adsense

29 August, 2008

5 taktik terbaik PATI menyeludup masuk







No.5
(dalam beg pakaian..isk...isk...isk...)



No.4
(dalam dashboard kereta...adeh sakitnya otot-otot!)



No.3
(dalam rear seat kereta...macam sardin A1 King Cup pula dia tu...!)




No.2
(dalam enjin kereta...heheh...kulit badak atau unta kah orang ni ah...???)



DAN YANG TERGANAS.....

No.1
(dalam front passenger seat kereta...kah...kah...kah...!!!!!



Bergeliga betul otak diurang ni tapi kena tangkap juga! Kantoi woi...!!)

AMARAN...
SEMUA PEMBACA YANG MEMILIKI KERETA DISARAN SUPAYA MEMERIKSA BETUL-BETUL KERETA MASING-MASING SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN. MANALAH TAHU ADA PATI YANG BERSEMBUNYI DALAM STERING KAH, DALAM WIPER KAH, DALAM TANGKI PETROL KAH, DALAM TAYAR KAH...

Gambar sekitar pilihanraya Permatang Pauh







Adik Adi Putra ada di Permatang Pauh ya ke?






Urgent! Gadis hilang







Dari inbox admin

Assalammualaikum. ...
Minta kawan2 semua tolong forwardkan gambar adik sahabat saya kepada rakan2 yg lain.

Adik rakan saya ini telah dilarikan seorang lelaki dipercayai dipukau. Adiknya telah menghilangkan diri semenjak hari Rabu, 20-Aug. Report Polis telah dibuat. Disyaki berada di kawasan Johor, Pulau Pinang atau Kedah.

Nombor kereta MyVi silver adik perempuan, ialah JKH 5380.
Nombor kereta Wira (coklat atau kelabu) lelaki CBL 7772. IC # 790217-01-5299.

Kalau ada apa-apa maklumat, sila hubungi kakak atau abang beliau :

kakak : 019-277 9275 (Rafidah.Ahmad@ my.flextronics. com)

abang : 012-291 9274

Gambar lelaki tu tak ada dalam simpanan. Walaubagaimanapun sesiapa yang mungkin mengenali lelaki itu melalui nombor kereta atau ic mintak la tolong sesangat hubungi nombor telefon di atas. Ataupun sesiapa yang mempunyai pengalaman kehilangan orang tersayang, tolong la share bagaimana cara atau ada sesiapa yang boleh kita temui untuk meminta pertolongan. .

Terima kasih.


Selagi belum ajal







Kekuasaan Allah.. kereta putus dua pun, pemandu takde apa-apa





Bakal menantu Dato Siti







Cun juga awek anak tiri Dato' Siti ni... lagi cun dari mak tiri dia hohoho

Klik di sini untuk melihat semua gambar

28 August, 2008

Hero Filem







Kalau binatang jadi hero filem, macam gini lah posternya

Klik di sini untuk gambar-gambar lain



Hanya di Jepun







Orang Jepun memang terkenal dengan daya inovasi yang tinggi. Tak hairanlah jika kita jadikan budaya mereka seperti ikutan seperti 5' S, QCC, dan sebagainya.


*Klik gambar untuk lihat gambar-gambar lain

Tip kejutkan orang bersahur







Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-)

Kalau nak kejutkan orang bangun tidur especially sahur..cam ni antara caranya..
1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect
1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak
1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir
1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya

Juara Tilawah Vs Juara Gangstarz







Kalau ditanya siapa juara gangstarz??
Dengan lajunya aku menjawab.. One Nation Emcess (siap angkat tangan lagi)
Kalau ditanya siapa Juara Tilawah 2008....... ?
err...errr..malunya aku..(korang pun sama!)

"Ya Allah, perkuatkanlah iman kami di zaman fitnah ini, Cintakanlah hati kami dengan kitabMu, jauhilah hati kami dari sifat lalai dan cinta keduniaan".


KUALA TERENGGANU 25 Ogos - Qari Indonesia, Mu'min Mubarok dan qariah Thailand, Fatimoh Harati masing-masing muncul juara majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke-50 di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man di sini hari ini.

Mu'min, 37, meraih markah 91.5 peratus, manakala Fatimoh, 52, memperoleh 92.83 peratus.

Qari Maghribi, Abdul Karim Elbaki Allah mendapat tempat kedua dengan markah 89.33 peratus dan tempat ketiga dimenangi Reza Mohammad Poor dari Iran dengan markah 88.92 peratus.

Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzzaman pula mendapat tempat kedua dengan 91.5 peratus, manakala Nurfaezah Emran dari Brunei memperoleh tempat ketiga dengan 87.67 peratus.

Anak pengemis masuk universiti







Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.

Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?

Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 18 tahun , nak.

Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?

Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak

Saya : Banyak juga ya pakcik??

Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...

Saya : Ohhhh... ..keluarga pakcik ada di mana?

Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nuun.

Saya :Wahh..hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr..

Pengemis: (Sambil tersenyum Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?

Saya: (Membalas senyuman..^_^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?

Pengemis : Tak arrrrrr... .semuanya mengemis seperti pakcik... .Dorang kata duduk maengemis dekat universiti ni banyak kit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!

Rogayah yang terkantoi







Rogayah mengigit bibir. Tangannya mengenggam erat tiang. Sejuk dari besi yang kejab dalam genggamnya bagai bersatu dengan urat, menjalar dalam darah dan seterusnya menghasilkan getaran pada tempurung lututnya.

Sungguh Rogayah tak paham, kenapa semua memandang? Kenapa semua orang berbisik sambil tersengih atau mencebik lepas memandang ke arahnya. Kenapa Whyyy?? Tapi semua itu hanya berkumpul dan berputar dalam kepala hotaknya. Tak mampu diluahkan.

Rogayah memandang kasut. Hari ni dia pakai kasut kaler putih. Hujung kasut itu tirus, dan tapaknya warna hitam. Rasanya kasut itu tak bersalah. Tak mungkin kasut itu mampu mencuri perhatian.

Rogayah teliti pula seluar slacknya yang menyalut kaki. Takder sleknya! Koyak kot? Tak mungkin, Rogayah berkira-kira sendiri. Seluar itu baru dibelinya 2 minggu lepas. Kat Pasaraya Jasko. Kaler pun krim, takderlah pelik benor ngan orang lain. Lainlah kalau kaler striking ke, pokka dot ke, peliklah jugak.

Baju... Hari ni Rogayah pakai kemeja biru gelap. Pun tak pelik jugakkan ? Tangan Rogayah cepat2 meraba butang baju satu persatu. Fuh lega! Semuanya terletak elok. Baju berlengan 3/4 itu terletak elok dibadanya. Nak kata seksi, seksi lagi amoi yang sedang tersengguk2 ngantuk didepannya. Baju takde lengan, mini skrit... Memang tak heran la kalau semua orang mengerling. Tapi kenapa aku?

Mungkin kah aku cun sesangat hari ni? Boleh jadi jugak, fikir Rogayah. Hatinya mula kembang kencup. Tapi senyuman Rogayah mati semula. Seorang makcik yang duduk dibangku sebelah kiri kemudian mengerling tajam. Kemudian berbisik sesuatu ditelinga anak kecil sebelahnya. Rogayah lihat anak kecil itu memandang tidak berkelip ke arahnya sambil tersengih. Kenapaaaaa.. ... ?? Sekali lagi Rogayah bertempik dalam hati.

"Stesen Tasik Selatan.." Rogayah melepaskan nafas lega mendengar penguguman dari drebar LRT. Ah, kejab lagi segalanya akan berakhir, fikir Rogayah. Mungkin semua orang yang duduk berhampirannya dalam LRT dah gila. Tak pernah tangok perempuan cun cam aku kot, telah Rogayah lagi.

Rogayah tolak cermin kaca. Baru pukul 8.40 pagi. Rogayah jalan pelan2 ke arah mesin punch card. Macam biasa, dia di antara orang yang paling awal sampai opis. "Morning... " Rogayah menugur kak Kiah, cleaner yang tengah sibuk mengelap meja. Rogayah terus menuju maja. Kak Kiah memang serius orangnya. Nak senyum pun susah, lebihkan CEO company pulak.

"Rogayah.." Rogayah menoleh ke arah Kak Kiah.

Aik? Senyum pulak orang tua ni pepagi ni!

"Rogayah tak puasa ke??" Tangan kak Kiah menunjukkan ke arah bungkusan teh tarik dan nasi lemak ditangan rogayah .

Arghhhh... Patutlah!!!! Kali ini Rogayah tak bertempik dalam hati lagi, memang menjerit betul2!!

Hari pertama Ramadhan 1427 akan dikenang Rogayah sampai bila2...

Moral: Kalau tak posa tu cover2 la... org lain senggugut jugak..

Kesan sampingan makan buah kurma







Assalamualaikum, Dari ceramah Yg Bhg. Ustaz Ismail Kamus.

Dari pemerhatian Us. Ismail Kamus, beliau menasihatkan bagi golongan kebanyakan supaya mengurangkan makan kurma terutama kurma nabi atau kurma Najwa.

Ini adalah kerana kurma ini boleh mendatangkan side effect kepada kesihatan manusia, iaitu mendatangkan masalah kebotakan kepala terutama bagi rakyat kebanyakan.

Kesan sampingan kurma nabi ini diperakui oleh para doktor , akan ujudnya masalah kebotakan bagi golongan rakyat kebanyakan jika di amalkan hari-hari.

Tapi yang pasti ramai tak percaya , termasuk lah saya .

Tapi Yg. Bhg Ustaz Ismail Kamus ada hujahnya ;

" Mana Tak BOTAK kepala, kalau hari - hari makan atau sedekah Kurma Najwa yang harganya RM120 sekilo, orang kaya boleh le, ni kita bukan kepala je BOTAK , poket pun Rabak. "

wassalam

Honda City Baru









Klik di sini untuk melihat gambar-gambar Honda City baru

Blog Widget by LinkWithin