adsense

10 September, 2008

Hari malang anda?





Sebenarnya tiada hari malang dalam Islam. Segalanya Qada dan Qadar Allah dan telah tertulis di Luh Mahfuz. Jangan tinggal solat Subuh dan solat Dhuha di pagi hari . Selepas solat baca Surah Alam Nasrah . Insyaallah segala pekerjaan kita pada hari tersebut dimudahkan oleh Allah. Tak percaya, cubalah!

Kisah malang

Seorang suami di halaman depan rumah sedang membaiki motosikal dan isterinya pula di dapur. Sedang dia memulas enjin, dengan tak sengaja dia terpijak gear lalu menyebabkan motosikal itu meluncur bersama dengan tuannya merempuh pintu kaca, terus ke ruang tamu rumah. Mendengar bunyi dentuman, si isteri meluru ke ruang tamu dan terkejut beruk! Suaminya terlantar luka dan berdarah di sisi motosikalnya. Setelah paramedik dihubungi dan tiba tak lama kemudian, suaminya di bawa keluar dengan berhati-hati ke dalam ambulans kerana kebetulan kedudukan rumah mereka agak tinggi dengan beberapa langkah anak tangga. Laluan sisi tangga yang licin adalah laluan sempit motosikal.

Kecederaan suaminya tidaklah begitu parah dan si isteri pun tidak mengikutnya ke hospital. Dia mengalihkan semula motosikal ke tempatnya. Didapati minyak yang tertumpah di atas lantai, dia mengelapnya dengan kain lembap dan kemudian membuang kain itu ke dalam mangkuk tandas (bengong tak? Takde tong sampah ke..) Si suami pula yang telah dirawat terus balik sendiri ke rumah (naik aper taktaula), melihat pintu rumah yang pecah terkopak dan sedikit kerosakan pada motosikalnya. Dengan rasa kecewa dan pening lalat, si suami ke tandas, duduk di atas mangkuk dan menyalakan rokoknya. Selesai merokok, dibuangnya sisa puntung ke dalam mangkuk menerusi celah kelangkang dan... ... . ARRRGGHH!!!! kebaBOOM!!

Si isteri yang mendengar jeritan suaminya dan sayup bunyi letupan kecil berlari lagi, kali ini ke dalam tandas... Suaminya terbaring di atas lantai dengan seluar yang terbakar dan melecur di punggung, lipatan peha dan belakang kaki... tak lupa anunyee.. Dengan panggilan kecemasan, paramedik yang sama sekali lagi bergegas ke rumah mangsa. Dengan pengusung mangsa di bawa turun melalui tangga laman. Paramedik yang kehairanan bertanyakan kepada si isteri hal malang ditimpa tangga yang terjadi. Selepas menceritakan hal tersebut, paramedik yang mendengarnya tertawa dengan kuat. Malangnye... (sekali lagi... ) Salah seorang daripada mereka kemudian tergelincir dan berguling-gulinglah mangsa di tangga tersebut hingga ke kaki jalan. Sekarang, rawatan akibat melecur ditambah dengan rawatan menyimen tangan yang patah... Malang ditimpa eskalator... Akhbar Florida.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin