahu ajer...

Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer... ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik... bagi ash-tray satu yer...

Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir...
Ahmad : hoi... yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah... takder otak ker?

Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper... kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?

Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ...

21 July, 2008

Kemalangan Jet B-2





Walau secanggih mana pun manusia, hanya setitis air di lautan ilmu kita berbanding dengan Allah SWT. Subhanallah..
Visit Us @ http://stranges-world.blogspot.com/

Stranges world

Orang Malaysia makan sisa tong sampah





Pasar Borong Selayang .
Orang Myanmar pungut dari tong sampah, lepas tu jual..orang Malaysia beli.








Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumahnya. Kerana bas itu sudah penuh.. wanita tua itu terpaksa berdiri tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata...
"Silakan duduk makcik... "

"Oh, tidak perlu.. adik duduk la!" Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula..

Pemuda itu duduk semula... Tapi beberapa minit kemudian.. pemudu itu berdiri dan berkata lagi...

"Makcik duduk la... " kata pemuda dengan sopan...

"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik duduk sajalah!" Kata Wanita tua itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk... ..

Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...

"Tak pe la.. makcik duduk la... " kata pemuda masih bersopan santun..

Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..

"Adik tak payah risaukan makcik.. Adik duduk ajalah. lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi..!" jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk..

Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan berkata...

"Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh!?

Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!"

Sopan itu cantik








Lihat koleksi kartun untuk muslim dan muslimah <---

Samseng Kg Dusun



Pada satu hari, Sarip Dol, ketua samseng Kg. Dusun, telah singgah di sebuah warung kampung jiran. Lepas parking basikal kat bawah pokok berdekatan, member terus masuk ke dalam dan order teh tarik. Semua orang di dalam warung terdiam seketika, tanda respect.

Sarip minum sorang-sorang sambil berdengus samseng. Kedengaran suara orang bisik-bisik ketakutan di belakang. Setengah jam kemudian, si Sarip ni pun keluar tanpa bayar seperti biasa. Masa nak balik tu, Sarip terkejut bila tengok basikal yang dibawah pokok tu dah hilang.

Apalagi, dia pun masuk balik ke dalam warung dan mengherdik, "Kepada yang berkenaan tu, aku nak pekena teh tarik satu lagi. Lepas tu, bila aku keluar, aku nak tengok basikal aku dah ada balik dibawah pokok tu. Paham!!?

Kalau tidak, tragedi kampung Mawar akan berulang lagi! Korang memang mesti betul-betul tak nak apa yg dah jadi kat sana jadi plak kat kg korang kan... .!"

Setengah jam kemudian, Sarip pun keluar dan tengok basikal dia dah ada balik kat bawah pokok. Member pun terus nak berangkat.

"Nanti, nanti... ... . En.Sarip", kata tauke warung. "Maaf jika saya bertanya... .. apa telah terjadi di kampung Mawar?"

"Tak ada ape2", kata Sarip. "Aku kena balik jalan kaki lah."

Huruf terlabik..



cubala baca... .hahaha

Syaa taidk dpaat pycreaa syaa mpmau utunk fhaam apa ynag syaa bcaa! Syaa tbracea klobheean meaujnkban mdnia msniaua. Muernut kpadea hiasl kjiaan di Cmabrigde Uinervtisy, taidk kria bnmagaiaa ssunuan huurf daalm stau pektaaran, pkrarea ynag pliang pneintg iaalh huurf pretmaa dan tkhareir bredaa di tmpaet ynag bteul.

Ynag slehbinyea bloeh dlaam sbrauet mcaam mnaa pun dan kmau miash bloeh mmbeaynaca tnapa sarenabg mlasaah. Ini knarea mdina misuana taidk bcaa siteap huurf stau dmei stau, saeilkbyna kauusrhelen ptkraaean slkeguias. Aijab kan? Butel! dan syaa sllaeu fkiir slbeeum ini bwhaaa eaajn aldaah sgnaat pinnteg!!!!

Makna sebenar IDOL



Mungkin anda pernah mendengar perkataan IDOL tetapi anda tidak terlalu mengambil tahu makna sebenar perkataan itu. Mungkin juga anda menganggap perkataan itu sama maknanya dengan perkataan IDOLA dalam bahasa Melayu lantaran bunyi sebutannya yang hampir sama. Tahukah anda bahawa tanggapan anda ini SALAH sama sekali!.

Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung. Dalam konteks pengunaan, perkataan ini lebih sesuai menjurus kepada pemujaan benda, patung atau berhala. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa terbitan perkataan lain seperti berikut :

1. IDOLATRY = Penyembahan berhala
2. IDOLATER = Penyembah berhala; musyrikin
3. IDOLATROUS = (Bersifat) menyembah atau memuja
4. IDOLIZE = (Terlampau) menyanjung.
5. IDOLIZATION = Pemujaan; pendewaan.

Daripada terbitan perkataan-perkataan ini, jelaslah kepada kita bahawa pengunaan perkataan IDOL hanya sesuai digunakan untuk mengambarkan sifat terlalu taksub, menyembah, memuja dan terlalu menyanjung sesuatu yang bukan bersifat benda hidup atau dalam makna lain menyembah berhala / patung.



Adab makan dan minum



1. Menyuap makanan dgn sedikit dan mengunyah makanan sehingga hancur. Kemudian barulah menyuap yg lain

2. Duduk dgn tenang dn tawadhuk tanpa bersandar atau membesar diri

3. Tidak mencaci makanan sama sekali. Makanlah apabila berselera dan tinggalkan sahaja apabila tiada selera

4. Membiasakan makan tamar sebanyak bilangan yg ganjil diantara satu ke tiga biji .Jangan kumpulkan buah tamar dan bijinya didalam satu bekas

5. Tidak meminum dgn banyak ketika makan melainkan kerana terlekat makanan atau terlalu dahaga

6. Tidak memakan makanan ketika masih panas

7. Memakan buah-buahan yg telah masak sahaja dan tidak meminum ubat melainkan benar-benar sakit

8. Rasulullah S.A.W melarang menghembus ke dalam makanan atau bernafas di dlm makanan

9. Baginda juga melarang supaya tidak menjamah cuka dan minyak sekiranya ia disimpan di dalam bekas tembaga

10. Antara tunjuk-ajar baginda ialah bersugi sebelum dan selepas makan

11. Baginda tidak tidur selepas makan melainkan setelah membersihkan sisa makanan di tangan. Bahkan baginda menggalakkan berwudhuk sebelum makan dan selepasnya. Sesetengah ulama menafsirkan berwudhuk di sini ialah membasuh kedua tangan.

12. Baginda makan dgn menggunakan tida jarinya. Adakalanya baginda menggunakan 4 jari

13. Baginda tidak makan melainkan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Antara tunjuk ajar baginda juga ketika makan ialah : baginda menggalakkan makan beramai-ramai pada satu hidangan, kerana ada keberkatannya. Rasulullah S.A.W bersabda ertinya " Makanan yang paling disukai disisi Allah ialah makanan yang dijamah oleh banyak tangan" (HR. Abu Ya'la, Ibnu Hibban dan al-Baihaqi daripada Jabir r.a)

19 July, 2008

Shampoo di ban di Dubai adalah berita palsu



Dimaklumkan post isuhangat terdahulu Shampoo di ban di Dubai adalah cerita palsu. Saya mendapat komen dari pengunjung isuhangat mengenai post tersebut iaitu seperti di bawah. Terima kasih memberi pembetulan fakta.


"Assalamualaikum sahabat....

Terima kasih atas laporan tersebut. Walaubagaimanpun, mengikut laman berita rasmi di sana, berita shampoo ni diban adalah rekaan semata2. Boleh rujuk di link ini. http://www.gulfnews.com/nation/General/10226340.html

Sy berharap sahabat dapat memperbetulkan berita yg disebarkan ini. Sy bukan pro mana2 brand, ape tah lagi sy bukan bekerja di line kosmetik/ shampoo. Sy cuma mahukan berita benar tersebar dan berita salah diperbetulkan"

Terima kasih kepada En Muhammad Muslim.

Maaf jika ada kesilapan fakta pada post tersebut. Jika ada di kalangan pengunjung isuhangat yang telah forwardkan artikel tersebut, harap forwardkan sekali artikel ini.


Sekian, terima kasih.

Admin isuhangat,
Berani kerana benar!

Hikmah penciptaan lalat





Orang memandang bahawa lalat datang hanya untuk mengganggu ketenteraman mereka, tapi di sebalik itu ada juga hikmahnya. Diceritakan bahawa pada suatu hari ketika Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyelesaikan kerja-kerjanya datang seekor lalat hinggap di bahagian mukanya. Dengan cepat Al-Mansur menghalaunya, lalat itupun terbang. Sebentar kemudian lalat itu datang lagi dan Al-Mansur segera menepisnya. Begitulah seterusnya lalat berkali-kali pula Al-Mansur menepisnya.

Sehingga akhirnya, Al-Mansur merasa kesal kerana kerja-kerjanya terganggu hanya kerana gara-gara seekor lalat yang tidak mempunyai apa-apa erti.

Dia berfikiran : "Kalau macam ini lalat itu betul-betul merosak, tak ada gunanya langsung. "Kemudian Al-Mansur bertanya kepada Jakfar Shadiq : "Wahai Abu Abdullah!Untuk apa Allah menciptakan lalat?
"agar dengan itu Allah dapat menunjukkan kehinaan orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."Jawab Jakfar Shadiq.

Mendengar jawapan itu,Al-Mansur diam. Dengan jawapan itu pula Al-Mansur sedar bahawa walaupun dirinya seorang kepala negara yang disanjung dan dijunjung oleh rakyat, tetapi ternyata tidak ada ertinya bagi seekor lalat.
Blog Widget by LinkWithin