adsense

11 October, 2008

Kasut Nike







Klik blog sesama insan untuk info

Awas pengguna online banking





Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu. Berwaspada kepada pengguna-pengguna bank online seperti maybank2u, cimbonline dan sebagainya.

Tip kepada pengguna online banking

1. Jangan sesekali login ke website online banking melalui email, link website dan sebagainya.
2. Pihak bank tidak akan meminta password dan login anda. Jangan sesekali memberi password anda kepada orang lain terutama melalui email.
3. Jangan sesekali menukar data apabila diminta melalui email kerana pihak bank tidak akan meminta anda menukar data.
4. Jika ada keraguan sila menghubungi pihak bank
5. Sentiasa clear chace/cookies setiap kali selepas anda log out.


CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.

KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.
Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.
Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.
"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.
Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.
Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.
"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.
Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel..
Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.
Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park , Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

10 October, 2008

Model coca-cola





Sebijik tak..?

Kekuatan syaitan





Kata orang kalau nak melawan musuh, kita mesti tahu kelemahan dan kekuatannya dahulu. Berikut adalah artikel yang menarik dan ada analisa dari sudut sains.

*Gambar hiasan

Sabda Rasulullah saw :

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ (صحيح البخاري

“Sesungguhnya syaitan mengalir pada tubuh keturunan Adam pada aliran darahnya” (Shahih Bukhari)

Keterangan:

Demikianlah dahsyatnya kekuatan syaitan untuk mempengaruhi pancaindera, menundukkan telinga manusia agar tunduk pada hawa nafsu dan dosa, menundukkan penglihatan manusia agar ikut pada hawa nafsu dan dosa. Demikianlah panca indera manusia terus dimasuki oleh kekuatan syaitan sampai ke jiwanya hingga saban waktu syaitan makin berkuasa pada jiwanya, makin tertutup jiwanya dari keinginan mulia. Makin banyak sangka buruknya, makin banyak sombongnya, makin banyak menghina hamba Allah, semakin gelap keadaan itu maka semakin sempitlah terasa kehidupannya walaupun ia dalam keluasan harta, walaupun ia dalam kemudahan, walaupun ia disanjung orang. Maka ketika jiwanya merasakan kesempitan itulah ia tidak merasakan kebahagian melainkan azab. Masya Allah! Jika di dunia lagi sudah merasakan azab, bagaimana pula hal keadaan di akhirat kelak. Na’udzu billah!

Diriwayatkan pula didalam Shahih Muslim, ketika Sayyidatuna Aisyah rha diberitahu oleh Nabi SAW “Telah datang kepadamu syaitanmu”, maka berkata Sayyidatuna Aisyah ra “ya Rasulullah apakah di dalam diriku ini ada syaitan?”,“ya betul, di hatimu dan di dirimu itu ada syaitan”. Apakah di setiap manusia juga ada syaitannya? Rasul Saw menjawab “ya benar pada setiap manusia itu ada syaitan penggodanya”, lalu bagaimana dengan engkau ya Rasulullah?. Dan Rasul SAW menjawab ” Ya! pada diriku pun ada syaitannya, tapi Allah Swt sudah menundukkannya sampai syaitan itu pun menyerah”.

Demikian riwayat shahih muslim memperjelaskan lagi hadits riwayat Shahih Bukhari di atas bahawa syaitan itu mengalir di setiap aliran darah keturunan Adam.

Baca artikel penuh :

>>>Kekuatan syaitan<<<

Silangkata tau sirangkata





"Amar dan Omar.. dua sahabat sedang bertengkar mengenai perkataan yang betul..

"Yang betul adalah SILANGKATA!" kata Amar

"Bukan.. SIRANGKATA!" Bantah Omar

"SILANGKATA!" Amar bertegas

"Gila kau! SIRANGKATA yang betul, bodoh!" marah Omar

"OK, kalau begitu, daripada kita bertengkar mari kita minta pendapat dari orang akan melalui jalan ini" cadang Amar...

Omar setuju. Seketika kemudian seorang lelaki tua melintas jalan itu.. mereka terus bertanya..

"Pak.. kami tumpang tanya.. mana yang betul..

SILANGKATA atau SIRANGKATA?"tanya Amar.

"Yang betul SIRANGKATA" jawab orang tua itu.

Omar pun senyum kemenangan..

"Terimakasih bebanyak ya pak" kata Omar pada orang tua itu..

"TERIMA KASIH KEMBARI..." jawab orang tua itu pelat... "

Contoh surat berhenti kerja





Contoh surat nak berhenti kerja.

Klik Hot Pictures Collection untuk koleksi surat lain

Cari kerja kosong kerajaan





Daftar dan apply di web :-

http://www.elx.gov.my

Teka teki lawak





Teka teki 1
Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi
apa?
orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!


Teka teki 2
Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di
bagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak...hehehhe mesti dapat sorang sebiji

Teka teki 3
benda apa kalau naik tak turun dah? jwpn dia umur .ish...ish...


Teka teki 4
KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?
SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN


Teka teki 5
Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya
dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan dmikian lagi.
Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun
jadi driver kereta jenazah... faham faham aje lah.

Digitograhy






Klik Hot Pictures untuk koleksi semua gambar

Mengembalikan barang hilang





sekadar memanjangkan

Assalamua'laikum semua,
Insya-Allah saya nak berkongsi 2 perkara utama yang sering menjadi isu utama di dalam masyarakat kita sekarang ini, iaitu kes-kes kehilangan orang yang tersayang dan kes-kes kemalangan jalanraya yang semakin meningkat terutama sekali ketika musim perayaan. InsyaAllah ilmu yang saya temui daripada Darussyifa' Online oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ini dapat sama-sama kita mengamalkannnya.



09 October, 2008

Kreatif - part komputer





Part komputer lama jangan dibuang. Kalau dah kreatif, benda-benda yang tak pakai pun boleh jadi hiasan yang cantik.





KlikStranges World untuk koleksi gambar penuh

Iklan buatan Malaysia yang di "banned"






Download fail (wmv format)




Perangai anak yang membuatkan mak bapak naik angin





Anak-anak adalah amanah Allah. Semua pasangan pasti mahu mempunyai anak-anak yang comel dan sihat. Tapi perasan tak, kanak-kanak zaman sekarang ni ramai yang hyper active,lasak dan nakal yang mencabar kesabaran ibu bapa. Faktor makanan, alam persekitaran, keluarga, rakan-rakan juga adalah antara faktor yang menyebabkan kanak-kanak buat perangai yang nakal dan kadang-kadang kelakar juga. Sabar jer la..jangan sampai mendera!

Lihatlah contoh seperti gambar di bawah ini:




Lihat koleksi semua gambar di Hot Pictures


Rumah termahal di dunia






KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India, Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road, Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.

NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Baca artikel penuh di Artikel Hangat

Senaman leher






Usia bumi





Assalamualaikum. ..

Mesti korang tkejut kan ..neway, just bace dulu n evaluate it later...
Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Bukti kebenaran Al Quran.
Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000
tahun gambar itu diambil oleh NASA.]

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...
sekarang sudah 1439 =426 + 13 tahun hijrah...daripada ini kita ketahui
kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi. Jikalau ini benar, bumi akan
kiamat pada tahun 2066

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi
yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan
orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam
bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan
musnah pada tahun 2065....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan
bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat
pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada
tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066
Wallahu'alam. ..

Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun... Cubalah anda kirakan
sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh
artikel di internet yg seperti ini. Dan jangan tunggu artikel seperti ini
dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil
lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan
rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan
risaula..aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk
semua umat Islam.

Kereta berlian





Ada berani ker bai???






Lagi gambar di Stranges World
Blog Widget by LinkWithin