ISU-isu SEMASA gambar VIDEO link CERITA info RESEPI pepatah KELAKAR gambar artis DAN macam-MACAM ada YANG HANGAT-HANGAT BELAKA....!!!!
28 August, 2008
Anak pengemis masuk universiti
Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.
Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Saya : Ohhhh... ..keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nuun.
Saya :Wahh..hebat-hebat keluarga pakcik ni... boleh tahan juga yerrr..
Pengemis: (Sambil tersenyum Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?
Saya: (Membalas senyuman..^_^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr... .semuanya mengemis seperti pakcik... .Dorang kata duduk maengemis dekat universiti ni banyak kit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment