adsense

11 September, 2008

Honda City 2009





Tak sempat nak buat kereta Raya ler ni...Baru launch di Thailand

694,000 Bath = RM 69, 438

524,000 Btah = RM 52, 396





Klik Di Sini untuk melihat kesemua koleksi gambar

Lailatul Qadar.......





"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil! Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Ramadhan boleh buat kenapa tidak di bulan yang lain?





Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba tak tinggal berjemaah Isya' dan taraweh. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba bangun sebelum Subuh untuk bersahur, masa tu jugak dapat aku bertahajjud dan membaca Al-Quran seperti selalu nabi buat. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba datang berjemaah subuh di Surau/Masjid terdekat. Solat sunat sebelum Subuh pun tak tinggal. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba membaca kitab Al-Quran sebanyaknya, ada je waktu lapang, aku akan buka kitab suci ni. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba peruntukkan sejumlah pendapatan aku untuk sedekah. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba kawal kata-kataku, penglihatanku, pendengaranku, perbuatanku agar tidak melakukan perkara lagho@sia-sia. Aku tak lagi mengumpat, aku tak lagi berbual kosong, gelak ketawa, aku tak lagi mendengar lagu-lagu yang melekakan, aku tak pergi tengok wayang, melepak, ronda-ronda shopping complex tanpa tujuan. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba banyakkan zikir kepada Allah, pagi petang malam, tak henti-henti aku berzikir. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Kenapa? Oh..betapa sebelas bulan yang lain, aku jauh terleka. Ini semua salah kau syaitan. Kau yang menyebabkan aku leka. Bulan Ramadhan, kau terikat. Mudah untuk aku kembali mengingat Alloh.

Eh..kenapa aku salahkan syaitan? Bukan ke aku sendiri bersalah? Mengikut saja kata teman aku tu tanpa menolak. Huhuu..lemahnya diri aku ini.

Sekarang aku sedar, aku insaf. Tapi kuatkah aku untuk kekal beramal sepanjang tahun..bukan pada bulan Ramadhan saja? Kawan-kawan aku semua macam ni, kalau aku berubah..aku jadi macam kera sumbang. Aku akan kehilangan kawan-kawan aku.

Tapi itu bukan alasan untuk aku berkawan rapat dengan syaitan durjana yang melekakan aku dan kawan-kawan aku. Oh..aku tahu jalannya. Kenapa tidak, aku ajak sekali kawan-kawan aku yang lain juga berubah seperti keinginan aku ini.

Lalu soalan-soalan pada diri sendiri ini aku fowardkan untuk tatapan kawan-kawan semua. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi titik tolak untuk kita berubah. Kalau berubah sendiri, aku tak kuat..aku perlukan juga kawan-kawan semua.

Pandainya dia..





Ajoi was asked to make a sentence using 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10.Not only did he do it 1 to 10,he did it back from 10 to 1...

This is what he came with... ..

1 day,i go 2 climb up a 3 outside a house to peep.But the couple saw me,so i panic n 4 down.The man rush out n wanted to 5 with me.I run until 1 fall 6.So i go into 7 eleven n grab some 8 to throw at him.Then i took a 9 n try to stab him.10 god,he run away... ..

So,i put the 9 back n pay for the 8 n left 7 eleven.Next day,i call my boss n say i am 6.He said 5,tomorrow also no need to come back 4 work.He also asked me to climb a 3 n jump down.I don't understand,i'm so nice 2 him but i don' know what he 1...

hope u understand k... ..ahaksss... .

Laptop termahal








Klik di sini untuk info lanjut

Info terkini





Dari post sebelum ini http://isuhangat.blogspot.com/2008/09/merayu-bantuan-adiranna-alysya.html , saya mendapat info terkini :

"anakandanya Adrianna telah kembali ke rahmatullah pada 1Ramadhan bersamaan 1 September, jam 9.45 malam"

Jika tak sempat nak menghulurkan derma, cukuplah kita memberi sedekah Al-fatihah kepada adik Adrianna, Allah lebih menyayangi beliau..semoga di tempatkan di Syurga seperti yang dijanjikanNya dan semoga kedua ibu bapanya menerima dengan redha.

Amin

Isteri menuntut hak





Satu seminar diaadakan oleh kumpulan wanita yang menuntut hak persamaan dengan suami masing-masing.Beberapa orang dijemput berucap menceritakan pengalaman mereka.

"Saya menberi tahu suami, mulai sekarang saya nak abang masak untuk makan malam. "Pada malam pertama saya tidak nampak apa-apa. Malam kedua juga begitu. Akhirnya pada malam ketiga, saya melihat ada hidangan di atas meja ketika pulang daripejabat," kata wanita pertama. Penonton bertepuk tangan dan bersorak tanda kemenangan.

"Wanita kedua pula bangun dan menceritakan pengalamannya. "Saya Linda. Selepas tiga tahun berumah tangga, saya akhirnya bosan kerana setiapa hari perlu mengemas rumah sedangkan suami tidur. "Saya bertegas meminta suami mengambil alih tugas itu atau kami mungkin bermasalah. "Pada hari pertama dan kedua, suami saya berdegil. Hari ketigabarulah dia akur dan saya kini tidak lagi perlu mengemas rumah!" sekali lagi dewan itu gemuruh dengan tepukan

"Saya Affa," kata wanita ketiga. "Saya juga bosan asyik membasuh pakaian setiapa hari. Saya berkeras menolak tugas itu pada satu hari dan meminta suami pula membasuh," katanya. Penonton tetap bersemangat mendengar. "Pada hari pertama, saya tidak nampak apa-apa.Hari kedua juga tidak nampak apa-apa."Mujurlah hari ketiga saya mula nampaksikit dengan mata kiri, tapi mata kanan saya masih bengkak kena belasah dengan suami," katanya. Dewan itu tiba-tiba sunyi dan penonton melopong.

Kaitan AL-QURAN dan alam ini






Ziddu.com dah ok.. berkenaan post sebelum ini http://isuhangat.blogspot.com/2008/09/website-ziddu-ada-malware.html adalah tidak valid lagi.

Boleh download fail Kejaiban Al-Quran (PDF Fail) :-






10 September, 2008

Bagaimana nak mengenali Pak Pandir





* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia baca email ini. (Jangan marah - gurau jer)

Hukum kutu internet





Posted by Admin di Cari Duit Internet

Macam-macam teknik orang cari duit internet, saya menerima satu email yang mempelawa saya menyertai kutu internet.

Dengan menggunakan ayat power yang berbentuk Islamik sedikit, ramai juga yang terpengaruh dan kemudian menyebarkan email berbentuk spam kepada individu dan mail group mereka.

Bagaimana ia bekerja?

Langkah1

Pertama sekali anda dikehendaki menghulurkan sumbangan RM2 shj kpd setiap peserta. Seterusnya, bank-in kepada setiap nama & nombor peserta yang terdapat pada Senarai Nama Peserta.

Langkah2

Setelah setiap peserta menerima sumbangan drpd anda, maka gugurkan nama & nombor akaun Peserta 1 drpd senarai itu. Anjakkan nama Peserta 2 ke ruang Peserta 1, Peserta 3 ke ruang Peserta 2, Peserta 4 ke ruang Peserta 3, Peserta 5 ke ruang Peserta 4 & masukkan nama &nombor akaun anda pada ruang Peserta 5 yg tlh dikosongkan td. Pastikan senarai nama baru itu berada dlm kedudukan yg betul. Anda juga boleh menggunakan nama samaran jika tidak mahu dikenali.

Untuk baca artikel penuh klik;

>Hukum kutu internet<

Gambar Kaabah





Fakta-fakta mengenai Kaabah,



Klik di sini untuk melihat koleksi gambar penuh

Ucapan bekas Presiden MCA dan MIC





Siapa kata Melayu mudah lupa? Orang Cina dan India pun mudah lupa asal usulnya

Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk â€Å“Tun Tan Answers Critics on special Previleges dalam pada 30 april 1969, berkata:

The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities.

[Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.]
- Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39.

UCAPAN PRESIDEN MIC merangkapMENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965.

Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?

If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, â€Å“We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens.And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens

As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.

[Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu?

Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

Jika jita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dam lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan lehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."

Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."] - Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60

Merayu bantuan - Adiranna Alysya





Sekadar memanjangkan. Siapa yang ada rezeki lebih tu daripada berbuka puasa buffet RM40 - RM50 per person tu, baik sumbangkan separuh dari budget anda kepada yang memerlukannya. Bukannya apa kalau makan semahal mana pun akhirnya ia jadi apa? Kalau ada bersedekah Insyallah selain rezeki makin bertambah tapi pahala berlipat ganda terutama di bulan Ramadhan ini dan hanya Allah yang akan membalasnya. Insyallah..

Assalamualaikum w.b.t,
Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur.
Umur saya 6 tahun 10 bulan.Saya mengidap penyakit kronik jantung berlubang yang serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-

1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya yang berharga lebih kurang RM 3,000.00
2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.

Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan/Puan. Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga.
Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :-
Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib
CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521
Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat hubungi ibu saya
Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030

Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan/Puan.
Jasa baik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan/Puan.Saya doakan.
Semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.

Sekian.terimakasih.
Adiranna Alysya




Klik gambar utk zoom in

Tatap wajah tersayang diwaktu tidurnyer





Pernahkah anda menatap wajah orang-orang terdekat dengan anda ketika mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah-wajah ketenangan mereka ketika sedang tidur. Ketika itu yang kelihatan adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang yang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tidak akan kelihatan wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu sasa dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut putih.......... mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah rela melakukan apa sahaja asal kan perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. Lihatlah ibu anda. Kulitnya mulai keriput dan jemari! yang dulu halus membelai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana tempaan hidup yang keras. Orang inilah yang tiap hari mengurus keperluan kita,yang sanggup berkorban jiwa dan raga. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan mengomeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya,.....ingatan dan teguran itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang tersayang : Suami,.... wajah di antara lelaki-lelaki yang hadir....dialah lelaki pilihan yang Allah jodohkan,
yang hanya perlu dibahagiakan barulah kita dapat menikmati erti kebahagiaan yang sebenar. Renunglah wajah perempuan yang bergelar isteri,
yang masih setia,namun kesetiaan dan ketabahannya sering kita uji. Kakak, Abang, Adik, Anak, Sahabat........ Semuanya. Rasakanlah sensasi yang
timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan ketika menatap wajah-wajah yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta
yang mengalir deras ketika mengimbas kembali betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan ....... untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang
kekadang tertutup oleh kesalah-fahaman kecil yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar.Pengorbanan yang melelahkan namun tidak diungkapkan..... Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu dapat kelihatan lagi melalui wajah-wajah jujur mereka ketika sedang tidur.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan keharuan seketika terganggu jika mengingatkan itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika keesokan
hari, orang-orang yang dikasihi itu tidak lagi membuka matanya, buat selama-lamanya... .

Renungkan......

Kasih sayang adalah rahmat Allah......Apabila kita merasakannya bermakna
hidup kita sentiasa dirahmati......Kadang-kadang kita perlu berkorban
untuk kasih sayang itu....bukan untuk dihargai tetapi sebab kita percaya
dan tahu erti kasih sayang yang sebenarnya........

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup





Renung-renungkan dan selamat beramal¦..

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.

'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah.

Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.

Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.

Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?'

Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?'

Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah........ ..

Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. J alan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.


Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ......Alhamdulill ah....

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah..... .......Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'

** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya. ....

Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat...... .....

Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ ....**

Huraisy

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang

bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini

dari timur hingga ke barat.. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa

yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'



'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima, orang yang suka minum arak.'

kesal saya dgn sikap buruk sangka saya terhadap org lain dan sikap tidak tahu berterima kasih dgn kawan yg sentiasa berlapang dada¦..

..sampaikan pesanan ini biarpn 1 ayat.. Wallahualam

Hari malang anda?





Sebenarnya tiada hari malang dalam Islam. Segalanya Qada dan Qadar Allah dan telah tertulis di Luh Mahfuz. Jangan tinggal solat Subuh dan solat Dhuha di pagi hari . Selepas solat baca Surah Alam Nasrah . Insyaallah segala pekerjaan kita pada hari tersebut dimudahkan oleh Allah. Tak percaya, cubalah!

Kisah malang

Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.

Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan... ... . ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!

Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi... ) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.

Kereta online



klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Jual beli kereta terpakai dan baru secara online. Anda juga boleh survey harga di sini.

Car Trader
PERODUA ALL MODEL

RM 25K TO 89.9K
PERODUA KELISA 1.0 AT

RM 24,500.00
PROTON ISWARA 1.3 LMST

RM 18,000.00
PERODUA ALL MODEL

RM 25,000.00
PERODUA ALL MODEL

RM 20,000.00
PERODUA KANCIL 850 EX (MT)

RM 13,800.00
CITROEN 2.0 ZX (MT)

RM 12,800.00
PROTON PERDANA V6

RM 45,000.00
PROTON PERDANA V6

Daftar sebagai ahli
Di SINI
Blog Widget by LinkWithin