adsense

24 September, 2008

Minyak turun 10 sen





Minyak naik macam ribut turun macam siput

Harga Petrol, Diesel Turun 10 Sen Esok


PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Harga petrol dan diesel akan turun 10 sen mulai esok, masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Beliau berkata dengan penurunan itu, harga runcit petrol RON92 pula akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.

Abdullah menyatakan perkara tersebut dalam kenyataan medianya yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad di sini.

Abdullah berkata pelarasan harga baru itu ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol di pasaran dari 1 Sept hingga 22 Sept lalu.

Katanya, walaupun harga minyak dunia menunjukkan sedikit penurunan, namun nilai ringgit berbanding dollar Amerika juga menyusut menyebabkan pengurangan sebanyak 10 sen itu merupakan nilai pengurangan maksimum yang dapat diberikan kerajaan.



Ini bermakna dah tiada penurunan harga minyak dalam masa terdekat ini. Adakah kadar inflasi akan turun dengan penurunan harga seposen ni? Harga barang akan turun..?
Kita tengok.... lihatlah dan fikirlah sendiri.





Bukti Batman anak Superman





Perawan yang sentiasa menjadi perawan





Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

Tempat yang mengerikan








Lagi gambar --> Stranges World

Pak Pandir dan Waja Silver







Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak Andeh untuk membeli sebuah kereta untuk bergaya pada hari raya ni.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke arah kereta Proton Waja berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam, Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah elok, asyik berkelip-kelip je!"

Ni Myvi ker Mylove?





Ni baru betul-betul dinamakan "solek" kereta..

Klik Hot Pictures Collection untuk gambar-gambar Mylove lain


Kad raya







Berhati-hati di jalan raya dan berhati-hati dengan Ops Sikap..

Surat dari Iblis





SURAT DARI SETAN UNTUK MU



TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan suratpenghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat

23 September, 2008

Mobile info





Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile
*#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

1

2

3

4

5

6

7 th

8 th

9

10

11

12

13

14

15

Phone serial no.

x

x

x

x

x

x

?

?

x

x

x

x

x

x

x




IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health

Saya boleh baca ni..anda boleh?





I CAN READ IT! CAN YOU?

(Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna):-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.

ONLY FORWARD IF YOU CAN READ THIS

Skandal susu China - Singapore tarik balik makanan





For your information, the following items have been recalled due to China's milk scandal:

1. M&M
2. Snickers
3. Mento's Yoghurt Bottle
4. Dove Chocolate
5. Oreo Wafer Sticks
6. Dutchlady Sterilised Milk
7. Wall's all natural mango
8. Mini Poppers Ice Cream
9. Magnum Ice Cream
10. Moo Sandwich Ice Cream
11. Mini Cornetto
12. Youcan Ice Cream

Stores have been asked by AVA Singapore to remove them. If u have any of these items at home, don't eat them.

Di Malaysia peciter?

Habis power sebab berpuasa





Biskut kacang ke aper ni?






Bunuh masa!!!





Killing Time

Macam game tembak-tembak di pusat video game, apabila jam berbunyi kita perlu tembak jam tersebut untuk 'bunuh'kan bunyi alarm dia..


Lagi idea kreatif dan penuh inovasi yang mungkin muncul dari idea QCC boleh lihat di Hot Pictures Collection.

Kuih raya 30GB





Jangan tersalah makan.. ini bukan kuih raya atau kuih untuk berbuka.. ia adalah pen drive yang direka secara kreatif oleh orang Jepun.



Klik Strange World untuk koleksi semua gambar pen drive pelik..

Lawak berkembar





Lawak 1

DIET... .


Doktor menasihatkan Rosli supaya mengamalkan diet kerana dia mengalami obesiti...

Doktor : Rosli, kamu mesti makan roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong...

Rosli : Baiklah..Errmmm... adakah semua itu saya perlu ambil sebelum atau selepas makan, doktor?



Lawak 2

TEKA... .

Labu : Ape yang ko bawak tu Labi?

Labi : Ayam Labu oiii... Haa..ape kate ko teka berape ekor ayam yang aku bawak ni. Kalau tekaan ko tepat, ''kedua-dua'' ekor ayam ni aku bagi pade ko.setuju..?

Labu : Boleh jugak.Emmmm... tiga kot..?

Lawak pendek - buka cawangan





Seorang pengemis berdiri di pinggir jalan dengan memegang 2 buah topi yang
lubangnya menengadah keatas di kedua tangannya. Datang seorang pejalan kaki dan
memasukan wang kesalah satu topi sambil bertanya :

Pejalan kaki : Pakcik, kenapa pakcik memegang 2 buah topi ? Apa fungsi topi yang
lagi satu?

Pengemis : Ketika ini dunia perniagaan sedang berkembang pesat, jadi saya
memutuskan untuk menambah cawangan.

Sombong @ bongkak





Sombong atau bongkak adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.
Firman Allah swt maksudnya:
"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."
(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.
merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.kita tidak patut memandang orang lain dengan pandangan yang rendah.islam sangat melarang umatnya bersifat demikian.
dalam hadith qudsi,Allah berfirman maksudnya:
"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."
dan sabda baginda lagi maksudnya:
"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"
ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah kalu seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
*merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
*suka menonjolkan diri
*suka disanjung di hadapan orang lain
*bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
*membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
*tidak mengendahkan nasihat orang lain
*marasa dirinya saja betul
*suka memuji-muji diri sendiri
*bermegah-megah dengan keturunan.
rasulauulah saw bersabda maksudnya:" sesipa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."
tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...

Cara Nak Jimat Duit Dengan Mengurangkan Loan Rumah





Dari inbox admin

Ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan tempoh loan rumah anda dan total interest yang dibayar:- Contoh Loan Rumah Anda membeli subuah rumah berharga RM150,000.00, dengan tempoh pinjaman Loan Bank 360 bulan (30 tahun) , dan katakan interest rate 6%.
• Principal bulanan dan bayaran interest = RM 899.33
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = RM 173,757.00
Menggunakan Bi-Weekly Option (Bayar 2 minggu sekali / 2 kali sebulan) Iaitu, dengan membahagi-duakan bayaran loan bulanan RM899.33 / 2 = RM449.67. Awal bulan bayar RM449.67 (sebelum 15hb), kemudian baki RM449.67 dibayar pada hujung bulan.
• Bayaran Bi-Weekly = RM449.67
• Total Interest sepanjang tempoh Loan = $135,294
• Tempoh loan dikurangkan kepada 24 tahun, instead of 30 tahun. Jumlah pertama dibawah menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bulanan (bayar macam biasa, bayar loan hanya pada hujung bulan). Jumlah kedua menunjukkan baki loan dihujung tahun selepas membuat bayaran loan mengikut bayaran bi-weekly (2 kali sebulan).

Perbandingan:- Monthly payment Bi-weekly Tahun 1 RM148,157 vs. RM147,198 (Perbezaan M959) Tahun 2 RM146,202 vs. RM144,224 (Perbezaan RM1978) Tahun 3 RM144,126 vs. RM141,066 (Perbezaan RM3060) Tahun 4 RM141,922 vs. RM137,715 (Perbezaan RM4207) Tahun 5 RM139,581 vs. RM134,157 (Perbezaan RM5424) Tahun 6 RM137,097 vs. RM130,380 (Perbezaan RM6717) Tahun 7 RM134,459 vs. RM126,371 (Penjimatan RM8088 to date)

Penjimatan berlaku setiap tahun kerana anda telah membayar lebih (13th month) dengan kaedah ini. Maka bila perkiraan interest dilakukan oleh bank, interest akan berkurangan kerana anda dah bayar lebih.

22 September, 2008

GEMA RAMADHAN - TIPUAN SYAITAN





Alhamdulilah hari ini adalah hari yang ke duapuluh dua (22) kita berpuasa, Bermakna ada lapan (8) hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1429h. Disana sini kedengaran suasana Hariraya Aidil fitri itu sudah mula terasa dan semakin tiba, bunyi dentuman mercun dan alunan lagu lagu raya telah mulai berkumandang di radio malah di TV juga telah menyelitkan beberapa babak rancangan rancangan hiburan yang akan ditayangkan pada hari pertama, kedua dan hariraya ketiga. Pendek kata semua pihak telah bersedia benar untuk menyambut hariraya Aidilfitri pada tahun ini..

Masjid dan surau juga sudah nampak berbedza. Para pengunjung mulai lengang dan saf saf yang dulunya dibelakang telah mula maju kehadapan lantaran tiada jemaah lagi yang bersembahyang terawikh dibelakang. Hanya kedapatan jemaah tua yang sudah dimamah usia yang masih bertahan bersujud dan rukuq berterawikh. Kebanyakan para jemaah sudah mulai mengunjungi pasaraya dan gedung perniagaan bagi membeli keperluan pakaian dan peralatan untuk berhari raya. Kita melihat lori lori kecil berselisih sakan antara satu sama lain menghantar sofa, permaidani, TV, peti ais dan meja makan yang kesemuanya dibeli baru demi menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Inilah penangan Hari Raya Aidilfitri. Cuba bayangkan apabila lapan (8) hari sebelum kita menyambut Ramadhan tiba, kita tidak begitu gembira dan riang seperti ini, malah kita kecut dan sughul menghadapi keadaan tidak makan dan minum pada siang hari, dan terpaksa pula menjaga kesopanan diri demi Ramadhan, tetapi apabila lapan (8) hari lagi untuk menyambutnya hari raya, maka keriangan pada wajah kita dan cara menyambutnya adalah luar biasa.

Inilah kesilapan besar orang kita, yang sangat suka akan perkara yang boleh mengembirakan hati dan mencetus hilai ketawa. Kita lupa bahawa bukan cara sebegini Islam mengajar dan menghayati hari hari terakhir Ramadhan atau menyambut Hariraya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sebuah hadis Rasulullah SAW riwayat Ibnu Umar yang bermaksud “ Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh (27)” dan dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Muslim yang bermaksud “ Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam akhir Ramadhan”.

Jelas Lailaitulqadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari Ramadhan, dia ia adalh sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-berebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak ini. Ianya merupakan ujian bagi kita mengapa Allah menyembunyikan Lailatulqadar itu dari pengetahuan kita. Wassalam.

Ustaz Zakuan Tak
Blog Widget by LinkWithin